Wednesday, June 6, 2012

Perlukah Bergambar Di Hospital?

Assalamualaikum semua....

Harap-harapnya semua yang membaca blog saya sihat-sihat saja....Saya tergerak hati nak buat entry ni selepas apa yang saya saksikan di Hospital Pulau Pinang petang tadi....Di sini selalu di sebut sebagai GH, General Hospital....


Dari semalam dan hari ni, dah dua hari saya pergi ke GH.....Bukan saya sakit atau ada apa-apa, alhamdulillah saya masih sihat lagi.....Cumanya, saya pergi melawat saudara terdekat yang kena buat ujian di sini....Saudara saya buat rawatan susulan disebabkan ada masalah respiratori......Yang ada kena-mengena dengan paru-paru dan pernafasan....Dia tak sakit pun, tapi kena buat rawatan susulan saja selepas di masukkan ke hospital baru-baru ni.....


Kelmarin waktu saya pegi melawat, ada pesakit asthma yang baru dimasukkan ke situ....Memang kena pakai alat bantuan oksigen.....Nampak teruk.....Kemudian datang 2 orang lelaki, 2 orang perempuan melawat katil pesakit tersebut.....Nampak macam kawan-kawan saja sebab muda-muda semuanya....Si lelaki nampak jenis yang 'sopan'.....Boleh pula gelak-gelak cakap 'sopan-sopan' dan tup-tup posing ambil gambar dengan pesakit yang tengah terbaring tu.....


Ishhh saya rasa terganggu pula....Bukan cemburu sebab saya tak ambil gambar kat katil pesakit ok.....Tapi tak sesuai betul tengok tingkah laku mereka tu.....Saya berani jamin semuanya masih adik-adik kalau nak dibandingkan dengan umur saya....Kalau ya pun adik-adik suka bergambar, tapi agak-agaklah dimana dan waktunya bila.....Bukan apa, semua yang ada di atas katil di hospital tu tengah sakit.....Bukan tengah buat modelling atau bersantai di pantai yang nak kena ambil gambar segala-bagai....


Hormatlah sikit dengan pesakit-pesakit lain.....Semuanya dah tua-tua dan ada yang sakit teruk....Tak perlulah nak seronok-seronok sangat....Ya lah memang tujuan melawat nak bagi pesakit gembira, lupakan sakit tu sementara, tapi kena tahu caranya....Jangan sampai lupa dunia....


Hari ni, kebetulan waktu saya sampai, ada pesakit yang saya tengok masih ada lagi kelmarin, dah siap di selimutkan seluruh badan....Dah tiba ajalnya.....Nurse sibuk uruskan mayatnya.....Tapi, dalam masa yang sama, ada juga pelawat di katil hujung sekali selang dua katil saja dengan mayat tersebut, sedang posing bergambar dengan riang-ria......


Kalau ya pun nak bergambar buat kenang-kenangan, hormatlah sikit dengan keadaan yang berlaku di sekeliling anda.....Jangan sampai orang kata anda tidak prihatin dan peka......


Ini pendapat saya....Anda bagaimana?




Bak kata orang Penang....."Hang pikiaqlah sendiri"

2 comments:

  1. Replies
    1. kan....kena tengok keadaan dulu sebelum nak posing ambil gambar...

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...