Wednesday, June 27, 2012

Posting Ke Pedalaman Sarawak

Assalamualaikum semua....


Anda pernah ke Sarawak?...Mesti pernah kan?..Anda pernah ke daerah Belaga?..Mesti tak pernah kan? (^^)...Saya pernah ditugaskan ke daerah Belaga di Sarawak pada tahun 2009...Tetapi semalam saya termimpi tentang sekolah lama saya...Entah kenapa...Mungkin ada yang masih ingat pada saya....


Sekiranya ini kali pertama anda dengar tentang daerah Belaga, sila baca hingga habis....Kalau sesiapa yang baru atau akan ditugaskan ke sana, silalah siapkan mental dan fizikal sebelum ke sana....Hehe cabarannya macam-macam....(^^)


Saya dapat tau tempat posting saya, satu hari sebelum majlis perkahwinan saya....Bila cek website, saya macam orang gila, menangis sambil mengadu pada suami....Kami dah nikah, cuma kenduri saja baru nak buat....Remuknya hati saya bila ditugaskan di sana dan terpaksa berjauhan dengan suami....


Saya kecewa dan hampir membatalkan majlis kenduri saya...Tapi keluarga bagi semangat supaya kenduri perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi....Semua tetamu dah dijemput....Berendam air mata saya siapkan segala persiapan terakhir kenduri saya....


Hari kenduri, saya senyum di hadapan tetamu.....Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tau betapa luluhnya hati saya...Baru nak kenal keluarga baru dan insan yang bergelar suami, tapi dugaan pula yang tiba....Saya redha....


Hari saya ke Sarawak, suami hantar saya hingga ke KLIA saja....Waktu salam dengan suami sebelum masuk ke balai berlepas, perasaan saya tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...Teramat sayu....Airmata peneman setia walaupun saya cuba nak jadi kuat dan tabah...


Saya dan rakan-rakan yang lain berkumpul disitu ramai-ramai dan naik pesawat MAS dan tiba di Sibu....Hati saya terasa kosong sepanjang perjalanan....Mujur saya jumpa seorang rakan dalam pesawat yang ramah dan dari Utara juga...Fiza namanya....


Bila sampai, kami ditempatkan di hotel di Sibu....Sehari di Sibu, (atau dua hari, saya dah lupa) kami ke Kapit, naik bot ekspres....Kami bermalam di situ pula....Esoknya, naik bot ekspres selama 8 jam, kami dibawa ke sekolah masing-masing....Sepanjang perjalanan, beberapa orang cikgu turun bila sampai ke sekolah masing-masing....Kebanyakan sekolah nampak daif dan di tepi sungai saja...


Dalam perjalanan, kami jumpa jeram Pelagus....Jeram yang kuat arusnya dan berbahaya....Mujur tiada apa-apa yang berlaku....Kami yang pertama kali tengok jeram tu dengan air berpusar-pusar laju, hanya mampu berdoa moga semuanya selamat....


Akhirnya, nama saya dan Fiza dipanggil dan diarahkan turun dari bot....Kami satu sekolah!...Lega rasanya....Dengan keadaan terpinga-pinga tengok keadaan sekolah, kami disambut oleh warga sekolah....Saya terpaksa menumpang di rumah seorang staf sekolah....Fiza terpaksa tumpang di rumah seorang cikgu sekolah....



Jambatan nak ke sekolah....
Kanan: Rumah saya dan Fiza selepas usaha menukar kantin lama menjadi rumah kami.
Kiri: Bangunan sekolah



Maka bermulalah episod kehidupan kami disana...Tapi saya akan sambung dalam entry berikutnya...Nanti dah jadi macam novel pula kalau sambung cerita....(^^)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...