Assalamualaikum semua....
Pernah tengok tempat kereta yang hendak dilelong tak?....Saya pun baru hari ni pertama kali dalam hidup tengok, bila suami saya ajak ke tempat auctions ni....Dulu, saya ingat kereta yang nak dilelong ni semuanya kereta yang dah tak boleh pakai sebab accident.....Rupa-rupanya kereta-kereta ni semua adalah kereta yang ditarik oleh bank....Macam-macam jenis ada....
Barulah saya tahu yang kereta ni semuanya masih ada yang elok dan tak perlu buat apa-apa pun kalau nak beli.....Tapi ada juga yang tak ada enjin, cermin pecah dan seat belakang pun ada juga yang hilang.....Yang berselut dan berlumpur pun ada.....Kesnya, owner sembunyikan kereta di mana-manalah tu sebab takut bank tarik....
Bila saya tanya suami yang memang kerjanya menjual-beli kereta ni, dia cakap kebanyakan owner kereta tak mampu tanggung bebanan hutang tiap-tiap bulan, tapi nak pakai juga kereta yang tinggi bayaran bulanannya.....Yang hilang enjin dan sebagainya tu sebab owner dah ambil dan jual sebelum bank tarik kereta tu....Ohh macam tu pun ada....
Ada juga kereta yang nak dilelong tu accident dan teruk....Saya nak ambil gambar tapi suami kata macam tak boleh ambil....So, tak dapatlah saya nak tunjuk macam mana keadaan kereta-kereta dan lori tu semua....
Kalau berminat nak tau bila next auctions, boleh juga tengok di sini:
Nilai Popular Sdn Bhd (649661-K)
Lot 392, Jalan Bagan Dalam,
12100 Butterworth
Pulau Pinang
Tel : 6-04-310-6887 / 6-04-310-6888
Fax : 6-04-310-6889
Lot 392, Jalan Bagan Dalam,
12100 Butterworth
Pulau Pinang
Tel : 6-04-310-6887 / 6-04-310-6888
Fax : 6-04-310-6889
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)