Sunday, August 14, 2016

Sambal Peria Ikan Bilis Pedas Berasap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Masak apa hari ni?.. Saya main masak-masak sambal peria dengan ikan bilis.. Saya tak makan peria, sebabnya, of course la sebab pahit berdengung kan.. Tapi yang pahit berdengung tu lah yang husband saya suka.. Beli peria 5 biji di pasar malam hari Rabu lepas, hari ni baru sempat nak masak.. hihihi..



 


Jom tengok resepi, kot ada yang baru nak cuba masak..


5 biji peria kecil
20 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
 3 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
 2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
Segenggam ikan bilis halus
4 sudu besar minyak masak


Mula-mula kena potong peria dulu.. Ikutlah nak potong bulat-bulat atau nak bahagi dua dan potong nipis macam saya buat.. Biji saya tak buang pun sebab lembut saja.. Basuh bersih, ketepikan.. Potong bawang besar, bawang putih dan cili padi.. Basuh bersih dan blend.. Saya guna Turbo chopper saja, so tak halus sangatlah.. 


Sementara tu, panaskan kuali, masukkan minyak.. Basuh ikan bilis dan toskan sekejap.. Bila minyak dah panas, goreng ikan bilis hingga garing.. Kemudian masukkan bahan yang dah blend tadi.. Gaul sebati dan masukkan gula, sos cili, sos tomato dan kicap pekat.. Garam tak perlu ye sebab ikan bilis dah masin.. Kemudian masukkan peria dan gaul sebati..


Saya tak masukkan air ye sebab tak nak peria jadi lembik sangat.. Gaul dan kacau sebati sampai agak kering.. Kalau rasa semua dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.. Oh ya, kalau nak kurangkan pedas boleh juga.. Tapi peria ni rasanya pahit, so kena lebihkan cili dan gula baru sedap.. Apa pun terpulang pada selera masing-masinglah ye.. hihihi


Tadi saya masak ikan goreng dengan gulai ikan kering campur pisang, lobak dan kentang juga, tapi husband saya makan sambal peria ni saja dengan nasi nak habis sepinggan.. Aduiiii, kalau dah favourite dia memang tak boleh nak kata apa.. hehehe



 


*p/s: Nak bagi tips tawan hati suami, chewahhh.. Kalau anda pun macam saya juga yang jarang nak masak bila hari bekerja, hujung minggu wajib kena masak tau.. Wajib masak makanan favourite suami puan-puan.. Masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.. Confirm dia makan sambil senyum.. hahahaha.. Confirm dia tertunggu-tunggu magic touch kita di dapur lagi.. 


*p/s: Abaikan tips ni kalau hujung minggu tu husband puan-puan ajak keluar makan atau dia rajin p beli di kedai.. Atau pun puan-puan memang rajin masak tiap-tiap hari.. hehehehe.. Ok bye.. (^^)

Monday, August 1, 2016

TTC : Sedapnya LAZZ Susu Kambing Pracampuran Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Phewwww lamanya tak sempat nak buat entry baru dalam blog ni.. Sibuk macam apa ja.. Kalau tak sibuk malas macam apa ja.. hahaha.. Ok fine, nak mula aktif balik buat entry.. Rindu nak 'menulis' dalam blog.. Lama tak 'menulis' otak rasa tepu wehhhhh.. Banyak sangat yang nak share dalam blog, gambar dan cerita, tapi semuanya simpan dalam handphone saja.. I was so busy..



So, kali ni saya nak share tentang salah satu usaha saya nak TTC.. Yeahhhhhhh sentiasa usaha tanpa putus asa.. Chaiyok.. chaiyokkk.. Saya dah lama survey susu kambing yang sesuai diminum.. Sebabnya saya lactose intolerance, so susu lembu is a very BIG NO.. Ada juga saya try susu kambing lain yang kononnya tak mendatangkan rasa tak selesa pada perut, tapi, perut saya reject juga.. Walaupun tak teruk sangat tapi tetaplah melawat toilet 3, 4 kali juga lepas minum..






Saya dah baca testimoni dan juga info tentang susu Lazz ni sebelum beli.. Saya beli di Lunatots Sungai Dua, Pulau Pinang.. Seminggu sebelum kedai ni pindah ke Bangi.. Lepas ni kena cari ejen yang dekat dengan rumahlah.. Sebab saya sangat suka susu Lazz ni tau..




Saya beli yang ada campuran kurma.. Sebab malaslah nak blend susu dengan kurma.. Beli siap-siap senang.. Harganya RM45.00 untuk kandungan 500 gram sekotak.. Saya nak cuba dulu, takut minum sakit perut.. Rugilah kalau beli banyak tapi tak boleh minum.. Husband saya pula bukan suka sangat pun minum susu kambing.. Kalau saya paksa minum, sambil buat muka merajuk kecik hati retak seribu barulah dia minum.. hahaha..


   


First time saya bancuh saya tak campur dengan apa-apa pun.. Saya bancuh 3 sudu (disediakan dalam kotak) dalam mug.. Bila tengok putih saja susu tu mulalah rasa loya kat tekak ni.. hahaha.. Tapi gagah minum juga.. Seteguk, dua teguk, tiga teguk.. Ehhhhh sedap pula.. Terus saya minum bagi habis.. Tapi saya tunggu juga takut-takut sakit perut..


5 minit tak sakit perut, 10 minit pun ok lagi, 15 minit, 30 minit sampailah saya tidur, tak rasa apa-apa pun dalam perut.. Memang saya syukur sangat sebab first time minum susu kambing tak sakit perut.. Dahlah sedap, tak buat perut meragam pula tu.. Memang terbaiklah.. 30 minit lepas minum tu rasa macam laluan udara kat hidung ni macam fresh.. Macam senang nak bernafas.. Ehh macam mana nak explain entah.. hahaha..


*See.. tiba-tiba buih tu jadi bentuk ♡


Pagi esoknya senang saja nak membuang.. Susu ni tak ada bau hamis tau.. Bau sedap saja.. Nak bancuh minum macam tu saja pun tak ada masalah.. Saya ada juga campur dengan Milo, Indocafe dan oat.. Harap-harap adalah kebaikan saya minum susu kambing Lazz ni.. Cubalah ya, sebab susu ni sesuai untuk semua peringkat umur.. Kalau benda baik, saya suka share, mana tahu ada yang dapat kebaikan susu Lazz ni.. (^^)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...