Tuesday, May 28, 2013

KOOLFEVER Untuk Dewasa Yang Sangat Mujarab!!

 Assalamualaikum semua..

Pernah guna Koolfever untuk kanak-kanak pada anak anda? Kalau pernah sure tahu ada juga Koolfever untuk dewasa..Eh tapi ada juga kawan saya yang tak tahu pun kewujudan Koolfever dewasa ni tau..Tergelak pula dia bila saya cerita saya guna Koolfever untuk tempek atas dahi suami saya waktu dia demam beberapa minggu lepas..


Kobayashi Kool Fever (For Adults) (2 sheets*6)


Ok, kalau nak tahu lebih lanjut tentang Koolfever dewasa ni, boleh klik DI SINI..Ni website rasmi rasanya..Memang mujarab tau guna ni untuk kurangkan panas waktu demam..Dulu saya pernah demam dan suami belikan Koolfever ni, esoknya dah tak demam..Saya pun apply pada suami waktu dia demam tu, dan memang berkesan..



Saya pakai waktu tidur, tampal pada dahi, bangun pagi esok elok saja di dahi..Tapi bila suami saya yang pakai, hmm bangun pagi esoknya, tengok Koolfever tu yang kena fever..Dah berlipat-lipat tak ada rupa bentuk dah..Bukan di atas dahi, tapi di bawah kepala dah..Cehh..mujur sempat juga diserap sebelum 'ranap'..



Kalau anda demam, cubalah cari..Ada yang jual kotak besar macam gambar tu..Tapi mahal sikit..Saya beli yang ada 2 keping saja..Lupa pula berapa harganya..Memang tak menyesal beli..Oppss..sebelum beli tu kena belek betul-betul..Jangan tersilap beli untuk kanak-kanak ok..(^^)

Monday, May 27, 2013

Hadiah Hari Guru 2013

Assalamualaikum semua..



Ni cerita basi ni sebab Hari Guru dah lama dah..Tapi memandangkan ini blog ana yang punya, jadi ente-ente tak boleh cakap apalah..Kalau nak baca, bacalah..Kalau tak mahu baca, hehe silalah pergi ke blog lain..Ni update bukannya apa, nanti-nanti bila dah lama boleh tengok dan ingat balik anak murid mana yang baik hati bagi hadiah pada cikgu a.k.a teacher depa ni..



Walaupun saya tak dapat sambut Hari Guru tahun ni, tapi dapat juga hadiah..Weehuu..hari Khamis lagi dah dapat, ada yang sempat bagi masa hari Jumaat tu sebab saya pergi hantar buku RPH ke pejabat..Ingatkan dah habis, rupanya belum..Tup-tup nama saya dipanggil naik ke pentas dapat hadiah kategori 'Cikgu Paling Comel Sesi Petang'..Waduh-waduh...kok malu gue...Dengan tersipu-sipu tapi muka tak malu, saya pun naik ke pentas dengan jayanya..



Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang mengundi saya..Tahun-tahun depan ada lagi, undilah lagi..hehehe..Cuma saya nak kena pastikan tak ada dah cikgu yang lagi comel daripada saya dapat posting ke sekolah tu..Hahaha jahat tak niat I? (^^)




Antara hadiah yang saya dapat..





Budak tahap 1 kebanyakannya gigi dah rongak..
Ni bagi banyak gula-gula kat cikgu ni mesti nak cikgu jadi geng depa..


Hadiah yang sangat bermakna tahun ni..Thank you Izzah..


Ha sangat unik!! Boleh cucuk buah tau..Thank you Nuha.. 




Ni ha hadiah 'Cikgu Paling Comel'..




Hadiah dari Johor with love..Thank you Adlin..




Dapat hari Selasa..



Sangat comel!!!



Terharu dapat hadiah ni..Thank you Dhiya..
TERIMA KASIH kepada semua anak-anak murid teacher / cikgu yang sudi bagi hadiah ok..
Semoga kamu semua akan beroleh kejayaan dimasa hadapan..Aminnnn..

Sakit Rindu? Berdoalah..

Assalamualaikum semua..
Tak tahu dari mana nak mulakan entry saya kali ni..Sebabnya, sewaktu saya buat entry ni, saya sedang sakit..Saya sakit mula dari hari Jumaat lepas..Dan akan sembuh bila esok ubat saya sampai..Huhuhu saya sakit apa sebenarnya?
Saya sakit menanggung rindu pada suami..Hehehe jangan nak marah atau ada yang kata saya ni mengada-ngada atau meqela nak cerita bab rindu-rinduan pada suami pula ok..Suami hang pi mana cek oi sampai nak rindu bagai ni??!!
Dari Jumaat lepas, suami saya ikut rombongan cik kiah ride ke Krabi, Thailand..Dari Jumaat sampai hari Senin baq hang!! Eh! Dah masuk Isnin dah ni!! Tinggallah saya terkontang-kanting di rumah sambil layan karaoke jiran belakang rumah yang tak sedap langsung selama empat hari tu..Grrr stresss cek tau!!!
Yang lawaknya, sehari sebelum nak ride tu, suami saya belikan mangga untuk pintu pagar dan pintu besi depan..Siap pesan kunci semua pintu and bla..bla..bla..Saya kata pada suami, "Ni macam nak kurung tak bagi keluar ke mana saja ni".."Bukan nak kurung, gila apa, 32 tahun baru dapat bini sorang, kalau jadi apa-apa, mampos"
Hahaha saya ketawa saja..Tapi saya tahu, walaupun suami saya seronok nak ride ke Krabi, tapi dalam masa yang sama dia risaukan keselamatan saya..InsyaAllah, saya selalu doa moga tak ada apa-apa yang berlaku..Saya yakin dan percaya, kalau niat kita baik, insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita..(^^)
Bila dah lama tak berjauhan dengan suami, mulalah saya rasa macam gelisah dan lonely..Mati kutu juga dibuatnya..Ohh dah lama saya tak rasa perasaan rindu bila berjauhan ni..Ya lah, dah hari-hari jumpa almost 24 hours, tak sempat nak rasa sakit rindu..Ish ish ish..lagi seksa rupanya rasa rindu pada suami daripada rindu pada kekasih!!! Bezanya, rindu pada suami dapat pahala, tapi rindu pada kekasih, dapat apa?(^^)
Saya tak nak hadiah atau buah tangan ole-ole dari Krabi..Saya cuma nak suami saya selamat sampai esok..Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan suamiku esok..Semoga Kau pelihara keselamatan suamiku sepanjang perjalanannya..Aminnnnn

Thursday, May 16, 2013

Terkilan Tak Dapat Sambut Hari Guru 2013

Assalamualaikum semua..



Siapa yang ada suami atau isteri yang kerja sebagai guru, bangun pagi esok, cuba tengok muka si cikgu tu..Mesti berseri-seri tau..Yang anak-anak murid pula, pagi-pagi esok bila pergi sekolah, tengok muka cikgu-cikgu kamu semua ok..Mesti tak ada yang nak marah kat kamulah esok..Maklumlah setiap 16 Mei ada sambutan Hari Guru..So mood semua cikgu mesti happy saja..Tapi, jangan buat pasal sudahlah, tak kira hari, kamu kena sound juga..hehehe



Tapi..Tahun ni saya rasa terkilan sikit sebab tak dapat nak sambut Hari Guru peringkat sekolah saya yang akan diadakan pada hari Jumaat..Sebabnya saya kena, wajib dan terpaksa pergi kursus pada pagi Jumaat tu..huhu..Dahlah majlis hari guru tu pun buat waktu pagi juga..Baru nak merasa perbezaan antara sambut hari guru waktu mengajar pagi dan petang..Maklumlah, tahun pertama saya ajar kanak-kanak Ribena tahap 1 ni, nak juga tengok berapa banyak hadiah yang saya akan dapat!!



Hehe bukan itu sebabnya..Saya cuma nak tengok ada tak perbezaan antara murid Tahap 1 dengan Tahap 2 ni dalam menghargai cikgu mereka..Yang mana lebih jujur dan ikhlas untuk tunjuk penghargaan pada cikgu yang selalu dok pot pet pot pet tiap-tiap hari dalam kelas tu..Kanak-kanak Ribena ni tu la, kalau kita marah pun sekejap saja mereka dah lupa..Tapi, ada juga murid-murid saya ni yang cerita mereka tak puas hati pada cikgu sekian-sekian..Hmm simpan dalam hati juga tu perasaan kecil hati dengan cikgu..



Tak kiralah dari Tadika, Prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, maktab atau mana-mana tempat yang kita dapat ilmu, kita wajib menghargai seorang cikgu..Ilmu yang dicurahkan walau sebesar zarah sekali pun, kalau bawa kebaikan dan dipanjangkan kepada yang lain-lain akan dapat ganjarannya..InsyaALLAH..






SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG MENDIDIK!!!


Friday, May 10, 2013

Minggu Mood Swing Ting Tong Ting Tong...

 Assalamualaikum semua..



Oh malasnya nak buat apa-apa seminggu dua ni..Entah kenapalah saya macam hilang semangat nak buat apa-apa pun..Senang cakap memang rasa malas ya amat!!! Hilang mood nak memasak..Adehhh sian suami saya kena makan di kedai saja seminggu dua ni..Macam-macam ada dalam peti sejuk tu tunggu giliran nak dimasak..Tapi chef nak berehat pula..Sabar ye wahai ikan-ikan dan sayur-sayuran saya..Nanti cek masak hangpa semua nooo..Jangan layu..hohoho
Punyalah rasa malas, ada jugalah dua tiga hari saya buat muka welfare kat husband, suruh hantar saya pergi sekolah..Hehehe mengada-ngada sungguh..Tapi nak buat macam mana, nak drive pun rasa malas..Tambah bila waktu nak balik dari sekolah petang-petang, bila ingat jammed, lagilah malas..Ohh nampak gayanya, perkataan yang paling ngetop sekali saya guna minggu ini ialah M.A.L.A.S!!!
Ada kerja nak buat, kerja rumah, kerja sekolah, tapi bila dah datang mood malas ni, habislah..Apa pun tak jadi..Oh come on mood R.A.J.I.N saya, dimana kamu??!! Come to mama meh..Ok bye, malas dah nak taip panjang-panjang..(**)

Sunday, May 5, 2013

5/5/2013 = Pilihanraya Ke 13 Negara Malaysia

Assalamualaikum semua..



Anda dah tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia hari ini? Hari ini akan menjadi sejarah bagi negara Malaysia sebab kebanyakannya dah keluar mengundi dari pagi tadi..Saya pun balik mengundi, tapi saya balik selepas tengahari sebab tak nak bersesak-sesak, beratur panjang, panas-panas pagi tadi..Lima tahun lepas dan lima tahun sebelum tu pun dah kena dah beratur panjang sampai lenguh kaki tunggu giliran..So kali ni saya balik mengundi selepas pukul 1.00 petang..



.


Ini antara pemandangan berdekatan dengan tempat saya mengundi..






Disebabkan saya pergi selepas tengahari, makanya saya cuma berlenggang kangkung sajalah ke tempat semakan nama dan bilik mengundi tu..hehe..Adalah seorang dua lagi..Tapi saluran no 4, cuma saya seorang saja..Hehe lega, mudah dan cepat..



Tapi, sempat pula saya 'argue' dengan petugas SPR tu waktu dibacakan nama penuh saya..Dia salah sebut nama ayah saya..Bukanlah argue apa pun, cuma saya tegur sebutan dia salah..Ejaannya 'Ahmed' sebutannya 'med' macam Arab sikit bunyinya..Tapi dia sebut 'mid' macam 'Hamid'..Memang dah salah saya tegurlah..Nama ayah saya kan, saya tahulah macam mana nak sebut..



Dengan muka senyum saya cakap, "Bukan 'mid' tapi 'Ahmed'..Dengan buat muka macam dia lebih tahu sebutan nama ayah saya, dia balas, "Dah tulis 'm.e.d' 'mid' lah"..Dengan tak senyum apa pun dia nak pertikai pula..Still senyum saya jawab, "Tak, sebutannya 'Ahmed'.."..Saya senyum dan hulur jari, ambil kertas undi, pangkah mana yang patut, masukkan dalam bekas undi dan keluar dari situ..



Memang saya pantang orang nak pertikai sebutan nama ayah saya tau..






Bila dah sampai rumah saya cuci jari dengan sabun mandi dan pencuci pinggan Sunlight..Tapi dakwat still ada lagi..Tunggulah sampai berapa lama baru nak hilang ni..



Malam ni kita tunggu apa keputusannya..



Apa yang pasti esok cuti di Pulau Pinang..(^^)


Malam Mengundi 5 Tahun Lalu

Assalamualaikum semua..
Esok merupakan tarikh penting buat rakyat Malaysia, tarikh untuk menentukan parti politik mana yang akan memerintah negara kita Malaysia..Saya tak nak bercakap pasal politik, cuma jadi pemerhati saja..Esok pergi pusat mengundi, pangkah saja..Pilihan ada di tangan anda semua..
Bila sebut pasal mengundi, 5 tahun lalu saya berpeluang untuk balik mengundi..Saya masih di maktab tahun 2008 tu..Maktab di Pulau Pinang, kampung nun di tanah besar Seberang Perai Utara saja..Saya balik kampung malam mengundi tu dengan boyfriend saya..Hehehe masa tu boyfriend la lagi, sekarang dah jadi suami saya, Alhamdulillah..(^^)..
Hari tu juga first time saya jumpa mak mertua saya..Suami ajak mak dia sekali hantar saya, sebab nak mak mertua jumpa dengan family saya..Alang-alang nak balik, teruslah jumpa kan..Tapi saya punyalah nervous tak tahu nak cakap masa hari tu..Dengan nak jumpa mak mertua satu hal, nak cakap dengan family pun satu hal juga..Maklumlah, saya malu nak cerita dengan family hal-hal macam ni..Hehehe malu tapi mahu..hampehhhh..
Suami saya jemput saya dari rumah sewa naik kereta ni ha..
Click to view the next image.
*sumber mudah.my
Bila saya tengok dia datang dengan kereta ni, dalam hati  saya kata,
"Piiiii..habislah orang kampung ingat pak menteri mana pulak nak melawat kawasan ni.."
Malam tu sama macam malam ni lah, malam last sebelum nak mengundi esok hari..Bila masuk saja jalan ke kampung saya, saya dah tunduk-tunduk sikit kepala, takut orang kampung nampak saya yang di dalam kereta tu..Memang panjanglah tengkuk semua yang ada di markas mengundi masing-masing tengok kereta tu..Confirm semua ingat ada menteri mana masuk ke kampung..
Bila dah nak dekat rumah saya, saya perasan ada motorsikal ikut kami dari tadi lagi..Bila suami berhentikan kereta di depan rumah, tengok-tengok abang saya yang turun dari motorsikal tu..
"La hang ka..Ingatkan menteri manalah tadi nak mai tengok kampung"
Hahaha saya dah agak dah!!!
Bila dah berkenalan serba sikit antara mak mertua, suami dan family saya, mereka berdua pun balik..Saya ni yang dup-dap dup-dap dalam hati sebab takut disoal 1001 macam soalan..Orang lain sibuk berdebar-debar nak pilih pemimpin negara, saya pula berdebar-debar nak memilih pemimpin hati saya..hehehe..Mujur semuanya ok saja..(^^)..Bila dah nak mengundi esok ni, saya teringat balik peristiwa tu..Tapi tu semua saat yang best bila dikenang..
Tak boleh dah nak diulang lagi walau berapa kali pun saya boleh mengundi selepas ni..(^^)
 Selamat Mengundi!!!   

Friday, May 3, 2013

Cara Buat Acar Timun Lobak Merah

Assalamualaikum semua..



Bertemu lagi kita dalam rancangan masak-masak or campak-campak di dapur..hehe..Kali ni saya nak kongsi cara nak buat acar timun..Selalu kita tengok ada saja acar timun ni waktu di rumah kenduri kahwin..'Sahabat baik' dengan ayam masak merah ni..Sangat senang nak buat..Memang resepi saya yang mudah-mudah saja..(^^)..Dasar malas nak berlama-lamaan di dapur betui hang ni..






Bahan-bahan yang diperlukan (untuk 2 orang makan) :


  1. 1/2 batang timun
  2. 1/2 batang lobak merah
  3. 1/2 labu bawang besar
  4. 3 biji cili padi
  5. 1/2 sudu belacan
  6. 1/2 sudu kecil gula
  7. Garam secukup rasa
  8. Air perahan limau


Cara membuatnya:

  1. Potong nipis timun, bawang besar dan cili padi..
  2. Potong memanjang lobak merah..
  3. Gaulkan kesemua bahan di dalam bekas hingga sebati..


*Kalau nak timun anda nampak macam bintang seperti yang saya buat, ambil garfu dan kelarkan timun anda sebelum dipotong..(^^)






Selamat mencuba..(^^)

Thursday, May 2, 2013

Resepi Air Asam Kerisik

Assalamualaikum semua..



Minggu ni kiranya saya akan upload gambar tentang makanan saja..Macam blog resepi pula..hehe..Bukan apa, rasa macam berbaloi kalau dikongsikan dengan anda semua ilmu memasak saya yang ciput ni..Manalah tahu, ada yang mencuba resepi ni, bolehlah kongsi dengan kawan-kawan..Tapi kalau rasa tak sedap, jangan kongsi dengan orang tau!!! (^^)



Air asam ni banyak cara nak buat dan macam-macam versi yang ada..Tapi ini yang paling saya suka sekali..Sebab dari kecil arwah mak saya ajar saya buat air asam kerisik ni..Saya memang 'ambil tender' buat air asam kalau nak makan di rumah..Mudah sangat nak buat..Sangat sedap kalau dicicah dengan ikan bakar, ayam goreng, daging goreng, atau ayam dan daging masak apa-apa pun..






Bahan-bahan :

  1. 1 biji tomato
  2. 4 biji cili padi
  3. 1 sudu kecil gula
  4. 1 sudu kecil kerisik
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 1 sudu makan sos cili
  7. 1/2 sudu kecil belacan
  8. 1/2 labu bawang besar
  9. 1 sudu makan sos tomato
  10. Sedikit air perahan asam jawa

Cara buat:

  1. Potong bawang besar, tomato dan cili padi dan masukkan di dalam bekas..
  2. Campur kesemua bahan yang lain-lain dan gaulkan sebati..


*Saya suka ramas dengan tangan saja sebab nak bagi kesemuanya rasa sebati..
Kalau takut tangan rasa pijar, silalah guna plastik ye..




Selamat mencuba..(^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...