Sunday, June 30, 2013

DIY : Kostum Maskot Harimau Rumah Jingga

Assalamualaikum semua..



Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua macam mana nak buat kostum untuk maskot harimau..Maklumlah sekolah saya baru saja buat sukan tahunan kelmarin..So saya ditugaskan untuk buat perhiasan perbarisan rumah Jingga..Beberapa hari saya dok fikir nak buat maskot apa..Akhirnya dapat idea nak buat maskot harimau..



Mula-mula haruslah search internet dulu cari gambar harimau yang nampak garang macam di bawah ni..Saya print atas sticker..Sebabnya nak lekatkan pada topeng putih readymade yang saya beli..



Potong gambar di atas dan pandai-pandailah adjust bila nak lekatkan di atas topeng putih tu macam di bawah..Memang bila dah lekatkan nampak ada juga bahagian yang berkedut-kedut..Tapi kalau tengok dari jauh nampak elok saja..So, don't worry kalau harimau anda nampak macam dah tua sikit..hehehe..Ni baru 90% siap..Kena cover bahagian yang putih tu dengan sticker..




Untuk badan harimau, kena sediakan seluar panjang hitam dan baju lengan panjang hitam..Saya beli tracksuit dan inner saja..Sebabnya, cuaca panas tengah padang, kalau beli baju tebal-tebal, pengsan pula harimau saya nanti..huhuhu..Boleh juga beli baju dan seluar warna oren dan lekatkan dengan sticker hitam..



Potong sticker oren lebih kurang macam bentuk di atas untuk buat belang-belang..Dan lekatkan pada baju dan juga seluar macam di bawah..Untuk elakkan sticker tertanggal, lekatkan guna gam UHU pada setiap hujung sticker tu..Oh untuk perut buat corak macam dalam gambar pun boleh..






Ok, untuk ekor, kena ada dawai yang keras dan boleh lentur, mafla warna oren dan span nipis..Balut dawai dengan span, (seorang kakak ni rajin pula jahit jelujur span tu pada dawai..THANK U kak Nor!!) kemudian balut dengan mafla dan ikat dengan getah warna oren..Agak-agaklah panjang dawai tu cukup-cukup untuk lilit pada pinggang maskot dan yang selebihnya bentukkan jadi ekor..






Sebelum..






Selepas..



Ekornya nampak gebu saja macam gambar di atas..Untuk buat paws harimau tu, saya guna sarung tangan..Sarung tangan saya beli sarung tangan tukang kebun tu dan kak Nor Hasiah tolong spray warna oren dan hitam..Thank u!!!






Tu dia harimau saya bila dah siap pakai kostum..Oh ya, maskot saya saja perempuan, yang lain-lain semuanya lelaki..Rumah merah Ladybird, rumah hijau Ninja Turtle dan rumah kuning Lebah..Kreatif pula cikgu-cikgu rumah sukan tahun ni, siap semuanya ada maskot..Cayalah..
p/s: Tahniah pada semua cikgu yang gigih siapkan maskot..
Yang tukang tengok dan buat-buat tak nampak tu harap-harap ringankan tulang tahun depan ok!!!


Saturday, June 15, 2013

Yong Tau Foo Dan Sotong Kangkung Taiping

Assalamualaikum semua..



Pernah ke Taiping? Selain daripada terkenal dengan Zoo Taiping, ada satu pusat penjaja Taiping yang menjual yong tau foo dan juga sotong kangkung yang best..Lokasinya di belakang Balai Bomba Dan Penyelamat Taiping..






Memang meriah kat sini tau..Banyak gerai yang menjual sotong kangkung dan juga yong tau foo..Ada juga makanan lain yang dijual..Pilihlah ikut selera anda..(^^)












Harganya ok saja..Nak kata mahal tak mahal sangatlah, nak kata murah pun tak murah sangatlah..Saya dan suami pergi waktu malam..Tapi saya rasa, pihak yang sepatutnya perlu berikan perhatian kepada kebersihan di pusat penjaja ni..Waktu malam, persekitarannya agak berbau..Mungkin sebab sisa-sisa makanan atau sampah yang dah banyak..
Dan juga tempat parking susah juga nak cari..Sebab kebanyakan tempat di tepi-tepi jalan dah penuh..Sabar saja kami pusing-pusing sekitar tu tunggu kereta siapa-siapa keluar..Tapi berbaloilah juga kalau datang jauh-jauh semata-mata nak makan di sini..Macam yang kami berdua buat malam tu lah..Saja suami saya bawa ronda sampai Taiping hanya untuk makan..Lain kali port lain ok..(^^)

Wednesday, June 5, 2013

Jom Pekena Nasi Bersila Lahar Kepar, Pulau Pinang

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar tentang kedai makan Nasi Bersila ni tak?..Kalau anda berpeluang bercuti di Pulau Pinang di sebelah tanah besar, bolehlah mencuba nasi bersila ni..Memang berbaloi makan di sini tau..Dulu asalnya kedai ni kecil sahaja dan memang makan sambil bersila..Tapi dah makin maju, sekarang berpindah ke kawasan yang baru dan lebih besar..






Ni saya beli bungkus nak makan di rumah..Disebabkan saya dan suami naik motor dan hujan renyai-renyai, tak jadi kami nak makan di kedai tu..Rupanya dah herot petot dah..Dah bercampur semuanya..Tapi masih sedap tau!!






Harganya boleh tahanla..Dulu agak murah tapi ikut harga barang mentah semasa, kira masih logik lagi harga yang dikenakan..






Tu diaa kena beratur ok nak ambil makanan..Kedai ni macam kedai nasi kandar..Macam-macam jenis lauk ada..Semua dah dimasak dalam periuk besar..Ada pekerja yang akan sendukkan nasi dan lauk-lauk ikut pilihan kita..



Tapi satu saja yang saya tak puas hati dengan pekerja tu..Memang waktu saya pergi tu orang ramai..Saya tengok cara pekerja tu tanya pada pelanggan macam tak ada perasaan..Tak senyum langsung..Tahulah memang penat bekerja..Bukan nak suruh sengih sampai ke telinga..Cukuplah kalau maniskan muka depan pelanggan..



Yang beratur panjang-panjang tu semua membawa rezeki pada kedai dan sekaligus membawa rezeki pada dia..Tak salahkan kalau senyum sikit..Semua pelanggan bawa rezeki, bukannya bawa masalah..



Apa pun anda kena cuba sendiri makan di sini..(^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...