Saturday, December 22, 2012

Tunjuk Dengan Kaki vs Bersila Atas Lantai

Assalamualaikum semua..


Beberapa hari lepas bermula misi mencari barang elektrik..Nak cari vacuum cleaner dan barang-barang lain..Perabot dah settle, so nak cari barang elektrik pula..So, saya dan suami serta mil pergi ke sebuah kedai elektrik yang agak banyak juga cawangannya di Pulau Pinang ni..Kami plan nak cari di kedai elektrik dekat Sunway Tunas..



Dalam pukul 8.30 malam kami sampai..Hmm ramai pekerja kedai tu..Dua tingkat kedainya..Kami ronda tengok-tengok barang yang ada..Ada seorang pekerja lelaki Chinese datang dekat kami..Tapi dia tak cakap apa pun..Muka masam saja..Senyum pun tak, apa pun tak..Kot lah nak tanya nak cari barang apa ke atau pun just say 'hello'..Kami belek barang-barang yang ada..Dia sibuk dengan handphone saja..



Naik ke tingkat atas, kami jumpa satu vacuum yang sangat menarik, jenama Electrolux..Bila ditanya pada pekerja lelaki tadi tu, berapa panjang wayar vacuum tu, dengan buat muka malas nak jawab terus dia kata 'Tak tau, standard punya panjang'..Bila ditanya ada lagi tak vacuum jenama lain, baru ditunjukkan di rak barang Panasonic pula..Ada 5 jenis vacuum tapi ada 6 harga yang berlainan..Rak paling bawah, so suami saya mencangkung nak tengok harga..Saya berdiri saja..



Bila suami saya tanya kenapa ada 6 harga yang berbeza, sebab nampak macam tak ada beza pun 3 jenis vacuum tu..Lelaki tadi tunjuk dengan kaki saja, 'Yang ini dah habis stok'..How rude?!!!Saya rasa macam nak lempang saja sebab suami saya masih mencangkung di situ masa dia tunjuk dengan kaki..Terus saya dah tawar hati nak beli apa-apa barang di kedai tu..



Kemudian kami turun bawah, tengok pekerja lain layan cerita di tv saja..Bila kami nak keluar, ada pasangan Cina masuk..Elok pula pekerja lain layan, ramah!!!Hello semua pelanggan sama ok, jangan nak tengok pada pakaian atau bangsa, kami nak beli cash bukan nak hutang tau!! Terus keluar kami ke kedai CSH di D' Piazza pula..Kami pernah ke sana, memang ramah pekerjanya layan dan terangkan apa kelebihan barang yang kami nak pilih..Chinese juga..



Lagi 15 minit sebelum tutup kedai kami sampai..Terus pekerjanya dengan ramah tanya 'Yes bos, nak cari apa?' Bila dah cakap nak cari vacuum, terus dibawanya ke tempat vacuum dan siap terangkan lagi apa kelebihan vacuum tu..Kami berdiri, dia dah duduk bersila atas lantai dekat sebelah vacuum tu..



Saja saya suruh suami tanya pekerja tu, nak uji, berapa panjang wayar vacuum tu..Terus dia kata, 'Aiya, saya tak tahu berapa panjang oo,  sebab dia tak tulis maa..Tapi saya agak arr dalam 5 meter la'..Good, kami senyum sebab dia berusaha juga nak memenuhi permintaan customer..Terus kami setuju nak beli dan dia siap bagi diskaun lagi..Beza harga dengan kedai tadi walau pun vacuum tu jenama dan model yang sama..CSH lagi murah!!






Belek punya belek, kami terbeli rice cooker dan termos elektrik..Hehe sebab puas hati dengan layanan dan harga yang lebih murah..Harga tak penting, tapi layanan yang buat customer rasa dihargai tu yang lebih penting..Bukan semua barang tu kami dah tahu kelebihan dan kekurangannya, so kami perlukan assistant kedai untuk buat pilihan yang terbaik..Bukan nak kata bangsa tu bagus bangsa ni tak bagus, tapi attitude diri sendiri tu yang membezakan seseorang..



Senyum-senyum kami keluar dari kedai tu, cun-cun kedai nak tutup..Plan nak ke situ lagi nak beli barang lain pula..

Wednesday, December 12, 2012

Sofa Bed Merah Dan Almari Baju Putih

Assalamualaikum semua..



Lega rasanya sebab dua hari lepas, kedai perabot dah hantar perabot yang saya dan suami order last two weeks..Antara perabot yang kami order dari kedai perabot Northern Image Furniture Trading ialah rak kasut, 2 buah rak buku (ni untuk bilik kerja suami saya merangkap juga bilik membaca kami), stool, sofa bed dan almari baju..Ok by the way, kedai ni dah lama ada di 15-G-7 Bayan Point, Medan Kampung Relau, Pulau Pinang..


Lebih kurang pukul 2.00 petang lori pertama sampai..Hantar stool, sofa bed, rak kasut dan 2 rak buku..Terus pasang sementara tunggu lori lagi satu hantar almari pula..Lebih kurang pukul 2.30 petang barulah almari sampai..Kalut pekerja tu angkat almari sebab hujan dah mula turun..Ikut ramalan kaji cuaca memang akan hujan dan thunderstorm..Elok dah angkat semua, hujan turun mencurah-curah..



Dalam pukul 5 lebih barulah siap semua di pasang..Wallaaaa i like my wardrobe..






Almari ni sebenarnya ada dua design..Satu jenis pintu sliding yang tak ada cermin dan satu lagi yang ada cermin..Kami pilih yang ada cermin semua sekali..Senang tak payah nak beli cermin lagi dah..Bahagian dalam pun boleh pilih..Ada set dari A sampai G kot kalo tak silap..Tengok dalam katalog saja..Pilih ikut citarasa sendiri..Dan harga pun berbeza ikut set dan design pintu..


Mula pilih kami nak buat dua pintu saja..Tapi kilang cadangkan pada kedai perabot untuk suruh kami buat empat pintu..So setiap rak dalam tu ada pintu masing-masing..Almari ni tinggi..Saya kena naik atas stool bila nak cuci cermin tadi..Seketoi ni sajalah almari rumah kami..Sumbat semua benda..(^^) Rasanya memang berbaloilah melabur kat almari ni..



Sofa bed yang gambar atas ni pula suami saya yang berkenan..Warna merah hitam..First time tengok terus rasa berkenan..Ini untuk ruang menonton..Rasanya selepas ni kalau saya tengok tv sure setengah jam saja..Lepas tu tv pula tengok saya sebab sofa ni sangat selesa dan best bila tidur..Habislah..tak buat apa dah lepas ni asyik tergolek atas sofa saja..(^^)




Friday, December 7, 2012

Pesta Pulau Pinang & Jelajah Janji Ditepati 2012

Assalamualaikum semua..



Setiap tahun, bila masuk bulan Disember, sure akan ada acara tahunan di Pulau Pinang..Pesta Pulau Pinang akan bermula setiap awal bulan Disember sampailah malam tahun baru..Tahun ni pun, acara yang sama tetap ada..Tapi, saya masih belum sempat lagi nak ke sana..Hmm rasa macam sama kot dengan apa yang ada setiap tahun..Suami saya pun tak suka sangat nak ke tempat yang sesak-sesak ni, so kami just buat tak nampak sajalah pesta tu..huhu



Walaupun tiap-tiap malam boleh dengar lagu riuh-rendah dari tapak Pesta tu, bila dah biasa, macam tak ada apa-apa perasaan teruja pula nak ke sana..Tapi, kepada siapa-siapa yang belum pernah ke sana, silalah datang beramai-ramai ya..Macam-macam adaaaa..Bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong..Sebelah dengan Terminal Bas Sungai Nibong saja..Boleh masuk free ke tak ni, cek tolong promo ni..hehe 




Dan hari Sabtu ni, di Pulau Pinang juga, ada karnival Jelajah Janji Ditepati di Padang Kawat USM..Mengikut apa yang diwar-warkan di radio (HotFM) macam-macam acara ada..So, for sure, ramai yang akan datang ke Pulau Pinang ni..Yang ke karnival ni, mesti akan ambil peluang nak ke Pesta Pulau Pinang pula..Bukan jauh mana pun kedua-dua tempat ni..5 minutes drive I think..



Maknanya, Pulau Pinang akan sesak hujung minggu ni..Pheww boleh bayangkan macam mana sesaknya kereta yang akan beratur panjang untuk masuk ke Pulau Pinang..Biasanya setiap petang, memang akan jammed jalan nak ke Jambatan Pulau Pinang..Hujung minggu lagilah sesak..Ada pula event macam ni, lagilah unlucky for us yang tinggal berdekatan, nak balik rumah pun seksa..Orang parking kereta sampai di depan gate rumah my MIL..Muat-muat nak keluar kereta kami saja..



So, kepada siapa-siapa yang nak ke sini hujung minggu ni, bawa-bawalah bersabar ye semasa memandu..Pulau Pinang akan sesak hujung minggu ni..huhu 

Thursday, December 6, 2012

Air Cooler Ganti Aircond

Assalamualaikum semua..



Cuaca sekarang sekejap panas sekejap hujan saja..Tak menentu..Kalau duduk dalam rumah pun sekejap rasa panas sekejap rasa sejuk..Kalau hujan renyai-renyai sure rasa haba panas semacam saja dalam rumah..Kipas asyik berputar saja..Silap hari bulan, dia pun boleh bercakap..Pening eh aku kena pusing hari-hari..Tapi kalau buka aircond saja pun tak elok juga..Tak elok untuk bil elektrik anda dan tak elok untuk kulit anda..Yes kulit senang jadi kering kalau lama-lama dalam aircond..



Apa kata kita cuba tukar aircond dengan air cooler saja..Apa jadi ek? Di rumah saya (wah dengan bangganya dapat taip, tulis dan sebut RUMAH SAYA..I just loveeeeeeeee the feeling..(^^) ), ada guna satu air cooler jenama Singer..My husband yang beli..Sebabnya sayang nak tebuk dinding bilik yang after 11 months baru siap tu..Last choice beli air cooler..Memang plan nak letak aircond, tapi tak sanggup nak tebuk dinding yang dah cantik tu..



Saya ingatkan kecil saja air cooler tu..Bila pergi ambil semalam, nah ambik hang, besaq anak gajah!!! Kalau tambah dalam 4, 5 jengkal lagi, sure sama tinggi dengan saya tau..Dahlah naik si Kancil saja, puas juga nak adjust masuk dalam kereta..Mujur saya pun ikut sekali, kalau tidak, tak tahulah macam mana husband saya nak drive..Seat driver tinggal cinonet saja..Husband saya terpaksa bertahan di sebelah seat penumpang sebab dia 'comel-comel' saja duduk di situ..



Semalam waktu kami berdua mop  rumah tu, saja on, nak try tengok air cooler tu..Nah, memang sejuk..Ohh kena tambah air dulu sebelum on ya..Rasa macam kat kedai nasi kandar pula!! hehe..Ada roda, so bolehlah nak tolak ke sana sini..Kalau nak buat event apa-apa di luar rumah, bolehlah guna..Tak payah susah-susah nak cari standing fan..Rasa macam kena angin di tepi pantai pun ada bila try semalam..Rasa nyaman dan dingin..Tak sia-sia siapa yang cipta air cooler ni..Tabik spring!!!





Sunday, December 2, 2012

Rumah Kami Syurga Kami - Akhirnya Siap Juga!!!

Assalamualaikum semua..










Hari ni dengan bahagianya saya nak umumkan (ekspresi emosi yang agak berlebihan nak umum segala bagai) yang istana sangkut a.k.a rumah kami syurga kami telah pun siap dengan jayanya..Yeayy..eh bukan yeayy tapi Alhamdulillah, syukur ya ALLAH..(^^)..Setelah tunggu selama 11 bulan, dengan macam-macam liku onak dan duri, secara rasminya rumah kami, saya dan suamilah, dah boleh didiami..Barang dah angkut sikit-sikit tadi..



Tapi..ada tapinya, esok lusa misi nak mencuci bersih dulu rumah tu..Ikutkan dah bersih dah lantai semua, pekerja yang cat rumah tu dah buat, but still nak kena mop lagi sekali saja..Oh sebut tentang pekerja yang kami upah ni..hmm dia pun dah selamat pulang ke Indonesia petang tadi..Rugi kami tak jumpa dia dan wireman yang siapkan rumah kami tu awal-awal dulu..Dua-dua ambil masa 2 minggu saja untuk siapkan, eh bukan, untuk sambung kerja orang sampai siap..



Tapi apa pun yang jadi, kami percaya ada hikmahnya..Sempatlah saya kemas rumah masa cuti ni..Ada lagi barang elektrik yang belum beli..Perabot semua insya ALLAH dah lengkap..Yang order pun akan sampai selewat-lewatnya 2 minggu lagi..Nampak gayanya tak sempat nak bercuti ke luar Pulau Pinang hujung tahun ni sebab sibuk dengan hal rumah..Tapi tak apa, rumah lebih penting, nak bercuti bila-bila pun boleh..(^^)



Semoga tahun 2013 akan membawa dan menambahkan lagi kebahagiaan kepada kami berdua..



Semoga syurga duniawi yang kami bina akan berkekalan dan diredhaiNya..Aminnn..(^^)

Thursday, November 29, 2012

Pilih Perabot Untuk Rumah Baru

Assalamualaikum semua..


Phewww letih betul sejak dua tiga hari ni..Mana taknya, saya dan suami asyik masuk keluar masuk balik ke dalam kedai perabot yang ada di sekitar Penang ni..Itulah kerja kami dari pagi bawa ke malam..Semalam pun ada juga kami survey perabot, tapi kami terpaksa buat plan betul-betul dan senaraikan apa yang perlu dan tak perlu ada..



Sebab apa tau..Sebabnya, ikut plan A, bilik tidur patut nak buat di tingkat atas, dah beli siap katil dan tilam semua..Tup-tup bila dah hantar katil, tilam pula tak muat nak bawa naik ke atas sebab ruang antara tangga dan pintu bilik tak cukup luas nak sengetkan tilam tu..Adehh..haru juga..So, bincang balik dengan suami, kami decide, master bedroom ditukar ke bilik depan saja..Plan B..



Since that, semalam kami ambil plan rumah (suami saya siap lukis plan rumah ikut ukuran rumah lagi, very particular) dan senaraikan perabot dan barang elektrik yang perlu ada..Yang besar-besar tu yang costly..Maklumlah rumah pun kosong..Semuanya kena beli..Adehh berpinar biji mata tengok harga barang elektrik dan perabot..huhu



Antara sofa bed yang dalam list kami..











Ni satu saja sofa bed yang kami tengok di IKEA waktu ke KL hujung minggu lepas..
Balik ukur dulu area nak letak sofa bed ni dan tengok sesuai atau tak..Kalau sesuai...serbu lagi ke kedai perabot tu..Uncle, tak nak ke you bagi free saja maa? hehe


Wednesday, November 21, 2012

Bersyukur Saat Diuji - Prof Muhd Kamil Ibrahim

Assalamualaikum semua..


Kali ni saya nak kongsi tentang sebuah buku yang sangat bagus untuk santapan minda dan rohani kita..Buku hasil tulisan Prof Muhd kamil Ibrahim yang saya beli di Popular, Tesco, tempat kejadian aksi Hindustan kelmarin tu lah..(^^)






Siapa yang rasa-rasa otak tengah serabut dan pening fikir masalah atau diuji dengan apa-apa ujian, silalah rajinkan diri beli buku ni..Harga saya beli di Popular RM 22.00..Saya tertarik nak beli buku ni sebab saya terbaca dalam blog Prof Muhd Kamil (Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan) pengalaman beliau yang bagi saya sangat menarik..Bahasanya mudah dan senang faham..Boleh masuk terus dalam kepala..



Saya tak nak ulas panjang tentang buku ni, cuma anda kena beli dan baca sendiri dengan mata hati..Saya mula baca dan terus baca sampai last page..Tak rasa nak berhenti pun bila dah mula baca..Sesungguhnya, bersyukurlah saat diuji..(^^) Dan bersyukur juga walaupun kita diuji, kita masih boleh tidur lena, sedangkan ada saudara kita yang sedang diuji, antara hidup dan syahid di Gaza..

Macam-Macam Ragam Manusia

Assalamualaikum semua..
roundpenang.blogspot.com



Pernah makan di Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang? Ok, ramai yang pernah makan disini rasanya..Harga disini lebih murah tau kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak lain yang sedia ada restoran dan cawangan tu..Tapi dalam entry ni, saya bukan nak cerita tentang kedai makan ni..Saya nak cerita apa yang berlaku di sekitar kedai nasi kandar ni, pada malam saya dan suami makan disini beberapa hari lepas..
Waktu kami sampai dan parking kereta di tepi jalan, ada seorang lelaki pangkat pakcik, melambai-lambai pada kami dan cakap sesuatu..Dia datang dekat dengan kereta..Pakaian nampak kotor dan serabut..Tak jadi kami nak keluar..Nampak macam mabuk saja..Cakap apa pun tak faham dan tiba-tiba saja dia bongkok dan tunduk di jalan..Depan kereta kami..Adalah dalam 5 minit juga macam tu..Diam saja..Saya cakap pada suami, 'Apa pula yang dia buat tu? Takkan tertidur kot?'
Kemudian dia berdiri, dia cakap 'Ok bos, ok, parking sini'..Sambil tangan tunjuk tanda best a.k.a thumbs up..Kemudian dia nampak ada kereta yang baru nak parking di seberang jalan, dia jerit 'Ok bos, ok parking ok'..Dia pergi pula pada kereta tu..Barulah kami keluar dari kereta..Terus ke kedai nasi kandar..
Bila dah nak habis makan, dalam banyak-banyak suara orang bercakap di situ, tiba-tiba dengar macam orang mengaji ayat-ayat Al-Quran..Aik? Saya tercari-cari juga, siapa yang tengah mengaji ni..Kemudian bila kami nak ke kereta, nampak seorang lelaki, pakai lengkap, siap dengan ketayap, pegang tongkat orang cacat penglihatan, tengah mengaji dengan suara yang kuat di bawah pokok dekat dengan meja makan kedai nasi kandar tu..
Saya pun tak pasti, memang dia ada di situ tiap-tiap malam atau pun malam tu saja..Suara dia mengaji sangat lantang dan sedap juga..Ada juga saya terfikir, tak adakah siapa-siapa yang berkenaan nak ambil dia untuk diasah bakat mengaji tu?..
Bila nak sampai ke kereta, nampak pula di seberang jalan ada sekumpulan budak-budak muda belasan tahun, lelaki, melepak ramai-ramai..Ada yang duduk atas motorsikal, ada yang tak berbaju, ada yang tengah hisap rokok, ada yang ketawa dan bercakap seolah-olah semua orang disitu pekak-pekak saja..Kuat sangat dik oiiiiii..
Bila masuk dalam kereta, tiba-tiba saja pakcik tadi datang balik..Dia kata 'Ok bos, ok'..Suami saya hulur RM 1.00 sebab nak dia jauh sikit dari kereta..Orang macam tu dapat RM1.00 pun dah ok..Terus dia angkat ibu jari dan tengok nombor plat kereta kami..'WMW Wilayah Perkesutuan, bagus, bagus'..Pakcik tu kata sebelum dia cari kereta lain pula..Kami gelak sajalah..Sebut pun tak betul dah..
Saya tanya suami, 'Abang bagi seringgit ka?' Suami saya jawab, 'Lebih baik bagi duit walaupun seringgit, daripada dia p mencuri kat mana-mana pula..Kurang sikit pencuri'..Betul juga, kan?
Hmm macam-macam ragam manusia yang saya dapat tengok malam tu..Semuanya buat hal masing-masing dengan cara masing-masing..Nampak macam ada yang tak kena, tapi mungkin tu saja cara mereka rasa bahagia..Entahlah..Cuma yang simpatinya, semuanya dari bangsa sendiri..Kesian.. 
*Google..tak terfikir pun nak ambil gambar semua kejadian tu..

Tuesday, November 20, 2012

Kejar Pencuri Di TESCO!!

Assalamualaikum semua..



Semalam, suami bawa saya ke Tesco..Memang nak beli barang dah dua tiga hari tertangguh..So, kebetulan suami saya tak 'outstation', kami rondalah di Tesco ni..Orang taklah ramai sangat pun..Hujan waktu ni..Selepas beli apa yang patut, suami saya nak singgah di kedai Bata pula..Saya pun minta izin nak ke Popular nak cari buku..Nun di hujung sana..



Lama tak membaca, rasa macam makin tumpul pula otak ni..Jangan sampai 'berkarat' otak sudah..Tengah belek-belek buku tiba-tiba dengar kecoh-kecoh di luar pintu masuk ke Tesco..Apa yang jadi tu? Dengan perasaan busybody juga macam orang yang dah makin ramai di luar tu, saya pun panjangkan tengkuk tengok apa yang jadi..



Nampak pekerja Tesco bawa seorang lelaki sambil marah-marah..Apa entah yang dikata, tak jelas pun..Kemudian mereka masuk dalam Tesco dan berlakulah adegan aksi Hindustan..Hehehe aksi kejar-mengejar di celah-celah rak-rak barang Tesco antara guard, pekerja dan lelaki yang dikatakan mencuri tu..Hmm macam kartun juga saya tengok..



Dia lari ke kiri, semua guard lari ke kiri..Dia lari ke lorong kanan, semua guard lari ke lorong kanan..Akhirnya, penat kot nak lari, dapatlah ditangkap balik pencuri tu..Puas kena marah, dipegang tangan ke belakang, dua tiga pekerja dan guard bawa lelaki tu ke bilik 'pemulihan' suami saya kata..hehe (Selepas saya ceritakan kejadian tu pada dia yang baru sampai di Popular) Saya pula kata 'Mungkin bawa masuk ke toilet kot, kena flush dulu..hehehe'



Jahat tak saya? Jahat sikit-sikit saja..



Mungkin masuk bilik siasatan kot di belakang tu..Dekat dengan toilet ok..hehe..Terdengar jugalah guard tu cakap lelaki tu sorok barang dalam baju..Entahlah betul atau tidak..Tapi bukan warganegara Malaysia..Tengok muka pun dah tau negara mana..  



Gambar di atas diambil selepas kejadian ok..So tak ada kena-mengena semua individu dalam gambar dengan kejadian tu..Semuanya hanyalah pelanggan sahaja..Saya tak kalut dan sibuk pun nak ambil gambar kejadian..Jadi dalam masa yang singkat..
Suami saya dengan selambanya kata, 'Eh jom, abang pun nak curi barang jugalah kat sini..' Sambil laju saja dia buat aksi nak curi barang dalam Popular..Cissssss..Malas saya layan, saya teruskan usaha cari buku..Gelak-gelak dia pun cari buku juga..(^^)
End of the story..

Monday, November 19, 2012

Nasib Kita Semua Memang Tak Sama

Assalamualaikum semua..



Hmm saya termenung panjang semalam selepas balik dari rumah saudara..Cerita yang disampaikan tentang nasib seorang saudara saya..Terdiam saya sepanjang jalan..Suami saya memandu dalam keadaan diam juga..Masing-masing melayan perasaan sendiri..Nak luahkan dan berbincang dengan suami, rasa macam-macam persoalan ada dalam kepala ni..So, layankan saja perasaan tu sendirian..

*Google



Bila difikirkan balik, nasib setiap manusia ni memang dah ditakdirkan..Tapi kita boleh mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri yang berusaha..Saya tengok balik setiap orang yang pernah saya jumpa dalam hidup saya..Ada yang belum kahwin, tapi hidup bahagia..Ada yang dah berkahwin, tapi hidup porak-peranda..Ada yang berkeluarga, kaya, hidup mewah, tapi hubungan sesama mereka tidak mesra, ada jurang yang dalam..Ada yang bahagia bercinta bertahun lamanya, tapi jodoh hanya setakat itu sahaja..



Ada juga yang saya jumpa, hidup sederhana, rumah biasa-biasa, dah berkeluarga, tapi mereka hidup gembira, sangat mesra dan akrab..Ada juga yang berkahwin atas dasar pilihan orang tua, hanya mampu menurut, bila dah kahwin, dialah isteri dan suami yang paling bahagia..Tapi, ada juga yang berkahwin atas dasar cinta sepenuh jiwa, malangnya, isteri dan suami tak mampu dan tak berilmu nak uruskan rumahtangga..Lintang-pukang juga jadinya..



Saya renungkan balik, setiap manusia itu nasibnya tak sama..Ada yang diuji dengan ujian yang hanya dia saja yang mampu tanggung..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Tuhan itu Maha Adil..Dia hanya menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian tersebut sahaja..Nasib masing-masing, rezeki masing-masing sekiranya diuji..Yes, ujian itu pun dikira rezeki..Rezeki untuk dia menambah pahala dan sentiasa ingat padaNya..



Saya harap dan berdoa, semoga saudara saya itu pandai mengawal dan mengubah nasibnya..Saya hanya mampu berdoa sahaja..Walaupun jauh, saya tetap ambil tahu dan sangat mengharapkan dia bahagia..



'Ya ALLAH ya Tuhanku, berilah kebahagiaan dan kesejahteraan kepada saudaraku..Peliharalah dia dan keluarganya..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuknya..Aminnn..'

 
*Google

Saturday, November 17, 2012

DIY : Cara Potong 'Layer' Rambut Sendiri

Assalamualaikum semua..


Terima kasih kalau anda masih sudi baca entry ni pula, sambungan dari entry sebelum ni..Ok, jom kita tengok apa yang saya buat untuk mulakan DIY potong 'layer' rambut sendiri ni..
p/s : Sila rujuk entry sebelum ni dulu ok
Ok, bila dah ready depan cermin, saya ambil rambut bahagian depan untuk dibuat 'bang'..Macam dalam gambar bawah ni..Semua gambar dari Google, tak ada pun gambar saya sendiri..Harap maklum..(^^)



*Google 



Rambut lain saya sepit guna penyepit besar..Guna tangan kiri pegang rambut dan tangan kanan pegang pisau cukur..Saya kidal, so terbaliklah..(^^) Kemudian letak pisau cukur pada rambut, dari atas tarik ke bawah sikit-sikit saja..Layang-layang saja..Potong ikut berapa pendek anda suka..
Sebaiknya jangan basahkan rambut anda..Sebab kalau rambut basah, rambut nampak lebih panjang, tapi hakikatnya, bila dah kering, rambut akan jadi pendek..Kalau basah, terpotong pendek, bila dah kering, nanti rambut nampak pelik..Macam mana nak adjust lagi..(^^)
Bila dah puas hati dengan hasilnya, boleh buka sepit rambut dan bahagikan rambut pada 2 bahagian..Bahagi rambut yang selari dengan telinga anda dan sepit atas kepala..Rujuk gambar..



  
*Google

Bahagi kepada dua bahagian dan bawa semuanya ke hadapan..
Rujuk gambar di bawah..



 *Google

So dari depan, anda boleh mula potong..Ambil pisau cukur, letak pada rambut sebelah kiri atau kanan dulu pun boleh..Tarik ke bawah layang-layang saja..Buat sampai anda dapat potongan yang anda suka..Kalau rambut anda jenis yang tebal, kena bahagi rambut pada beberapa bahagian yang anda boleh pegang, senang nak potong..Sepit dengan bobby pin tu dululah..
Bila dah siap, pastikan panjang pendek kedua-dua belah rambut sebelah kiri dan kanan kepala anda tu sama panjang ya..Jangan ada yang senget pula..Kalau senget pun anggaplah senget itu seni..hehehe..Taklah, potonglah bagi sama cek..(^^)



Kemudian, ambil rambut yang disepit atas kepala tadi dan bahagi dua, kiri dan kanan, bawa ke depan sama macam proses tadi..Buat proses yang sama juga sampai anda dapat hasilnya..(^^) Kalau rambut anda tebal dan nak nipiskannya, layangkan beberapa kali pisau cukur pada rambut anda..Dari atas, tarik ke bawah sikit-sikit..Pastikan balance kiri dan kanan..Memanglah kita tak boleh nampak dari belakang, tapi boleh rasa sendiri sama ada balance atau pun tidak..



Bila dah siap, bergantung pada kreativiti dan imaginasi anda, beginilah hasil yang anda boleh buat pada rambut anda..



 
*Google
      
Lebih kurang sama dengan hasil yang saya dapat..(^^)
   
   
*Google
*Google


Puas hati bila dah siap potong..Jimat RM 12 - 15 bila potong sendiri..Tak payah susah-susah nak cari kedai gunting rambut lagi lepas ni..Settle masalah..Sengih-sengih saya kemas meja dan alat yang saya guna sampai tergenggam pisau cukur tadi..Terluka dan berdarah jari cek..huhuhu..Tapi tak apa, puas hati sebab misi berjaya! (^^)



Anda berani? Kalau berani, cubalah sendiri..Dan kongsikan dengan saya hasilnya ok..


DIY : Potong 'Layer' Rambut Sendiri

Assalamualaikum semua..

*Google

Pernah tak anda menghadapi masalah nak cari kedai gunting rambut yang memang untuk Muslimah sahaja? Tak bercampur 'unisex' untuk lelaki dan perempuan? Hmm kalau anda pernah rasa susahnya nak cari kedai gunting rambut khas untuk Muslimah sahaja, memang anda kena baca entry saya kali ni sampai habis..Sure lepas ni, saya jamin (hehe berani pula nak bagi jaminan) anda akan kata selamat tinggal kedai gunting rambut..
Saya pun dah lama perhati dan cari di Pulau Pinang ni kedai gunting rambut khas untuk Muslimah saja..Tapi setakat yang saya tahu, cuma ada satu saja kedai memang untuk pelanggan perempuan saja..Tapi sekejap saja dia buka di Gelugor lepas tu berpindah ke Relau pula..Sepanjang tempoh tu, saya dah susah hati sebab tak tau nak gunting rambut dimana..Memanglah banyak salon dan kedai gunting rambut kat Penang ni..Tapi semuanya bukan Muslim..Rambut tu aurat, kena jaga walau nak potong pun..
So, dah sampai tahap rimas dah rambut saya dah panjang sampai melebihi bahu, saya pun mulalah fikir secara kreatif macam mana kaedahnya kalau nak potong rambut sendiri..Godeklah internet dan Youtube..Tup-tup jumpa satu brand ni Creaclip namanya..Memang mudah cara nak potong guna benda alah ni..Tapi imported dan susah nak cari di Malaysia..Ke ada yang tahu dimana nak beli di Malaysia ni?


*Google
Then godek lagi..Terjumpalah satu video ni macam mana nak potong rambut sendiri guna apa yang ada di rumah sahaja..Tak payah nak beli Creaclip ke apa..So, dengan semangat wajanya, saya pun terus excited nak kerjakan rambut saya ni..Fuhh, first time nak potong rambut sendiri ni, sebelum ni trim sikit-sikit saja..Kira habis nekadlah ni nak potong juga..So, saya pun sediakan semua alatannya macam dalam gambar di bawah ni..
Eh mana gunting? Yes, tak ada gunting pun..Saya cari pisau cukur yang dah digunakan..Encik suami saya tak ada di rumah, so saya geledah barang dia..hehe..Kalau nak guna yang baru, takut tajam sangat nanti tak pandai nak agak, terlebih potong pula..Sikat besar boleh, sikat kecil pun boleh..Penyepit rambut besar dan bobby pin yang kecil-kecil tu.. 
Then, saya ambil meja Jepun, letak depan cermin, saya duduk bersila..Saya lapik suratkhabar lama atas meja, saya ambil baju lama dan selimutkan badan, kepit dengan peyepit baju dari belakang..hehe kan semua benda dah ada di rumah tu..(^^)
So macam mana nak mulakan potong rambut sendiri? Sambung dalam entry selepas ni..Kalau saya buat semuanya, nanti dah jadi novel 120 muka surat pula..Ok jom kita tengok next entry..

Thursday, November 15, 2012

Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan Anda?

Assalamualaikum semua..



Ada yang sambut anniversary perkahwinan tak hari ni? Kalau ada, tahniah diucapkan..Semoga jodoh berpanjangan hendaknya..Aminnnn..Siapa yang baru saja berkahwin tu, silalah ingat tarikh perkahwinan anda mulai sekarang..Hehe baru-baru kahwin ni, memanglah semua tarikh ingat lagi..Masuk tahun ke 5, 6 nah, buat-buat lupa dah bila tarikh anniversary..
Baru-baru ni..errr taklah baru sangat, dah lama pun, 26 Oktober, yes hari Raya Haji, saya dan suami 'sambut' anniversary kami yang ke empat tahun..Dah empat tahun dah habaq hang..Rasa macam baru saja tawin..Tapi rasa macam dah lama kenal..hehe..Kami akad nikah dulu dan bulan Disember baru kenduri..Macam-macam sebab kami buat kenduri lambat..Salah satu sebabnya, arwah mak saya baru saja meninggal dan kami berdua tunggu abang saya buat persiapan kenduri juga..Kenduri dua pengantin..Adik dan abang sekaligus..Jimat segala segi..(^^)
Bila dah masuk tahun keempat kahwin, saya rasa banyak sangat benda yang dikongsi bersama suami..Dialah kawan, dialah lawan..Dia jugalah 'punching bag' saya..Hehe 'nasib badan', suami saya selalu kata..Masa anniversary kami hari tu, kami tak beria pun nak sambut..Just makan berdua..Tapi..hehe ada tapinya..Tapi saya dapat hadiah juga tau..



Taddddddaaaaa..






Suami saya bagi hadiah ni awal seminggu sebab dapat pakej dengan nombor cun..
I lap u lah bang..



Mula saya ingat suami saya tak akan bagi hadiah apa-apa, sebab dia sangat sibuk seminggu dua sebelum anniversary kami..Tapi saya memang dah lama plan nak bagi hadiah..Saya upah seorang encik kerani di sekolah, edit, besarkan dan frame gambar perkahwinan kami..Dah empat tahun kahwin, inilah pertama kali frame gambar kahwin besar-besar..Apa daaaaa..



Saya balut elok-elok frame tu dan saja snap guna handphone baru nak tengok clear ke tak gambar..Kemudian saya sorokkan dalam almari di sebalik baju-baju..hehe..Tup-tup, bila suami saya belek handphone tu, dia ternampak gambar ni..Maka berlakulah pergelutan merampas handphone antara kami berdua..Sibuklah dia nak cari..Tapi tak jumpa..Phewww mujur..






So, bila hari kejadian, pagi-pagi lagi saya bagi pada suami dan dia pun buka  pembalut hijau tu..Tapi plastik dia tak nak buka..Sengih-sengih saya cakap, nanti kita gantung gambar ni di rumah baru..(^^) Mujur dia suka!! Thank you pada Encik Samsuri sebab tolong saya..hehe jasamu kukenang..




 

Bila sampai tarikh ulang tahun perkahwinan, pemberian hadiah tak penting sebenarnya..Cukup sekadar kita ingat dan menghargai pasangan..Itu lebih utama..Tapi ada juga kawan-kawan yang tak ingat dah tarikh anniversary..Ha macam mana tu? Hope bila dah tua nanti, kami tak lupa tarikh-tarikh penting dalam hidup kami..InsyaAllah..(^^)

Wednesday, November 14, 2012

Boleh Bergurau Itu Tanda Serasi

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah bergurau dengan pasangan anda? Chewah soalan..Bukan apa, saya ada terbaca dalam Majalah Mingguan Wanita 16-22 November 2012, kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, kalau kita boleh bergurau dengan seseorang, itu tandanya serasi..
Tak kiralah antara kawan-kawan, ahli keluarga atau pun pasangan, kena pandai bergurau..Bayangkan kalau di rumah, semua bawa perwatakan serius saja, mesti hubungan tu akan jadi hambar dan tak mesra..Tapi, kalau kita memang jenis yang tak pandai nak bercampur dengan orang dan tak pandai nak ambil hati orang dengan gurauan, baik tak payah cuba-cuba atau saja-saja nak buat lawak..Nanti tak pasal-pasal, sakit hati yang dapat..
Mengikut Dr. Tuah, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang banyak ketawa, boleh bergurau senda termasuk isu-isu sensitif..Ha cuba anda check dan kaji balik ada tak anda dan pasangan anda macam tu? Jika orang bergurau disambut dengan ketawa, itu samalah macam positif bertemu negatif, akan mengalirkan elektrik..Ada chemistry..Ada keserasian, ada tarikan..(^^)
Saya dan suami boleh bergurau, sampai tahap pernah dia kata yang saya ni gila..Saya balas balik, sebab saya kahwin dengan orang gila sebab tu saya jadi gila..hehe..Kami tak ambil hati pun..Dalam sehari entah berapa kali entahlah, asyik kata meluat dengan perangai masing-masing, tapi sebenarnya geram dan tak larat nak layan..hehe..
Macam baru-baru ni, suami ajak saya ambil kereta di Langgar, Kedah..Pertama kali saya nak drive jauh, dari Langgar ke Penang..Dahlah malam, hujan pula renyai-renyai sepanjang jalan..Tawakal saja, saya bawa Myvi, suami bawa balik Kancil..Sepanjang highway, saya ikut speed yang suami bawa..Dia potong lori, saya potong lori, dia potong kereta, saya potong kereta..
Sejam selepas tu, bila dah sampai di rumah dia cakap, di tengah highway dia buka tingkap luas-luas dan jerit.."Wei bini aku reti bawa kereta wei"..Gila..tu saja ayat yang keluar dari mulut saya..Patut saya nampak dia buka tingkap..Tapi saya tak dengar apa..Sambil gelak-gelak, dia kata dia bangga sebab wife dia dah boleh bawa kereta di highway..Ya lah..kan ke saya ni baru lagi drive sendiri, tu sebab dia terlebih suka..Tapi saya ketawa sajalah..Kerana kasih kuturutkan..Macam-macam..
Sebab tu saya rasa bosan kalau suami saya kena kerja jauh-jauh..Mati kutu saya..(err kenapa mesti mati kutu pula, walaupun tak ada kutu..hmm tak faham..) Tapi kalau dia ada, ada saja benda yang buat kami berdua ketawa..Bukan nak kata kami berdua ni betul-betul serasi, kadang-kadang bergaduh juga..Tapi kalau ikut pada apa yang Dr. Tuah kata, boleh bergurau itu tanda serasi, saya rasa kami berdua dapat markah penuh!! (^^)



Moga kami sentiasa ceria dan bahagia..Aminnnn
Anda pula bagaimana? (^^)

Sunday, November 11, 2012

Destinasi Percutian Hujung Tahun

Assalamualaikum semua..


Akhirnya cuti sekolah dah pun bermula..Bolehlah merancang untuk pergi bercuti merehatkan minda..Maklumlah aktiviti sepanjang tahun memang banyak..Tambah-tambah nak hujung tahun lagilah macam-macam pula aktiviti yang kena buat..Tak cukup kaki tangan nak buat semua..Bila ada peluang bercuti, silalah ambil peluang ni untuk bercuti dan enjoy betul-betul okay..hehe

So, dimana destinasi percutian hujung tahun anda? Ada rakan-rakan yang saya dengar dan baca status dalam FB pergi bercuti ke luar negara..Amboi murah rezeki..Ada yang ke Indonesia, ada yang nak ke Vietnam, ada yang nak ke Beijing, ada yang nak ke Singapura..Tak kurang juga ramai yang pilih nak bercuti dalam negara saja..Bagus juga melabur untuk negara sendiri..Saya? errrr tak pasti lagi nak kemana..hehehe
Tapi, kalau bercuti dalam negara, cuaca di Malaysia sekarang tak dapat nak dijangka..Sekejap panas terik, tiba-tiba saja langit mendung dan hujan..Meleret-leret pula hujannya..Sampai ada kawasan yang dilanda banjir..Hmm nak pergi bercuti pun risau sebab takut kawasan yang kita pergi tu banjir pula..Masa inilah khidmat ramalan kaji cuaca sangat-sangat diperlukan..





Amaran Cuaca



Bukan bergantung sepenuhnya pada ramalan, nama pun ramalan, kadang betul kadang salah..Cuma kita ada panduan serba sikit tentang cuaca tempat yang kita nak pergi tu..Baru percutian bersama keluarga atau pun rakan-rakan tidak terganggu..Lagi pun demi keselamatan juga..Bayangkan kalau kawasan yang kita pergi bercuti tu dilanda banjir, keselamatan diri dan ahli keluarga turut berisiko..So kalau nak pergi bercuti, keselamatan juga perlu dijaga..Baru percutian tu lebih bermakna..Fikir-fikirkan..




Selamat Bercuti kepada semua (^^)


Tuesday, November 6, 2012

Merempit Di Tengah Hujan

Assalamualaikum semua..
Sekarang ni dimana-mana saja asyik hujan kan? Alhamdulillah, hujan rahmat..Sejukkan Bumi dan bersihkan apa yang kotor di atas muka Bumi ni..Tapi..kesian juga pada sesiapa yang bergantung pada motorsikal saja untuk kemana-mana..Setiap hari kena meredah hujan..
Saya dan suami semalam buat kerja gila..Naik motor waktu hujan ronda-ronda sekitar Penang..Hmm gila ke tak gila ek? huhu..Bukan tak ada kereta, tapi malas nak naik kereta nak pergi town sebab waktu hujan semua orang akan bawa kereta sangattttttt perlahan..Plus, jalan akan jadi jammed..Jadi suami saya decide nak naik motor saja..
Kerana kasih ku turutkan jua..Chehh..bukan apa, saya dah lama tak naik motor secara berduet ni..Masing-masing sibuk dengan kerja..Time kerja pula tak sama..Bila ada masa untuk bersama, kami gunakan masa yang ada sebagai quality time..Enjoy betul-betul masa bersama tu..Ehhhh bersama tu yang maksudnya ada peluang berjumpa ok..Bukan maksud yang lagi satu nun..
Kalau nak diikutkan hati, memanglah saya tak mahu naik motor waktu hujan ni..Tapi bila fikir balik, dah lama tak meronda secara berduet ni, dan waktu hujan pula tu, so saya pun on saja..Tapi sayang bini punya pasal, suami saya 'bungkus' saya dengan baju hujan from head to toe!! Pakai seluar hujan dan pakai baju hujan labuh yang ada hood..Bila pakai helmet, nak pusing kepala pun dah jadi macam Robocop..
 
Dia pun pakai sweater dan baju hujan pula..Saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama gelak..Masing-masing cakap, 'Tak ada kerja, nak buat kerja gila' (^^)..So kami pun mulakan perjalanan meredah hujan..Dari rumah ke Jelutong..Hmm best juga main hujan ni..Memang tak basah pun pakai macam Robocop tu..Tapi baru nak rasa enjoy, tiba-tiba kebushhhhhh..Nah motor di sebelah kami terlanggar lopak air dan kami berdua kena simbah dengan air lopak terus ke muka..
Adehhh saya dah tuih tuih dah sebab takut masuk dalam mulut..Air lopak tu..Suami saya pun..Mula-mula nak marah juga, tapi lepas tu kami gelak..Sebab rasa padan muka nak sangat naik motor..hehehe hambik hang..Dari Jelutong terus ke astaka Padang Broom (atau Padang Brown) di Jalan Dato' Keramat..Saya order laksa (hantu laksa tak boleh nak buat apa dah), sedap bila makan laksa panas-panas waktu hujan tau..Suami saya order nasi goreng udang..
Dah habis makan, kami ke town ronda-ronda dan kemudian terus ke Sunshine Taman Lip Sin pula..Hujan pun buat derk saja..hehe..Dah habis beli barang baru kami balik rumah..
Sepanjang perjalanan kami naik motor tu, saya tengok motorcyclist yang lain..Saya terfikir, susah juga kalau ada motor saja untuk kemana-mana waktu hujan pula tu..Ada yang dah tua pangkat datuk-datuk bawa motor, rasa kesian tengok sebab sangat perlahan..Ke tepi ke tengah jalan..Bahaya kot kalau macam tu..Ada yang bawa motor sambil bawa isteri dan anak, sampai tak boleh nak balance motor terhuyung-hayang bila kereta lalu..Bahaya juga..Ada yang bawa macam hantu, tak kira hujan pun nak tunjuk hero, bawa laju dan mencelah sana-sini..Pun bahaya juga..






Alahai..macam-macam perangai manusia..Tapi mesti beringat, berhati-hatilah bawa motor sewaktu hujan ya..Bahaya sentiasa ada..Pastikan penunggang dan juga pembonceng pakai helmet dan pastikan juga semua lampu menyala..Terutamanya lampu belakang dan lampu brake..





*Tapi akibat 'main' hujan semalam, rasa macam nak demam dah ni..huhu padan muka cek..

Saturday, November 3, 2012

Rumah Kami Syurga Kami - part 3

Assalamualaikum semua...


Lamanya tak update blog ni..Entahlah..sejak kebelakangan ni sibuk dengan hal sekolah dan juga hal peribadi..Biasalah hujung tahun ni macam-macamlah urusan yang nak kena settle..Nak jenguk blog ni pun tak sempat..


So hari ni, nak update tentang rumah kami yang dalam proses tu..Dah berkurun terbengkalai sebab wireman bedebah tu la..Malas nak ingat..Tapi akhirnya, alhamdulillah ada juga hamba Allah ni yang rajin buat kerja dan bersungguh buat kerja tolong siapkan semuanya..


Tapi bukan tolong dengan tangan kosong..Kami bayarlah..Kalau sebelum ni wireman yang hampeh tu buat kerja selama 5, 6 bulan tak siap-siap, wireman yang baru ni boleh siapkan hanya dalam masa 2 minggu saja..Tapi wireman ni siap cakap sangat sakit hati nak sambung kerja si bedebah tu..


Dia tak buat kerja pun sebenarnya..Wayar pun main campak saja atas siling..Lampu gate pun entah macam mana wayar dia buat sampaikan bila pasang, lampu tu meletup dan pecah..Satu-satu kesalahan dan kecuaian dia kami dapat tau dari wireman yang baru ni..


Rasa ralat dan sedihlah bila ada orang yang buat macam tu pada kami..Saya dan suami bukannya tak bayar dan layan dia macam sampah, kami cakap elok saja..Tapi itulah jenis  manusia yang tak sedar diuntung..Eh kata tak nak cakap pasal dia dah..Tapi tercerita pula..hehe


Ok, sekarang kami berdua dah rasa lega sangat-sangat sebab masalah utama kami dah selesai..Sangat bersyukur masih ada lagi orang kita yang boleh dan bersungguh untuk mencari rezeki..InsyaAllah, kalau ada yang nak bantuan wireman, saya dan suami tak teragak-agak nak recommend wireman ni..


Tiap kali kami pergi tengok progress rumah tu, dia dan team dia sentiasa buat kerja..Bukan tipu-tipu tapi memang bersungguh buat kerja..Sangat laju dia buat kerja..Macam kartun..Zup zap zup zap ke sana sini buat kerja..Yang buat saya rasa sejuk hati tengok cara mereka bekerja ialah, bila saya terdengar salah seorang pekerjanya sebut "Bismillahirahmanirrohimmm" sebelum nak buat kerja..


Sebelum dia nak drill dinding untuk lampu di ruang tamu, dia sebut Bismillah..Bila dia nak buat kerja lain pun dia sebut juga..Masih muda dan betul-betul mencari rezeki..Sangat ralat sebab kami lambat berjumpa dengan team mereka..Kalau tidak, sure dah lama kami duduk di rumah sendiri..


Tapi apa pun, kami tetap bersyukur sebab kami diberi ujian macam ni..Sure ada hikmahnya tu..Tak sabar nak rasmi rumah tu tak lama lagi..(gosok-gosok tangan sambil muka ada shenyummmm) :)

Saturday, October 20, 2012

Limpahkanlah Rezeki Kepada Kami


Assalamualaikum semua..
"Ya ALLAH, ya Tuhanku..
Jika rezeki kami berada di atas langit, maka turunkanlah ia,
jika berada di dalam perut bumi, maka keluarkanlah ia,
jika berada di dalam lautan, maka munculkanlah ia, 
jika berada di tempat yang jauh, maka dekatkanlah ia,
jika sedikit, maka banyakkanlah ia,
jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, maka mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami,
dengan kemuliaan, kemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu wahai Yang Maha Pengasih..
Ya ALLAH...
limpahkanlah kepada kami rezeki,
sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan,
kepada hamba-hambaMu yang soleh....
Amin Ya Robbal Alamin....



Tuesday, October 9, 2012

Jangan Diperam Lesen Itu..(^^)

Assalamualaikum semua..
Ada tak siapa-siapa antara pembaca blog saya ni, yang dah ada lesen memandu tapi takut nak bawa kereta? Hehe dulu saya pernah jadi macam tu..Ada lesen kereta, bukan P tapi lesen penuh, tetap tak berani nak bawa kereta..Ambil lesen tahun 2008 tapi tak pernah bawa pun kereta selepas tu..
First maybe sebab masa tu tak ada kereta sendiri, dan lepas dapat lesen, saya masuk Maktab..Tumpang kawan pergi kelas dan praktikal..So simpan saja lesen tu..Nak bawa kereta orang saya tak berani..Jadi apa-apa haru-biru..Memanglah tak minta, tapi kalau nak jadi..
Simpan punya simpan, peram punya peram, renew punya renew akhirnya baru-baru ni, masa birthday suami saya, saya buat surprise (err surprise ke namanya tu? (^^) ) Kebetulan hari tu memang agak stress dengan kerja dan hal-hal yang berlaku, saya sms suami:
"Jom, ajar bw kereta..otak dh letih pikiaq psai kerja, jom la bt bnda br plak.."
Ok, maafkan 'bahasa' orang sms ye..Memang macam tu pesennya..Dan suami saya balas balik:



"Cantik"

Tu ja..Tapi memang saat yang ditunggu-tunggu pun..Hehe selama ni, saya tak nak bawa kereta sendiri sebab saya tak nak masa kami berjumpa dalam sehari jadi kurang disebabkan waktu kerja suami yang tak tentu masa..Sekurang-kurangnya setiap pagi waktu nak ke sekolah, sempat kami luang masa bersama..
Lepas balik sekolah, sempat kami lunch bersama juga..Lepas tu, ha tunggu malam buta nun baru nak jumpa balik..Kadang-kadang sampai ke Subuh baru sampai rumah..So saya tekad tak nak drive sendiri..Hehe bukan manja atau mengada-ngada, tapi saya tak nak masa kami bersama cuma 1 jam saja dalam 24 jam yang ada dalam satu hari..
Tapi akhirnya, saya terpaksa akur dengan pilihan yang ada..Actually tak ada pilihanlah kot sebab akhirnya saya kena drive juga ke sekolah..Hmm perubahan hidup yang kami buat sekarang ni, demi kesenangan di masa depan, membuatkan saya redha dan pasrah dengan apa yang telah diaturkan olehNya..



Paling tidak, taklah rasa rugi asyik renew lesen yang diperam lama tu..Hehe tapi tak sangka pula, ada yang dok peram lesen bertahun-tahun, terbakar semangat nak drive juga..Bagus-bagus..Jadi motivasi pada yang lain..Chehh konon..Ramai pula yang menyokong dan puji..Chewahhh malu I..Bila ada keberanian dan usaha untuk drive, dengan sendirinya, kita akan yakin dengan keupayaan diri..Don't let yourself down!




Memang banyak kebaikannya bila dah boleh drive ni..Nak kemana pun senang..Tak payah nak susahkan orang lagi..Terima kasihlah pada siapa-siapa yang pernah tumpangkan saya waktu emergency dahulukala..Jasamu dikenang..Walaupun suami cakap, lengan hamba lebih kurang sama saja dengan stereng Myvi tu, tapi boleh control tau kereta tu..Bukan kereta yang control hamba..
Tapi satu saja ayat yang buat saya rasa termotivasi..Suami cakap, dia semakin sayang pada saya sebab saya dah boleh bawa kereta..Chehhhh kenapa tak cakap awal-awal???!!! Dia ni pun..Kalau tak, sure masa dok couple dulu dah gigih bawa kereta tau....(^^)  



Friday, October 5, 2012

Nak Rasuah Cikgu Kot?

Assalamualaikum semua..



Anda pernah kena rasuah tak? Hehe soalan agak kontoversi pula..(^^)..Saya buat entry ni sebab saya teringat peristiwa yang berlaku beberapa minggu lepas..Tuuuuuu diaaaaaa punya lama cerita ni jadi, la baru nak habaq kat orang? Hehe belum basi lagi..General knowledge kot ni..(^^)


Saya baru masuk kelas, nak bagi nota pada murid Darjah 4..Macam biasa, WAJIB kena pesan suruh murid-murid tulis hari dan tarikh sebelum nak tulis nota atau buat kerja sekolah..Tup-tup ada murid lelaki yang memang duduk sebelah saya cakap:



"Cikgu, hari ni cikgu nampak cantiklah cikgu..Cikgu tolong tulis sat hari dan tarikh untuk saya"
"Amboiiiii..puji-puji cikgu pula..Puji ada makna tu..Tulis sendirilah macam kawan-kawan kamu"



Murid tu buat-buat merajuk pula dengan saya..Tapi saya buat tak nampak saja dan terus tulis nota di whiteboard..Akhirnya dia tulis sendiri..Hmm nak ambil hati atau nak rasuah saya agaknya tu dengan pujian..Tapi sorry ya, cikgu dah boleh 'baca' taktik kamu semua wahai anak-anak muridku..



Ada juga kawan anak murid saya ni, bagi tisu wangi, pen dan marker pada saya bila dia tak nak buat kerja sekolah atau takut saya marah bila dia tak bawa buku..Ohhh ni memang rasuah terang-terangan ni dengan barang..Sekali saya ambil sebab dia insist, tapi kali kedua saya dah tau dah taktik tu..Terus dia stop, sebab kena pot pet pot pet juga bila dia tak bawa buku dan tak siapkan homework..



Kelmarin, ada pula seorang murid lelaki ni, menyanyi kuat-kuat dari tingkat dua Blok B, ditujukan untuk saya yang tengah tulis soalan ulangkaji di tingkat satu Blok C..Lagu yang dinyanyikan berbunyi macam ni:


"Cikgu Haida, Cikgu Haida,
 Cikgu Haida Yang Cantik,
 Cikgu Haida, Cikgu Haida,
  Cikgu Haida, Cikgu Haida"
*Ok sila nyanyikan mengikut rentak lagu "Bangun Pagi Gosok Gigi"







Saya nak tulis soalan pun terbantut..Apa motifnya pun saya tak tahu..Murid-murid yang dengar semua gelak saja..Berani punya budak..Saja nak mengusiklah tu..Pandai puji tu..Ohh atau pun kenyataan, cikgu Haida memang cantik..Ohhhhh myyyyyy..Blushing..



Dalam hati saya terfikir juga, kalau dari kecil pun dah pandai puji-puji atau bagi benda pada orang sebagai umpan atau cara nak diamkan mulut atau nak ambil hati, saya risau pula takut-takut bila dah besar dia akan buat benda yang sama..Lebih buruk kalau melarat sampai jadi amalan biasa yang membawa kepada merasuah..Hope mereka akan sentiasa di landasan yang betul.InsyaALLAH..

Wednesday, October 3, 2012

Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan...

Assalamualaikum semua..



Hmm lama tak update blog saya ni..Tak ada mood nak update, padahal ada saja cerita nak dikongsikan di blog ni..Jiwa kacau pula sejak kebelakangan ni..Tak lama kena pi check in kat Hospital Bahagia kot..Hmmm don't know how to explain..Speechless.....
Sayang isteri tinggal-tinggalkan..Hmm ada tak yang setuju dengan peribahasa ni? Anyone? Saya SANGAT tidak setuju Yang Arif..Sorry kepada siapa-siapa yang bijak pandai yang cipta peribahasa ni dulu-dulu..Saya tak suka bila peribahasa ni digunakan oleh suami bila nak outstation..
Memanglah, kadang-kadang suami yang kerjanya kena outstation selalu, terpaksa juga tinggalkan isteri masing-masing..Nak buat macam mana kalau rezeki mereka bukan di tempat sendiri, tapi perlu ke tempat orang untuk mencari nafkah..Tak kan nak sekat rezeki pula..Oh..saya pun terpaksa telan peribahasa ni juga tak lama lagi..Sedihnya....



Kadang-kadang ada masanya kita perlu berubah untuk keselesaan di masa depan..Kesenangan di masa depan..Suami saya juga ada cita-cita untuk memberi kesenangan kepada keluarga kami di masa depan..Bukan tak cukup dengan apa yang ada sekarang, alhamdulillah rasanya cukup semuanya..
Tapi demi menjamin masa depan, saya terpaksa relakan suami saya mencari nafkah di negeri orang..Bunyi macam serius saja..Bukan kena pergi oversea atau berbulan-bulan lamanya..Dalam Malaysia juga, dua tiga hari saja..Kami sentiasa berdua bila kemana-mana..Bila seorang nak outstation, mulalah yang seorang lagi rasa macam nak demam..Hadoiiiiilaaaaa..



*Google



Dulu pernah saya cakap pada diri sendiri, saya tak nak kahwin dengan orang yang ada bisnes, rela kahwin dengan orang yang kerja makan gaji..Kerja pejabat biasa-biasa saja..Tiap-tiap hari boleh tengok dan ada bersama kita..Tapi yang kita tak nak itulah yang kita dapat..Dah jodoh, dah ditetapkan dah pun..Alhamdulillah..(^^)
*Google
Its about time untuk segala-galanya..Tapi, ada juga yang tak suka dengan perubahan yang kita buat, hmm buat tak nampak saja..Kalau namanya manusia, memang sentiasa tak puas hati tengok orang lain berubah..Tapi, who cares????? (^^)

Monday, September 17, 2012

Lari Bila Jumpa Imigresen!

Assalamualaikum semua..



Cuti-cuti Hari Malaysia ni buat apa? Ramai yang pergi bercuti di sana-sini dengan keluarga..Saya dan suami tak ke mana-mana pun..Tapi adalah hari Sabtu tu pergi kenduri ke rumah saudara belah suami di Anak Bukit, Alor Setar..Hehe kata tak ke mana-mana..
Berkonvoi dua buah kereta kami terus ke sana tanpa sesat..Bukan tak pernah ke Alor Setar, pernah, cuma rumah saudara tu yang tak tahu di mana..Tapi sangat dekat dengan Istana Anak Bukit..Maklumlah pertama kali nak ke sana, kami guna GPS Myvi..Cuma tak tahan nak gelak tu, bila kena buat U-turn, suara Cik GPS tu siap cakap;
"Buat pusingan U dimana sesuai"



Aikkk?! First time saya dan suami dengar GPS cakap macam tu, kami berdua gelak sampai keras perut..Suka hati saja nak buat pusingan U kalau anda rasa tempat tu sesuai..Ada signboard U-turn ke, tak ada signboard ke boleh saja redah kalau anda rasa sesuai..Hehe macam kartun betul Cik GPS ni..Siapa yang guna Myvi Extreme, silalah cuba try test Cik GPS anda..hehe



Bila dah jumpa rumah kenduri, makan kenyang-kenyang, jumpa saudara, salam itu ini, cerita itu ini, kami pun balik..Tapi suami ajak ronda-ronda pula..Dah alang-alang sampai ke sini, suami ajak ke Bukit Kayu Hitam..Saya pun apa lagi, yeayyy sajalah..hehehe..Kami main redah saja, tapi takut sesat, kami guna GPS..

Waktu sampai di jalan betul-betul nak masuk ke imigresen, kami dah confiused nak ke mana..Terus parking dan fikir dulu..Memang banyak kereta dan lori yang nak masuk ke sempadan petang tu..Tapi kami ni dah lupa di mana tempat yang ada bazar dan boleh membeli-belah tu tanpa masuk ke sempadan..Buat apa nak masuk ke sempadan pula..



Suami saya cepat-cepat pusing balik..Dia cakap on GPS ke Padang Besar, Perlis pula..Confirm bukan di sini tempat yang ada bazar dan gerai banyak-banyak tu..Kami teruskan lagi perjalanan ke Padang Besar pula..Cuaca sepanjang jalan mendung dan asyik hujan..Saya nak ambil gambar pun malas, sebab cuaca yang agak gelap..Walaupun waktu tu baru dalam pukul 5.30 petang..
Saya cakap pada suami, saya teringin sangat nak tengok ladang tebu yang ada di Chuping..Tempat proses gula pasir dan ladang tebu terbesar di Malaysia tu..Bila sampai memang tak sangka, luasnya ladang tebu tu..Disebabkan hujan saya tak dapat nak keluar ambil gambar..Memang kagum tengok..
*sumber Google


Bila sampai di Padang Besar, suami saya masuk ke imigresen..Sekali lagi kami berhenti di tempat parking dan fikir betul ke tak betul ni kena masuk imigresen..Heheh fikir punya fikir, sekali lagi kami 'lari' bila jumpa imigresen..Macam seludup barang pula..Dah lama tak ke Padang Besar, inilah jadinya..

Pusing ronda kawasan tu, barulah akhirnya kami jumpa bazar yang jual macam-macam barang tu..Nah tertera Padang Besar, Perlis di situ..Ok fine..Akhirnya jumpa juga..Tapi banyak gerai dah nak tutup..Sempatlah kami membeli-belah serba sikit..Sikit tak sikitlah, habis juga dekat RM200.00 beli makanan saja..huhu  



Lepas tu baru kami balik..Menjadi juga plan kami nak ke sana..
Kira otak seminit jugalah ni..(^^)

Thursday, September 13, 2012

Makan Hati Dengan Wireman....

Assalamualaikum semua..

Hmm saya tak tahu nak mula dari mana..Tapi ini berkenaan dengan sikap orang-orang kita..Yang tak pandai nak bersyukur dengan rezeki yang kita tolong bagi pada dia..Saya tak tahulah apa nak jadi dengan orang yang macam ni..Niat nak tolong, tapi dia sendiri tak nak tolong diri dia sendiri..
Kalau anda ada baca entry saya tentang Rumah Kami Syurga Kami, mesti anda tahu yang saya dan suami dalam proses renovate rumah..Niat di hati nak duduk sebelum Hari Raya hari tu, tapi tak sempat pula..So tukar pula plan nak duduk sebelum Raya Haji nanti..Tapiiiiii.................................
Wireman yang kami upah tu buat hal pula..Sebelum ni ada dia buat kerja, culas juga, tapi bila dah nasihat dan slow talk, sambung balik kerjanya..Pernah waktu bulan puasa dia tak datang buat kerja..Sampai ugut nak berhentikan dia, boleh pula dia sambung buat sampai sanggup tidur dalam rumah kami tu sebab nak siapkan kerja..



Tapi sejak seminggu ni, dia buat hal pula..Dia dah tak buat apa di rumah kami sedangkan lampu semua belum dipasang dan ada suis yang masih terjuntai lagi..Saya dan suami dah fed up dengan sikap wireman ni..Kami cuba nak tolong bangsa sendiri dengan bagi kerja..Tapi dia sendiri tak nak ambil peluang tu untuk bersyukur dengan rezeki yang dia dapat, melalui kami..
Saya kecewa kalau tak dapat pindah sebelum Raya Haji..Macam-macam perancangan nak buat bila tinggal di rumah sendiri..Tapi terpaksa makan hati dengan sikap orang yang tak pandai bersyukur ni..Harap-harapnya selepas ni, orang lain yang sambung kerja dia tu dapat siapkan semuanya sebelum Raya..TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGLAH!!!!
"Ya ALLAH, Kau permudahkanlah urusan kami..
Niat kami hanya untuk hidup bahagia di syurga kami sendiri..
Aminnnnn"



*edited: taip masa mengantuk tadi..wireman boleh pula jadi wayerman...adehhh*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...