Tuesday, April 30, 2013

Resepi Ayam Masak Merah Sos Tiram

Assalamualaikum semua..



Kali ni saya nak kongsikan dengan anda resepi ayam masak merah yang saya buat dari dulu zaman remaja belia sampailah sekarang dah jadi isteri orang ni..Ni resepi arwah mak saya, tapi saya dah modified ikut selera sendiri..hehe..Saya buat untuk makan dengan nasi tomato hari tu..









Ok dah tengok gambarnya, ada rasa nak cuba buat? Jom kita tengok macam mana nak masak..


A) Bahan-bahan untuk tumis:

  1. 2 inci halia
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1 ulas bawang merah
  4. 1 kkuntum bunga lawang
  5. 1 kuntum bunga cengkih
  6. 1 batang kulit kayu manis
  7. 1 sudu makan Planta / minyak masak biasa

 B) Bahan-bahan untuk dikisar:

  1. 1 labu bawang besar
  2. 1 biji buah tomato
  3. 1 biji cili hidup
  4. 3 biji cili padi
  5. 3 batang serai
  6. 2 inci halia
  7. Air

C) Bahan-bahan untuk dimasak:

  1. 1/2 ekor ayam (tak perlu digoreng)
  2. 2 sudu makan sos tiram pedas
  3. 2 sudu makan sos tomato
  4. 2 sudu makan sos cili
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 2 sudu kecil gula

Cara memasak:

  1. Tumiskan kesemua bahan-bahan A menggunakan planta hingga kekuningan..
  2. Masukkan bahan-bahan B dan tunggu hingga mendidih..
  3. Masukkan bahan-bahan C dan tunggu hingga masak..



Mudahkan? Selamat mencuba..(^^)





Monday, April 29, 2013

Nasi Tomato Iman Yang Sedap!

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar jenama Iman? Jenama Iman keluaran Bumiputera ni dah lama bertapak dalam industri perencah segera..Anda boleh rujuk DI SINI..Saya terjumpa perencah nasi tomato jenama Iman di Tesco..Saya nak try buat nasi tomato guna perencah ni..Disebabkan suami saya ada belikan beras Basmathi, jadi sesuai sangatlah nak buat nasi tomato..Maka terhasillah nasi tomato saya pada hari Ahad kelmarin..




Senang dan mudah sangat nak buat nasi tomato ni bila dah ada perencah yang dah siap ni..Teringin nak masak macam-macam, nak makan sedap-sedap, tapi nak yang senang masak..Maklumlah cepat masak, jimat sikit masa di dapur..Zaman moden ni dah ada semua perencah segera, pilih saja yang mana satu nak masak..Tinggal 'perencah' rajin dengan malas saja tak ada jual yang segera..(^^)






Disebabkan semua dah ada dalam perencah tu, jadi saya cuma sediakan bahan tumis saja..Saya tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang guna planta..Bila dah kuning sikit saya masukkan dalam rice cooker..Saya masukkan 2 cawan beras Basmathi yang dah dibasuh bersih..Saya taburkan kismis hitam segenggam..Masukkan air 3 cawan, gaul sikit supaya semua bahan sebati dan masak..



Inilah hasilnya..Warnanya agak merah sikit, tapi cahaya dari lampu kot buat nasi tomato saya nampak macam pucat..Tapi rasanya memang sedap..Bukan nak puji diri sendiri, tapi sedap sebab bahan-bahan perencah tu dah cukup semua rasa..Memang terbaiklah perencah nasi tomato Iman!!!







Saya buat nasi tomato ni bersama ayam masak merah sos tiram, acar timun lobak merah dan air asam kerisik..






Suami saya pesan, jangan masak macam ni selalu, sebab takut kami dua-dua gemuk!!! (^^)



Thursday, April 25, 2013

Terima Kasih Daun Keladi Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua..



Ni bukan entry nak menunjuk atau riak atau apa ok, sekadar nak berkongsi dengan anda semua..Betapa kanak-kanak ni, sangat mudah nak tunjukkan perasaan mereka..Mereka sangat jujur dan tidak berdendam..Sepatutnya kanak-kanak kena ada sifat macam tu..Tapi, zaman sekarang, jiwa kanak-kanak macam terumbang-ambing, terpengaruh dengan macam-macam hal duniawi sampai ada yang mampu buat diluar fikiran kita..Dimana silapnya? Hmm fikir-fikirkan..



Apa yang saya dok merapu ni? hehe..Ni gara-gara ada beberapa orang anak murid saya yang hadiahkan saya macam-macam sejak saya mengajar Tahap 1 ni..Ada antaranya yang kena marah selalu sebab tak siap kerja sekolah, tak bawa buku, kacau kawan dalam kelas, but still buat saya rasa terharu bila terima semua benda di bawah ni..Besar maknanya pada saya tau!!!  






Saya dapat hari yang sama..Budak yang bagi jambu air ni ada abang..Waktu saya ajar abang dia darjah 4 dulu, abang dia ada bagi buah janggus pada saya..Kali ni ajar adik dia, bagi jambu air pula..Sedap tau ticer cicah dengan kuah rojak!!!



Strawberry tu ada budak bagi waktu nak balik..Waktu tu hujan, dengan berpayung dia datang balik ke sekolah sebab rumah dekat dengan sekolah dan bagi pada saya..Katanya beli waktu ke Pahang masa melawat nenek dia yang sakit..Baiknya hati kamu ni..Ingat juga kat ticer ye..






Ni anak murid saya bagi selepas cuti sekolah hari tu..Katanya beli di Cameron Highlands waktu bercuti di sana..Macam tau-tau saja ticer suka fridge magnet ni..Thank you..(^^)






Favourite ni!!! Dapat 3 biji, tapi dah ngap satu tak sempat nak ambil gambar..Anak murid saya cakap dia bawa balik dari kampung..Balik kampung waktu hujung minggu..Isinya manisssss sangat!!!






Anak murid saya bagi minggu lepas..Katanya mak dia ke Jakarta dan beli, so dia bagi pada saya..Waduh waduh..Bagus bangat kamu..Ohh ya, ni beg simpan telekung tau..Bukan tali pinggang hikmat..(^^)






Ni anak murid saya bagi waktu birthday dia..Dia bawa banyak, siap packing untuk kawna-kawan sekelas..Suami saya kata saya pun macam budak-budak makan benda-benda ni semua..Alllooo encik arrr..Ini budak kasi, saya ambillah..






This is the latest..Anak murid saya bagi, dia cakap mak dia suruh bagi..Hmm nak promo untuk raya kot ni? Ehh jahat pula saya..Maybe sebab menang action song hari tu..Anaknya jadi leader..Sangat comel nak makan biskut tembikai ni tau!!! Sedap juga rasanya..(^^)



Saya sayanglah anak-anak murid saya!!! Tetiba saja..hehe

*



*


*


p/s: TERIMA KASIH daun keladi..Lain kali nak bagi lagi, bagilah lagi..

(Hihihihihi..Gelak jahat sambil gosok-gosok tangan..)

Tuesday, April 23, 2013

Hukum Pendapatan Daripada Pengiklan Di Blog

Assalamualaikum semua..



Saya rasa ramai daripada anda yang ada blog..Dan kalau ada blog, kebanyakannya akan letak iklan daripada Nuffnang atau Adsense dan yang lain-lain lagi..Ohh kepada anda yang tak tahu apa itu Nuffnang dan Adsense, silalah minta idea daripada Encik Google ok..Banyak maklumat yang akan anda jumpa..(^^)



Tujuan blogger letak iklan ni di dalam blog masing-masing sebab nak menjana pendapatan..Yes, you can earn some money by blogging, you know..Saya pun pernah letak juga iklan di dalam blog saya melalui Nuffnang..Dari mula buat blog sampailah hari ni..Kalau ada yang perasan, dah tak ada iklan lagi dah dalam blog saya ni..Baru saja saya buang semua iklan tu..



Selepas saya semak jumlah pendapatan yang saya dapat melalui iklan tersebut, adalah sekupang dua saja pun..hehehe..Maklumlah blog tak glamor, tak kan nak dapat ribu riban kot..Dah tu baru dapat sekupang dua kenapa pula nak buang? Sebab tadi saya terjumpa blog ni, yang bincangkan pandangan tentang hukum menerima pendapatan daripada iklan di blog..



Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut..



So, memandangkan saya juga pernah berasa was-was, hari ni saya delete saja iklan-iklan tu semua..Sebabnya saya tak mampu nak kawal iklan yang menggunakan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna..Ok, saya bagi contoh, bayangkan kalau seseorang tengok gambar perempuan Islam yang diiklankan tidak memakai tudung dan berpakaian ketat..Saya yang jadi tukang share iklan pun dapat share sama dosa tayang aurat perempuan tu..Kalau ramai yang tengok? Adehh tak naklah saya tanggung semua tu..huhuhu



Memang ada maklumat yang kita boleh pilih, iklan apa yang kita nak dan tak nak, tapi bab guna model tak tutup aurat tu, iklan biasa-biasa pun ada juga..Tapi semua bergantung pada pandangan masing-masinglah..Saya cuma nak kongsi dengan anda sahaja..Bukan nak dikatakan pendapatan daripada Nuffnang dan Adsense tu haram, NO, saya tak kata ok..Iklan di TV pun berlambak yang gunakan model tak menutup aurat juga..Cuma itulah, anda fikirkan sendiri ya..






Tak dapat pendapatan daripada iklan pun tak apa, saya akan 'tulis' juga peristiwa yang berlaku di sekeliling saya sebagai kenang-kenangan dalam blog saya ni..Dah tua-tua nanti boleh baca dengan anak cucu, dengan tenang..hehehe

Monday, April 22, 2013

Buah Nam Nam Atau Buah Katak Puru?

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar nama buah ni? Atau pernah makan buah ni? Tak pernah? Ok, hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua buah yang dah jarang nak jumpa ni..Masuk dalam geng spesis terancam dah kot..Buah ni dipanggil buah Nam Nam di bahagian Utara Malaysia dan buah Katak Puru di sebelah Pantai Timur Malaysia..Betul tak maklumat yang saya dapat ni? Kalau ada yang tahu tentang buah ni bolehlah share di bahagian komen ya..



Nama saintifik bagi buah ni ialah Cynometra Cauliflora..Ha tu dia namanya..Rasanya masam kelat sikit..Yang saya beli di pasar malam ni dah separuh masak, jadi rasanya kurang masam..Ada rasa lemak manis sikit..Dah lama saya tak makan buah ni..Tup-tup terjumpa di pasar malam hari Sabtu di Bayan Lepas..Lima biji ni harganya RM 3.00..



Nampak tak rupanya yang macam katak puru tu? huhuhu




Suami saya suruh potong dan cicah dengan kicap dan gula..Sedap!!! Tapi awas ya, jangan makan banyak-banyak sangat, nanti sakit perut..(^^)..Oh ya, air rebusan pucuk muda daun Nam Nam dikatakan boleh digunakan sebagai salah satu ubat untuk penyakit kencing manis dan kuruskan badan..wALLAHualam..

Sunday, April 21, 2013

Sukanya Bila Ticer Belanja KFC!!!

Assalamualaikum semua..



Ok, hari Jumaat lepas, saya dah tunaikan janji saya nak belanja action song team yang dapat tempat ketiga hari tu..Semangat saya hari tu sebab nak makan-makan dengan anak-anak murid saya yang macam-macam perangai tu..Ada yang kepoh, ada yang manja, ada yang mulut macam orang tua-tua, potpet-potpet, ada yang pemalu dan ada yang tak tahu malu dah dengan ticer depa ni..



Sepatutnya saya janji nak berjumpa dengan semua action song team pukul 2.00 petang Jumaat tu..Sempatlah makan sebab masuk sekolah pukul 2.30 petang tiap-tiap hari Jumaat..Tapi, bila kereta saya kena langgar tengahari tu, saya terlewat sikit ke sekolah..Cun-cun pukul 2.25 petang saya sampai sekolah dan murid-murid pun dah beratur nak masuk kelas..



Bila nampak saja Myvi saya, terus dua tiga orang budak-budak ni serbu saya sambil buat muka sedih.."Ticer kata nak makan pukul 2.00.." "Sorry, ada orang langgar kereta ticer masa nak beli KFC untuk kamu, tak sempat ticer nak sampai pukul 2.00.." Lebih kurang macam tu lah situasinya..Sibuk budak-budak tu nak tengok apa yang jadi pada kereta ticer depa ni..



"Jahatnya orang tu, tak baik tau langgar kereta ticer"



Hehehe sempat pula berleter tu..



So, saya suruh semua berkumpul masa rehat saja.. 





Semangat nak makan sampai ada yang dah ngap sebelum baca doa makan..(^^)





Saya order air grape satu jag dan makan sama-sama dengan budak-budak ni..Seronok tengok depa semua makan..Nak tergelak..Memang suka ayam rupanya budak-budak ni..Ada yang tak sempat habis makan dua ketul ayam tu, siap tapau lagi dalam plastik terus masuk poket!! Puas hati bila dah tunaikan janji pada anak-anak saya ni..



Ada seorang cikgu datang, dan ada budak bertuah ni warning awal-awal, "Ha, cikgu tak boleh makan tau KFC ni..Ni untuk kami yang masuk action song saja tau" Adehh saya nak tergelak dengar dia cakap macam tu.."Tahun depan cikgu pun nak masuk action song jugaklah..Dapat makan KFC" Hehehe ini kali saja maa saya belanja..(^^)



Saturday, April 20, 2013

Resepi Bubur Nasi Tension!!!

Assalamualaikum semua..



Ha jangan terkejut tengok tajuk resepi saya kali ni..Bubur Nasi Tension!!!..Sebab apa dapat nama macam tu? Semuanya gara-gara cik Myvi oren saya kena langgar hari Jumaat kelmarinlah..Selepas balik sekolah petang tu, saya masih lagi rasa moody dan tak best..Rasa tension pun adalah juga..Rasa lapar pun ada juga..Terus terfikir nak masak bubur nasi..Teringin nak makan yang ringan-ringan saja untuk malam ni, tak nak yang susah-susah nak masak..



Tengok dalam peti ais apa yang ada, potong-potong, main campak-campak, nah jadi bubur nasi seperiuk..Bila dah masak, baru terfikir, siapa yang nak makan sampai seperiuk ni? Hmm bahaya juga kalau masak waktu otak tak berapa nak center ni..(^^)









Sambil tunggu suami saya balik, saya pun makanlah dulu semangkuk..Tapi bila dia balik, habis terus disapu licin..Habis seperiuk!! Baru saya dok berangan nak breakfast pagi esok dengan bubur ni..Chehh dia kasi licin terus..Tak apa, janji habis..Ok, kalau nak try bubur nasi tension ni, silalah rajinkan diri anda ikut resepi di bawah ni ye..Senang meh..Campak-campak saja..(^^)



Bahan-bahannya:


Serbuk lada
Halia (2 inci)
Air (4 cawan)
Beras (1/2 cawan)
Ubi kentang (1 biji)
Lobak masin (3 inci)
Bawang putih (2 ulas)
Pati ikan bilis (2 kiub)
Bawang merah (2 ulas)
Lobak merah (1 batang)
Udang kecil (+- 20 ekor)



Cara memasak:

  1. Basuh beras dan rebus dalam periuk sampai kembang.
  2. Dalam masa yang sama, potong nipis halia, bawang putih dan bawang merah..Potong dadu lobak masin, lobak merah dan ubi kentang..Buang kulit udang dan basuh bersih.
  3. Basuh bersih semua bahan dan masukkan ke dalam periuk beras yang telah kembang.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis dan serbuk lada..Kacau dan tunggu hingga masak.


*Boleh ditambah garam kalau nak lebih masin..

Friday, April 19, 2013

Myvi Kena Langgar..Hilang Mood Hari Ni

Assalamualaikum semua..



Hmm mood hari ni memang sangat mendukacitakan..Hari Jumaat nan mulia ni telah dirosakkan dengan insiden kereta Myvi husband saya dilanggar..Adehh..dilanggar waktu park di depan KFC Sungai Dua..Kami berdua singgah di KFC sebelum ke sekolah sebab niat nak beli KFC nak belanja action song team tengahari ni..Tup-tup kena langgar pula..



Memanglah Myvi husband, tapi hari-hari saya yang bawa ke sekolah..Baru saja polish Myvi tu..Sedih betul..Sayang tau Myvi ni..Walau pun secondhand, tapi nombor plat jarang-jarang jumpa..Sangat istimewa buat saya..Bila kereta ni kena langgar dan calar terkeluar cat, as if, tercalar juga perasaan saya..huhu









Lepas dah polish balik, tetap tak hilang juga sebab cat dah terkeluar..Dan skru bumper tu patah..Adehh moody terus suami saya..Saya pun terkilan..Ada orang tu tinggalkan nota, cakap sorry dan bagi nombor telefon..Tapi saya dan suami tak boleh nak call sebab masing-masing tengah bad mood..Nanti tak pasal-pasal kena sembur pula orang tu..Sakit hati punya pasal entah kemana saya buang kertas tu..



Walau pun tetap bersyukur tak kena langgar waktu tengah drive atau kena lagi teruk daripada yang ini, tetap rasa terkilan juga..Pergi sekolah pun dengan mood yang tak best..Mujur murid-murid saya semuanya behave hari ni..Macam faham-faham pula masalah ticer depa ni..Ke kamu nampak muka ticer tengah tension? (^^)..Sabar sajalah, hairan dengan sikap manusia yang cuai waktu memandu..



p/s: Kereta zaman bila yang hang pakai, tak kan tak dak reverse sensor kot??!!



Promosi Bubur Nasi Knorr Di Sekolah

Assalamualaikum semua..



Pada hari Rabu lepas, pihak Knorr telah datang membuat promosi bubur nasi segera perisa cendawan dan jagung..Eloklah tu, kebetulan ramai cikgu yang terlibat dengan taklimat pilihanraya, ada jugalah program tambahan untuk semua murid petang..Semua murid dapat goodie bag Knorr..Dalam tu ada bubur nasi segera dalam cup..






Tak sempat saya nak ambil satu..huhu






Sebelum dapat makan bubur tu secara percuma, murid-murid kena tunggu Encik Jagung muncul dulu..Terjerit-jerit murid-murid ni semua panggil "Jagung, jagung, jagung"..Terkedek-kedek Encik Jagung tu datang..Sempatlah menari sekejap dengan murid-murid tu sambil-sambil promoter tu cerita tentang bubur nasi Knorr..






Semua murid dapat rasa bubur free ni..
Baunya memang menyelerakan di petang-petang hari tu..



Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi!




Monday, April 15, 2013

KFC Spicy Korean Crunch Yang Memang Pedasssss!!!

Assalamualaikum semua..



Anda dah cuba KFC baru berperisa Spicy Korean Crunch? Kalau belum, cuba-cubalah rasa..Saya teringin nak makan KFC malam ni, so suruh suami belikan yang spicy macam biasa..Tapi bila dibawa balik, suami cakap KFC Spicy Korean baru..Ehh saya macam terfikir, "Eh orang Korea makan spicy ek?"..Entah kenapa saya rasa macam orang Korea banyak makan yang sup-sup saja, bukan spicy..Ohh nak kena search maklumat ni..









Anda nampak tak, ada sos yang ditabur dengan bijan tu? Ha kalau makan bahagian yang ada sos tu, fuhhhh mahunya berasap lidah..Ke saya saja yang tak tahan pedas.......Hmm cubalah rasa, memang hot and spicy..Sos tu rasa lebih kurang macam cili kering giling pula..(^^)..Disebabkan tak tahan pedas sangat, saya cuma makan sikit-sikit saja bahagian crunchy tu..Memang kulit ayam goreng tu tak elok pun untuk dimakan..
Tapi saya lebih suka KFC spicy yang macam biasa saja..(^^)







Sunday, April 14, 2013

Action Song Competition 2013 - 3rd Place

Assalamualaikum semua..



Pada hari Sabtu 13/04/2013, sekolah saya telah menyertai acara 'Action Song' sempena Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah..Sekolah saya masuk juga acara 'Choral Speaking', 'Public Speaking' dan 'Storytelling'..Semuanya buat pada hari dan tempat yang sama..Seawal 7 pagi murid-murid ni dah sampai di sekolah..Kami bertolak lebih kurang pukul 7.45 pagi..Saya ikut naik bas sekali sebab nak jaga kanak-kanak comel ni..







Semua masih ceria selepas dah siap..






Yang depan sekali ni tiba-tiba demam panas pula..
Mujur ada bawa 2 orang untuk standby..






Di bilik menunggu giliran..Sayangnya murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan ditempatkan dalam bilik yang berasingan..Tak dapat nak tengok team sekolah lain buat persembahan..Mulalah buat hal masing-masing dan bising..Macam kurang sesuai pula dibahagikan macam tu..






Waktu persembahan..Tak ada stage sebab buat dalam library..






Sempat posing selepas dah habis perform dan tunggu result..






Yeayy..dapat juga..






Tapi semua happy walaupun dapat tempat ketiga..
I am so proud of you all kids!!! (^^)



Corat-coret:
  1. Beberapa kali buat perubahan steps tarian sebab budak-budak ni asyik lupa..
  2. Seminggu asyik tak tidur lena sebab fikir macam-macam..Takut budak-budak ni lupa liriklah, takut lupa steps lah, takut budak-budak ni demamlah, takut muzik dalam cd tu tak boleh bukalah, takut costume tak sesuailah..Macam-macam fikir sampai muka naik jerawat sebab stress..Adehhh..
  3. Beberapa kali juga buat perubahan costume..Last minute teringin pula nak pakai skirt yang tahun lepas ni..
  4. Waktu baru sampai nak daftar, saya nyaris-nyaris tersungkur depan entrance sebab tersadung lantai..
  5. Pihak pengurusan pendaftaran tak inform pun venue action song buat di library waktu pendaftaran..Ingat buat di tempat yang sama macam tahun lepas..15 minit lost tunggu di tempat choral speaking..
  6. Seorang anak murid lelaki terjatuh waktu nak masuk bilik menunggu selepas balik dari toilet..
  7. Seorang demam panas sebelum nak perform..Mujur ada bawa standby 2 orang..
  8. Sangat risau murid standby tu tak dapat buat dengan betul sebab sehari sebelum tu cuma sekali dia buat latihan..Tapi phew dia buat dengan elok dan cantik!!
  9. Murid standby ni terkucil dalam seluar sebab tahan masa perform dan lepas tu cari toilet tak jumpa..Cun-cun dalam toilet terkucil terus..Mujur dah performed!!!
  10. Ramai parents yang datang untuk tengok..Tapi anak-anak murid saya semuanya tak nak balik dengan parents..Nak naik bas juga dengan kawan-kawan..
  11. Yang menariknya, action song, choral speaking dan juga public speaking, sekolah saya dapat tempat ketiga..(^^)
  12. Hari Jumaat saya demam dan dapat mc..Tapi gagah pergi sekolah nak latih murid-murid untuk kali terakhir..Malam telan ubat siap-siap takut esok demam..
  13. Terus hilang demam bila budak-budak tu dapat tempat ketiga..Tapi bila petang, saya demam balik..
  14. Bila dah menang, semua budak-budak ni cakap "Ha ticer, kami dah menang..Cepat belanja kami ticer..Saya nak KFC" "Tak nak, saya nak McD" "Pizza la ticer"..Adehhh..sabar sajalah..Ticer dah belanja baju tu semua untuk kamu tak aci eh? Kena belanja makan juga budak-budak ni tau..Ok tungguuuuu..(^^)






Thursday, April 11, 2013

Short Vacation To Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum semua..



Mesti ramai daripada anda yang dah pernah ke Bukit Tinggi, Pahang ni kan? Hmm saya ni punyalah lamanya berangan dan pasang niat nak ke Bukit Tinggi ni tau..Nun sejak dari zaman unibersiti lagi..Tapi asyik tak kesampaian..Hinggalah baru-baru ni masa on the way balik dari Terengganu, Encik Suami pusing stereng naik Bukit Tinggi tu..Masa tu saya tengok jam dah nak dekat 6.30 dah..Biar betul nak pergi redah hutan belantara tu waktu macam ni?



Alang-alang dah nampak signboard dan dah dekat, naiklah juga..First time saya naik ke sana memang agak risau juga tengok jalannya yang sangat bengkang-bengkok..Jalan pun agak sempit..Memang tak tergesa-gesa pun nak naik..So kami enjoy the view..Sangat nyaman bila buka tingkap..Lebih kurang pukul 7.00 malam kami sampai..Just nak ambil gambar saja pun..(^^)



Best, sebab tak ramai orang!!












Kebetulan ada kereta ni..Memang awesome!
























Memang puas hati sebab akhirnya tercapai hasrat nak ke sini..Suami kata nak bermalam di sini pun boleh, tapi saya rasa macam tak berbaloi kot nak bermalam..Habis kami melawat dan ambil gambar semua tempat tu dalam masa 40 minit saja..huhu..Saya tengok harga makanan dan hotel boleh tahan juga..hehe..Tapi untuk hilangkan penat lelah bekerja, nak bercuti rehat-rehat dengan keluarga, bolehlah datang ke sini..Suasana pun nyaman dan terasa macam berada di Eropah pula..(^^)



Puas ambil gambar, kami turun dan teruskan perjalanan ke KL..
Mission accomplished!!








Tuesday, April 9, 2013

2 Hari 2 Malam Di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu


Assalamualaikum semua..


Kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua, beberapa gambar yang menarik yang saya ambil waktu bercuti hari tu..Dah lama bersepuk dalam draft, hari ni baru dapat publish..hehe.. Gambar ni sebagai panduan kepada siapa-siapa yang plan nak bermalam di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu..Hotelnya nampak gah daripada luar, dan memang nampak sangat selesa bila dah masuk bilik..






Ni gambar ori yang saya ambil sendiri ok, bukan ciplak dari google..So boleh tengok sendiri kebersihan dan kekemasan dalam bilik ni..(Err kadang-kadang kalau kita search online nampak hotel cantik saja, tapi bila dah sampai kecewa pula..Indah khabar dari rupa..) Sebab tu saya suka ambil gambar bilik hotel yang saya singgah..Bukan apa, nanti senang nak buat panduan..Masukkan dalam blog, orang lain pun boleh tengok dan buat comparison hotel mana yang berbaloi..



Nak bercuti kenalah bijak!! Barulah berbaloi-baloi wang yang kita 'sedekahkan' pada hotel tu.. (^^)









Toilet sangat bersih dan lengkap dengan semua keperluan..Hairdryer pun ada juga..





Kad ni dapat dua..Senang sangat proses nak check-in dan check-out..Waktu check-in, suami saya bagi salinan pengakuan dari Booking.com yang kami dah tempah bilik..(First time booking bilik untuk bercuti, selalu main redah saja..hehe) Sekejap saja prosesnya..Nak check-out pun, just serahkan kad tadi di kaunter..Settled..Tak payah susah-payah nak sign resit or apa-apa yang tak berkenaan dan leceh..






Teruja sangat bila dapat tengok bulan mengambang penuh dari balkoni bilik..Bilik tingkat 11 sebab nak bilik yang ada wi-fi..Dekat dengan lif..Sangat cantik pemandangan waktu malam tu..Rasa berbaloi sangat pilih hotel ni..









Pemandangan waktu siang dari balkoni bilik..Tu Pantai Batu Burok..Malamnya memang meriah tepi pantai tu..Ada pula astaka jual sotong celup tepung yang sedap tu..Ada juga orang jual jagung bakar yang sedap..Ada juga tempat naik kuda pusing tepi pantai tu..Memang meriah!!









Ni antara pemandangan dari arah belakang hotel..



Memang berbaloi bercuti di sini..Kalau ada rezeki, nak singgah sini lagi..(^^)









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...