Wednesday, February 26, 2014

Pakcik Jual Suci Dalam Debu

Assalamualaikum semua..



Pernah makan biskut 'suci dalam debu' tak? Dibuat daripada kulit popia..Saya tak tahu bahan-bahan nak buat biskut ni, tapi yang pasti ada susu..Maklumlah, dah lactose intolerance, so tak berapa nak ambil tau sangatlah tentang biskut yang ada susu ni..hihihi..Tapi yang pernah makan cakap memang sedap..






Gambar atas ialah sebekas biskut suci dalam debu yang saya dan suami beli waktu kami berdua makan di Astaka Jam Besar, Sungai Petani..Ada seorang pakcik ni yang jual..Dia akan berjalan dari satu meja ke meja sambil jinjing bag yang berisi biskut ni..Adalah lebih kurang dalam 20-30 bekas kot..



First time jumpa pakcik ni dulu, dia bagi rasa dan suami saya berkenan nak beli..Lagi pun kesian dengan pakcik tu yang jalan ke sana-sini sambil promote kat orang yang makan di astaka tu..Pakcik tu tanya lembut ja 'Adik nak beli kuih?'..Bukan paksa orang beli macam sesetengah penjual tu..



Pakcik tu siap berdoa pada kami selepas kami sedekah saja duit baki beli biskut tu..Automatik kami berdua stop makan dan tadah tangan..Biarlah orang sekeliling tengok pun..At least kami dah tolong pakcik tu cari rezeki halal..Walaupun dah berusia, pakcik tu masih gagah lagi cari duit..Bukan macam sesetengah orang yang malas nak kerja tapi 'cari rezeki' cara yang salah dan menyusahkan orang lain..



Saya lebih rela tolong pakcik ni daripada 'sedekah' pada orang yang 
bawa resit yang meragukan..





Nampak tak ada orang tak sabar nak makan biskut tu? (^^)






Penat berjalan, pakcik tu duduk minum dulu..Nanti dia akan ulang balik dari meja ke meja lain pula..Entahlah, selalu habis atau pun tak habis pakcik tu jual..Biasanya setiap kali kami makan di sini, confirm kami akan beli 4 bekas..2 bekas bawa ke sekolah untuk kawan-kawan..2 bekas lagi, hmm faham-fahamlah 'simpan' kat mana..Suami dah addicted dengan biskut ni..(^^)





Nampak tak pakcik yang pakai ketayap putih tu..



Saya rasa macam sedih tengok muka pakcik ni, sayu..Sebab bagi saya, muka pakcik ni sangat bersih dan jernih..Tak kiralah apa sebab pun dia kena jual biskut ni, saya doakan semoga rezeki pakcik ni sentiasa ada..Hari tu pakcik ni doakan kami berdua semoga murah rezeki, dalam diam saya pun doakan yang sama juga..Aminnnnn..



Monday, February 17, 2014

Resepi: Puding Roti Kismis Bersantan

Assalamualaikum semua..



Ada tak roti lebih di dapur tu? Jom kita buat puding roti jom..(^^)



Bahan-bahan:

Sebungkus roti keping Gardenia
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu gula icing/ kastor
2 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
3 biji telur

1 paket santan segera
2 paket susu Higoat
21/2 cawan air suam



Caranya:

1. Bancuh santan dan susu menggunakan air suam..Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati..







2. Sapu marjerin pada loyang, kemudian carikkan roti dan susun dalam loyang..







4. Tuang bahan yang dipukul didalam loyang dan tekan roti supaya bahan tadi meresap..







5. Tabur kismis di atas roti dan kukus selama lebih kurang sejam atau sehingga masak.. 








Dah masak!!!






Selamat mencuba..(^^)



Sunday, February 16, 2014

Semakin Meningkat Usia Semakin Bertambah Dugaan Hidup

Assalamualaikum semua..



Pada 10 Februari lepas, usia saya dah genap ke 33 tahun..Huh?! 33 dah ke.....?! Alhamdulillah syukur, Allah panjangkan usia saya hidup di dunia ni selama 33 tahun..Tapi rasa macam baru je 20an..Hihi perasan..Bila dah masuk 3 series ni, dah tak ada dah nak sambut beria macam zaman kanak-kanak, atau waktu zaman muda belia nun..



Sangat simple saya 'sambut' birthday kali ni..Sebab angkanya special, 33..Saya terus rasa macam 'Oh myyy..nak pusing kot mana pun tetap 33!'..Tapi apa ada pada angka kan?..Yang penting macam mana fikiran dan tindakan kita yang tunjuk tahap kematangan diri sendiri..



Sebab ada yang saya jumpa, umur dah separuh abad dah tapi perangai, aduhhh kalah orang muda..Ada juga jumpa kanak-kanak, baru 7 tahun, tapi fikiran macam orang dewasa..Dewasa sebelum usialah pula..Macam-macam hal dunia sekarang ni..



Ok, kali ni suami saya hadiahkan saya kek, tapi saya yang pergi pilih kek dan pilih nak tulis apa atas kek..huhuhu..Macam kelakar pula..Sindiri mau makan, sindiri pilihlah kaka..Ok fine, sebab dia yang bayarkan..hihi..Lepas tu suami tanya nak hadiah apa, so saya jawab nak pokok saja..Hehe belilah kami pokok dua pasu comel kat Tesco Extra..






Di rumah ada satu pasu saja pokok..Saya cakap kat suami nak beli kawan-kawan untuk pokok..Baru dia tak mati..See umur saja 33 tapi perangai macam kanak-kanak..Huhu nak buat macam mana, saya cikgu sekolah rendah..Dah jadi kanak-kanak juga..Sebelum pergi sekolah saya siram dulu pokok tu, baru rasa sejuk saja mata memandang dan jiwa pun happy..(^^)



Saya juga ada sedekahkan sebiji apple pada semua murid-murid dan juga warga sekolah saya..Ni cerita ni bukan nak riak atau apa, tapi mungkin boleh jadikan idea untuk semua yang baca blog saya ni..Moga semua gembira bila dapat apple tu walaupun sebiji..Ada yang mendoakan saya..Terima kasih..Ada rezeki insyaAllah, lain kali bagi lagi..(^^)






Tuesday, February 11, 2014

Kopi O Tanpa Gula Yang Tak Boleh Diminum

Assalamualaikum semua..



Tsk..tsk..tsk..tengok pada tajuk entry, macam ada apa hal pula dengan kopi o tanpa gula yang tak boleh diminum kan..Padahal tajuk buku tu..Huhu jangan marah ye semua..Ni nak share buku yang saya sempat baca waktu cuti sekolah 2 bulan lepas..Dangg! baru sekarang nak update..Sebabnya, baru gigih nak habiskan..Tu pasal teringat nak buat entry..






Saya suka gaya santai yang penulis guna untuk ceritakan peristiwa yang berlaku di sekeliling beliau..Ada yang serius, ada yang kelakar, ada yang pedas tapi semuanya ada maksud tersirat dan tersurat..Harga pun RM13 sahaja..Saya dah ada 2 lagi buku tulisan beliau, 'Asam, Garam, Gula Dan Kopi' dan 'Teh Tarik Kurang Manis'..Ok semuanya makanan tu..Mudah nak ingat..Kalau ada peluang, silalah baca..(^^)

Sunday, February 9, 2014

Resepi Ringkas Kulat Sisir Masak Lemak

Assalamualaikum semua..



Pernah makan kulat sisir tak? Dibawah ni hasil dari google gambar kulat sisir..Kulat ni biasanya tumbuh di batang-batang kayu..Nak jumpa pun bukan senang..Saya beli kulat ni di pasar malam..Tapi jarang ada orang jual..Entah generasi sekarang masih kenal atau tak dengan kulat sisir ni..






Bahan-bahan nak masak lemak kulat sisir:


Bawang besar
Asam keping
Kulat sisir
Cili Padi
Santan
Kunyit
Garam
Gula 



Cara nak buat mudah saja kalau ikut cara saya..Agak-agaklah bahan-bahan tu semua ikut selera masing-masing ye..Mula-mula cuci dan rendam sekejap kulat tu..Kemudian potong bawang besar dan bersihkan..Rebus kulat dan semua bahan di dalam periuk sehingga masak..Masukkan santan akhir sekali..Tunggu mendidih dan bolehlah dihidangkan.. 











Selamat mencuba..(^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...