Monday, August 10, 2015

5 Bintang Untuk Pulai Desaru Beach Resort & Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Lama dah nak publish entry Pulai Desaru Beach Resort & Spa ni.. Tapi asyik tertangguh ja.. Disebabkan hari ni sekolah saya cuti peristiwa, jadinya sempatlah cek godek-godek laptop buat entry ni bagi siap.. Ni percutian saya dan suami masa cuti sekolah.. errr.. cuti bulan.. errr cuti.. bila ye.. hahahaha dah tak ingat dah! 



Tak kisahlah bila, yang penting saya nak cerita pengalaman dan share gambar yang menarik sekitar resort yang sempoi ni.. Bila suami saya cakap nak bercuti di Desaru, saya search apa yang menarik di sini.. Memang jauh nun di Selatan nun.. Tapi dah namanya nak bercuti, jauh pun jauhlah.. Boleh tengok tempat orang..



Suami saya booking resort ni melalui booking.com.. Macam biasa, senang dan pantas!!! Kami bertolak dari Pulau Pinang waktu pagi, sebab nak sampai sebelum malam.. Drive pun santai-santai je sebab bukan nak rushing ke mana pun.. Sempat juga berhenti di beberapa RnR.. 






Waktu dah nak sampai area Desaru, kami kena lalu atas jambatan ni.. Saya suka tengok jambatan ni sebab tiangnya bentuk A.. Tapi jalan nak ke jambatan ni hmmm perlu buat sesuatulah.. Boleh merosakkan rim kereta oiiiii.. 







Bila sampai anda akan disambut dengan pintu gerbang ni.. Err tapi yang masuk saya tak ambil pula, ni waktu dah nak balik baru teringat nak snap gambar, sebab tu katanya terima kasih.. hihihi






Tudiaaaa nampak tak signboard?






Dah tak sabar nak check in sebab lama sangat duduk dalam kereta..







 Oishhhh indahnya pemandangan..
Entrance tak ada pintu pun ok.. 
Hang masuk rodong macam tu saja p check in..






Comelkan decoration resort ni? 
Saya paling suka tengok gambar ni.. 
Kami request bilik di tingkat atas, baru nampak semua yang ada di sekeliling resort..



Bila buka bilik, tadaaaaaaaaaa..


 



Berbaloi sungguh pilih resort ni.. Walau pun perjalanan kami jauh, dari Utara ke Selatan, tapi bila tengok bilik yang cantik, kemas, luas dan bersih macam ni, terasa hilang letih tadi.. Memang saya bagi 5 bintanglah resort ni!



 



Nak guling-guling atas lantai pun boleh..
Nak main tingting atau jengkek pun boleh..



 



Macam bersantai di rumah..






Bag semua kasi simpan dalam ini ya..



 



Haaaa next entry saya cerita apa yang jadi kat pantry ni..






Ni sebelum nak masuk bilik air..
Cek suka cermin besaq gajah macam ni..






Semua benda dapat double, tak kedekut tau..






Haaaa nak berendam boleh..



 



 Tak mau berendam pun boleh..






Pemandangan dari balkoni..






 Swimming pool yang luas..






Di belakang hotel, ada juga horse riding, kawasan yang lapang boleh buat barbeque dan games untuk family day..  Memang best lepak di tepi pantai ni.. Rasa relax ja layan angin sepoi-sepoi bahasa..












Nampak tak apa tu? Si tupai ni asyik betul kesana-sini.. Ohh ya, jangan terkejut ya, kalau tengok tempat parking, ada monyet berkeliaran.. Bukan nak kutip duit parking, bukan.. Nak cari makanan la tu.. Bila malam, haaaa lebah pula sibuk buat kenduri keliling lampu luar balkoni.. Semua haiwan ada haihhhh.. huhuhu.. 



Ingat malam-malam nak juga ambil angin berdua-duaan sambil layan teh ke di balkoni.. Tapi terus cancel bila nampak lebah besaq-besaq nala serbu lampu.. Tak maulah cari nahas, cek kena sengat satgi naya..

Thursday, August 6, 2015

Koleksi Selendang Online Terbaru ZALORA Yang Cunnnnn..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Siapa yang tengah baca entry ni suka pakai selendang, senyum sikit? Haaa saya pun suka pakai selendang atau omputih panggil shawl ni.. Kalau bercuti ke mana-mana memang saya tak bawa tudung lain dah.. Memang bawa shawl saja.. Senang, gulung-gulung masuk dalam bag.. Bila dah sampai kat hotel, gantung dalam almari, nak pakai lilit-lilit saja..



Pakai shawl ni mudah.. Tak payah nak risau tudung tak muncunglah, tak payah nak tiup puih-puih bagi tudung tak kemek.. Just pakai anak tudung dan hang lilitlah selendang tu style lagu mana pun tak apa, ikut suka hati hang la nooo.. Janji tutup aurat.. Lagu mana pun untuk hampa.. Jangan sampai terjerut sudah.. hihihi



Tapi zaman sekarang ni lagi mudah.. Designer semua cerdik-cerdik, buat instant shawl terus.. Anak tudung pun siap dijahit dengan selendang sekali.. Ada style yang kena pakai brooch dan ada banyak yang tak gaduh nak cari brooch dah.. Sarung, lilit-lilit dah siap.. Silap haribulan, orang perempuan bersiap lagi cepat kot dari lelaki..



Saya pernah beli instant shawl online juga, tapi bila dapat tak sama macam yang saya harapkan.. Ingat nak promo dalam blog, terus tak jadi.. Pakai sekali, rasa tak selesa, terus simpan dalam almari.. Tapi pilih yang budget ciput saja, sebab first time try beli online..



Baru-baru ni saya terjumpa web ZALORA yang promo instant shawl terkini.. Perghhhh, banyak juga yang berkenan di hati.. Saya ingat harga mesti RM50 ke atas, rupanya ada juga yang harganya RM15 sahaja! Kalau anda nak tengok sila buka link ni koleksi selendang online terbaru.. Confirm teringin nak order tau.. Saya pun tengah berkira-kira nak order jugalah.. hihihi



Macam dalam gambar di bawah ni, inner dah siap jahit sekali dengan shawl.. Sarung terus tak payah nak cari brooch.. Cepatkan? Cantik pun cantik.. Kalau emergency nak bersiap cepat, memang sesuai sangatlah instant shawl ni..












Nak lagi mudah beli yang tak ada inner.. Banyak pilihan yang ada di ZALORA ni, daripada cotton, lycra, satin dan banyak lagilah.. Memang berbaloi kot beli, cantik pun cantik, senang dan mudah nak pakai pula tu.. Bak kata jiran saya yang selalu jerit pada anak dia, "Apa lagi yang kamu mahuuu?"



So, jom kita ushar-ushar dulu mana yang berkenan di hati.. 
Dah berkenan tak payah merisik, terus 'akad' ja.. hihihi

Saturday, August 1, 2015

Umur 34 Baru Tumbuh Geraham Bongsu..Adehh Sakitnya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..







Aduii minggu ni minggu sakit gusi bengkak.. Berdenyut-denyut sebab geraham bongsu baru nak tumbuh.. Geraham bongsu sebelah bawah kanan dah tumbuh 90%.. Yang kiri ni baru nak tumbuh.. Lammmmbat sangat rupanya geraham bongsu ni ambil masa nak tumbuh sepenuhnya.. Sampai umur saya dah masuk 34 tahun pun belum habis lagi geraham ni tumbuh.. adehhh



Sakit rupanya bila geraham tu nak tumbuh.. Saya mula rasa sakit bengkak gusi hari Isnin, waktu buat entry ni dah hari Sabtu.. Ini pun masih sakit lagi.. Tapi agak kuranglah sakitnya kalau nak dibandingkan dengan dua hari pertama tu.. Hari pertama bila bangun pagi dah rasa berdenyut-denyut dan macam nak demam.. Bawah rahang pun rasa sakit.. Rasa dengan lidah dah rasa bengkak, tengok dalam cermin memang sah gusi dah merah-merah.. 



Seksanya sebab nak makan pun kurang selesa, nak telan air liur pun rasa sakit.. Nak senyum lebar pun tak boleh.. Nak bercakap pun seksa juga.. Adoiii tapi bila dah p sekolah, jumpa anak-anak murid yang macam-macam perangai tu, boleh lupa sat sakit gusi.. Hahaha suara adalah senjata utama cikgu cikgi ye anak-anak murid sekalian..



Tak hairanlah kalau baby merengek bila nak tumbuh gigi.. Sakit cek oiiiii.. Hat tua bangka pun rasa sakit ni pula baby.. Tapi macam mana saya nak hilangkan rasa sakit ni? Dengan minum ais dan biarkan air ais tu dalam mulut.. Lega sat.. Tapi most of the time biar saja.. Sebab tengok tumbuh elok, tak terbalik or senget.. Nak p dentist ceq is sangat takut.. Hahaha



Hoiii mau tak takut, masa sekolah tiap-tiap tahun kena cek gigi dengan nurse yang p sekolah.. Benci tau.. Kena korek gigi, kena tampal, kena cabut, kena cuci.. Argghhhh ngeri bila ingat balik.. Biarlah gigi senget sikit pun tak kisahlah, janji hati ceq bahagia.. hahahaha

 

Ada tak geng yang seangkatan dengan saya?.. Umur dah lebih 30 tahun baru geraham bongsu nak tumbuh?.. Di sekolah saya ada dua orang kakak yang baru tumbuh geraham bongsu juga.. Husband saya kata dia nak kena check balik surat beranak saya takut-takut salah tengok umur masa kahwin.. Caitttt.. 



So kepada siapa-siapa yang baru nak tumbuh geraham bongsu tu, cuba check.. Kalau pertumbuhan gigi tu senget memang kena jumpa doktor.. Kena cabut sebab sampai bila pun nanti sakit.. Tapi kalau rasa ok, pasrah sajalah tunggu geraham tu tumbuh sampai habis ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...