Tuesday, April 29, 2014

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Apa lagi ya resepi yang kita boleh masak dengan ikan cencaru ni?.. Saya rasa dari kecil sampailah dah kahwin ni tak pernah lagi saya tengok orang masak ikan cencaru ni dengan cara lain kecuali letak sambal belah belakang.. Tapi memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.. Jom kita belajar resepi mudah untuk buat sambal ikan cencaru belah belakang ni..






Kalau ikut style saya, saya tak guna cili kering yang dikisar pun untuk sambal.. Cuma guna serbuk cili BABAS ni saja.. Cepat dan mudah.. Sedap pun sedap.. Hihihi ini dibuktikan oleh selera suami bila menikmati ikan cencaru ni ok.. Chewaahhhh ayat...



Mula-mula, saya potong bawang besar dan tomato yang dah dibersihkan.. Tomato saya buang bijinya dulu.. Selepas goreng ikan, saya buang lebihan minyak dan tinggal sikit saja untuk masak sambal pula.. Tak suka nak masak guna banyak kuali or periuk, buat penat nak basuh saja..huhu..  






Ikan yang dah siap 'dimandikan' dalam minyak..



Tuang bawang, tomato dan serbuk cili tadi di dalam kuali.. Masukkan belacan, garam, gula, air asam jawa dan kicap.. Sukatan ikut citarasa.. Kalau first time nak buat, cuba masukkan sikit dulu, rasa dan tambah kalau perlu.. Kacau sebati dan tunggu hingga mendidih atau hingga masak..






Dah siap dah sambal..






Masukkan sambal di belakang ikan..





Saya suka buat sambal banyak-banyak sebab nak ratah..hihi
Ok dah siap, bolehlah makan dengan nasi putih panas-panas..


Selamat mencuba..


P/s: Ada resepi lain tak yang menggunakan ikan cencaru? Jom share..

Monday, April 28, 2014

Resepi Kerabu Seafood Cendawan Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pernah makan tak cendawan putih?.. Mesti pernah kan?.. Cendawan ni macam rumpai laut pula rupanya.. Mula-mula tengok, saya confirm itu rumpai laut.. Bila baca pada label paket tu, rupanya cendawan.. Ok ilmu baru.. Saya beli di Tesco saja, ada jual dalam paket yang dah dikeringkan.. Saya memang suka makan cendawan, apa jenis pun semuanya saya sapu..hehehe






Ni rupanya selepas saya rendam..Dah kembang sikit..



Jom tengok macam mana caranya nak buat kerabu dengan cendawan ni..


Mula-mula kena rendamkan dulu cendawan putih tu.. Dalam masa yang sama potong nipis bawang putih, bawang besar, halia, serai, tomato dan cili padi.. Kemudian potong sotong dan buang kulit udang sebelum rebus bersama dengan cendawan tadi hingga masak.. Sekejap saja rebusnya.. 







Dah siap rebus, toskan dan masukkan ke dalam bekas.. Campurkan kesemua bahan yang dipotong nipis tadi.. Masukkan belacan, air asam jawa, gula dan garam.. Sukatan ikut selera masing-masing ye.. Gaulkan semuanya sekali.. Saya gaul dengan tangan sebab nak ramas-ramas sikit semua bahan tu biar sebati.. Tapi pastikan tangan tu dah bersih ok..







Dah siap..







Sedap ni kalau ratah macam tu saja.. Tak lama pun nak buat.. 
Senang dan cepat..



Kalau ada masa, cubalah ye.. (^^)

Sunday, April 27, 2014

The Best Kakak Waitress Di Kenny Rogers Roasters Bukit Jambul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Semalam saya dan suami singgah makan di Kenny Rogers Roasters Bukit Jambul.. Memang dah banyak kali kami ke sini kalau nak makan KRR.. Rasa biasa saja layanan daripada waitress KRR yang ambil order kami selama ni.. Tapi semalam, kami berdua rasa sangat-sangat dihargai dan dilayan macam A class customer.. Tapi sebab apa?



Sebab attitude salah seorang waitress yang ambil order kami semalam.. Sebaik duduk, kakak ni datang bagi menu.. Dalam 5 minit selepas tu, dia datang balik dan tanya lebih kurang macam ni, "Boleh ambil order sekarang?".. Ok kami berdua pun pilihlah order masing-masing.. Kami pilih yang ada muffin.. Sebab muffin KRR sedap.. 



Kakak tu tanya lagi, "Nak muffin perisa apa ya?".. Saya tanya perisa apa yang ada.. Dengan sopan dia cakap, "Ada Banana Raisin dan Golden Vanilla.. Tapi Vanilla masih panas lagi sebab baru keluar dari oven.".. Ohhh memang menarik tu.. Saya terus pilih Banana Raisin dan suami saya dengan pantas pilih Golden Vanilla..



Tiba nak pilih minuman, kami berdua macam dah kelabu mata nak minum apa.. Asyik tukar-tukar nak minum itu, nak minum ini.. Macam sedap pula tengok minuman dia.. Tadi dok pilih makan saja.. Lupa nak belek minuman.. Dia siap explain pada kami minuman ni rasa apa, minuman tu rasa apa dan ada satu dia siap explain minuman tu coklat yang blend dengan muffin.. 



Hoh kami berdua lagi stress nak buat pilihan.. Adehh kakak tu sabar saja dan senyum manis tengok gelagat kami berdua nak decide minuman.. At last bila dah pilih, inform pada dia dan dia pun dengan sopannya ambil order dan terus ke belakang..



Saya dan suami macam kagum dengan attitude kakak tu sebab selalunya bila kami ke sini, waitress KRR ni selalunya tak senyum pun..  Langsung tak tanya nak muffin perisa apa.. Tak explain apa-apa pun.. Ambil order terus blah.. Maybe masing-masing anggap semua customer dah tahu jenis makanan dan minuman di KRR kot.. 



Saya ni pantang sikit kalau orang yang kerja di kedai makan buat acuh tak acuh saja bila layan customer.. Bukan nak suruh layan tahap raja, tapi cukup kalau senyum.. Customer tu yang bawa rezeki untuk mereka semua ye..







Huhu ni gambar selepas 'kejadian'..






Memang betullah slogan yang terpampang di dinding KRR tu.. Kakak tu memang buatkan kami berdua happy semalam.. Hanya disebabkan oleh perkara kecil saja yang dia buat.. Memang berdedikasi dia bekerja, betul-betul bekerja untuk penuhi kehendak customer dengan sebaik mungkin.. Bukan layan customer hanya disebabkan dia dibayar gaji untuk melayan customer..



Semoga attitude yang positif macam tu akan ada di semua kedai makan..
Confirm murah rezeki you all..(^^)



*

*

*

*

*

*

*

*


To you kakak waitress:


Thank you kakak..
Keep up the good work..
You are the best waitress ever at Kenny Rogers Roasters Bukit Jambul!!!


Saturday, April 26, 2014

DIY Cara Membuat Jeruk Mempelam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sekarang musim mempelam.. Memang kalau kita kemana-mana pun akan nampak banyak buah mempelam bergantung dan berjuntai dari pokok.. Memang terliur tau tengok.. Tapi apakan daya semua pokok orang.. Baru-baru ni saya sempat balik kampung.. Tengok buah mempelam di rumah kakak saya memang menjadi sungguh.. Apa lagi, saya dan suami 'sapu' banyak-banyak sebab nak buat jeruk..



Lebih baik buat sendiri daripada beli.. Tapi lebih baik jangan makan terus..
Ohh apakan daya.. Krikk..krikk.krikk 






Senang saja nak buat jeruk mempelam ni..



Mula-mula kena potong mempelam tu kepada dua, atau kalau dah bersabut, boleh potong-potong sekeliling buah tu saja.. Jangan sampai putus pula.. Basuh bersih dan rendamkan dalam air garam semalaman.. Boleh juga nak guna cuka.. Tapi saya tak pernah guna pun..






Esoknya, warna mempelam yang hijau tu akan bertukar jadi kekuningan.. Buang air garam semalam.. Kemudian masukkan air kosong suku balang saja.. Sementara tu boleh masak air gula hingga mendidih.. Sukatan ikut citarasa.. Tuang air gula tadi di dalam balang mempelam.. Pastikan air gula sama paras atau melepasi mempelam ok.. 







Esoknya buang air gula tu.. Jeruk dah siap.. 
Simpan jeruk di dalam peti sejuk.. Baru tahan lama..







Jemput makan..nyum nyum..(^^)

Thursday, April 24, 2014

Resepi Mee Goreng Basah Seafood Yang Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kali ni saya nak kongsikan resepi nak masak mee goreng basah seafood.. Teringin nak makan, so semua bahan ada dalam peti sejuk, maka ketung ketang ketung ketanglah saya di dapur secara solo..Pembantu masterchef tak ada pun nak tolong haaa..Tolong makan adalaaaa..






Yummy..rasa macam nak buat lagilah..







Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan:


Bahan untuk menumis:

Minyak masak
Bawang putih 
Bawang merah 


Bahan yang dikisar:

Cili kering
Sos tomato
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Belacan
Ikan bilis
Udang kering


Bahan-bahan lain:

Mee kuning 
Sotong
Kucai
Taugeh
Daun sup
Daun bawang
Tomato
Garam
Gula
Air



Cara membuatnya sangatlah senang ceh ceh orang Penang kata..

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak..Bersihkan dan potong nipis bawang putih dan bawang merah.. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali.. Tambahkan air mengikut sukatan masing-masing.. Nak mee goreng lagi basah tambah air lagi.. Kemudian masukkan sotong yang dipotong nipis..
  3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan mee, kucai, taugeh, daun sup, daun bawang, garam dan gula..Kacau sebati..
  4. Dah masak, taburkan hirisan tomato..Siap untuk dimakan..





Selamat mencuba..(^^)


Wednesday, April 23, 2014

Buah Janggus VS Buah Mempelam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Buah apa bijinya di luar?..Dulu masa sekolah selalu cikgu tanya teka-teki ni kan?..Buah janggus atau gajus ni sedap tau..Saya suka sangat..Makan dengan garam or kicap pun jadilah..Perghhh memang sedap..Tapi sangatlah susah nak jumpa sekarang ni..



Dulu di kampung ada banyak pokok janggus..Boleh makan sesuka hati hang nak oiii..Tapi zaman sekarang mungkin tak ramai dah yang tanam pokok ni..Cuma baru-baru ni saya terjumpa di pasar malam Kepala Batas..Terus teruja bila nampak shining saja dari kejauhan..Ecehhhh..



Pakcik dan makcik yang jual ni cakap, sepinggan RM 3..
Tapi beli dua pinggan jadi RM 5 saja..






Haaa menarik tak?







Memang menyelerakan!!!







Buah mempelam ni favourite suami saya..







Terus beli sepinggan buah janggus dan sepinggan mempelam..Satu untuk aku, satu untuk kau..Hehe memang berbaloilah beli sebab kedua-duanya memang sedap..Perghh ada ke yang tak suka makan dua jenis buah ni?



Rugi baq hang..



Sekarang ni kan musim mempelam, rasanya lagi murah kot harganya.. 

Sunday, April 20, 2014

Aiskrim Vanilla Penyembuh Sakit Tekak Yang Mujarab Dan Sedap!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Saya sakit tekak sekarang ni..Teringat pula petua yang saya dapat daripada seorang kakak ni macam mana nak bagi hilang sakit tekak..Petua yang baru first time saya cuba dengan makan aiskrim vanilla..Ajaibnya memang mujarab!!!



Oh ya gambar ni semua gambar lama dalam draft.. Kali ni belum sempat lagi nak pergi cari aiskrim vanilla.. Sepatutnya kena cari perisa vanilla sahaja.. Tapi, saya cari yang campur dengan cookies.. hihihi.. Nampak tak permainan 'dia'?..






Jenama King's..







Sangatlah cepat cair..






Hehe sekali lagi nak 'menipu'..



Makan dengan cone sekali..Petua hantam sajalah labu..Janji tekak dah tak sakit..Suara adalah senjata utama seorang cikgu..So bila sakit tekak ni, seksanya nak mengajar..Kalau tak dengar suara cikgu, budak-budak tu semua macam tak nampak pula cikgunya yang comel lote di depan tu..Nak tak nak, kenalah keluarkan juga 'suara dari perut' tu..hihi



Kalau ada yang tengah sakit tekak, jom cuba petua ni..(^^)

Monday, April 7, 2014

Champ..Kucing Yang Buat Saya Melting

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Ha kali ni saya nak ceritakan tentang si 'budak' Champ yang saya bagi intro dalam entry sebelum ni..Champ ni kucing jiran saya..Waktu saya pindah ke rumah sendiri hujung tahun 2012, suami saya selalu merungut bila tiap-tiap pagi tengok ada kesan air kencing kucing di cermin kereta..



Wehhhh memang hangin tau kalau kucing pancut kat cermin kereta..Kena lap dulu, leceh dan buang masa..Tambah kalau dah lambat nak keluar atau nak pergi kerja, lagilah hangin..Kadang-kadang di tayar, tepi kereta, kat motor..Semuanya ada tanda..



Lama kami aim siapa punya angkara..Suami saya siap tunggu dan pasang angan-angan nak 'bantai' kucing tu kalau dapat..Jiran saya India dan Cina, dua-dua tak bela kucing..So, kami tak boleh agak kucing ni datang dari mana..



Sampailah satu hari, dapat 'tangkap' kucing ni dok layan pancut kat motor suami saya pula..Apa lagi, kena kejar dengan penyapulah..Tapi tak serik tau..Tiap-tiap hari ada saja kesan tinggalan 'kasih sayang' si budak Champ ni..



But then ada satu hari tu, Champ ni terkantoi, terserempak dengan suami saya masa suami tengah cuci kereta..Macam biasalah, Champ buat muka selamba saja lalu tepi suami saya..Tanpa rasa bersalah ok..Memang Mr. Arrogant betoilah budak ni..



Suami saya cakap baik-baik, sambil pandang tepat muka dia, "Hang janganlah dok kencing dah kat kereta aku..Tak larat nak cuci dah tiap-tiap hari hang tau dak"..Champ tengok saja muka suami saya..Kiranya mata bertentang matalah ni..hihihi



Amazingly, esoknya sampailah sekarang, dia dah tak pancut lagi atas cermin kereta or tayar..Sampailah satu pagi saya ternampak Champ ni tidur dalam bakul motor suami..Hahaha kelakarlah 'budak' ni..Saya cakap pada suami, "Kucing ni memang suka tidur di rumah kitalah"..



Rupanya tiap-tiap hari dia akan tidur di bawah kereta..Bila dia dengar gate dibuka, cepat-cepat dia lompat keluar..Mula-mula nampak kami berdua, kelam-kabut dia lari macamlah we all nak tangkap dan panggang dia..Selepas tu lama-lama kantoi, dia jalan lenggang kangkung saja bila dengar kami buka gate..Memang berani tau..






Port favourite dia..






Sebab tu kami panggil dia Champ..a.k.a Champion..Muka memang macho selalu..Gaya jalan memang riak dan takbur gila walau pun tahu dia bersalah buat onar di rumah kami..hahaha..Actually banyak nama kami pilih untuk dia..Hahaha kucing orang tapi pandai-pandai bagi nama..Last yang paling sesuai sangat ialah Champ..



Sampailah satu hari..ok dah banyak kali satu hari dah ni..saya panggil dia, "Champ", dan dia menyahut..Alohhhh sweet sangat tau budak ni..Tapi, suara aduh, punyalah manja tak sesuai langsung dengan muka yang macho tu..Muka saja garang tapi dalam hati ada taman..Macam suami I..Ehhhh?!? (^^)



Selalunya dia tak datang dekat pun bila panggil, tapi hari yang saya ambil gambar dibawah ni, dia kena angin apa entahlah, dengan muka tak malunya, datang menyondol buat-buat mati depan saya..Hahaha lawak betoilah hang ni Champ oiiiii..






Ni dengan bahagia dok grrr..grr..grr..sambil asah kuku di bag saya..






Ni aksi comel dan gedik..






Ni pula aksi manja sambil mata tertutup..






Bila saya gosok-gosok badan dia, lagilah grr..grr..grr..sambil pejam mata rapat..Memang selalunya waktu pagi dia tidur lagi..Ni saya kacau suruh dia bangun sebab kami berdua nak guna kereta..Jalan selangkah, gedebub..buat-buat mati depan saya..Tak buka mata langsung..Lagi saya gosok dan tepuk-tepuk badan dia, lagilah pejam mata rapat..Sampai kena ubah tempat lain sebab dia tak nak juga bangun..



Tapi kucing yang suka tidur merata ni, bulunya kasar dan kotor..Lepas tu baru kami tahu rumah tuan Champ ni cuma selang 3 buah rumah dari kami saja..Orang Melayu juga..Yang hairannya, tak pernah pula kami nampak dia tidur di rumah orang lain atau pun kena kejar dengan anjing di kawasan tu..Kucing-kucing lain pun tak nampak di kawasan tu..Memang kawasan jajahan Champ la tu..hihihi



Bila dah rasa suka pada Champ ni, timbul pula rasa sayang pada dia..Sampaikan tiap-tiap hari saya berharap nampaklah dia tidur bawah kereta..Kalau nampak dia di mana-mana pun, bila panggil "Champ", menyahut pula dia..Padahal entah apalah nama yang tuan dia bagi..



Dan Champ telah berjasa pada kami berdua..Baru 2, 3 hari lepas, dah malam, saya dan suami duduk di ruang tamu..Tiba-tiba dengar suara Champ dua tiga kali..Saya pun jenguk melalui tingkap..Saya tak nampak pun Champ tapi yang saya nampak gate terbuka..Saya tanya suami, rupanya dia terlupa nak tutup..Sebab ingat nak singgah rumah sekejap saja dan nak keluar balik..



Pheww mujur Champ bagi hint, kalau tidak, sampai ke sudahlah kami tak perasan gate terbuka dengan kereta dan motor ada elok di depan rumah..Saja bagi peluang pada orang yang berniat jahat..Kan sekarang macam-macam kes..Ohhh lagilah sayang kat budak Champ ni..



Tu lah, saya kata, Champ buat saya melting..

Ini susah..ini susahhh..

(**)


Sunday, April 6, 2014

Kucing - Tak Suka Tapi Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



*Google



Siapa di sini yang memang peminat kucing? Ok, saya suka juga kucing, cuma tak nak suka lebih-lebih sebab ada peristiwa sedih berlaku dengan kucing ni..Jom flashback..Masa saya kanak-kanak ribena dolu-dolu saya ada bela kucing..Memang sayang sangat-sangat dengan kucing ni..Miaw namanya..hehe senangkan nama kucing I..



Miaw memang akan kemana saja dengan saya..Tiap kali saya balik dari sekolah terus dia datang dan akan duduk atas riba sambil hisap kain batik yang saya pakai..Haaa pelikkan kucing ni..Dia buat macam hisap susu pula..Semua kain saya yang belum pakai dan dah pakai semua dia akan hisap..Mungkin tu tanda dia sayang kat tuan dia kot..



Walau pun Miaw ni kucing jantan, tapi tak pernah dia buat perangai pancut suka hati dia saja..Dah ajar dari kecil nak kencing berak semua kat luar..Rumah kampung senang, tanah luas..Luas juga jamban Miaw..hihihi..



Semua aktiviti saya buat dengan Miaw, tidur, main, makan semualah..Rajin saya bagi dia mandi..Memang bersih sentiasalah Miaw ni..Lagi pun nak tidur sekali memang kena pastikan dia bersih..Rajin juga saya bawa Miaw ronda-ronda naik basikal..Hahaha letak dia dalam bakul saya kayuh basikal keliling kampung..



But then satu malam saya dengar bunyi kucing bergaduh atas bumbung rumah nenek saya, sebelah rumah saya saja..Kemudian dengar macam sesuatu jatuh dalam telaga tepi rumah nenek..Saya buka tingkap nak tengok tapi tak nampak dan tak dengar apa-apa pun..Dah tengah malam..



Esok pagi ayah saya bagitau yang Miaw jatuh dalam perigi dan mati lemas..Huhuhu sedih sangat masa tu..Saya siap buatkan kubur untuk Miaw..Buat tanda dengan pokok bunga..Sedih sangat sampai menangis berhari-hari..Sejak hari tu saya dah tak nak bela kucing dah..Tak nak rasa kehilangan lagi..Walaupun pada hakikatnya saya suka kucing tapi saya ajar diri sendiri supaya jangan rapat dengan kucing..



Perasaan suka pada kucing tu saya tolak jauh-jauh..Walau pun masa duduk sekali di rumah mertua ada banyak kucing, saya biasa-biasa saja..Tak nak rasa rapat dan sayang dengan kucing-kucing tu..Bukan tak suka tapi entahlah, trauma kot masa kecil..huhuhu..Sedih sebenarnya bila kehilangan sesuatu yang kita sayang..



Setelah sekian lama saya tak rasa sayang pada kucing, 'budak' Champ ni buat saya melting..Kehadiran dia tak diundang tapi dialu-alukan..Sampai rasa rindu pula kalau tak tengok dia..hehehe..





Kucing siapa ni?

Mana saya jumpa?

Sejak bila saya bela kucing?

Kenapa nama 'budak' ni Champ?


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Next entry saya cerita tentang 'budak' Champ ni ok..(^^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...