Wednesday, December 14, 2016

Bantulah Adik Annur Qisya Umaira, Penghidap Kanser Neuroblastoma Stage 4

*Untuk pengetahuan semua, adik Annur telah kembali pada Penciptanya, tanggal 10 Februari 2018.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Hmmm speechless saya waktu dapat berita ni. Ni adik Annur, anak kawan saya waktu sama-sama sekolah menengah dulu. Anak beliau disahkan dapat kanser neuroblastoma stage 4. Sekarang berada di wad C3 Hospital Pulau Pinang sejak bulan Jun 2016. Marilah kita sama-sama tolong doakan kesembuhan adik Annur dan semua urusan keluarganya dipermudahkan. 


Saya kongsikan kisah adik Annur yang diambil dari facebook Penangkini


Image may contain: one or more people and text


Annur Qisya Umaira binti Luqman.Dilanda ujian hebat seawal usia 3 tahun. Qisya, berasal dari Tasek Gelugor mula menghuni wad C3 hospital Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016. Qisya sebelum itu mengalami simptom demam yang tidak menentu. Ada ketika suhu badannya melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.


Qisya juga mengalami muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut. Simptom ini berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian perutnya. Perut Qisya membesar seperti ibu yang sedang hamil. Lalu Qisya di bawa ke hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima sangat menghampakan. Hospital berkenaan tidak mahu menerima Qisya kerana dikatakan keadaan Qisya sudah kritikal. 


Dari hospital swasta Qisya dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4 (Kanser Saraf). Qisya, pertama kali saya bertemu dia di wad c3 telah meruntun hati dengan tubuhnya yang kurus melidi hanya memaparkan tulang-temulang dibaluti kulit tiada berisi. Disisinya pula, berdirinya seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani kerenah si anak yang memprotes.


Image may contain: one or more people and text


Hebat sungguh ujian buat mereka. Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Sewaktu menerima rawatan, Qisya pernah beberapa kali menghuni PICU. Qisya sedang menunggu ujian scan untuk melihat sama ada ketumbuhan di perutnya boleh dibedah buang atau sebaliknya. Pada 23 Jan 2017 akan datang, Qisya perlu menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG Scan.


Qisya mempunyai 4 orang adik-beradik tinggal di Taman Koskam (Kepala Batas, Pulau Pinang). Ayah Qisya, seorang pekerja kilang sudah 6 bulan bercuti tanpa gaji kerana perlu menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di wad manakala ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu menguruskan anak-anak di rumah.


Hari ini,mereka dihimpit kebuntuan akibat kekangan kewangan. Mereka antara yang saya kenal, yang tidak mahu menyusahkan pihak lain. Mereka tidak sekali mengeluh akan kepayahan. Namun sampai bila hati mampu bertahan? Sampai bila harus ditelan? Empangan yang menakung air, lama-kelamaan pasti akan pecah juga.


Bantulah keluarga ini seadanya. Hari ini,hari mereka. Hari kita entah bila. Jika anda mahu berhubung terus dengan keluarga adik Qisya, boleh langsung hubungi nombor:


İbu: 0125658572
Ayah: 01112568186

No Acc Maybank ibu 157091391639 Siti Solehah Mohd Said
No Acc Maybank ayah 157091087605 Luqman bin Ishak


Image may contain: 1 person

SHARE tanda Keprihatinan..
Zakat Pulau Pinang


Shabudin Yahaya FC


Kalau tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, kita tolonglah doakan ye. 

Jom Makan Angin Di Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Musim cuti hujung tahun ni mesti ramai yang bawa keluarga jalan-jalan dan makan angin kan? So kali ni saya nak tunjuk sikitlah beberapa gambar dan pemandangan indah di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Best tau atas Bukit Bendera ni, cuacanya nyaman saja. Saya dan suami dah lama makan angin atas Bukit Bendera ni, tiba-tiba teringat nak share sebab musim cuti ni, mana tahu ada yang teringin nak pergi.



 


Selalu kami pergi waktu siang, kali ni saja nak tengok suasana malam pula. Tapi hmmm waktu cuti kan, biasalah, sesak dengan pelancong. Sebelum nak naik kereta kabel tu, sempatlah tengok info yang ada di sepanjang laluan tu dulu.


  


 


Hahaha nampak tak, dah lama kami pergi tu, bulan May!!! 
Hahaha baru teringat nak buat entry. 




Haaa ni ada mesin nak buat coin atau syiling gambar Bukit Bendera. Suami saya nak buat satu, tapi mesin tu rosak, mungkin ramai yang main-main dengan mesin tu agaknya. 




Nak ambil gambar ramai-ramai depan ni boleh sangat tau. Jangan risau, ni cuma poster besar saja, bukan depan terowong betul-betul, hahaha.  




Cantikkkkkkkk sangat pemandangan diwaktu malam tau. 
Nampak tak dua jambatan panjang tu?




Lagi pemandangan indah Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Kami ronda-ronda pun sekejap saja. Kebanyakan kedai tutup waktu malam, agak rugi juga sebenarnya. Kalau ada yang jual makanan ringan atau cenderahati mesti ada yang akan beli.




Tengoklah tu betapa ramainya orang naik Bukit Bendera waktu malam. Mujur kami berdua bawa Pizza Jalanan sekotak dan air mineral sebotol. Memang niat nak naik atas tu nak makan pizza saja, hahahaha. Otak seminit punya plan ni. Tapi memang lainlah pengalaman naik Bukit Bendera waktu siang dan waktu malam. Pemandangan yang dapat tengok tu lain. Ada kecantikan dan keindahan tersendiri. 


Banyak lagi tempat lain yang boleh tengok di atas Bukit bendera tu, kalau pergi waktu sianglah. Ada Owl Museum, Taman Burung, boleh naik buggy pusing-pusing atas tu, ada gerai-gerai jual cenderahati dan banyak lagilah. Kalau ada peluang, pergilah walaupun sekali ye. Selamat bercuti. (^^)

Sunday, August 14, 2016

Sambal Peria Ikan Bilis Pedas Berasap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Masak apa hari ni?.. Saya main masak-masak sambal peria dengan ikan bilis.. Saya tak makan peria, sebabnya, of course la sebab pahit berdengung kan.. Tapi yang pahit berdengung tu lah yang husband saya suka.. Beli peria 5 biji di pasar malam hari Rabu lepas, hari ni baru sempat nak masak.. hihihi..



 


Jom tengok resepi, kot ada yang baru nak cuba masak..


5 biji peria kecil
20 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
 3 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
 2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
Segenggam ikan bilis halus
4 sudu besar minyak masak


Mula-mula kena potong peria dulu.. Ikutlah nak potong bulat-bulat atau nak bahagi dua dan potong nipis macam saya buat.. Biji saya tak buang pun sebab lembut saja.. Basuh bersih, ketepikan.. Potong bawang besar, bawang putih dan cili padi.. Basuh bersih dan blend.. Saya guna Turbo chopper saja, so tak halus sangatlah.. 


Sementara tu, panaskan kuali, masukkan minyak.. Basuh ikan bilis dan toskan sekejap.. Bila minyak dah panas, goreng ikan bilis hingga garing.. Kemudian masukkan bahan yang dah blend tadi.. Gaul sebati dan masukkan gula, sos cili, sos tomato dan kicap pekat.. Garam tak perlu ye sebab ikan bilis dah masin.. Kemudian masukkan peria dan gaul sebati..


Saya tak masukkan air ye sebab tak nak peria jadi lembik sangat.. Gaul dan kacau sebati sampai agak kering.. Kalau rasa semua dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.. Oh ya, kalau nak kurangkan pedas boleh juga.. Tapi peria ni rasanya pahit, so kena lebihkan cili dan gula baru sedap.. Apa pun terpulang pada selera masing-masinglah ye.. hihihi


Tadi saya masak ikan goreng dengan gulai ikan kering campur pisang, lobak dan kentang juga, tapi husband saya makan sambal peria ni saja dengan nasi nak habis sepinggan.. Aduiiii, kalau dah favourite dia memang tak boleh nak kata apa.. hehehe



 


*p/s: Nak bagi tips tawan hati suami, chewahhh.. Kalau anda pun macam saya juga yang jarang nak masak bila hari bekerja, hujung minggu wajib kena masak tau.. Wajib masak makanan favourite suami puan-puan.. Masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.. Confirm dia makan sambil senyum.. hahahaha.. Confirm dia tertunggu-tunggu magic touch kita di dapur lagi.. 


*p/s: Abaikan tips ni kalau hujung minggu tu husband puan-puan ajak keluar makan atau dia rajin p beli di kedai.. Atau pun puan-puan memang rajin masak tiap-tiap hari.. hehehehe.. Ok bye.. (^^)

Monday, August 1, 2016

TTC : Sedapnya LAZZ Susu Kambing Pracampuran Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Phewwww lamanya tak sempat nak buat entry baru dalam blog ni.. Sibuk macam apa ja.. Kalau tak sibuk malas macam apa ja.. hahaha.. Ok fine, nak mula aktif balik buat entry.. Rindu nak 'menulis' dalam blog.. Lama tak 'menulis' otak rasa tepu wehhhhh.. Banyak sangat yang nak share dalam blog, gambar dan cerita, tapi semuanya simpan dalam handphone saja.. I was so busy..



So, kali ni saya nak share tentang salah satu susu kambing yang saya sesuai minum.. Sebabnya saya lactose intolerance, so susu lembu is a very BIG NO.. Ada juga saya try susu kambing lain yang kononnya tak mendatangkan rasa tak selesa pada perut, tapi, perut saya reject juga.. Walaupun tak teruk sangat tapi tetaplah melawat toilet 3, 4 kali juga lepas minum..






Saya dah baca testimoni dan juga info tentang susu Lazz ni sebelum beli.. Saya beli di Lunatots Sungai Dua, Pulau Pinang.. Seminggu sebelum kedai ni pindah ke Bangi.. Lepas ni kena cari ejen yang dekat dengan rumahlah.. Sebab saya sangat suka susu Lazz ni tau..




Saya beli yang ada campuran kurma.. Sebab malaslah nak blend susu dengan kurma.. Beli siap-siap senang.. Harganya RM45.00 untuk kandungan 500 gram sekotak.. Saya nak cuba dulu, takut minum sakit perut.. Rugilah kalau beli banyak tapi tak boleh minum.. Husband saya pula bukan suka sangat pun minum susu kambing.. 


   


First time saya bancuh saya tak campur dengan apa-apa pun.. Saya bancuh 3 sudu (disediakan dalam kotak) dalam mug.. Bila tengok putih saja susu tu mulalah rasa loya kat tekak ni.. hahaha.. Tapi gagah minum juga.. Seteguk, dua teguk, tiga teguk.. Ehhhhh sedap pula.. Terus saya minum bagi habis.. Tapi saya tunggu juga takut-takut sakit perut..


5 minit tak sakit perut, 10 minit pun ok lagi, 15 minit, 30 minit sampailah saya tidur, tak rasa apa-apa pun dalam perut.. Memang saya syukur sangat sebab first time minum susu kambing tak sakit perut.. Dahlah sedap, tak buat perut meragam pula tu.. Memang terbaiklah.. 30 minit lepas minum tu rasa macam laluan udara kat hidung ni macam fresh.. Macam senang nak bernafas.. Ehh macam mana nak explain entah.. hahaha..


*See.. tiba-tiba buih tu jadi bentuk ♡


Pagi esoknya senang saja nak membuang.. Susu ni tak ada bau hamis tau.. Bau sedap saja.. Nak bancuh minum macam tu saja pun tak ada masalah.. Saya ada juga campur dengan Milo, Indocafe dan oat.. Harap-harap adalah kebaikan saya minum susu kambing Lazz ni.. Cubalah ya, sebab susu ni sesuai untuk semua peringkat umur.. Kalau benda baik, saya suka share, mana tahu ada yang dapat kebaikan susu Lazz ni.. (^^)





Sunday, June 12, 2016

Pizza Gardenia Tanpa Cheese Dan Tanpa Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Ehem..ehemm.. dah berhabuk dah blog ni sebab lama tak update.. Adehh apa yang disibukkan pun tak tahulah.. Ok kali ni saya nak share resepi pizza guna roti Gardenia.. Ramaikan yang share resepi ni di fb.. 






Tapi semuanya guna cheese dan kena bakar.. Memandangkan saya teringin sangat nak makan pizza di bulan puasa ni, saya buat sendiri ikut cara saya.. Tanpa cheese sebab saya tak boleh makan cheese dan tanpa bakar sebab tak ada oven.. (Ada pemanggang ajaib tapi malas nak guna..hahaha)


So meh tengok bahan apa yang saya guna ok..


6 keping roti Gardenia
2 biji telur
4 batang sosej
Sedikit brokoli 
1 ulas bawang besar 
2 ulas bawang putih
Serbuk lada
Mixed herbs
Garam
Gula
Planta
Sos cili
Sos tomato


Cara nak buat senang cehhh.. Mula-mula rebus sosej, dah siap rebus, potong bulat atau serong atau dadu atau segitiga pun tak apa.. Ikutlah kreativiti masing-masing ye..


Kemudian dah basuh bersih bawang besar dan bawang putih, potong dadu juga.. Brokoli tu basuh bersih dan potong kecil.. Nak dadu pun boleh..


Masukkan semuanya dalam bekas.. Termasuk sos cili, sos tomato, mixed herbs, serbuk lada, garam, gula dan juga telur.. Sukatan ikutlah selera masing-masing ye.. Kacau semuanya hingga sebati..






Panaskan kuali, masukkan planta.. Sapu planta pada roti, kemudian letak semua bahan yang digaul tadi atas roti.. Bila kuali dah panas, planta pun dah cair, letaklah roti tadi dalam kuali..


Bila dah garing bahagian bawah, saya terbalikkan roti sebab nak bagi garing bahagian atas.. Tapi berhati-hati ya.. Kena cepat-cepat terbalikkan roti, kalau tidak habis berterabur inti atas tu..


Hahaha kena ada skill sikit disitu.. Bila dah terbalikkan, tekan roti dengan senduk / sudip tu.. Tujuan nak bagi inti melekat pada pizza.. Kalau rasa inti tu macam kering dan melekat, masukkan planta sikit saja ye.. 


Dah garing elok semua, angkat dan 
bolehlah dihidangkan..


Husband saya cakap sedap, rasa macam twisties.. Hmmm sabar sajalah.. Buat pizza rasa twisties.. Dia yang kata, saya rasa memang berbaloi buat.. Nanti nak beli roti lagi dan buat.. Sedappppppp..


Cubalah noooo.. (^^)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...