Saturday, December 24, 2011

Dah Ada Insurans Ke?

Assalamualaikum semua...



Pa habaq? kalau orang Penang tanya...How are you? kalau Mat Salleh yang tanya...err Mat Salleh omputih ye...bukan Mat Salleh anak Mat Salim...Ni tiba-tiba rajin nak bertanya khabar orang ni apa cer? Bukan apa, hari ni kita mungkin khabar baik...tapi entah esok entah lusa kita khabar tak baik...mana nak tahukan...Jadi nak taulah khabar semua orang hari ni...Semoga semua yang membaca blog saya masih sihat-sihat dan mampu lagi untuk tersenyum...=)...



Persoalan yang saya tanya kali ni selalunya akan dapat macam-macam jawapan...Bagi sesetengah orang mungkin cakap 'ala tak penting pun insurans ni'..Atau pun 'mahallah nak ambil insurans'...'Buat apa nak ambil insurans sebab aku sihat lagi boleh bekerja menyara keluarga'...



Ya, saya juga sama seperti kebanyakan orang yang berfikiran sama macam diatas...Tetapi itu dulu...Pada hari ini, lebih tepat lagi tengah malam hari ini, saya dan suami buat keputusan untuk ambil insurans...(hehe sebenarnya bukan setakat buat keputusan, tapi dah apply, isi borang, sign dan bayar dah pun kat ejen insurans tu...) Ini bukan pertama kali saya apply insurans, tetapi kali kedua...



Saya pernah ambil insurans pada tahun 2009...Malangnya ejen insurans tu dah tipu dan tak membuat kerja sepatutnya seperti seorang ejen insurans...Hilang entah kemana...Syarikat besar, terkenal, tapi ejen tu yang merosakkan reputasi syarikat dan juga membuatkan saya terus hilang kepercayaan pada syarikat tersebut...So fullstop.



Sekali lagi saya apply insurans pada tahun ni sebab saya ingin merancang masa depan yang lebih terjamin...Sungguh kita tak akan tahu apa yang bakal berlaku pada kita dan keluarga dimasa hadapan...Tetapi, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk segala kemungkinan....Bukan nak minta apa-apa terjadi...minta dijauhkan...



Cuma kita semua perlu sedar hidup di zaman sekarang macam-macam penyakit ada...Kalau dah kena, banyak pula perbelanjaannya nak beli ubat itu dan ini...Taraf hidup makin tinggi, semuanya perlukan duit...Kalau dah ada insurans, sekurang-kurangnya wang yang dilaburkan setiap bulan tu, akan memberi manfaat pada kita saat memerlukan...



Saya tertarik dengan insurans yang disediakan oleh Prudential...(Ni bukan nak promo...hehehe) Saya dan suami sepakat ambil Prudential sebab kawan suami ejen insurans ni...Lagi pun dah lama terfikir nak ambil sebab ada ejen yang saya kenal hanya melalui Facebook (you know who you are kan?;p) yang memberi penerangan yang memang complete dan promising...Tetapi disebabkan lokasi kami di Pulau Pinang lebih baik kami ambil dari ejen yang ada disini saja...Senang kalau ada apa-apa...



Setakat ni alhamdulillah, kami berdua masih lagi sihat...Tetapi insurans ni penting...Siapa-siapa yang belum ada insurans, saya sarankan apply, tak kiralah mana-mana syarikat insurans pun...Yang penting ada jaminan di masa depan...Sebab selalunya, dimasa suka ramai yang ada disekeliling kita...Tapi kalau saat berduka ditimpa musibah, berapa ramai yang sudi nak tolong ringankan beban?Lu pikirlah sendiri...(Pinjam tagline you ye Nabil...;p)



Jadi, tanyalah pada diri sendiri, dah ada insurans ke? Kalau belum, jangan susah hati, tak perlu garu-garu kepala, esok pergi cari ejen insurans dan cakap nak apply ok...Lepas tu barulah boleh tersenyum...=)

Monday, December 19, 2011

Next Question Please....

Assalamualaikum semua...



Ada satu soalan yang terngiang-ngiang di dalam kepala otak ni....Ligat berpusing dan asyik terfikir....Tapi sebelum tu nak tanya ada tak siapa-siapa yang baca entry ni dah kahwin tapi belum lagi dikurniakan zuriat? Ada ke? Mesti ada kan? (Sebab pernah terbaca...sorry dah lupa dimana...yang menyatakan ramai pasangan di zaman moden ni susah atau lambat memperolehi zuriat selepas berkahwin...


Puncanya pelbagai...tak dapat nak disenaraikan disini) Hmmm...soalan ni terlintas dalam fikiran sebabnya saya juga masih, sedang dan sentiasa menantikan kehadiran anak kecil dalam hidup berumahtangga selama 3 tahun...



Siapa yang tak nak anak selepas berkahwinkan? Kalau tak nak anak lebih baik tak payah kahwin...Siapa-siapa yang tak tahu tentang kisah saya, (err macamla orang nak ambil tahu sangat kisah hidup cek ni...hehehe) tahun pertama perkahwinan, saya dan suami terpaksa PJJ...bukan ambil pengajian jarak jauh...


Tapi percintaan jarak jauh...huhuhu...sebabnya saya ditugaskan mengajar di pedalaman Belaga, daerah Kapit, Sarawak...Pedalaman yang betul-betul pedalaman mengikut kategori cikgu cikgi...P3...yang last sekalila tu...Setahun berendam air mata sebab terpisah dari suami yang tercinta...(Yes my dear I LOVE U..;p) Baru kahwin dipisahkan oleh lautan, jadi bilalah masa yang strategik kami nak berjumpa?



Mujur usaha untuk minta pindah ke Semenanjung akhirnya dimakbulkan Tuhan....Lega sangat-sangat...Walaupun dah kahwin 3 tahun, tapi baru 2 tahun kami hidup sebumbung...Bila dah tinggal sekali, mestilah perancangan nak ada anak sendiri lagi giat diteruskan....Tapi kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan...



Selepas usaha dan berdoa, saya dan suami hanya mampu tawakal dan redha dengan ketentuanNya...Belum ada rezeki kami untuk menimang cahayamata..Tetapi kami bersyukur sebab dimurahkan rezeki dengan cara yang lain...Alhamdulillah ya Allah....



Saya kadang-kadang cemburu tengok mana-mana pasangan yang baru berkahwin tapi dah mengandung dan melahirkan anak...Dalam hati terdetik juga....bilalah agaknya saya nak rasa pengalaman tu? Tapi bila setiap bulan teruja menunggu dan mendapat keputusan yang hampa dan kecewa, akhirnya saya ambil keputusan untuk membiarkan saja semuanya berlalu...



Saya pernah menangis (actually banyak kali juga...huhuhu sebab terlalu mengharap) di hadapan suami dan persoalkan bilalah agaknya nak mengandung...Tapi satu jawapan yang sangat menyentuh hati saya dijawab oleh suami..."Tak apa tak ada anak pun...yang penting isteri abang sihat dan kita bahagia" (huhu sebak pula masa nak taip huhu)



Selepas tu saya hanya buat-buat bodoh ja bila masa cik P tu nak datang...Kalau lewat pun buat tak ambil peduli pun...Dan dah tak tension-tension lagi...Perlu ingat betapa pentingnya sokongan moral daripada suami apabila seorang wanita menghadapi situasi yang sama macam saya...Orang sibuk bertanya...



Biasalah, manusia memang sentiasa ada 1001 persoalan yang cuba nak dikorek daripada orang lain...Saja nak sibuk-sibuk atau pun sememangnya ikhlas bertanya...Tapi apapun saya percaya dan sangat percaya...Akan ada rezeki kami cuma lambat atau cepat saja...InsyaAllah...



Semoga di tahun baru yang akan datang, akan dikurniakan dengan yang serba baru....Rumah baru, handphone baru, baju baru, kereta baru, perabot baru, dan orang baru dalam rumahtangga kami...Aminnnnnnnnnnnnnnn...Sekarang yang paling penting, hidup mesti sentiasa ceria, tak nak stress dan tension...


Jadi kena senyum ja...Tak perlu kata apa-apa... =) 

Thursday, December 15, 2011

Hidup Ini Penuh Pancaroba...

Salam semua....

Lama rasanya tak update blog ni...Kalau tengok pada entry kali ni, mesti ada yang stuju dan ada yang tak setuju...tapi rasanya 99.99% akan setuju ye tak?Kalau dah namanya manusia mesti dan WAJIB akan berhadapan dengan pancaroba dalam hidup...Mula-mula nak jadi manusia pun dah terpaksa mengharungi dugaan dan 'perlumbaan' untuk menjadi juara!Setelah bersusah-payah akhirnya berjaya menjadi hero yang comel kepada ibu bapa...(err bilalah agaknya hero saya dan suami nak 'jumpa alamat rumah' kami ni...asyik sesat ja tiap2 bulan...;p)

Bila dah lahir dan menjadi kanak-kanak dan remaja lagilah bermacam-macam dugaan akan dihadapi...mana nak fikir kerja sekolah yang tak pernah-pernah habis, nak pergi kelas mengaji, kelas tambahan, waktu peperiksaan sibuk nak ulangkaji dan macam-macam lagilah...nak senarai kena tunggu 10 atau 20 tahunlah baru habis!!hehehe...

Tetapi waktu yang paling banyak liku-likunya ialah pada umur 25 tahun dan ke atas...Sebabnya waktu ni lah masa nak fikirkan soal hidup yang lebih serius....Nak mencari pekerjaan, nak mencari pasangan hidup, nak mencari rumah, nak mencari wang ringgit, nak mencari kebahagiaan dan semuanyalah sekali....Dah macam rojak atau pasembor pula bila dicampur-campur...uishhh sedapnya kalau dapat pekena rojak ka atau pasembor nih.....uishhhh....nom nom nom....

Berbalik kepada tujuan asal...(hidup ini penuh pancaroba hehehe) setiap daripada kita akan diduga tak kira siapa dan dimana serta bila masanya....Selagi Tuhan itu ada dan nyawa dikandung badan, hidup kita pasti diduga dengan bermacam-macam masalah...Semuanya hanyalah untuk mematangkan kita supaya menjadi insan yang lebih berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan juga negara...(tiba-tiba rasa macam ala-ala pakar motivasi pula aih...;p) 

Cuma satu pesanan ikhlas daripada saya....walau hidup ini penuh pancaroba....usahalah supaya kita masih bahagia....Senyum selalu...=)

  

Thursday, December 1, 2011

Simpati pada diri sendiri...

Assalamualaikum semua..

Ada tak sesiapa yang suka untuk menyakitkan hati orang lain? atau pun suka untuk disakitkan hatinya sendiri? Persoalan ni tiba2 bertandang dalam hati dan fikiran disebabkan oleh satu peristiwa...tapi nak luah pada orang yang salah lain pula jadinya...kalau tak diluahkan akan buat kita sendiri yang makan hati!! kalau makan hati ayam ke hati lembu ke tak apalah juga....ni makan hati manusia...nom nom nom hati sendiri....euwwwww mesti tak shedap!!

Kadang2 kita sebagai manusia terlupa ataupun teralpa tentang hati dan perasaan orang yang kita jumpa, kita kenal ataupun yang kita rapat...Cakap pakai main hentam ja....tak terfikir pun apa perasaan ataupun penerimaan orang yang dengar...Rasa macam tak dak apa2 kot kalau cakap macam ni kat orang ni...Ala kita tanya ja bukan nak luak pun kalau tak mau jawab....Mesti pernah terfikir macam tu kan sebelum nak tanya apa2 pada orang....Atau pun tak pernah fikir apa2 tapi terus ja tanya soalan ikut sedap mulut.....

Adat hidup bermasyarakat dan hidup didunia....Setiap perlakuan kita sentiasa menjadi perhatian 'mamarazzi' dan 'paparazzi'...(p/s: kalah artis wehhh..hehe)..Sedangkan yang baik orang akan persoalkan...yang buruk lagilah orang akan sibuk2 nak tanya itu dan ini....Bukan beerti kita tak nak hidup bermasyarakat...tapi kita juga perlukan privacy...masa untuk diri sendiri, suami atau isteri, anak2 dan keluarga...Setiap yang kita lakukan bersebab...dan tak perlu sesiapapun persoalkan.... 

Manusia ada akal...tapi ada had untuk berfikir....dan perlakuan ada juga hadnya....lumrah manusia biasa...kadang2 terlupa dan ada sebab tersendiri untuk membuat sesuatu perkara tanpa perlu bertanya itu dan ini oleh orang2 sekeliling....tapi kita siapa kalau nak persalahkan orang2 yang bertanya....biarlah hati kita sendiri rasa bahagia sebelum membahagiakan hati2 orang sekeliling...Kalau hati sendiri tenang, maka hidup juga menjadi mudah dan indah....kadang2 lebih baik berdiam dan biarkan saja persoalan itu berlalu....Moga kebahagiaan akan menjadi milik kita hanya kerana simpati pada diri sendiri...

Jangan kepoh2...jangan tension2....senyummmmm tak perlu kata apa2....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...