Monday, June 4, 2018

Peria Goreng Belacan Yang Sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Siapa yang suka makan peria? Hihi peria ni memang terkenal dengan rasanya yang pahit, tapi banyak khasiat tau. Ada dua jenis yang biasa dijual di pasar, yang jenis besar, berwarna hijau muda, dan peria katak, saiz kecil berwarna hijau tua. 


Sayur untuk berbuka puasa tadi, saya masak peria goreng belacan, tapi berkuah sikit. Sedap sangat tau. 




Jom kita tengok bahan-bahan nak masak peria ni. Nanti bolehlah cuba ye.


Bahan-bahannya:

1 biji peria
1 labu bawang besar
5 labu bawang putih
6/7 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
1 inci belacan
Kicap
Garam dan gula

*Semua bahan boleh lebih atau kurang ikut selera ye.




Potong nipis peria dan rendam ke dalam air garam untuk kurangkan pahit. Terpulanglah nak lama mana ye. Tapi tadi saya masak peria besar, rendam 15 minit saja. 


Basuh bersih semua bahan lain, potong dan kisar hingga lumat. Saya guna capsule cutter je. Senang sangat. 




Ok sekarang dah boleh panaskan minyak di dalam kuali ye. Bila dah panas, masukkan semua bahan yang dikisar, masukkan garam, gula dan kicap. Kemudian masukkan peria. Gaul sebati dan tunggu hingga mendidih, dah siap. 


Kalau nak berkuah, masukkan sedikit air ye. Kalau nak goreng kering, biar kuah agak kering baru masukkan peria. 




Selamat mencuba. 


Sunday, June 3, 2018

Ikan Senangin Masak Sos

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pernah masak ikan senangin tak? Sedap tau ikan senangin ni. Jom tengok resepi ikan senangin masak sos yang sedap ni ye.


Bahan-bahannya:

Ikan senangin disiang bersih, dipotong
Serbuk kunyit
Garam

Dipotong:
Ubi kentang
Bawang besar
Bawang putih
Capsicum
Tomato
Halia

Serbuk cili
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula






Ikan senangin yang dibasuh bersih digaul dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 




Tinggalkan sedikit minyak menggoreng didalam kuali dan tumis semua bahan yang dipotong. Bila dah agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, serbuk cili dan perasakan ikut citarasa. Masukkan ikan dan gaul sebati.


Siap untuk dihidangkan!




Selamat mencuba!


Jom Cuba Daging Masak Kicap Sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Macam mana puasa kali ni, banyak ke menu baru yang dicuba? Ni haa saya nak ajak semua cuba lauk yang senang dan mudah dimasak, tapi sedap tau!


Daging masak kicap. 



Bahan-bahannya:

Daging dipotong nipis
 Serbuk kunyit 
Garam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Bawang besar dihiris nipis
Cili padi diketuk
Kacang panjang dipotong
Ubi kentang dipotong panjang
Serbuk sup
Kicap




Gaulkan daging yang dibasuh bersih dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak, gorengkan daging hingga lembut. Bila daging dah agak lembut, masukkan semua bahan. Kicap ikut citarasa ye.




Gaul sebati dan masak hingga ubi kentang lembut, bolehlah dihidangkan. Senangkan? 




Cubalah ye, kalau rajin buatlah air asam atau sambal kicap. Makan panas-panas masa buka puasa, perghhhh mahu bertambah nasi! 😁


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...