Saturday, May 31, 2014

Jom Cuba 'Rockstarz Burger' - Rock Ya Mouth!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kalau di Pulau Pinang ni ada satu brand burger yang dinamakan 'Rockstarz Burger'.. Tak pasti pula kalau ada juga di negeri lain.. Tapi rasanya macam tak ada.. Burger homemade ni memang sedap.. Ada macam-macam nama yang sempoi.. Cuba tengok di cover burger dalam gambar di bawah ni..






Ada 'Rockstarz', 'Red Hot Curry Chilleez', 'Metallicheeze', 'Santanaz', 'Blacksabpper', 'My Carbonara Romance' dan lain-lain lagi.. Ha nampak tak betapa sempoinya nama-nama burger tu.. Ada kategori 'Slow Rock', 'Hard Rock' dan juga 'Heavy Metal'.. Weeee macam nak pilih lagu untuk karaoke pula.. 






Ok burger saya nampak sememeh sebab suami belikan dan bawa balik makan di rumah.. Tapi rasanya sedap baq hang!!.. Ni saya beli 'Chicken Blacksabpper' dalam kategori 'Slow Rock'.. Sebab tak pedas sangat.. Walau pun rasa blackpepper tapi lain dengan burger yang selalu kita makan.. 






Kena cuba sendiri baru tau macam mana.. Ni suami beli di stall kat depan Perumahan Polis Sungai Dua.. Walau pun stall kecil saja, tapi meja dan kerusi disediakan untuk yang nak layan burger kat situ juga.. Ada dijual air kotak dan air dalam tin kot-kot tercekik waktu makan burger.. hihihi






Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check facebook Rockstarz Burger ni DI SINI.. Salah satu burger yang famous ni di Penang, ada dengar iklan dalam radio 'Pi Mai FM'.. Lagi sedap dari burger Mekdi tau dan yang pastinya halalan toyyiban produk Muslim.. Jom support!!! (^^)



Sunday, May 25, 2014

Kad Hari Guru Dari Budak Nakal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Ok, rasanya dah habis dah kot orang sambut Hari Guru.. Sekolah saya pun buat cun-cun pada 16 Mei.. Sebab minggu selepas tu semua murid ada Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 (PKSR 1).. Pada hari pertama budak-budak tu exam, saya kena jaga kelas 4 Cekal.. Kelas last dari 3 kelas darjah 4.. Waktu edarkan kertas soalan tu, ada budak bagi kad Hari Guru dan ada hadiah..






Ok, tergamam dan terkejut juga sebab dah tak expect nak dapat kad atau apa-apa saja sempena Hari Guru.. Tapi saya ambillah juga.. Dah orang bagi yang hang nak buat juai mahai tu pasaipa kan?






Ha kelakar saya tengok kad dia.. Siap tulis 'I love my teacher very much' tu.. Oooooo kalau teacher ajar benda lain kamu tak tahu ye, tapi kalau 'I love you' tu tahu pula ye nak tulis sendiri.. Huhu tapi tak apa, janji dia ikhlas nak bagi.. Terharu I tau.. Thank you..






Di belakang kad..






Hadiahnya penyepit rambut comel-comel ni ha.. 






Memang comel..
Tapi, bila masanya teacher nak pakai penyepit besar ibu jari ni? (>,<)



Hari tu belanja nasi lemak, hari ni bagi kad dan penyepit rambut pula.. Ingatkan budak ni tak ada nilai sentimental dan tak peduli pun dengan sambutan Hari Guru ke atau pun tak peduli nak hargai cikgu.. Rupanya saya silap.. Budak, walau nakal macam mana pun, tetap ada hati dan perasaan yang sama macam orang lain.. Tetap ada lagi nilai-nilai yang baik dalam diri mereka.. 



Saya sangat berharap semoga bila dah besar nanti, anak-anak murid saya yang nakal-nakal akan menjadi manusia yang berjaya juga.. InsyaAllah..

Tuesday, May 20, 2014

Terharu Budak Nakal Belanja Nasi Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Tak nak cerita banyak tentang entry ni, cukup sekadar nak ucapkan terima kasih pada murid saya nan seorang yang memang geng-geng nakal dalam kelas, tapi sudi belanja saya nasi lemak sehari sebelum Hari Guru.. Hari-hari kena pot pet pot pet dengan saya sebab suka kacau kawan dalam kelas, tak kiralah sambil buat homework pun nak bercakap, sambil main games or buat puzzle pun nak bersembang juga.. Memang mulut susah nak diam..



Dan lagi satu dia sangat suka menyanyi.. Memang hari-hari adalah lagu yang dia nyanyi.. Saya tak kisah sangat dia nak nyanyi ke, nak cakap ke, janji kerja dia siap.. Itu yang penting.. Sebab memang jenis yang aktif ni tak boleh nak ikat tampal plaster kat mulut suruh diam.. Kadang-kadang geram juga, tapi kadang-kadang kelakar pun ada.. Macam-macam..






Besar juga nasi lemaknya, RM1 saja..
Lauk ayam dan telur, adalah besar bulu mata je telurnya.. hihi






Sememeh dah.. Waktu saya makan, dia siap mengintai dari luar bilik makan guru sebab nak tengok saya makan tak nasi lemak yang dia bagi tu.. Of course saya makan! Bukan senang anak murid nak belanja cikgu.. Saya nak bayarlah sebab mak dia berniaga, tapi sungguh-sungguh tak nak ambil duit.. Alhamdulillah rezeki..






Nampak, dimana saya duduk disitu dia dan geng-geng nakal tu datang buat kerja sekolah.. Semoga suatu hari nanti dia dan semua anak murid saya yang nakal-nakal tu akan berjaya juga dalam hidup.. InsyaAllah.. aminnn..

Saturday, May 17, 2014

Hari Guru 2014 - 'Guru Paling Sempoi (P) Sesi Pagi'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



16 Mei 2014.. Sambutan Hari Guru 



Kepada anak-anak murid saya:



'Terima kasih kepada semua murid-murid yang sudi bagi hadiah pada cikgu.. Bukan hadiah yang cikgu harapkan selama ni, cukup kalau  kamu semua dengar cakap, rajin buat kerja sekolah, pandai hormatkan cikgu-cikgu dan berjaya dalam hidup.. 



Peribadi di sekolah melambangkan peribadi kamu di rumah.. Belajarlah menjadi seorang anak yang baik, bukan setakat di rumah, tetapi menjadi anak murid yang baik  di sekolah.. Marah seorang Cikgu bukan kerana benci, tetapi marah seorang Cikgu kerana sayang..'



Tapiiiii... kalau dapat hadiah, adalah bonus di Hari Guru.. 
THANK YOU!!!















Kreatif betul pilihan hadiah masing-masing..






Antara hadiah yang saya rasa terharu bila terima ialah dua batang pen tu, satu hitam dan satu merah.. 
Saya dapat macam tu saja, tak balut tak ada reben.. 



Terharu sebab tak sangka budak yang hari-hari kena marah dengan saya sebab selalu main dalam kelas, selalu tak siapkan homework, selalu bergaduh dengan kawan waktu saya mengajar, selalu kacau kawan-kawan dalam kelas, bercakap pun lebih kurang saja dengan saya, macam cakap dengan kawan, memang kategori nakal di sekolah, tapi sudi bagi hadiah walaupun hanya dua batang pen.. 



It means a lot to me..
'Teacher harap kamu berjaya dalam hidup suatu hari nanti.. aminnn'






Ok, yang atas ni hadiah kategori 'Guru Paling Sempoi (Perempuan) Sesi Pagi'.. Ni hasil undian murid-murid.. Mungkin sebab saya selalu tegur dan layan murid-murid ni kalau jumpa kot.. Ada lagi kategori lain yang dipertandingkan.. Ada kategori 'Guru Paling Bergaya', 'Guru Paling Cantik (perempuan sahaja)', 'Guru Paling Kacak (lelaki sahaja)', 'Guru Paling Penyayang' dan 'Guru Paling Popular'.. Setiap kategori untuk guru perempuan dan lelaki bagi sesi pagi dan sesi petang..



Walau pun hadiah simple tapi enjoy sebab saja suka-suka..
Tahun lepas dapat kategori 'Guru Paling Comel'.. hihihi
Semoga tahun depan menang kategori lain pula.. (^^)



*p/s: Bukan niat nak menunjuk apa yang saya dapat, tapi sebagai kenangan atas ingatan murid-murid saya.. Tak mustahil ada yang terpecah, habis di makan dan rosak suatu hari nanti.. 
Ni saja caranya saya simpan memori indah ni.. 



Kalau yang tak dapat hadiah pada Hari Guru ni, jangan rasa sedih..
Apa yang penting niat dan kebaikan kita Allah Taala dah tahu.. 
'Hadiah' yang kita tak nampak lebih indah daripada yang nampak depan mata.. 
(^^)



SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK!

Friday, May 9, 2014

Isu Anak? The Dark Side Of Me, You Asked For It!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kepada yang berkenaan..






Hmm entahlah macam mana nak mula entry kali ni.. Saya rasa saya dah jadi tabah dan redha sebab masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Tapi sejak dua menjak ni, saya rasa hati saya kembali diusik dan diguris.. Bukan saya yang mulakan dulu, tapi orang yang sepatutnya memahami perasaan saya yang masih berTTC selama 5 tahun ni yang mulakan balik luka lama yang saya dah rawat..



Saya sedih bila fikir ada manusia yang bercakap ikut sedap mulut tanpa fikir perasaan orang lain.. Orang yang sepatutnya bagi nasihat dan pendapat, tapi orang tu yang cakap tak kena 'tempat'.. Tak kira tua atau muda, bila bercakap isu tentang anak, silalah jadi prihatin.. Memang orang yang tak lama tunggu untuk dapatkan anak TAK AKAN dan TAK PERNAH AKAN MEMAHAMI perasaan orang-orang yang lama menunggu nak timang baby sendiri..



Saya sedih bila ada yang cakap, "Lagi lama tunggu dah tua-tua lagi susah".. Walau pun hakikatnya kesuburan menurun bila umur meningkat, rasanya tak perlu nak mention macam tu depan-depan.. Cuba cakap berlapik sikit.. Apa, ingat kami suami isteri tak buat apa-apa ke? Aku tengok hang, hang tengok aku saja? Tak berusaha? Tak buat hubungan suami isteri? Tak makan ubat? Tak jumpa doktor? Tak teringin nak ada anak sendiri? 



Come on lah, manusia BODOH saja yang KAHWIN TAK NAK ANAK!!!.. Hakikatnya semua orang nak anak bila dah berkahwin, nak zuriat sendiri, darah daging sendiri.. Berbeza perasaannya bila ambil anak angkat, kita tak nampak diri masing-masing pada anak angkat tu.. Cuma kita akan nampak kasih sayang yang kita curahkan sama pada anak angkat.. Atau mungkin lebih!!!



Sedih juga dengan manusia yang suka compare rezeki si A dengan si B.. Rezeki anak tu kuasa ALLAH.. Bukan kita boleh main petik jari atau pilih kat Tesco ke, Giant ke or pasar malam saja.. Kalau macam tu, saya nak petik jari dua kali sebab saya nak anak perempuan seorang dan anak lelaki seorang.. Nak tengok seorang muka saya dan seorang muka suami saya..



Sedarlah dan insaflah wahai manusia, kita hidup untuk membahagiakan orang lain, bukan buat musuh dengan orang lain.. Musuh dalam diam, musuh yang dicari disebabkan oleh kelancangan lidah sendiri.. Tak kira tua atau muda, sedarlah, manusia seperti kami yang lama menanti zuriat sebenarnya manusia yang ALLAH sayang.. ALLAH uji kami dengan ujian yang kami MAMPU hadapi.. 



Cuma satu saja yang saya minta, jangan biarkan kami (yang berTTC) berubah menjadi pendendam dalam diam pada manusia yang buta hati tentang isu anak disebabkan kelancangan mulut tuan-tuan dan puan-puan.. Sebab saya rasa, sikit demi sikit, seiring dengan ketabahan hati yang saya kumpul, the dark side of me mula nak cakap 'Hello.........."



Dan jangan terkejut kalau ada yang dapat 'ceramah kasih sayang gila babun' dari saya bila mulut tuan-tuan dan puan-puan laser tanya soalan yang bukan-bukan tentang anak.. Soalan laser jawapan pun laser.. Baru kena guuuu.. Baru fair.. (^^)



Don't blame me, YOU asked for it!!!



Wednesday, May 7, 2014

Buah Kuinin, Nostalgia Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pernah makan buah kuinin? Sedap ok, rasanya manis-manis masam sikit.. Dulu zaman kanak-kanak ribena, arwah mak saya suka masak pulut makan dengan buah kuinin bila musim buah banyak.. Ada sebatang pokok saja tepi rumah di kampung, tapi bila berbuah, penuh pokok.. Sampai tak larat nak makan..



Baru-baru ni saya sempat balik kampung, sempat juga kutip dan bawa balik buah kuinin satu bag plastik.. Ada yang dah lama luruh, kakak saya simpan, ada juga yang baru luruh depan kereta masa nak balik sebab kebetulan angin kuat sebab nak hujan.. Paling best makan yang baru luruh tu, isi keras dan sedappppp..






Hasil 'tangkapan'.. 







Nampak tak isinya yang sangat cantik?






Sedap makan macam tu saja.. 



Bila tengok buah kuinin ni teringat pada rumah di kampung.. ( >_< )


Tuesday, May 6, 2014

Booking.com - Ulek Beach Resort, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Dah lama gambar percutian saya dan suami ke Ulek Beach Resort, Dungun, Terengganu ni disimpan dalam draft.. Baru teringat belum review lagi rupanya.. Saya ke sana 3 hari 2 malam saja, tempah resort melalui Booking.com.. Memang mudah dan senang sangat..



Setiap kali nak bercuti memang kami berdua booking hotel guna Booking.com saja.. Tak perlu risau takut tak ada bilik walaupun belum bayar sekupang habuk.. Setiap tempahan memang dijamin selamat.. Bayar di kaunter waktu anda nak check in.. Siapa yang belum pernah cuba lagi, silalah guna servis Booking.com ni.. Tak menyesai aihhh..(^^)



Ok dibawah ni view di parking lot depan resort..
Angin laut sepoi-sepoi bahasa, huiii memang best!!!





Pemandangan yang sangat indah..





Pemandangan resort yang ala-ala kampung..





Bilik kami berdua..





Bilik ni saja yang available..





Dekorasi bilik yang klasik..





Tingkap unik, teringat rumah arwah Tok..





Tingkap klasik..





Boleh layan tv..





Tersembunyi dalam almari..





Cermin dan ada hairdryer dalam laci ye..





Semua lengkap, nak apa lagi?





Tandas..





Keperluan asas disediakan..





Ni yang best..
Tapi don't worry, orang tak nampak kot kalau buka tingkap..huhu





Secara keseluruhan, memang best la suasana di Ulek Beach Resort ni.. Ada kolam renang dan juga kemudahan lain lagi.. Seronok enjoy pemandangan di situ, sampai terlupa nak snap gambar.. Staff pun ramah dan rajin melayan tetamu.. Walaupun jauh dari bandar, memang puas hati sebab sunyi dan memang sesuai sangat nak bercuti hilangkan stress..






Nak bercuti ke Terengganu? 
Cubalah Ulek Beach Resort ni, mana tau kot-kot berkenan..(^^)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...