Saturday, October 24, 2015

Ayam Goreng Berempah 'Mixed Herbs'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Lama sangat dah saya masak resepi ayam goreng berempah 'mixed herbs' ni.. Rasanya belum share, jadi hari ni kita tengok resepi yang simple ni ya.. Simple pun tetap sedap tau.. Saya buat guna ayam, nak guna daging pun boleh.. Cuma kena perap lama sikit baru tambah ummmphhh..



 



 (Sukatan ikut citarasa anda)

Bahan-bahan:

Ayam dipotong kecil
Serbuk 'mixed herbs'
Serbuk kari daging
Serbuk kunyit
Serbuk cili
Sos cili
Sos tiram
Sos tomato
Minyak untuk menggoreng

*gula dan garam optional 
*bawang optional






Bersihkan ayam dan perap dengan kesemua bahan.. 
Lebih lama diperap lebih sedap rasa ayam.. 
Goreng hingga garing dan hidangkan.. 
Senangkan? (^^)






Saya makan dengan roti bakar, kentang goreng, tomato dan lobak merah.. Nak buat kentang goreng senang sangat.. Cuci bersih kentang yang besar, untuk buat mashed potato tu.. Potong memanjang sekali dengan kulit.. Masukkan garam sesudu, gaul sebati dan goreng hingga garing..



 



Roti bakar ni lagilah senang, just panaskan atas non-stick pan hingga garing..






Hidang dalam pinggan bersama sos cili.. Perghhhh makan ni pun kenyang tau, sebab cukup karbohidrat, protein dan sayuran segar.. Oh lupa, bawang tu saya gaulkan dalam lebihan perap ayam tadi dan goreng sekejap saja.. Nanti bila beli ayam, saya nak ulang buat lagi.. Tapi tak bolehlah buat selalu, banyak guna minyak sebab bergoreng.. Makan apa pun, jangan over ya.. hihihi






Selamat mencuba.. (^^)



Sunday, October 18, 2015

The Shawl By Najwa Shahirah, Simple Yet Awesome!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa




Berapa ramai shawl lovers kat sini ya? Ni ada berita baikkkkkk punya untuk hangpa semua.. The Shawl by Najwa Shahirah masih baru lagi di pasaran.. Tapi dah dapat sambutan yang menggalakkan daripada costumers yang beli.. Semua bagi feedback yang memang terbaikkkkk..
 


https://www.facebook.com/najwa.r.wawa



Saya pun sapu juga 3 helai.. hihihi.. Kualiti kain memang bagus, heavy chiffon, bila pakai jatuh ke bawah elok saja.. Yang paling penting tak jarang tau.. Di bahagian tepi shawl dijahit kelim, senang jadi bila pakai.. Shawl ni panjangnya 2 meter, so nak lilit style macam mana pun ok ja.. Boleh adjust panjang pendek depan belakang..



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa



Walau pun senang bentuk, tapi saya lebih suka pakai dengan inner..
* ohh 3 gambar ni gambar saya sendiri ye.. hehehe 



  https://www.facebook.com/najwa.r.wawa       https://www.facebook.com/najwa.r.wawa      



Kot ada yang rasa macam tak berapa nak percaya lagi shawl ni senang dibentuk dan sedap pakai, jom tengok feedback dari customers yang dah beli dan try The Shawl ni ye..



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa

 

 https://www.facebook.com/najwa.r.wawa



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa



Haaaa, nampak tak semua bagi feedback yang awesome.. So, nak try tak? Nak tahu tak berapa harga shawl ni? Tak mahal sampai puluh-puluh ringgit pun.. Percaya tak kalau saya cakap harganya tak sampai lima belas hengget pun aih.. Tak percaya? Harganya cuma RM 14 sahaja!!! Yaaaa RM 14 sahaja!!! Murahkan?



Especially yang stay kat Penang, anda boleh C.O.D.. Nak pos pun boleh.. No hal.. Kalau nak pos 1 hingga 4 helai caj RM 6.. 5 hingga 10 helai caj RM 9.. Apa pun anda boleh tengok page Facebook owner sendiri DI SINI.. Kalau nak wassap pun boleh.. Refer pada kad di gambar pertama ya.. 



https://www.facebook.com/najwa.r.wawa
Antara warna yang ada..


Jom sama-sama awesome dengan The Shawl!!!

Tuesday, October 6, 2015

Ephyra Skin Bar Yang Awesomeeeee.. Produk Wajib Cuba!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sebelum ni saya dah buat testimoni tentang Collagen Ephyra yang memang terbaik kesannya dalam entry saya DI SINI.. Memang berbaloilah beli.. Bila produk ni dah meletup, dapat banyak feedback yang terbaik daripada customer, satu lagi produk berkualiti daripada Ephyra dilancarkan..
 


http://ephyra.my/?id=xdnr



Banyak sangat kebaikannya tu..



http://ephyra.my/?id=xdnr



Ephyra Skin Bar yang best ni comel saja saiznya.. Harga pun taklah melampau sangat.. Tapi kesannya memang terbaik tau.. Tak rugi beli.. Cuba tengok apa kesannya di belakang kotak tu.. Bila dah consume Collagen Ephyra, combine pula dengan Skin Bar ni, memang puas hati..



http://ephyra.my/?id=xdnr



Warna sabun ni sangatlah cantik dan bau wangi..



http://ephyra.my/?id=xdnr 



Sabun ni agak lembut teksturnya.. Saya potong kecil-kecil dan masukkan dalam bekas untuk guna waktu cuci muka.. Seketul Skin Bar ni saya potong 9 bahagian.. Haaaa nak jimat punya pasal.. hihihi



http://ephyra.my/?id=xdnr



Bila pakai Skin Bar ni kulit rasa bersih, lembut, jerawat dan parut jerawat pun cepat hilang.. Boleh tengok testimoni pengguna yang dapat kesan positif di DI SINI.. Manalah tahu ada yang terbuka hati nak cuba, boleh tengok testimoni tu semua dulu..  



Kalau ada yang berminat, jangan malu jangan segan,
klik pada gambar dibawah..



http://ephyra.my/?id=xdnr


Monday, October 5, 2015

Testimoni Sendiri: Collagen Ephyra Memang Terbaikkkkk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Phewww lama dah nak buat testimoni tentang collagen Ephyra ni, tapi asyik tertangguh saja.. Kali ni nak buat entry lengkap testimoni sendiri selepas dah lama amalkan Ephyra.. Saya pernah buat ulasan sikit DI SINI pasal Ephyra waktu first time beli.. Saya beli bulan  September 2014 nun.. hahaha



http://ephyra.my/?id=xdnr



Dulu saya pernah guna sampai 3 kotak, kemudian stop sebab dah dapat hasilnya.. Actually ok ja stop bila-bila masa Ephyra ni.. Tapi disebabkan masa tu teringin nak cuba collagen lain, gatailah ceq pi order.. Tapi, tak sesuai dengan kulit saya, muka jadi teruk.. Sedih gila masa tu..



Tengok ni gambar muka saya yang jadi kasar dan senang gila sunburn..


http://ephyra.my/?id=xdnr 



Nampak tak garis tepi pipi tu?



http://ephyra.my/?id=xdnr 



 Jeragat pun ada masa tu.. Sedih tau..



http://ephyra.my/?id=xdnr 



 Selepas saya amalkan Ephyra..


*
*
*
*
*
*
*
*


Taddaaaaaaaaaaaaa.. 



http://ephyra.my/?id=xdnr 



 Jeragat makin pudar..



http://ephyra.my/?id=xdnr 



 Dah tak nampak garis tudung..



http://ephyra.my/?id=xdnr 



Kulit makin cerah, halus dan lembut.. Eyebag tu ja yang memang tetap dan berpencen degil nak duduk di bawah mata.. Oh ya semua gambar saya ambil tak pakai bedak or cream muka ya.. Saya ambil waktu pagi lepas cuci muka.. Tak adanya pencahayaan spotlight ke apa.. Memang cahaya semulajadi dan tak edit pun.. 



Waktu saya ambil gambar ni, belum habis lagi sekotak Ephyra tu.. Disebabkan harga pun agak wowwww weeeee juga, so saya bancuh satu sachet dalam shaker ni dan minum 2 kali.. Minum separuh selepas bangun, dan lagi separuh minum sebelum tidur.. Lepas tu jangan lupa sentiasa amalkan minum air kosong..



http://ephyra.my/?id=xdnr



Nak tahu berkesan atau tak, anda kena cuba sendiri.. Klik DI SINI untuk pilih produk Ephyra yang awesome.. Nak segak, cantik dan sihat kenalah berusaha sikit ye dak.. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga.. 



*Waktu saya ambil gambar ni memang inilah kesannya.. Tapi disebabkan kadang lupa minum, makan tak tentu, stress dan segala macam sebablah, ada jugalah jerawat seketul dua yang naik di muka selepas tu.. Kulit muka saya jenis sensitif dan parut susah gilos nak hilang.. Kalau terjumpa saya tetiba nampak jerawat seketul ke bekas parut ke its normal..



*Tak dak maknanya hanya minum mana-mana produk collagen sekotak muka hang terus cerah berseri menawan tertarik glowing kalah semua model dunia.. Ikut keserasian dan kesesuaian badan individu tu jugalah.. Mana tau ada orang minum sampai 10 kotak pun gelap gelemat kabur suram ja kulit muka, haaaa tu pasrah jelah ceq oiii..  


Bihun Sup Letak Belacan? Unik Tapi Sedap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Pernah dengar atau makan tak kuah sup letak belacan? Hihihi saya pun first time tau resepi ni.. Tu pun jumpa DI SINI resepinya.. Biasalah hujung minggu, memang saya selalu masak.. Teringat ada daging dan bihun, terus search resepi yang sedap.. Tengok blog kakak ni terus teringin nak buat sebab unik.. Ramai pulak komen sedap.. Apa lagi, screenshot resepi simpan siap dalam handphone..



DI SINI



Saya ikut resepi di atas tapi cara masak ikut suka hati saya.. Disebabkan ada daging, so saya guna daging.. Saya tukar serbuk lada tu dengan lada biji.. Actually serbuk lada pun ada di rumah, tapi disebabkan jerebu, mata ni silap tengok.. Untuk sayur saya masukkan batang saleri dan daun sayur kailan.. Daun sahaja, batang tak ambil.. Ni kes nak habiskan stok dalam peti sejuklah ni.. hihihi



 
 *motif ada topi chef?



Mula-mula kena rendam bihun dengan sesudu kunyit nak bagi menarik tertarik dan menggoda bihun tu nanti.. Sambil tunggu bihun lembut, bolehlah sediakan bahan nak buat sup.. Lepas dah settle buat sup, baru saya rebus bihun ni.. Sekejap saja.. Dah lembut toskan..






Bawang kuning, bawang putih, halia, jintan manis dan lada biji saya hancurkan guna Turbo Chopper Tupperware yang comel ni.. Malas nak blend.. Blender saya besar.. Chopper ni comel kiut miut saja.. Senang nak handle, basuh dan simpan.. Bagus juga guna chopper ni, boleh exercise lengan jadi sado.. kehkehkeh..



 



Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.. Dah panas tumiskan semua bahan tadi sampai naik wangi.. Kemudian masukkan daging dan air untuk kuah.. Ikutlah banyak mana sukatan yang anda nak.. Masukkan air asam jawa dan belacan.. Saya tak bakar pun belacan tu.. Masukkan garam dan saya masukkan gula juga sedikit saja.. Semua ikut citarasa sendiri ya.. Kalau tak pasti, masukkan sikit kemudian rasa, sampailah cun dengan selera anda ok..






Bila daging dah lembut, masukkan batang saleri dan daun sayur kailan.. Tunggu hingga mendidih dan rasa cun ke tidak, baru tutup api.. Dah siap dah sup anda.. Semua main campak saja.. hihihi






Tu sambal hitam tu wajib ada kalau nak makan bihun sup.. Baru ummmpphh.. Selalu saya blend halus dan lumat.. Tapi hari ni seronok nak men'chopper', so jadi kasar sikitlah.. Ni ikut resepi sendiri..



 30 biji cili padi
10 ulas bawang putih
Jus sebiji limau nipis
Kicap masin manis
Sedikit belacan

*optional garam dan gula



Semua ikut citarasa sendiri ya.. Hancurkan semua bahan dalam chopper atau blend pun boleh.. Kemudian masak sekejap hingga mendidih.. Agak-agak kering tambahlah sedikit air.. Dah siap, bolehlah makan dengan bihun sup anda..






Memang sedap ikut resepi ni tau.. 

Selamat mencuba.. (^^)


Sunday, October 4, 2015

Jerebu.. Jerebu.. Jerebu.. Haishh..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Teruk pula jerebu hari ni.. Esok dan lusa kebanyakan sekolah di Malaysia diberi cuti sebab bacaan IPU tidak sihat.. Memang patut pun dapat cuti sebab cuaca di luar sangat teruk.. Masalah jerebu ni tiap-tiap tahun akan muncul.. Sakit hati juga.. Effect kesihatan, pendapatan, kesihatan semualah.. 






Dibawah saya sertakan tindakan dan panduan semasa jerebu yang saya jumpa di Google image.. Semoga kita dapat menjaga kesihatan dan keselamatan waktu musim jerebu ni ya..



 



 



Semoga tak lama lagi jerebu ni akan hilang..
Semoga kita sama-sama dapat hirup udara yang bersih..
InsyaAllah..
 

Hadiah Comel Daripada Anak Murid

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Well, well, well.. Entry kali ni bukan nak menunjuk tau.. Just nak abadikan dalam blog saya antara hadiah yang pernah anak-anak murid saya bagi.. Ni bukan waktu Hari Guru ke (eh entry Hari Guru 2015 tak publish lagi.. hadoiii.. lupaaaa!!! ), Hari Ibu ke, Hari Wanita ke or Hari Raya ok.. Ni hadiah yang tiba-tiba saja budak-budak tu teringin nak bagi pada saya sepanjang tahun ni..



Sweet kan budak-budak ni?
Terharu I tau..






Cincin ni budak perempuan yang bagi..
Tapi tak muat nak pakai sebab besaq sangat..






Kipas tangan ni favourite!!!
Sebab yang ada dah koyak..
Free ja dapat pengganti.. hihihi



 



Haha kacang ni harga dia 20 sen saja.. Tapi sedap.. Saya buka dan makan waktu tu juga.. Ok memang tak patut, dan tak pernah saya makan dalam kelas.. Tapi hari tu saya sangat lapar.. Ada masa lagi seminit dua nak rehat dah.. Budak depan saya cakap, 



"Ishh dugaan betoilah duduk depan ticer hari ni.. 
Sabaq.. sabaq.. Nak rehat dah"



 



Oat choco ni saya bawa balik bagi pada husband saya..
Sedap katanya.. hihihi






Budak yang bagi keychain ni cakap dia pergi Cameron Highlands hujung minggu sebelum tu.. Dia belikan saya dua keychain ni sebab tak tahu saya suka yang mana satu.. So dia beli dan bagi dua-dua kat saya.. Saya tanya, 



"Mak kamu tau tak kamu beli ni nak bagi pada teacher?" 
"Tau, mak cakap ok tak pa, belilah"



 


  
Ok ni pencil box saya, nampak tak macam-macam keychain ada? Haa tu semua yang anak-anak murid saya bagi.. Semua saya gantung di pencil box tu.. Setiap kali masuk kelas, budak-budak tu tengok dan sengih bukan main lebaq sebab saya gantung dan bawa merata.. Ada yang suka datang belek-belek dan tanya siapa yang bagi.. Jenuh nak ingat nama.. hahaha



Sekarang saya terpaksa gantung di pencil box lagi satu sebab dah banyak.. Kawan saya kata, ni pencil box ni bukan berat sebab ada pen ka marker pen ka, tapi berat sebab keychain.. hahaha.. Tak apalah, saya appreciate pemberian anak-anak murid saya.. Biarlah sampai dah buruk sangat baru boleh buang.. hihihi


Terima kasih ye anak-anak murid.. (^^)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...