Monday, September 14, 2015

Jom Jadi Agen Affiliate SIMPLEHIJAB, Cara Mudah Jana Pendapatan Anda!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Ada yang nak tambah pendapatan tak? Jom kita sama-sama jadi agen affiliate simplehijab.. Memang mudah dan senang saja.. Jadi agen affiliate kita tak perlu nak ada modal, tak perlu nak ambil dan hantar barang.. Cuma promote link tu dan dapatlah komisen bila ada yang shopping melalui link kita.. 




Jom kita sama-sama jadi agen..



Klik DI SINI atau klik pada gambar di bawah..



simplehijab




*Tips dua kupang dari saya: Kalau nak jadi agen affiliate, sila pilih betul-betul produk apa yang ditawarkan.. Jangan jadi agen jual produk yang bukan-bukan.. Komisen dan rezeki yang dapat tu nanti nak jadi darah daging sendiri atau keluarga.. Pilihlah barang atau produk yang membawa kebaikan kepada kita dan juga orang lain.. In sha Allah, moga murah rezeki ya.. (^^)

Sunday, September 6, 2015

Best Tengok Kelip-Kelip Di Restoran Terapung Bujang Firefly, Sungai Lebam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Lupa pula saya nak share tempat makan best ni waktu kami berdua bercuti di Desaru dulu.. Bukan setakat boleh makan sedap-sedap di restoran ni, tapi boleh juga pergi tengok kelip-kelip.. Saya tahu tempat ni pun sebab search tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Desaru..



Nak ke restoran ni kena lalu ikut ladang kelapa sawit.. Agak ngeri juga dan berdebar-debar nak tunggu sampai tau.. Gelap gelita waktu malam.. Macam road to nowhere pula.. Tapi sebab confirm dalam Google ada tempat makan best ni, kami gagahkan juga rodong hutan kelapa sawit tu.. Ok la, sebab naik Ford Ranger, jadinya tak la risau kereta nak masuk kawasan macam mana pun..






Akhirnya setelah melalui lorong gelap yang berliku, kami kembali ke pangkal jalan.. Aisehhhh, kami dah jumpa restoran tu.. Legaaaaaa tak terkata bila nampak signboard ni.. Pertama, sebab risau, kedua, sebab dah lapaq teketaq la ceq oiiiii.. 



Ohh ya, sepanjang jalan jangan harap nak nampak signboard ok.. Hang redah sajalah sampai hujung dunia nun baru jumpa tempat bertamadun ni.. Restoran yang betul-betul terapung di atas Sungai Lebam..






Nampak macam kosong, lengang.. Tapi rupanya ramai nun orang di restoran.. Nampak tak, banyak sungguh ikan dalam kolam ni.. Kolam dalam gambar yang pertama tu ha.. Ambil gambar waktu dah nak balik, baru perasan banyak ikan dalam kolam ni..






Di bawah ni gambar tangga / titi / jambatan gantung dari atas nak turun ke bawah ke restoran.. Saya pesan awal-awal ya, cik kak cik adik makcik amoi semua jangan pakai heels 5,6 inci naaaa.. Kot satgi terlekat celah lubang tu jenuh.. Jatuh kasut dalam sungai tu cik abang pun tak teringin nak p kutip dah tau..


  
Sebab masa kami berdua nak turun, adalah pompuan-pompuan ni yang dok terjerit-jerit tak berani nak turun.. Pakai tumit tinggi, macam mana nak jalan.. Sekejap turun selangkah, patah balik.. Yang kami di belakang ni dah lapar.. Dok tunggu drama sebabak tu bila nak habis.. Sabaq sajalah.. Last-last boleh juga turun..






Kat bawah ni nampak, ada keratan akhbar dan semua gambar artis-artis dan orang terkenal yang pernah datang makan di restoran ni.. Gambar we all tak adalah sebab we all tak fofular.. hihihi 






Signboard penting ni tapi dah kabur.. 
Nampak tak? Tak nampak sudah..
Tak payah baca.. hahaha






Tudia tempat masak.. Masa ni nak pilih tempat duduk pun susah, sebab orang ramai.. Pilih yang meja kecil, dekat pula dengan tempat masak.. Maka berbau habislah we all dengan asap masakan tu semua.. Kami pun order itu ini, begitu begini.. Servis ok, cepat.. Saya tengok sekeliling, macam-macam kaum ada, dari Malaysia dan juga Singapura..

 




Kami order ikan merah masak steam ni.. Sedap sungguh bila rasa!!! Macam tak nak makan bagi habis sebab sedap sangat.. Hahaha.. Tapi habislah jugak..






Bila tengok sekeliling, aik, lengang dah.. Mana semua orang pi? Hahaha punyalah ralit makan sampai tak perasan dah sunyi.. Bukan restoran tu nak tutup dah, tapi semua yang dah makan tunggu turn nak naik bot tengok kelip-kelip pula..






Haaaa sedap sangat makan tadi, tengok bil berapa? Ikan merah tu paling mahal.. Lain kali kena cakap kita nak ikan berapa kilo saja.. Tanya harga siap-siap.. Ni first time pergi, manalah tahu nak kena harga macam tu.. Tapi tak kisahlah, berbaloi sebab sedap dan kenyang sangat..






Inilah bot untuk tengok kelip-kelip tu.. Yang ramai-ramai tadi dah naik dah sebab beli tiket awal.. Saya cakap pada husband nak try juga.. Bukan selalu kan..






So kami beli tiket nak naik bot di kaunter bayar makan tadi juga.. 
Harga seorang RM 20.00 tau..






Ok bot tadi dah sampai, semua dah turun.. Next, turn kami.. Tunggu juga, tak ada lagi ke orang yang nak naik.. Tengok jam kat resit tu dah pukul berapa tu? Kalau kami berdua saja, nak ke bot tu bawa, ke dia return balik duit.. Hihihi 






Sementara tunggu tu sempatlah tengok sekeliling.. Di sini pun ada disediakan bilik sewa untuk aktiviti memancing.. Adalah beberapa buah..






Akhirnya bot dah ready.. Yang naik cuma kami berdua dengan sepasang suami isteri bawa seorang anak lelaki dalam umur 6 tahun.. Husband saya tanya pada budak bawa bot tu, "Jalan juga ke kalau orang sikit?" Budak tu cakap "Jalan bang, kalau seorang pun kena jalan juga" Hihihi dah beli tiket kan RM20.00 tu.. Kawan dia sengih saja.. Jadi semua yang ada atas bot tu cuma 7 orang saja..






Bagus juga tak ramai orang, baru tak bising dan tenang saja menikmati suasana nak tengah malam di sungai tu.. Gelap gelita nampak cahaya samar-samar dari restoran.. Bila dah nak sampai tempat kelip-kelip, lampu bot kena tutup.. Bot lalu dekat dengan pokok-pokok berembang yang tumbuh sekeliling sungai..



Seorang pekerja bot tu ambil kayu yang ada cebok dihujungnya, masukkan dalam sungai, angkat dan curah air ke pokok tu.. Maka berterbanganlah kelip-kelip yang ada di situ.. Teruja sungguh kami tengok.. Seriously, ni first time tengok kelip-kelip dalam jumlah yang banyak.. So memang macam magic.. Kami berdua pula yang overexcited lebih dari budak lelaki tu.. hahahahaha..



Tapi tak nampak apa bila kami ambil gambar.. Gelap gelita.. Yang pastinya memang best peluang dapat ke sini.. Memang berbaloilah.. Selepas balik dari restoran tu, kami ronda lagi cari ladang ostrich.. Jumpa, tapi esoknya tak pergi pun sebab tak sempat.. 



Desaru memang best untuk bercuti dalam keadaan tenang dan damai.. 
Tapi kalau yang jenis kaki shopping, sila pilih tempat lain..


Epal Dan Doa Teacher Dapat Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Hmm anak-anak murid saya kan memang sangat kreatif tau.. Tak boleh nak expect apa yang depa akan buat.. Minggu lepas, saya masuk kelas Tahun 2 untuk ajar subjek Dunia Sains & Teknologi ( Pendeknya DST.. Tapi murid Tahun 1 kelas belakang cakap kat cikgu lain,  "Ticer Haida ajar kami GST" adehhhhh.. Nampak tak, budak Tahun 1 pun 'terkesan' tau dengan GST.. )



Waktu murid-murid tu buat latihan, adalah seorang budak lelaki ni datang buat latihan di meja saya.. Dia memang terang-terang cakap pada kawan-kawan yang dia suka pada saya.. Nanti dah besar nak kahwin dengan saya!!! Adehh, saya cakap mana boleh kahwin, sebab Ticer dah kahwin dah.. Nanti dia besar saya dah tua..



Ok fine, dia tukar pula cakap nak jadi anak saya.. Saya kata boleh, sebab semua dalam kelas ni anak-anak Ticer, anak-anak murid.. Tup-tup dia tanya, "Ticer, Ticer dah ada anak?" Saya senyum, macam biasa saya jawab, "Ada, anak tekak, anak mata dan anak rambut." Dia tak puas hati.. "Bukannn, ni anak betoilah" Saya cakaplah belum ada lagi.. "Kamu tolonglah doakan kat Ticer"



Dan-dan tu juga dia berdiri, tadah tangan.. "Weiiii angkat tangan weiii, kita nak baca doa untuk Ticer" Spontan semua murid-murid dalam kelas tu stop buat latihan dan tadah tangan.. Saya pun tadah tangan juga.. "Ya Allah ya Tuhanku, bagilah Ticer dapat anak.. Aminnnnnnn.. Sampai sepuluh orang.. Aminnnn"



Kawan-kawan dia semua pun "Aminnnn" ramai-ramai.. Saya cakap "Ohhhh terima kasihlah kamu semua doa untuk Ticer" Hahahaha sampai sepuluh orang tu.. Saya nak tergelak ke nak teriak ke nak terharu pun tak tau nak cakap.. Rasa nak peluk budak tu pun ada jugak.. Tapi confirm dak lah kan.. Lepas tu semua sambung balik buat latihan.. Hai la kanak-kanak..



Esoknya, budak lelaki tu datang dan bagi epal ni sebiji untuk saya.. Saya tanya untuk apa? Dia cakap sajalah nak bagi kat Ticer.. Hihihihi Thank you dear.. Dia bawa satu plastik epal dan bagi pada kawan-kawan sama.. Sebelum tu dia suruh kawan dia tolong bagi teddy bear kecik pada saya.. Dia dok sengih belakang pintu.. Malu.. Macam-macam..






*Saya doakan semoga anak-anak murid saya berjaya di masa hadapan.. 
Aminnn..
In sha Allah..

Friday, September 4, 2015

Tetamu Tak Diundang Pulai Desaru Beach Resort & Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kali ni saya nak sambung cerita tetamu yang tak diundang dalam entry 5 bintang untuk Pulai Desaru Beach Resort & Spa yang lepas.. Cuba tengok lampu di balkoni tu? Semua tu lebah tau.. Besaq-besaq saiznya..






Ngerikan, hanya mampu mengintai di sebalik pintu la.. huhu






Tapi terkujat saya bila nak bancuh air tengok ada 'sesuatu' yang telah melarikan dan makan gula paket tu.. Termasuklah gula paket yang saya kidnap dari Marrybrown.. Erkk cicak kot? Saya dah gelabah dah belek semua tempat tengok kot-kot ada cicak.. I geli dengan cicakkkkkkk..euwwww.. 






Husband saya pun selongkarlah almari dan di toilet tapi tak jumpa pun cicak.. Confused we all tau apa ke menatang yang ada penyakit kencing manih ni asyik curi gula we all.. Esok tu pun sama juga gula paket tu koyak-koyak.. Tak kiralah waktu kami keluar siang atau malam, kejadian ni tetap berlaku.. Pelikkan?






Jauh pula tu 'dia' heret gula tu.. 
Dari bekas tu sampai ke hujung pantry.. 
Misteri nusantara sungguh..






Tapi, dapat tangkap budak ni seekor.. Adakah budak sesat ni yang menjahanamkan gula kami? Adakah budak sesat ni ingat gula tu madu kot? Adakah budak sesat ni penghidap kencing manih tegar? Ohhhh sangat misteri nusantara.. Maybe masuk ikut bawah pintu.. Sebab esoknya bila kami keluar, tengok banyak yang dah KO di luar pintu bilik.. Yang seekor ni sure jenis adventurous dan nakal.. hehehe



Tapi, apa pun, itu cuma 'gurauan' mesra saja yang langsung tak menjejaskan percutian kami.. Ada ke siapa-siapa yang pernah jadi macam ni juga? Ke kami saja insan terpilih? Erkkkk..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...