Friday, November 15, 2013

Resepi - Kerabu Mangga Bunga Kantan

Assalamualaikum semua..



Jom kita belajar buat kerabu mangga bunga kantan yang mudah ni nak?..Silalah cuba kalau nak rasa sedap ke tak..Kuantiti semua bahan ikut selera masing-masing ye..Saya cuma guna sebiji mangga muda yang dah kerepot dalam peti sejuk..huhu..Dua batang bunga kantan, 5 biji cili padi, 3 ulas bawang putih dan selabu bawang besar..Garam, gula, belacan secubit dua saja dan air perahan sebiji limau..Itu ikut selera saya, kalau anda nak cuba, mesti ada bahan-bahan seperti dibawah ok..(^^)



Bahan-bahan:

*Mangga muda
*Bunga kantan
*Bawang putih
*Bawang besar
*Cili padi
Air limau
Belacan
Garam
Gula
Cara nak buat senang sangat..Cuma perlu bersihkan semua bahan yang bertanda *..Kemudian potong nipis semua bahan, (saya cincang-cincangkan mangga dan potong ) masukkan dalam bekas dan campurkan dengan air limau, ( kalau mangga dah masam sangat tak perlu letak air limau ok ) belacan, gula dan garam ikut citarasa..Gaul sebati ( saya ramas dengan tangan saja nak bagi semua 'mesra' )..Siap!









Selamat mencuba..(^^)

Tuesday, November 5, 2013

Resepi Black Pepper Sauce Spaghetti

Assalamualaikum semua..
Kali ni saya nak share resepi spageti yang sedap..Kalau rajin cubalah ye..(^^)






Bahan-bahannya:
Spageti - jenama Kimball
Sos spageti Kimball - perisa tradisional
Serbuk black pepper
Sos lada hitam
Sos tomato
Capsicum
Sos cili
Sotong
Tomato
Brokoli
Garam
Gula
Bahan tumis:
Planta
Bawang putih
Bawang merah



Cara memasak:
  1. Rebus spageti hingga lembut..
  2. Masukkan planta di dalam kuali dan tumis bawang hingga kuning..
  3. Masukkan kesemua bahan dan tunggu hingga masak..
  4. Campurkan spageti di dalam kuali dan gaul sebati..Siap!







Selamat mencuba! (^^)


Friday, November 1, 2013

Prihatin Betullah Anak Murid Saya Ni Seorang!

Assalamualaikum semua..



Dua orang murid bisik-bisik depan saya..


'Teacher, saya nak tunjuk kat teacher satu benda ni..'


'Hmm apa dia tu?'



Keluarkan buku merah ( bukan buku merah Zizan and Kaka ok..huhu )..




Dengan muka bersungguh dia bagi pada saya sambil kata,



'Ni, ada senarai nama terlarang dalam Islam..'


'Kalau teacher ada anak nanti, teacher jangan bagi nama-nama ni pada anak teacher tau!'



Saya gelak saja dengan karenah budak-budak ni..Saya ambil buku tu dan tengok..
Banyak juga tu, ada satu setengah muka surat..
Semua ditulis dengan pensil..









'Mana kamu dapat semua senarai ni?'


'Saya dengan Alia cari dalam internet..'


'Kamu cari dari internet? Lepas tu salin dalam buku ni?'



'Ha'ah, kami salin sebab nak bagi pada teacher..'


'Ingat tau teacher, kalau teacher ada anak nanti jangan bagi nama-nama ni tau..'



Ohhh masa ni saya dah rasa macam nak peluk budak tu waktu tu juga.. TERHARU!!! Rajin dia cari sebab nak bagi pada saya! Maybe pada orang lain itu cuma kerja budak-budak yang saja-saja nak ambil hati cikgunya.. Tapi pada saya, usaha dan niat dia tu sangat besar maknanya.. Bukan senang anak murid nak buat sesuatu demi cikgunya kan? Melainkan dia suka pada cikgu tu, betul tak?



Saya cerita pada suami, dia pun tak sangka anak murid saya nan seorang ni akan buat macam tu.. So, disebabkan saya dah jatuh sayang pada dia, saya belikan hadiah sempena birthday dia.. Hari Selasa birthday dia, tapi baru hari Khamis saya bagi hadiah, sebab terlupa! Hadoiii, sampai kawan dia tanya baru saya ingat.. Memang dah niat nak bagi hadiah pun..



So, waktu balik sekolah baru saya bagi pada dia sebab tak nak bagi yang lain-lain nampak.. Bukan tak pernah bagi pada yang lain-lain, tapi dah pernah bagi pada semua murid-murid.. Maybe bukan sempena birthday budak-budak tu semualah, tapi sempena birthday suami saya.. Bukan hadiahlah, kiranya bersedekah.. Dua biji epal, hijau dan merah setiap murid sesi petang.. Cikgu-cikgu dan semua yang ada di sekolah waktu tu pun dapat.. Kira aci lah kan..(^^)



Saya hadiahkan dia buku cerita fairytales dalam Bahasa Inggeris.. Lupa pula nak ambil gambar buku tu.. Dia suka dan minat nak belajar Bahasa Inggeris, so lebih baik saya galakkan dia membaca buku English kan.. Kalau orang lain tak nak homework banyak-banyak, dia pula seronok kalau dapat homework BI.. Dulu abang dia rajin juga bagi macam-macam kat saya.. Sekarang dia pula.. 




*curi-curi ambil gambar dia, marah kalau nak ambil gambar..



Semoga kamu berjaya di masa depan ye..
Ini doa dari teacher..(^^)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...