Monday, September 17, 2012

Lari Bila Jumpa Imigresen!

Assalamualaikum semua..



Cuti-cuti Hari Malaysia ni buat apa? Ramai yang pergi bercuti di sana-sini dengan keluarga..Saya dan suami tak ke mana-mana pun..Tapi adalah hari Sabtu tu pergi kenduri ke rumah saudara belah suami di Anak Bukit, Alor Setar..Hehe kata tak ke mana-mana..
Berkonvoi dua buah kereta kami terus ke sana tanpa sesat..Bukan tak pernah ke Alor Setar, pernah, cuma rumah saudara tu yang tak tahu di mana..Tapi sangat dekat dengan Istana Anak Bukit..Maklumlah pertama kali nak ke sana, kami guna GPS Myvi..Cuma tak tahan nak gelak tu, bila kena buat U-turn, suara Cik GPS tu siap cakap;
"Buat pusingan U dimana sesuai"



Aikkk?! First time saya dan suami dengar GPS cakap macam tu, kami berdua gelak sampai keras perut..Suka hati saja nak buat pusingan U kalau anda rasa tempat tu sesuai..Ada signboard U-turn ke, tak ada signboard ke boleh saja redah kalau anda rasa sesuai..Hehe macam kartun betul Cik GPS ni..Siapa yang guna Myvi Extreme, silalah cuba try test Cik GPS anda..hehe



Bila dah jumpa rumah kenduri, makan kenyang-kenyang, jumpa saudara, salam itu ini, cerita itu ini, kami pun balik..Tapi suami ajak ronda-ronda pula..Dah alang-alang sampai ke sini, suami ajak ke Bukit Kayu Hitam..Saya pun apa lagi, yeayyy sajalah..hehehe..Kami main redah saja, tapi takut sesat, kami guna GPS..

Waktu sampai di jalan betul-betul nak masuk ke imigresen, kami dah confiused nak ke mana..Terus parking dan fikir dulu..Memang banyak kereta dan lori yang nak masuk ke sempadan petang tu..Tapi kami ni dah lupa di mana tempat yang ada bazar dan boleh membeli-belah tu tanpa masuk ke sempadan..Buat apa nak masuk ke sempadan pula..



Suami saya cepat-cepat pusing balik..Dia cakap on GPS ke Padang Besar, Perlis pula..Confirm bukan di sini tempat yang ada bazar dan gerai banyak-banyak tu..Kami teruskan lagi perjalanan ke Padang Besar pula..Cuaca sepanjang jalan mendung dan asyik hujan..Saya nak ambil gambar pun malas, sebab cuaca yang agak gelap..Walaupun waktu tu baru dalam pukul 5.30 petang..
Saya cakap pada suami, saya teringin sangat nak tengok ladang tebu yang ada di Chuping..Tempat proses gula pasir dan ladang tebu terbesar di Malaysia tu..Bila sampai memang tak sangka, luasnya ladang tebu tu..Disebabkan hujan saya tak dapat nak keluar ambil gambar..Memang kagum tengok..
*sumber Google


Bila sampai di Padang Besar, suami saya masuk ke imigresen..Sekali lagi kami berhenti di tempat parking dan fikir betul ke tak betul ni kena masuk imigresen..Heheh fikir punya fikir, sekali lagi kami 'lari' bila jumpa imigresen..Macam seludup barang pula..Dah lama tak ke Padang Besar, inilah jadinya..

Pusing ronda kawasan tu, barulah akhirnya kami jumpa bazar yang jual macam-macam barang tu..Nah tertera Padang Besar, Perlis di situ..Ok fine..Akhirnya jumpa juga..Tapi banyak gerai dah nak tutup..Sempatlah kami membeli-belah serba sikit..Sikit tak sikitlah, habis juga dekat RM200.00 beli makanan saja..huhu  



Lepas tu baru kami balik..Menjadi juga plan kami nak ke sana..
Kira otak seminit jugalah ni..(^^)

Thursday, September 13, 2012

Makan Hati Dengan Wireman....

Assalamualaikum semua..

Hmm saya tak tahu nak mula dari mana..Tapi ini berkenaan dengan sikap orang-orang kita..Yang tak pandai nak bersyukur dengan rezeki yang kita tolong bagi pada dia..Saya tak tahulah apa nak jadi dengan orang yang macam ni..Niat nak tolong, tapi dia sendiri tak nak tolong diri dia sendiri..
Kalau anda ada baca entry saya tentang Rumah Kami Syurga Kami, mesti anda tahu yang saya dan suami dalam proses renovate rumah..Niat di hati nak duduk sebelum Hari Raya hari tu, tapi tak sempat pula..So tukar pula plan nak duduk sebelum Raya Haji nanti..Tapiiiiii.................................
Wireman yang kami upah tu buat hal pula..Sebelum ni ada dia buat kerja, culas juga, tapi bila dah nasihat dan slow talk, sambung balik kerjanya..Pernah waktu bulan puasa dia tak datang buat kerja..Sampai ugut nak berhentikan dia, boleh pula dia sambung buat sampai sanggup tidur dalam rumah kami tu sebab nak siapkan kerja..



Tapi sejak seminggu ni, dia buat hal pula..Dia dah tak buat apa di rumah kami sedangkan lampu semua belum dipasang dan ada suis yang masih terjuntai lagi..Saya dan suami dah fed up dengan sikap wireman ni..Kami cuba nak tolong bangsa sendiri dengan bagi kerja..Tapi dia sendiri tak nak ambil peluang tu untuk bersyukur dengan rezeki yang dia dapat, melalui kami..
Saya kecewa kalau tak dapat pindah sebelum Raya Haji..Macam-macam perancangan nak buat bila tinggal di rumah sendiri..Tapi terpaksa makan hati dengan sikap orang yang tak pandai bersyukur ni..Harap-harapnya selepas ni, orang lain yang sambung kerja dia tu dapat siapkan semuanya sebelum Raya..TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGLAH!!!!
"Ya ALLAH, Kau permudahkanlah urusan kami..
Niat kami hanya untuk hidup bahagia di syurga kami sendiri..
Aminnnnn"



*edited: taip masa mengantuk tadi..wireman boleh pula jadi wayerman...adehhh*

Tuesday, September 11, 2012

Sedapnya Jambu Susu!

Assalamualaikum semua..

Pernah tak anda dengar nama sejenis jambu ni, namanya jambu susu..Pernah? Ok fineeeee..Kalau tak pernah, sila baca sampai habis ok..Rupa jambu susu ni macam gambar di bawah ni..Saya ambil gambar dari blog http://sayanakcerita.blogspot.com

Nak tengok banyak lagi gambar, sila Google ye..(^^)



Dari minggu lepas lagi ada seorang ustazah di sekolah saya bawa jambu susu ni ke sekolah..Ohh dah lama tak makan jambu susu ni tau..Then hari ni dia bawa lagi..Terliurnya tengok jambu ni..Tapi dah dipotong..Rasa jambu ni masam-masam kelat sikit..Sedap kalau direndam dengan gula dan garam..


Sambil taip entry ni, saya tengah enjoy makan jambu susu ni..Saya memang boleh tahan makan benda yang masam..Sebab tu asyik pelupa kot..Dulu sebelum berpindah ke sekolah sekarang, saya tak pernah pun makan buah jambu susu ni..Bila ada yang bawa ke sekolah, barulah tahu buah ni wujud dan jadi peminat setia pula..


Rasanya lain daripada jambu air yang biasa..
Kalau berpeluang, silalah cuba rasa jambu susu ni ye..(^^)



Otak Seminit --> Langkawi ( Last Day )

Assalamualaikum semua..



Hmm dah lama ni baru nak update pasal trip ke Langkawi hari tu..Entah kenapa sejak 2, 3 hari ni kesihatan saya ting tong sikit..Mula kena ulser, lepas tu demam, lepas tu sakit gigi, lepas tu sakit perut, badan pun panas saja..Pasaipa pun cek tak taulah..
So, hari last kami di Langkawi dimulakan dengan mengambil gambar sekitar The Lanai..Selepas check out, kami bergambar di sekitar pantai, just belakang hotel saja..Ada 2, 3 orang Mat Salleh yang tengah berjemur..Kita ni punyalah cari tempat teduh, sebab tak tahan panas..Cun-cun 1.00 petang, bukan saja kulit jadi tanned, tapi nampak macam dah rupa minyak TANnah dah pun..













Then kami terus ke Nusantara Maju Enterprise, nak cari minyak gamat dan yang sewaktu dengannya..Semalam kami cari, dekat setengah jam juga nak sampai, tapi hari ni rupanya, 10 minit saja dari hotel..Chehh..












Kemudian kami ke Perniagaan Haji Ismail Group, borong coklat dan buah tangan..Tapi disebabkan nak kejar masa, tak sempat pula nak ambil gambar..Limit masa setiap kedai 15 minit..Hehe bayangkan kartun tak kartun masa pilih barang..Mujur dah survey semalam, so memang cepat dan pantaslah kami berdua cari barang..



Selepas tu baru cari kedai makan..Lalu di kawasan food court di kawasan Pandak Mayah, kami terjumpa deretan kedai yang bertentangan dengan sungai..Kami tertarik dengan kedai ni, nampak banyak lauk, tapi cuma ada 2 orang saja yang makan di situ..Tak sedap ke? Tak apalah, cuba saja makan..






Bila kami ambil nasi dan pilih lauk, tiba-tiba ada 2 buah kereta yang berhenti di situ..Kemudian ada lagi dan lagi sampai jadi dalam 6, 7 buah kereta juga..Kedai yang tadinya lengang dan sunyi, terus jadi ramai dan penuh..Meriah dengan pelanggan..Saya bisik pada suami;



"Tadi kosong saja, bila kita sampai (di kedai ni) ramai pula (yang datang)..Kita ni bawa rezeki pada kedai ni kot..Akak ni patut bagi diskaunlah kat kita..hehe"



"Hmm memang selalu macam tu pun..Murah rezeki dia..(^^)"



Pernah tak anda alami macam ni? Syukur, memang makanan kedai ni sedap-sedap, sampai kami rasa macam nak makan semua lauk! hehe..Tapi mujur masih waras..Tak buruk lantak (^^)..Murah pun murah harganya..Kami ambil nasi putih dua pinggan, masing-masing ada ikan, sayur dua jenis, ada ikan kering, sambal petai udang dan air, semuanya RM12.00 sahaja..Moga murah rezeki kedai ni..



Lepas tu, kami terus hantar kereta dan tunggu di jeti untuk bertolak balik..Ingatkan ada tiket pukul 3.30 petang atau 4.00 petang..Sekali pukul 5.00 petang baru ada..Shopping pula di jeti..Bila feri dah sampai, memang penuh dan padat dengan penumpang..Ada juga yang tersesat nak ke Kuala Kedah naik feri ni..Memang kecoh seminit bila dua orang berebut satu seat..Bila tengok tiket, sekali silap..Entah sempat entah tidak dia naik feri lagi satu..



Tapi perjalanan kali ni smooth sebab air laut surut dan slow saja sebab feri berat..Dah nampak jeti Kuala Perlis, tak sabar nak balik rumah..Lega sangat, sebab percutian otak seminit kami berdua kali ni berjalan lancar..Yeayyy!!!



So, next destination dear? (^^)


Saturday, September 8, 2012

'Surat' Kepada Makcik-Makcik Kepoh!

Assalamualaikum makcik-makcik..



Saya buat entry ni KHAS untuk makcik-makcik yang kepoh yang saya kenal..Walaupun saya tahu, makcik-makcik memang tak ada blog atau facebook nak baca pesanan saya ni, tapi sekurang-kurangnya saya dapat luahkan juga apa yang saya rasa..



Kepada Makcik pertama..



Makcik ingat tak ada suatu hari makcik jumpa saya dan cakap anak makcik suka tengok saya..Anak makcik ingat saya belum kahwin..Saya cuma senyum sajalah..Kemudian makcik kata, makcik jawablah pada anak makcik macam ni;

"Cikgu tu dah kahwin dah aih..Lama dah..Cuma tak beranak-beranak saja lagi"



Apa yang makcik cuba sampaikan makcik? Saya tak pernah pula cakap makcik ni mulut banyak dan kepoh..Tapi kenapa macam tu pula makcik nak cakap pada anak makcik dan cakap pada saya sambil senyum bahagia? Kenapa makcik? Apa salah saya pada makcik?
Tak bolehkah makcik jawab saja yang saya pandai jaga badan, atau spesis yang susah nak naik berat badan..Kan sedap sikit saya dengar tu..Saya senyum bukan tanda saya terima apa yang makcik cakap tu..Tapi saya senyum supaya saya ingatkan diri saya sendiri agar saya tak membalas kata-kata makcik dengan ayat yang buat makcik sakit hati..Takut saya digelar kurang ajar dengan orang tua..



Kepada Makcik kedua..



Baru tadi peristiwa ni berlaku makcik, makcik ingat tak? Fresh lagi..Pagi tadi dengan perasaan gembira saya ke sekolah..Ada jamuan hari Raya untuk guru-guru..Dengan bersemangat saya ke sekolah, siap pakai lawa-lawa (bagi saya lawalah tu (^^) )..Makcik berselisih dengan saya waktu saya nak ke pejabat..Saya senyum bukan main lebar pada makcik..Tapi makcik ingat tak apa yang makcik kata pada saya?

"Amboi cikgu, makin hari makin lawa..Makin kurus (walaupun hakikatnya saya tahu saya naik juga sekilo dua, tapi belum gedempol)..Tapi tak beranak-beranak juga.."



Mujur saya masih lagi tersenyum lebar, cuma sempat saya balas sepatah dua;



"Amboi mulutttt"


Tapi saya masih lagi kekalkan senyuman saya, walaupun pada hakikatnya saya rasa seperti ingin menjawab lebih panjang dan lebih luar biasa..Saya teruskan berjalan masuk ke pejabat dengan seribu satu soalan di kepala..Apa masalahnya makcik, kalau saya masih belum beranak? Saya buat makcik susah hatikah? Atau makcik tak tidur lena selagi saya tak beranak? Ohh..mungkin makcik nak jaga anak saya kot?

Makcik belum kenal siapa saya yang sebenarnya makcik..Saya akan buat baik sekiranya orang buat baik dengan saya..Tapi saya boleh jadi seseorang yang sangat kejam dan pendendam kalau ada orang yang buat saya rasa benci..Setakat ni, ada dua saja manusia di dunia ni yang termasuk dalam senarai orang yang paling saya benci dalam hidup saya..



Tak perlu saya ceritakan pada makcik siapa dan kenapa..Saya nak buang semua perasaan tu jauh-jauh..Tak kan makcik-makcik sekalian nak jadi orang yang ketiga dan keempat pula? Nak buat macam mana makcik, saya manusia biasa..Ada hati dan perasaan..Kadang-kadang, manusia akan letakkan emosi dan perasaan di depan akal fikiran yang waras..



Saya bukan tak boleh terima apa yang makcik cakap, tapi biarlah kena pada tempat dan waktunya..Cubalah belajar hormat privasi orang dan belajar jaga hati insan lain yang makcik jumpa..Untuk pengetahuan makcik-makcik sekalian, ini bukan kali pertama saya dengar kata-kata macam tu..Ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi soalan ajaib yang pernah ditanya kepada saya..Yang sangat indah di mulut dan telinga yang bertanya, tapi sangat sakit pada yang mendengar dan ditanya..
Makcik, bukan saya tak mahu beranak-beranak lagi, tapi YANG MAHA ESA belum memberi rezeki kepada saya..Kalau saya usaha tungging terbalik pun, belum lagi rezeki saya, tak guna juga..Siapa yang berkahwin tak mahu anak itu manusia bodoh namanya..Hilang nikmat perkahwinan..Nikmat syurga dunia..Nikmat menjadi wanita sempurna..


Kalau boleh saya beli anak di Tesco, Giant atau Mydin, saya beli dua tiga orang dan saya tunjukkan pada makcik..Atau, makcik-makcik ada anak lebih-lebih di rumah, boleh bagi pada saya..Atau pun, makcik cepatlah mengandung dan transfer pada saya..Kita boleh guna bluetooth..Mungkin dengan cara tu makcik akan puas hati dan tak cakap macam tu lagi dengan saya..



Minta maaflah makcik-makcik sekalian..Saya rasa ralat dan terkilan bila dah tua-tua pun, makcik-makcik masih lagi kepoh dan tak tahu nak jaga hati dan perasaan orang..Mungkin makcik-makcik tak habis belajar sivik kot? Meh saya bagi tiusyen exclusive secara percuma pada makcik-makcik sebab saya Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan..Mana tahu, moga makcik-makcik berdua akan menjadi orang yang lebih tinggi nilai siviknya..

Sampai di sini sahaja surat saya kepada makcik-makcik berdua..Makcik jangan risau, saya tak menangis pun dengan apa yang makcik kata..Hati saya dah keras dah makcik..Sebab spesis-spesis makcik-makciklah yang buat saya jadi semakin tabah..Terima kasihlah makcik..Jumpa lagi makcik..Kalau boleh, tak payah jumpa pun tak apa..



Sekian..



Yang Benar:

Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Sekolah Rendah 
Yang Belum Beranak-Beranak Lagi
Tahun 2012 



*p/s: makcik berdua patut kerja di kedai ni..SERIOUSLY!!!



Otak Seminit --> Langkawi ( First Night )

Assalamualaikum semua..



Ok, kali ni nak sambung pula apa yang berlaku pada malam kami sampai di Langkawi..Disebabkan perut dah lapar sangat, kami mencari kedai makan untuk mamam malam tu..Cari punya cari, terjumpalah kami satu kedai yang sangat menarik untuk dipandang..Hehe harap-harap menarik jugalah makanan yang ada di situ..



Dengan lampu lip lap warna-warni dan siap ada pondok-pondok yang menarik, kami pun singgah di situ..Ha nampak apa nama kedai tu? Selera Lubuk Buaya Seafood..Ok, kami tak order buaya pun ok..










Ok, dua saja gambar yang sempat diambil..Lapar sangat, terus order dan bila makanan sampai, terus makan tak cakap apa..Gambar pun tak sempat nak snap..Kami order nasi putih, nasi goreng belacan, ikan siakap sweet and sour, sayur campur dan minuman air milo kosong ais..Hmm nak kata terlalu sedap tu taklah, tapi boleh tahan jugalah rasanya..



Selepas habis makan, kami terus ronda-ronda cari jalan nak ke tempat-tempat yang nak dituju esok..Senang, tak payah nak kelam-kabut sesat pula esok..Ronda sana sini, sesat sana sini, bila dah jumpa, tanda dalam map..Macam nak cari harta karun pula (^^)..



Tapi sebelum balik ke hotel, ada juga kami ke Dataran Helang..Saja nak tengok waktu malam macam mana pula suasananya..Tak ramai yang ada di situ..



Entah kenapa, saya sangat suka pemandangan ni..



Bahagian belakang Helang..



Bahagian hadapan Helang..


   
Lebih kurang pukul 1.30 pagi kami balik ke hotel..Tapi sebelum tu sempat singgah kedai beli air dan makanan ringan..Maggi cup tak lupa beli..Lapar lagi! Haduii..Duduk di Langkawi asyik nak makan saja..Haru-haru...Tak boleh ke Langkawi selalu ni..(^^)







Wednesday, September 5, 2012

Otak Seminit --> Langkawi ( Day 1 )

Assalamualaikum semua..

Pukul 7.30 pagi Sabtu 1 September, suami call dan cakap, 'Ok bersiap, jom kita ke Langkawi'..Erkk? Terus saya ligat capai baju dan tudung, iron siap-siap mana yang nak dibawa, masuk dalam beg dan mandi..Sempat breakfast nasi lemak seorang dua bungkus before berangkat..

Kami bertolak dari rumah lepas saya dah tempah hotel..Naik kereta sampai ke jeti Kuala Perlis..Boleh saja nak naik dari jeti Pulau Pinang, tapi perjalanan akan jadi jauh dan lama sangat dalam feri..Saya ni penakut sikit kalau lama-lama di laut hehe..Sampai di jeti Kuala Perlis dah pukul 1.00 petang cun..
Tak tahu pun pukul berapa feri bergerak..Sampai di kaunter, ada brother ni yang cakap feri akan bertolak pukul 1.30 petang..Kami pun beli tiket dan suami parking kereta dulu..Yang bagusnya ialah, di kaunter yang sama, kami dapat diskaun pula untuk hotel dan reserved siap-siap..Yang saya call tadi cancel saja..Hotel yang sama juga, The Lanai Beach Resort..






Dalam 1.45 petang baru feri bergerak..Waktu tu air laut pasang dan agak bergelora..Tak ramai penumpang pun..Feri pun tak penuh..Jadi suasana atas feri tersangatlah sejuk..Macam dalam peti sejuk! Feri pula asyik terumbang-ambing..Memang tadi waktu sampai di jeti Kuala Perlis pun dah nampak laut bergelora..Tak kan saya nak buat-buat pengsan kot sebab tak nak naik feri!



See? Tak ramai pun penumpang..



242, 241 dan 238 saja ada orang..yang lain kosong..




Dalam pukul 3.00 petang kami selamat sampai di Langkawi..LEGA sangat! Terus cari kereta sewa pula..Pilih punya pilih, akhirnya cik kak ni yang kami berkenan..Senang nak redah kemana pun..hehe




Dah dapat kereta, baru kami singgah makan di Kenny Rogers dulu sebelum balik ke hotel..



The Lanai Beach and Resort ni, agak klasik sikit rekaannya..Tapi lengkap dengan kemudahan semua..Breakfast pun suami saya kata semuanya makanan tradisional..Cekodok pun ada tau..Resort ni betul-betul tepi pantai..
So, siapa-siapa yang nak ke sini, bolehlah tengok gambar di bawah sebagai panduan..Selalunya dalam web, gambar yang diletakkan masih cantik dan elok semuanya..Walau hakikatnya hmm..tak padan dengan harga..Indah khabar dari rupa..



Meja solek..Apa kes upload gambar ni dulu? (^^)



Katil king size tau..Memang selesa guling sana guling sini..



Bila buka pintu klasik ni, apa yang ada?



Taddaaa..Sesuai nak minum kopi dan chit chat di sini..



Kemudahan dalam toilet..



Bagi saya, toilet ni agak sempit..



Malam tu kami keluar cari kedai makan yang best..Nak tahu kedai makan mana yang kami serbu? Next entry ok..Dah letih nak taip panjang-panjang..Lagi pun tengah tak sihat ni..Dah berhari entry ni saya update sikit-sikit..Akhirnya, boleh publish pun..phewwww











Tuesday, September 4, 2012

Sakitnya Ulser Mulut...

Assalamualaikum semua..

Pernah kena ulser mulut? Atau ada yang panggil serawan, mata ikan atau melepuh? Huhu saya kena dah dekat 5, 6 hari juga..Mula-mula jadi sebab tergigit bibir masa jamuan di sekolah..Lepas tu makin teruklah dia..Sikit-sikit nampak makin putih..Dan hari ni dah jadi makin besar..



Bukan tak letak ubat, dah sapu dah..Hari-hari, kumur juga dengan Listerine..Tapi dah bercuti baru-baru ni, makin teruk pula..Sekejap dalam aircond, sekejap kena panas, badan pun rasa macam nak demam tak demam saja..



Nah, hari ni badan panas terus..Lagilah tambah sakit..Bibir pun dah besar sebelah..Kalau cantik macam Angelina Jolie tak apalah juga..Ni dah macam Angelina Jongang dah ni..huhu..Nak cakap pun tak boleh sebab bila bercakap, terkena gigi dan bibir tu, azabnya rasa..Nak makan pun susah juga..



Asyik minum banyak air masak saja..Kuranglah panas badan..Harap-harap makin baik..huhu



*boleh check apa itu ulser mulut di sini:



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...