Sunday, March 31, 2013

Rumpai Laut / Pure Marine Collagen Yang Best!!!

Assalamualaikum semua..



Sekarang ni semua orang sibuk bercakap tentang rumpai laut atau pun seaweed sebagai salah satu cara nak dapatkan pure collagen..Ramai yang mengaku kebaikan makan rumpai laut ni..Sama ada mentah atau pun dah dimasak jadi macam agar-agar, khasiatnya masih boleh nampak..Erkk macam mana nak nampak? Saya pun ada amalkan makan dan buat masker seaweed yang dah dibuat jelly ni..Kiranya, ni testimoni sayalah ni..hehe



Waktu mula-mula suami saya bawa balik jelly ni, saya macam tak berapa ambil port sangat nak try..Sebabnya, saya sedang amalkan satu produk yang boleh juga mencantik dan menggebukan, bukan setakat muka, tapi seluruh badan..Boleh juga buat masker dan hilangkan parut dan jerawat..Muka nampak awet muda sebab ada kolagen..Opppsss..tak boleh cerita lebih-lebih, lain kali saya buat entry khas tentang produk ni pula..hehe



Ok tengok gambar di bawah tu, yang warna agak cerah tu atau seaweed kuning, harganya RM5, gred AA..Yang warna coklat sikit tu atau seaweed ungu, harganya RM6, gred AAA..Boleh tahan sebulan dalam peti sejuk..Kami berdua makan yang cerah sikit dan buat masker yang coklat tu..Apa rasanya selepas makan?



Mula-mula makan, saya rasa macam ada sesuatu yang sedang picit-picit urat badan dan betulkan urat-urat semua..Nak kata sakit tak juga, nak kata geli tak juga, nak kata ngilu tak juga..Entah macam mana nak explain entah..hehe..Saya makan satu sudu sebelum tidur..Tapi hari pertama makan saja rasa macam tu, esoknya dah ok..Pastikan anda minum banyak air..
Yang coklat tu pula, saya sapu dimuka buat masker..Nak makan baunya agak kuat..Tak tergamak nak makan..hehe..Tapi memang best bila pakai..Saya pakai sebelum tidur, dan bila cuci pagi esoknya, muka rasa licin, gebu dan cerah..Parut jerawat pun akan pudar..Memang best tau!!!
Antara produk yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan..Kalau ada peluang, anda patut cuba..Confirm jatuh cinta punya!!! Tapi, kalau anda nak beli yang dah dimasak, pastikan anda beli yang ORIGINAL, bukan seaweed yang dah dicampur dengan agar-agar..Macam mana nak bezakan?
Seaweed yang asli akan cair bila diletakkan di suhu bilik, dan akan beku kalau disimpan di dalam peti sejuk..Yang dah dicampur dengan agar-agar, akan beku kalau diletakkan di dalam suhu bilik dan juga peti sejuk..Sesetengah peniaga nak ambil untung dengan menipu pembeli, jadi berhati-hati ok..
Jangan disebabkan nak cantik punya pasal, duit melayang, makan agar-agar saja..

Friday, March 22, 2013

Laksa Penang Ekspres Guna Sardin Tin

Assalamualaikum semua..


Weehuu lama betul nak update resepi laksa Penang ekspres ni..Resepi ni saya modified demi menjimatkan masa..hehe..Padahal malas nak 'bermain' dengan ikan, nak kena siang, nak kena rebus, asingkan tulang, blend pula lepas tu..Ohhh sangat lama dan leceh..Bau ikan dari rambut sampai ke kaki..So, saya modified sikit supaya jadi mudah nak buat laksa kegemaran saya ni..Tak kotor pun dapur..Tu yang paling penting! Jom kita tengok caranya..



Bahan-bahan untuk kuah laksa:


1. Ikan sardin dalam tin..4 ekor ikan cukup..




*Saya guna jenama Adabi sebab kurang berminyak..


2. Ikan bilis segenggam
3. Bawang merah 
4. Bunga kantan  
5. Asam keping
6. Daun kesum
7. Cili padi
8. Belacan
9. Garam



Cara masak:


1. Basuh bersih ikan bilis dan kisar bersama ikan sardin dalam tin, bawang merah dan cili padi.
2. Masukkan kesemua bahan tadi di dalam periuk bersama kuah sardin..Masukkan air mengikut sukatan yang anda suka..Nak kuah cair letak banyak air, nak kuah pekat kurangkan air..
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang dipotong dua atau empat, belacan, asam keping dan juga garam..Masak kesemua bahan tadi hingga mendidih..


*Semua bahan ikut sukatan sendiri, terpulang pada selera masing-masing..





Ni kuah laksa saya..Kuah tak merah sangat sebab guna cili padi..



Dalam masa yang sama rebus laksa dan potong bahan-bahan yang nak ditabur di atas laksa..Saya buat simple, so ada bawang dan daun selom saja..Boleh tambah timun, nanas, daun pudina dan bunga kantan kalau nak..Saya kalau tak ada bahan tabur tu pun dah boleh 'belasah' dua tiga pinggan dah..^ ^ 





Cubalah dan kongsi dengan saya apa hasilnya ya..^ ^

Thursday, March 21, 2013

Tasik Raban Yang...Hmmmm...

Assalamualaikum semua..


Pernah dengar tentang Tasik Raban? Saya baru tahu tentang tasik ni dua minggu lepas..Encik Husband ajak ronda-ronda hari Ahad dua minggu lepas..Lama dah tak buat 'kerja gila', so on saja bila diajak..hehe..Saya bayangkan macam Tasik Beris di Sik tu..Dapatlah melepak dan tenangkan fikiran sambil ber'dating' dengan Encik Husband..Tapiiiii...






Kalau tengok pada signboard yang disediakan nampak semuanya lengkap..Saya dan suami ingat memang cantiklah kawasannya..Tapi sangat-sangat mendukacitakan..Tak tergamak saya nak ambil gambar..Macam kawasan terbiar saja..Bangunan yang ada di situ semuanya nampak tak terurus, sampah dan semak-samun merata-rata..Dan yang paling tak puas hati bila kami nampak ada dua tiga pasangan yang melepak di situ..Buat apa di tempat yang sunyi macam tu dik?


Hmmm tempat sunyi, jauh daripada pandangan orang ramai, walaupun tepi jalanraya, tapi memang tak perasan pun kalau tak berhenti di sini..So, bila tengok keadaan tempat tu macam 'under construction' (hope so sebab tempat ni ada potensi nak maju macam Tasik Beris di Sik, sebab tasiknya cantik) kami teruskan misi kami pada hari tu..



Nak masuk toilet, tapi memang ngeri..Terus tak jadi..






Cantikkan tasik ni? Harapnya adalah usaha yang akan dibuat untuk komersialkan tempat ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...