Saturday, November 29, 2014

Cuti-Cuti Malaysia : Underwater World Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Hmm hujung tahun ni kemana ya nak bawa keluarga bercuti? Kalau tak ada idea, meh saya cadangkan satu tempat untuk bercuti sambil tambah pengetahuan.. Underwater World Langkawi, of course la di Pulau Langkawi nun.. Macam-macam spesis hidupan laut ada.. Banyak informasi yang boleh dapat tau.. Mesti keluarga anda akan teruja tengok gelagat haiwan-haiwan tu semua.. 



So enjoy gambar-gambar di bawah ye..






















































Baaanyak lagi yang menarik tau.. 
Silalah masukkan Underwater World Langkawi dalam list percutian anda ok..



Thursday, November 27, 2014

TTC : Blighted Ovum - 'Our Junior' Yang Merajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Dah baca entry sebelum ini tentang hadiah anniversary yang mendukacitakan ? So, kali ni saya nak share dengan anda semua tentang artikel yang saya jumpa di dalam Blog drzubaidi tentang kehamilan blighted ovum.. 



Artikel tentang our junior yang 'merajuk' dan 'lari' bulan lepas..



Selamat membaca..



*google



*Hmm no wonder bulan tu saya demam, selsema dan batuk teruk tak baik-baik..
Macam-macam petua dan ubat saya try.. Rupa-rupanya... Ok, tak apa, cuba lagi..
Sekarang kita enjoyyyyyy.... 

Sunday, October 26, 2014

TTC : 'Hadiah' Anniversary Yang Mendukacitakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Alhamdulillah, 26 Oktober 2014, hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami.. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun rupanya kami berumahtangga.. Sama-sama mengharungi onak dan duri sepanjang bersama.. Ada masa happy kami gelak sama-sama, ada masa unhappy, kami sedih sama-sama.. Ada masa gila, kami gila sama-sama.. hahaha



Saya sangat bersyukur sebab usia perkahwinan kami dah masuk tahun keenam.. Rasa macam dah lama kahwin, rupanya baru 6 tahun.. Dan 6 tahun jugalah kami kenal antara satu sama lain.. Dah boleh baca fikiran masing-masing, dah tahu apa yang lebih apa yang kurang dalam diri masing-masing..



Impian kami berdua cuma nak hidup happy.. Itu saja.. Nak rumahtangga yang bahagia dan happy.. Tak mau demand lebih-lebih.. Tak kaya pun tak apa, kalau murah rezeki dari segi harta, itu bonus.. Sekadar cukup pakai makan minum tak perlu meminta pada orang untuk hidup, itu sudah lebih dari cukup.. 



Alhamdulillah, hidup saya kaya dengan kasih sayang suami.. And I do love him even more from yesterday and the day before and the day before and the day before and will do love him till my last breath.. Semoga Allah berkati dan panjangkan usia perkahwinan kami berdua.. aminnnn..



Cumanya perkahwinan kami belum lengkap tanpa kehadiran our junior.. Well, our junior main tut cak tut cak dengan kami bulan ni.. Si dia merajuk sebab saya asyik sibuk dengan aktiviti sukan sekolah, ada masanya berpanas ditengah padang, sibuk siapkan maskot bila balik rumah, tak cukup rehat, tak jaga makan.. Jadi si dia 'lari' tinggalkan kami berdua..huhuhu



Sebab saya tak terfikir langsung tentang si dia.. Memang kami berdua ada makan supplemen untuk cycle kali ni, cumanya masing-masing sibuk.. Suami saya pula sibuk dengan program IRIDE2 Semenanjung Malaysia 2014.. Suami saya konvoi dari Rabu hingga Sabtu dengan geng-geng NVOG.. * Tanya pakcik google ye apa benda tu NVOG.. 



Si dia merajuk dan lari pada hari Jumaat.. Waktu suami saya konvoi tu, saya balik kampung berurut dan berpantang di rumah kakak.. So di hari ulangtahun perkahwinan kami kali ni, kami sambut dalam keadaan berpantang.. Hmm sayalah yang berpantang, suami saya terpaksa makan lauk orang pantang.. hehehe.. InsyaAllah kami akan cuba pujuk si dia supaya tak lari lagi selepas ni.. (^^)






*Next entry saya akan ceritakan tentang 'si dia' yang merajuk itu ok..  

DIY : Hiasan Kepala & 'Magic Wand' Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Baru sempat nak update tentang hiasan kepala dan magic wand untuk maskot rama-rama Rumah Hijau hari tu.. Dah tahukan cara-cara nak buat sayap dan baju maskot? Kalau lupa boleh check entry sebelum ni DI SINI dan juga DI SINI.. 



Untuk hiasan kepala maskot pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 cekak rambut warna hitam, 6 batang metallic wire, 2 polisterin bulat, 2 keping wall art bentuk rama-rama, marker hitam sebab nak warnakan polisterin tu nanti, pensil dan gam UHU.. 






Ambil 3 batang metallic wire tu dan pintal-pintalkan jadi satu.. Buat dua set.. Satu untuk kiri satu untuk kanan.. Kemudian ikat kedua-duanya pada cekak rambut.. Pintalkan wire dengan pensil untuk jadikan wire tu macam spring.. Cucuk polisterin pada hujung wire dan warnakan dengan marker.. Kemudian lekatkan wall art bentuk rama-rama tadi.. Dah siap.. 



Bagi ahli perbarisan pula, hiasan kepala yang dibuat lebih simple.. Cuma perlukan wire berhias macam dalam gambar, wall art bentuk rama-rama dan penebuk lubang.. Kebetulan kedai yang saya beli semua barang ni tengah jual costumes dan aksesori untuk Halloween, so banyak jugalah barang yang pelik-pelik saya jumpa..





*Sangat teruja bila jumpa warna hijau..



Ok, mula-mula potong wire ikut anggaran yang sesuai.. Lipat rama-rama dan tebuk dengan penebuk lubang.. Masukkan wire pada kedua-dua lubang.. Pintal hujung wire.. Dah siap.. (^^)






Untuk 'magic wand' pula, saya gunakan batang bendera, sticker hijau, wire berhias, wall art rama-rama dan gam UHU.. Potong sticker ikut saiz yang bersesuaian dan balut batang bendera.. Lekatkan rama-rama pada bahagian atas batang bendera.. 






Lilitkan wire berhias sebagai finishing.. 
Dah siap.. 
Mudahkan?






So, selamat mencuba! (^^)

Monday, October 20, 2014

DIY : Baju Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Entry sebelum ini, DIY kostum maskot rama-rama Rumah Hijau.. Kali ni, jom kita tengok macam mana nak buat baju maskot pula.. Simple saja bajunya.. Bahan-bahan yang diperlukan, inner hitam nipis, ribbon hijau, gam UHU, wall art decoration bentuk rama-rama.. 






Inner hitam ni saya gunting bahagian bawah sampai ke bahagian dada.. Agak-agaklah ya berapa panjang ikut saiz maskot anda.. Saya gunting pun senget-senget sebab inner ni sangat lembut dan nipis.. Tak apa, senget itu seni..hahaha.. Potong ribbon sama panjang dengan inner yang digunting tadi..






Dah siap gunting, lekatkan ribbon dengan gam UHU pada pahagian depan inner.. Kena lekat selang-selikan pada bahagian inner yang digunting tu.. Err, faham tak eh?.. Saya letak ribbon pada bahagian depan dan tepi inner saja.. Belakang tiada ribbon.. Lekatkan satu ribbon melintang di atas semua ribbon tadi.. *rujuk gambar



Sebagai finishing, saya lekatkan seekor rama-rama pada bahagian dada baju.. 
Boleh juga nak hias dengan lain-lain decoration dan design yang sesuai.. 
Ikut kreativiti anda ok.. 






Dah siap dah baju atau badan rama-rama saya.. Oh ya, paling sesuai pakai seluar warna hitam juga.. Maskot saya ada seluar hitam sendiri, so saya tak buatlah apa-apa design.. Memandangkan maskot saya ni petite orangnya, jadi inner yang bersaiz S ni dah cukup labuh untuk jadi skirt..






Inilah hasilnya.. (^^)

Sunday, October 19, 2014

DIY : Kostum Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pheww, akhirnya selesai sudah Hari Sukan Tahunan sekolah saya yang diadakan pada hari Sabtu 18 Oktober.. Awal-awal pagi tu cuaca sangat best, mendung dan redup saja.. Sekali dah nak dekat pukul 10, sang matahari tunjukkan muka dengan bersinar-sinar.. Habis semua yang ada di padang pun 'bersinar-sinar' juga, dah jadi Dayang Senandung..huhuhu



Tahun ni saya dimasukkan ke Rumah Hijau pula setelah lama di Rumah Jingga.. Tahun lepas saya buat maskot harimau Rumah Jingga, so tahun ni, saya ambil tugas buat maskot rama-rama untuk Rumah Hijau.. Ok, jom tengok macam mana caranya nak buat sendiri sayap rama-rama ni.. 



Bahan-bahan yang diperlukan ialah mounting board warna hitam, kertas minyak, kertas A4, tali atau ribbon hijau, tinsel, ala benda apa ek yang berkilat-kilat rambu-ramba tu, stapler, gam UHU dan kertas / sticker warna hijau dan silver (striking)..   






Mula-mula kena draf dulu bentuk sayap yang nak dibuat.. Saya lukis atas kertas A4 dulu.. Kemudian ambil kertas minyak dan lipat dua.. Lukis bentuk sayap pada sebelah bahagian kertas minyak.. Dah siap, gunting bentuk sayap tu.. Dapatlah dua bahagian sayap..






Buka lipatan sayap tadi dan letakkan atas board hitam.. Lekatkan dengan selotape sikit untuk elakkan kertas tu senget waktu nak lukis bentuk sayap dengan pensil.. Dah siap lukis, alihkan kertas minyak dan gunting board.. Berhati-hati ya waktu gunting tu.. Memang agak mencabar juga nak gunting board tu.. Saya cuba guna pisau tapi lagi susah dan bahaya pula.. Lagi mudah gunting saja..






Bila dah siap gunting, guna skru driver buat 6 lubang untuk masukkan tali atau ribbon.. 4 lubang untuk ribbon nak ikat pada bahu dan 2 lagi untuk ikat pada perut.. Kemudian ambil kertas warna hijau dan silver, lukis bentuk dan corak yang sesuai untuk lekat atas board.. Saya susun dulu atas board dan lekatkan dengan selotape sikit sebelum lekat dengan gam UHU.. Jangan terus guna gam UHU takut salah nanti susah pula nak adjust.. 






Bila dah siap, hias sekeliling sayap dengan tinsel.. Saya stapler saja.. Saya buat dua sayap yang berlainan design.. Untuk maskot saya buat sarat sikit, untuk pemegang sepanduk saya buat simple saja.. Saya just lekatkan wall art decoration bentuk rama-rama dan sticker hijau bulat-bulat.. 






Ha tengok, bahagia saja maskot saya menggayakan sayap rama-rama dia tu.. Saya juga buatkan baju untuk badan rama-rama dan hiasan kepala untuk maskot dan juga ahli-ahli perbarisan.. Oh ya, ada juga 'magic wand' untuk si rama-rama.. Kata si maskot sambil menggoyang-goyangkan 'magic wand', "Teacher, nak tak kita 'santau' rumah lain bagi kalah".. Danggg.. sekali rumah Hijau yang kalah selepas kira jumlah markah semua acara.. hahahaha.. Ala tak apa, just nak enjoy saja..hihihi



*Next entry cara-cara nak buat hiasan kepala dan 'magic wand' pula ok.. 
Dan juga cara nak buat baju maskot.. 
Check it out!!!



Monday, October 6, 2014

Resepi : Ikan Kembung Rebus Air Asam, Mudah Dan Sedap!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sejak dua tiga menjak ni tekak saya tak berapa nak selesa, asyik batuk-batuk saja.. Jadi selera makan pun terganggu juga.. Nak beli makanan di kedai, semuanya berminyak dan bergoreng.. Nak tak nak saya masak juga sendiri, tapi pilih menu yang mudah dan ikut tekak saya..



Ikan kembung rebus air asam memang salah satu menu yang paling saya suka.. Dulu masa arwah mak masih ada, dia suka rebus ikan kembung dan cicah dengan sambal belacan.. Makan pula dengan sayur kucai campur taugeh, berkuahkan kicap.. Perghhh, walau pun simple tapi boleh tambah berkali-kali ok..



Kali ni jom tengok apa bahan yang nak kena ada kalau nak cuba buat ikan kembung rebus air asam ni ya.. Ni bukan cicah, tapi masukkan air asam buat kuah ikan rebus tu.. Senang sangat nak buat, sedap pula bila makan..


  
Yang kena ada, mestilah ikan kembung.. Yang bersaiz besar dan fresh lagi sedap.. Dah siap siang dan bersihkan ikan tu, rebus dengan 2 keping asam keping dan sedikit garam.. Nak bagi hilang hanyir ikan.. Oh ya, saya rebus guna air yang cun-cun sukatannya nak buat air asam tu nanti.. Agak-agaklah ya..






Ok, ni ikan yang dah siap rebus, tak perlu lama sangat, cukup sekadar isinya dah putih.. Asingkan ikan dan air rebusan.. Buang asam keping di dalam air rebusan tadi..






Ni bahan air asam, sukatan ikut selera masing-masing: 


Air rebusan ikan
Air asam jawa
Bawang besar
Cili padi
Tomato
Belacan
Sos cili
Garam
Gula






Nampak tak, tomato dan bawang dipotong dadu.. Cili padi dipotong serong.. Tapi tomato dan cili dah dibuang bijinya ya sekadar yang termampu..huhu.. Tak elok makan bijinya sekali.. Ok, campurkan kesemuanya di dalam air rebusan ikan tadi.. Kacau sebati.. Nak rasa lagi umphh, saya ramas-ramas guna tangan je.. Baru betul-betul sebati.. Tapiiiii, PASTIKAN air tu dah sejuk sikit ok, nanti jadi jari rebus pula!!!



*Kalau ada sos tomato, nak tambahkan sikit pun boleh saja.. 
Saya tambah sos cili sebab nak pekatkan kuah.. Sos tomato dah habis pula.. (^^)






Kemudian siramkan air asam ke atas ikan..



Taddaaaaaaa...



Ikan kembung rebus air asam..






Husband saya yang tak suka makan air asam pun boleh hirup kuah air asam ni tau.. Kata tak suka air asam, tapi bila saya masak, semuanya dia sapu..hihihi.. Lagi pun, rasa air asam tu lain sebab guna air rebusan ikan, bukan macam yang kat kedai.. Air asam memang betul-betul air asam jawa campur belacan.. Adoiii pening bila makan.. Masam berkerut muka.. 






Memang berselera saya makan nasi hari ni.. Walau mudah tapi kena dengan selera saya, macam tak puas pula bila buat 2 ekor saja.. Tak apa, ikan masih ada, lain kali boleh buat lagi.. (^^)



Cubalah ya.. (^^)

TTC : Testimoni Amalkan Susu AlKhisbun Selama 3 Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Saya pernah publish entry tentang Susu AlKhisbun dulu.. Tapi saya tak pernah pula buat testimoni atau review kesan selepas saya amalkan susu ni.. So, hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua, kesan-kesan selepas minum susu AlKhisbun.. Kesannya lebih kepada dalamanlah ye, sebab memang untuk kesihatan dalaman wanita pun.. (^^)



1. Darah period keluar berketul-ketul


Hmm ni mungkin punca dan sebab utama kenapa bila period saya akan rasa cramping pada bahagian peranakan saya.. Kalau nak ikutkan, memang dari zaman bujang dulu lagi dah senggugut teruk bila period.. Waktu belajar dulu memang wajiblah saya ponteng kelas hari pertama period sebab sakitnya tak boleh nak buat apa.. Tapi lega selepas kahwin, sakit tu dah kurang.. Cuma masih rasa senak-senak jugalah..



Selepas amalkan susu ni, cuak juga bila darah dah keluar ketul-ketul pada hari pertama tu sampai kebocoran, huhu.. Tapi saya rasa lega sebab untuk bulan pertama saja jadi macam tu.. Memang dia cuci habis.. Bulan seterusnya dah ok, normal saja flow nya..



2. Senggugut kurang, almost hilang terus


Haa yang ni paling best sekali.. Senggugut tu dah rasa macam kena gigit semut je.. Hari pertama period pun boleh lagi nak kemana-mana, cumanya saya je yang malas nak kemana-mana.. Rasa mengantuk dan cepat letihlah kalau asyik 'derma' darah je selama seminggu..huhu..Mungkin sebab darah ketul yang tersumbat agaknya punca sakit tu.. Bila dah keluar habis, eloklah 'jalannya'..



3. Period jadi teratur


Ok, sebelum ni period saya memang tak teratur.. Kadang-kadang datang awal bulan, kadang-kadang tengah bulan, kadang-kadang hujung bulan.. Sukahatimakdia saja bila dia nak timbui.. Sebab tu saya sentiasa standby pad dalam setiap bag saya.. Kot-kot nak guna waktu kecemasan..hihihi



So, bila amalkan susu ni, cycle period saya jadi 30-35 hari saja.. Tak pernah terawal atau terlebih.. Bila dah teratur, senanglah saya nak kira waktu subur.. Sebab tu sangat penting pastikan period teratur kalau nak merancang tambah anak or tak nak anak..huhu



****


Ok, itu sahaja yang saya rasa kesan minum susu ni.. Saya cuba paksa minum susu ni walau pun rasa herbanya sangatlah susah tekak saya nak terima, tapi 3 bulan jugalah saya sanggup bertahan..huhuhu.. Tapi memang belum rezeki saya dan suami nak dapat berita gembira.. Oh ya, suami saya juga minum cafe AlKhisbun.. Tapi rasanya sedap gila dari susu herba saya..



Saya cuma ambil selama 3 bulan sahaja, kemudian saya stop.. Sebab saya memang bagi tempoh 3 bulan untuk setiap supplemen yang saya cuba.. Yang mana rasanya boleh diterima, saya akan terus amalkan, yang mana tak berapa nak berkesan pada saya, saya stop..



Mungkin pada orang lain kesannya berbeza.. Bagus sebenarnya amalkan susu ni, susu kambing dicampur herba, tapi ikut penerimaan badan masing-masinglah ye kesan yang diterima.. Kawan saya amalkan susu ni, ada rezeki dia pregnant.. Tapi belum tiba masanya lagi untuk saya dan suami bergelar ibu dan bapa..



No hal, cuba lagi ikhtiar yang lain.. Macam-macam cara ada, cuma nak atau tak nak je.. Kena yakin dengan usaha kita, moga-moga berkesan dan berjaya.. Semuanya dengan izin Allah jua.. (^^)






Wednesday, August 27, 2014

Tepung Ayam Goreng Serbaguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kalau anda nak buat kentang goreng atau pun sotong celup tepung goreng yang macam kat kedai tu, tepung apa yang anda guna ya? Ok, kali ni saya nak perkenalkan tepung ayam goreng yang rasanya lagi sedap daripada KayEffSee tu.. Tapi tepung ni dibuat oleh orang kita, 100% halal.. Tidak syak lagi..



Nama saja tepung ayam goreng, tapi sangatlah sesuai dan sedap kalau nak buat goreng kentang atau pun sotong.. Bukan setakat tu saja, udang, ayam, ikan semualah yang boleh dicelup tepung, saya akan guna tepung ni sebelum menggoreng.. Wangi pun wangi, bau rempah.. Memang sedapppp...






Tepung keluaran Zeko..



Saya pernah goreng kentang, potong kentang macam wedges tu, toskan, gaul dengan tepung ayam serbaguna ni dan masukkan sikit herbs and spices.. Bagi nampak menarik.. Tak perlu dibancuh dengan air, gula atau garam ok.. Gaul macam tu saja.. Kentang yang lembap lagi dengan air basuhan tu akan buat tepung tu melekat.. 









Inilah hasilnya..






Ini pula sotong yang saya celup dalam telur dulu sebelum gaul dengan tepung serbaguna ni.. Haaa lagi sempoi  rupa dan rasanya.. Sotong pun tak meletup waktu menggoreng.. Tak makan nasi dah saya, meratah sotong ni saja, cicah dengan sos cili.. 









Bagus kalau kita support barangan anak tempatan.. 
Dah say goodbye pada KayEffSee dah.. (^^)


* Siapa yang berminat nak cuba, RM5 sepeket..
Tahan lama, disimpan dalam peti sejuk..  



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...