Wednesday, March 26, 2014

Mesti Cuba!! Secret Skin White Kawaii Collagen

Assalamualaikum semua..



Sekarang ni dah ada produk yang sangat perfect untuk kesihatan dan kecantikan gadis-gadis, wanita-wanita dan semua kaum Hawa tau..Saya pun terpengaruh dan terjebak consume produk Secret Skin White Kawaii Collagen (SSWKC) ni juga..Ya la, cek pun nak segak jugak..Bukan hampa sorang saja yang nak segak comei-comei..



Lagi pun sejak usia dah meningkat ni..(huh bunyi macam dah nak masuk 40an saja..phewwww..) cek memang kena jaga kesihatan dan kecantikan..Bukan untuk dapat pujian daripada orang sekeliling, kalau orang puji, itu bonus!! Tapi untuk kepuasan diri sendiri dan tatapan suami terchenta..Habis dah semua orang pompuan kat luar sana pakai segak-segak, cantik-cantik, cun-cun, tak kan nak biar suami 'jamu mata' dengan pandangan kusam si isteri kat rumah kot..



Lagi pun baaaaaaaanyak sangat produk yang ada di pasaran, cuma kena pandai pilih dan cari maklumat betul-betul tentang produk tu sebelum nak consume..Macam SSWKC ni, saya dapat maklumat dari.. err.. dari.. err.. dariii.. dah lupalah mana dapat info!!! Dangggg..Nak kena cari produk untuk 'service otak' la kot lepas ni.. 



Ok, produk ni dah established di pasaran..Dr Harlina wife kepada Datuk Sheikh Muszaphar angkasawan tu pun consume juga..Siap ditawarkan jadi duta ok..Saya nak cuba dulu dan tengok hasilnya..Katanya sangat bagus sebab ada 36x anti-oksidan, 14x stem sel, 20x kaya buah-buahan dan kaya dengan ekstrak pitera yang digunakan dalam SK II..





Produk ni dapat sijil halal, juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia..Ok, saya akan cuba dulu untuk beberapa hari..Kalau ada kesan yang awesome, akan saya kongsikan dalam blog ni ok..Tu pun kalau ada yang nak baca lerrrr..



Hmm berangan juga nak jadi ejen jualan sebab di tempat saya
belum ada ejen..hmmm...

Monday, March 24, 2014

Jamu Kunyit Asam Jawa Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar tak jamu kunyit asam jawa? Jamu ni asalnya dari Tanah Jawa..Wanita-wanita Jawa buat jamu ni untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga untuk merampingkan badan..Haaa tak payah susah-susah nak pergi gym la, slimming centre la..Senang je, amalkan jamu ni, insyaAllah, maintain je saiz hang cek oiiii..



Selain daripada tu, jamu ni juga boleh melancarkan darah datang bulan, buang angin dalam badan dan juga menyuburkan sistem peranakan serta banyak lagilah..Haa banyak tau khasiatnya jamu simple ni..Mungkin salah satu cara nak TTC? Nak buat juga? Jom intai apa bahan-bahan yang diperlukan..



Kunyit hidup
Asam Jawa
Gula merah
Halia
Air



Semua bahan ikut citarasa sendiri ok..Halia tu saya tambah sendiri sebab nak buang angin dalam badan..Saya potong halus kunyit hidup dan halia..Boleh juga nak blend..(Tapi cek malas nak basuh blender lepas blend bahan setoet ni saja..Potong lagi cepat!) Kemudian campurkan semua bahan tadi dalam periuk dan masak hingga mendidih..






Bila dah mendidih, tutup api dan tapis sewaktu tuang dalam cawan atau mug..Saya suka minum suam-suam waktu hari pertama dan kedua datang bulan..Habis semuanya di 'flush'..Kalau berkesempatan memang saya amalkan jamu ni..Rasa jamu ni agak masam-masam manis..Tapi sedap tau!!! Jamu yang paling sedap sekali jamu kunyit asam jawa ni la..Kalau simpan dalam peti sejuk, lagilah best bila minum..






Cubalah ye..
Boleh juga kita share pengalaman masing-masing..
Tambah ilmu sama-sama..(^^)

Saturday, March 22, 2014

Antara Tempat Menarik Di Lumut Dan Taiping

Assalamualaikum semua..



Jom layan beberapa gambar yang menarik di Taiping dan Lumut..






Swan yang anda nampak tu bukan swan sebenar ok..
Boleh naik dan kayuh sekeliling tasik..






Tenangnya..






Paling suka tengok pokok-pokok yang unik kat tasik ni..






Time to shop!






'Sapu' apa yang patut....zassssss..






Ada lagiiiii..zassssss..






Tu dia besaq nala..sauh kapai sapa ni? (^^)



InsyaAllah ada rezeki lain kali nak pergi lagi..

Tuesday, March 18, 2014

Patah Hati Setiap Kali Jual Kereta

Assalamualaikum semua..




Di saat saya taip entry ni, saya tengah tengok 'drama' sebabak Encik Husband saya..hahaha..Kami duduk di meja makan..Dia tengah layan video lagu-lagu tangkap leleh dan syahdu-syahdan zaman 80-an dulu..Lepas satu lagu ke satu lagu yang lain dia nyanyi..Puncanya?




Hmmm puncanya, dia nak jual kereta kesayangan dia..Setiap kali dia nak jual kereta dia, macam tu lah jadinya..Tapi nak jual pun sebab ada perancangan yang nak dibuat dengan duit tu nanti..InsyaAllah perancangan yang lebih baik..(^^)




*Sumber Google



Jangan sedih-sedih ok Encik.. (^^)
Dah tiba masanya 'budak biru' ni cari Tuan lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...