Sunday, August 25, 2013

The Landmark Hotel Batu Pahat - Feel Like Home!

Assalamualaikum semua..



Ni entry tentang trip bercuti saya ke Batu Pahat beberapa bulan yang lalu..Hahaha terukkan? Dah lama berhabuk dalam draft ni ha..Tapi nak share juga sebab boleh jadi panduan pada sesiapa yang nak cari tempat menginap di Batu Pahat nun..



Ok, suami saya booking bilik melalui Booking.com..Memang tabik springlah dengan service Booking.com ni..Seriously boleh bagi 5 stars! Setiap booking tak perlu deposit apa-apa ok..Cuma kalau nak cancel saja kena charge..Sebab tu kalau nak booking pastikan dah plan elok-elok..Setiap booking akan dijamin ada bilik..






Suami saya booking malam, 3 hari sebelum bertolak..Esok paginya, pihak hotel call dan cakap bilik dah penuh! What?! Mulalah tak sedap hati dah nak ke sana..Asal nak ke Johor ada saja halangan..Kali ketiga dah ni..Suami saya kata dah booking dah semalam ada lagi bilik, so pihak hotel akan contact Booking.com..Husband saya call Booking.com dan dimaklumkan bahawa pihak hotel yang sepatutnya mencari hotel lain yang berdekatan dengan harga yang sama..



Person in charge dari Booking.com tu yang akan contact hotel dan akan maklumkan pada suami..Siap pesan kalau ada masalah contact dia terus..Jangan risau sebab dah polisi Booking.com yang setiap booking dijamin..Tunggu punya tunggu pihak hotel call dan cakap ada hotel berdekatan..Hotel yang kedua tu call suami untuk confirmkan..Ok selesai satu perkara..



Tapi esoknya hotel yang mula-mula kami pilih tu call dan cakap ada bilik kosong pula..Haishh buat main-main pula depa ni..Person in charge hotel cakap mereka yang akan tolong cancel di hotel yang kedua tu..Suka hati hangpalah..Janji kami ada tempat nak stay 3 hari 2 malam nanti..Jauh ni cek mai..Maka kami pun selamat bermalam di The Landmark Hotel, Batu Pahat..






Sangat selesa ok hotel ni..Memang betullah tagline hotel ni, 'Feel Like Home'..Semua ada, dari kettle, iron, iron board, hair dryer, tv dan lain-lain kemudahan asas yang lengkap..Oh ya, ada wifi di setiap level..I likeeeee!!






Katil yang selesa, walaupun request bilik yang satu katil, tapi dapat dua katil besar..Harga tetap sama macam yang kami book guna Booking.com..Oh ya, di meja kecil tu ada guidebook tempat menarik di Batu Pahat..Memang mudah bagi kami yang melancong ke sana sebagai panduan..












Huhu sofa tu bagi pengalaman ngeri kat saya..Saya tengah bersiap di depan cermin bila suami alihkan sofa tu dekat dengan saya..Dia letak sofa dan terus duduk..Menjerit saya sebabnya dia letak sofa atas anak jari kaki kiri saya..huhu..Sakitnya Tuhan saja yang tahu..Terus tak boleh jalan..Berjurai juga air mata..Sakit baq hang!



Jari tu dulu pernah patah..Bila kena lagi sekali, bengkak dan lebam..Mujur saya ni ada bawa plaster dan minyak angin comel kalau kemana-mana..Pakai plaster selepas sapu minyak..Tak nak bagi bengkak..Huhu keluar jalan pun terhencot-hencot..Spoiled betullah..Semuanya pengalaman...(^^)

Thursday, August 22, 2013

R4BIA Is A Symbol Of Freedom!

Assalamualaikum semua..
Simbol untuk kebebasan, keamanan dan keadilan untuk umat Islam di Mesir..


*sumber Google

Wednesday, August 21, 2013

Awet Muda Dengan Tomato Dan Lobak Merah

Assalamualaikum semua..

Teringin tak nak nampak awet muda tuan-tuan dan puan-puan? Hehe soalan ni ditujukan khas pada tuan-tuan dan puan-puan saja ok..Yang cik adik cik abang muda belia, tak perlu risau..Kulit tu masih tegang dan cantik lagi..Tapi lagi bagus sekiranya dari awal dah dijaga pemakanan kita untuk mendapatkan hasil di kemudian hari..



Saya ni bila dah masuk 30an barulah sibuk dan rajin nak jaga pemakanan..Lebihkan makan sayur dan minum air kosong..Sebelum ni bukan tak makan, makan juga..Cuma tak jaga sangat pemakanan tu..Main hentam saja nak makan apa ikut sedap tekak..huhu



Lately, saya sangat suka dengan buah tomato dan juga lobak..Stok buah tomato tu sentiasa adalah dalam fridge..Lobak tu kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada pun tak apa..Saya suka makan mentah buah tomato tu tapi yang masih muda..Sedap tau macam makan epal..Tak lalu nak makan yang dah masak ranum atau yang dah merah..



Lobak merah yang kaya dengan potasium, kalsium, vitamin B dan C yang diperlukan oleh badan kita bagi meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru, membuang toksik di dalam badan, dan memperbaiki keadaan kulit.. Manis sangat bila makan mentah..






Buah tomato ni pula banyak khasiatnya tau..Bukan setakat kaya dengan zat besi, serat, fruktosa, glukosa dan asid folik, tetapi kaya dengan vitamin A dan C bagi mengecilkan liang roma dan mengembalikan keremajaan kulit..Ha makan banyak-banyak buah tomato ni jadi awet mudalah uolls..






So saya cuci bersih kedua-duanya, potong dan campur dalam mangkuk..Saya ambil secubit garam dan tabur sikit-sikit saja atas campuran tadi..Makan sambil layan movie..Enjoy!!!



Ada perubahan tak sejak saya amalkan makan macam ni? Huhu kena tanya orang yang kenal saya kot..Nanti saya sendiri yang declare kulit jadi cantik, nampak awet muda segala-bagai macam perasan pula! Tapi ramai yang baru jumpa memang ingat saya masih 20an dan belum berkahwin..Hakikatnya saya dah Puan almost 5 years dan umur dah 32..



Nak tahu berkesan ke tak, anda kena cuba sendiri! (^^)

Wednesday, August 14, 2013

Kulit Gatal Selepas Makan Daging Kambing!!!


Assalamualaikum semua..



*sumber: google



Hmm mesti ada yang pelikkan bila baca entry saya kali ni..Huhu ya percayalah, memang betul saya tak tipu..Memang kulit saya gatal-gatal selepas makan daging kambing..Saya memang tak suka dan tak pernah teringin pun nak makan daging kambing sebelum ni..Tapi baru-baru ni suami saya bawa balik nasi dan lauk kenduri..
Dah dekat pukul 2 pagi dah pun masa tu..Seharian layan tetamu yang beraya di rumah, kami berdua langsung tak sempat nak makan nasi..Asyik makan laksa dan kuih raya saja..Bila dah malam baru terasa nak makan nasi..Masa suami saya bawa balik tu, saya kata ok, makan saja sebab lapar..Maka kami berdua pun makanlah nasi dan lauk kambing tu..
Saya makan tak banyak pun sebab memang tak suka makan..Entahlah, dari kecil memang tak makan kambing..Dalam sejam selepas tu saya tidur..Bila bangun keesokan harinya, saya rasa gatal-gatal pada tangan, kaki, cuping telinga, badan dan muka..Aik apasal ni?Dah ada sebiji dua macam jerawat di muka..Dan gatal!! Nak garu takut jadi lagi besar..Gosok saja dengan hujung jari..
Selepas mandi, lagi gatal di bahu dan tapak tangan pula..Ohh apa yang terjadi? Ingat-ingat balik last benda yang saya makan ialah kambing tu..Saya pun search dalam website dan terjumpa maklumat ni di website National Poison Centre USM tentang gejala alahan dan kesannya (klik  DI SINI)..Memang tanda alahan terhadap sesuatu makanan ialah gatal-gatal kulit, naik bintik-bintik merah macam ruam di kawasan yang gatal tu..
Tak selesanya saya rasa..Apa yang saya buat, saya siram dengan air suam dari shower dan gosok dengan garam..Kemudian lap kering dan sapu dengan bedak..Hilanglah sikit..Tapi adalah dalam 3, 4 hari juga baru nak hilang!! Adoiiyaiii seksa tau kena gatal-gatal kulit..Sumpah tak makan dah kambing sampai bila-bila..huhuhu



Bila saya bagitau suami saya, boleh pula suami saya cakap, "Eh dah ada janggutlah"..Ishh ishh ishh, memang tak patut betoi nak melawak time tengah gatal ni..Sabar sajalah..Tapi esoknya, dia cakap lengan dia gatal-gatal sikit..Ada ruam sebiji dua..Saya senyum, cakap pada dia, "Tulah balasannya kata kat orang"..(^^)



To Mr and Mrs Kambing, sorry, kita tak boleh jadi bestfriend macam dalam gambar ni..huhu



*sumber: google
* Ada tak sesiapa yang pernah alami alah pada daging kambing macam saya ni? Kalau ada, boleh share pengalaman dan cara nak 'lawan' gatal-gatal kulit tu..Atau pun ni kes terpencil ni..huhuhu Feeling like an Alien!!!

Tuesday, August 13, 2013

Resepi - Puding Roti Yang 'Melting' Dalam Mulut

Assalamualaikum semua..



Dah puas beraya sakan? Dah puas makan ketupat, lemang, rendang dan kuih raya? Ok, masa untuk tukar menu pula..Saya nak share resepi puding roti..Alaaa yang ramai blogger post dalam entry masing-masing sebab senang nak buat..Saya pun nak juga masukkan dalam blog kesayangan hamba sebab nanti bila dah lupa resepi boleh tengok balik..hehehe



Buat pun sebab ada balance roti lagi lima keping..Expired hari ni..Tengok bahan semua ada di dapur..Senang pun senang, jadi bermulalah proses nak buat puding roti ni..Saya cuba resepi dari blog Cahaya Hidupku (klik DI SINI)..Minta ampun ye tuan tanah, saya buat resepi derhaka ikut selera saya..huhu


  
Bahan-bahan:

4 keping roti- dipotong kecil-kecil
*saya guna 5 keping sebab balance pun 5 keping ja hehe


1 tin susu cair (375ml)
*saya alah dengan susu, so ganti dengan santan serbuk, perasa pandan bancuh dengan air suam 1 mug

2 biji telur
*pun guna 2 biji telur

4 sudu besar gula
*saya guna 4 sudu gula tapi tak penuh sangat sebab tak suka manis

1 sudu kecil esen vanilla
*saya guna setengah sudu besar

2 sudu butter
*saya cuma sapukan pada roti, tak sampai 2 sudu pun takut berminyak

sedikit kismis
*kismis dah habis masa buat salad buah, so tak letak apa-apa huhuhu

*saya masukkan secubit garam sebab nak bagi rasa lemak pada santan..



Saya masukkan semua bahan kecuali butter di dalam bekas dan pukul hingga sebati..Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang..Tuang bahan-bahan tadi di atas roti..Kukus dalam 20-25 minit..Tapi tadi saya teman suami makan sambil sembang-sembang terlajak kukus pula sampai setengah jam..Tapi tak apa, tak ada apa-apa pun yang berlaku pada puding saya..huhuhu






Dah siap kukus, tunggu dah sejuk baru dimasukkan ke dalam peti ais..




Tu dia..puding saya yang melting dan sejuk sangat bila masuk dalam mulut..Yummehh!!
Selamat mencuba! (^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...