Friday, June 20, 2014

Restoran Black And White Steamboat & Grilled

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Phewww lama tak update blog sebab laptop rosak pula.. Padahal banyak benda yang nak dikongsi tersepuk dalam draft.. Huhuhu apakan daya.. 



Ok jom tengok restoran yang saya nak promo kali ni.. Restoran Black and White Steamboat & Grilled yang terletak berdekatan dengan Queensbay Mall Penang.. Restoran ni agak tersorok dan susah nak cari parking..






Di celah-celah deretan kedai yang macam-macam..






Suasana di dalam restoran..
Agak lengang..






Ada kuah sup atau pun tomyam untuk steamboat..
Rasanya sedappppp..






Pelbagai jenis lauk untuk grilled dan steam..






Memang berbaloilah kalau sesekali nak makan disini.. Harga pun berpatutan dan masa yang diberi lebih kurang 4 jam kot untuk makan.. Tapiiiiii.. suami saya kata pernah nampak restoran ni nak dijual di dalam Mudah.my.. Hmmm 


Monday, June 2, 2014

Resepi - Sup Ketam Sos Tiram Yang Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sekarang ni banyak kes denggi dan juga viral fever kan?.. Ok salah satu petua nak bagi cepat platlet darah tu naik dan normal, kenalah makan sup ketam.. Oppss, bukan sebab kena denggi atau viral fever ye saya buat sup ni.. Saja main masak-masak sebab dah lama mengidam nak makan sup ketam.. 



Tapiiiiiii memang seksa kena denggi atau viral fever, dua-dua saya dah pernah kena.. Seksanya Tuhan saja yang tahu.. Badan dan sendi semua lemah, rasa macam kena katok dengan tongkoi kayu.. Err kena ketuk dengan tongkol kayu.. Ok tak mau ingat balik, sebab dan-dan rasa lemah sendi.. huhuhu  



Berbalik pada resepi.. hihihi
Jom tengok resepi sup ketam sos tiram yang mudah ni..



Bahan-bahannya:

5 ekor ketam di potong dua
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 labu bawang besar ditumbuk
10 tangkai cili padi ditumbuk
1/2 inci halia dipotong nipis
2 batang serai diketuk
3 keping asam keping
3 helai daun limau
3 sudu B sos tiram
1 biji tomato dipotong
Brokoli dipotong
Garam 
Air



Senang je nak buat sup ni.. Lepas dah bersihkan ketam, tumbuk semua bahan yang kena tumbuk, masukkan ketam dan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga masak.. Masukkan garam ikut citarasa, tapi jangan banyak sangat sebab sos tiram pun dah masin.. Sukatan bahan pun ikut citarasa anda ok.. Pandai-pandailah 'derhaka' pada resepi ni.. Modified je ikut selera anak tekak sendiri, saya tak marah.. (^^)






Siap dah, jom makan!!!






Ketam fresh, sedap sangat isinya hooiiiii..






Sedap hirup kuah sup ni panas-panas..



Kalau rajin cubalah ye.. (^^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...