Friday, December 27, 2013

Tok Nekkk, Cek Nak Balik Kampung Minggu Depannn..

Assalamualaikum semua..



Hehehe tajuk entry macam apa saja kan..Kelmarin saya kena jaga kelas tambahan untuk murid yang nak naik Tahun 6 2014..Saya kena Subjek Sains..Hehehe no hal masih ingat lagi ilmu yang ada dalam kepala ni..Kelas yang saya jaga ialah kelas paling last sekali..Tapi jangan tak tahu, waktu buat soalan dalam modul yang dah dapat tu, siap cakap kacang ja nak buat..Senanglah kononnya tu..



*Awat tak tau, asai senang ja macam kacang..???



Waktu buat soalan tentang teknologi, biasalah budak-budak ni dah cuti lama, ingat-ingat lupalah..Ada soalan tentang kepentingan teknologi bagi memudahkan manusia..Murid kena pilih jawapan yang betul..Lebih kurang macam tu lah..Salah satunya tentang komunikasi..Murid-murid ni buat-buat muka blur betul atau tidak teknologi di bidang komunikasi ni buat hidup manusia lebih mudah..



Saya tanya jawapan, ada yang jawab tapi tak pasti..Fikir punya fikir saya bagi contoh, memandangkan semuanya dari Penang, so saya bagi contoh dalam loghat Penanglah..(^^)



'Katalah, kamu ada Tok Nek di Kedah..Kamu di Penang..Kamu nak balik kampung minggu depan..Tapi sebab tak ada teknologi macam telefon, kamu kena jerit kuat-kuat..'



'Tok Nekkkkk, cek nak balik kampung minggu depannnn...'



'Agak-agak Tok Nek kamu dengaq dak?'



Sambil gelak-gelak murid-murid tu jawab,



'Dakkkkkk tak dengaq'



'Ok, bagus, memang tak boleh dengaq..Sebab jarak kamu dengan Tok Nek kamu jauh..Habis tu, penting ka dak teknologi dalam komunikasi ni, nak cakap dengan orang yang jauh?'



'Pentingggggg'



'Ok, dah tau apa jawapannya, tanda di kertas kamu..'



Sambil gelak-gelak semuanya menanda jawapan yang betul..huhuhu



Harap-harap betullah apa yang saya ajar dan harap-harap semuanya ingat cerita Tok Nek ni bila nak menjawab periksa nanti..huhu




*Google

Thursday, December 26, 2013

Menara Condong Telok Intan Di Perak

Assalamualaikum semua..



Waktu saya dan suami berkunjung ke Sitiawan (dalam entry yang lepas), kami ada misi yang perlu dilaksanakan..Kami berdua nak ke Telok Intan sebab nak tengok Menara Condong yang terkenal tu, even dalam buku BI Year 3 pun ada cerita tentang Menara Condong ni tau..So, teacher ni nak penuhkan ilmu lagi tentang Menara Condong, kenalah tengok sendiri depan mata..



Kami menginap di Sitiawan, jadi jarak nak ke Telok Intan lebih kurang 55 kilometer sahaja, dalam 45 ke 50 minit drive..Kami sampai waktu dah petang..Agak sesak juga di pekan Telok Intan ni rupanya..Pusing dua tiga kali juga kami nak cari parking..





Nampak tak betapa terujanya nak ambil gambar walaupun masih dalam kereta..-.-'





Keadaan sekitar Menara Condong..





Maklumat tentang Menara Condong..


  



 


Kecantikan Menara Condong waktu malam..


*Posisi kamera yang buat menara tu nampak sekejap condong ke kiri sekejap condong ke kanan ye..Bukan dia goyang-goyang ok..huhuhu



Paling best sebab kami pergi, kalau tak salah hari Sabtu, ada pasar malam berhadapan dengan Menara Condong saja..Sebelum tu kami ada juga cuba sate dan ABC di salah satu gerai yang ada dekat-dekat situ..Memang sedap! 



Sambil makan sambil tengok Menara Condong yang berkilau cantik tu, fuhh memang terbaik! Masuk pula pasar malam yang memang sangat sesak dengan penjual dan orang yang nak membeli, jumpa pula macam-macam makanan, wahhh terus rasa macam nak beli apa saja yang ada..



Wahaaa tamak gila..kan? Tapi, kawal nafsu rakus nak menipiskan dompet, pilih yang betul-betul berkenan saja..So kami berdua pilih kuih ni, apa ek dipanggil di Perak, saya panggil kuih bakar atau bingka..Sedappp sangat..
  






Dan gambar yang bawah ni rare..Haha namanya Apam Tokyo..Tak tahulah kenapa jadi Tokyo..Rasa lebih kurang macam Apam Balik, kalau di Penang panggil Apom Balik, tapi ada inti kelapa separuh dan juga kaya..Sedap juga..Beli sebab pelik tak pernah jumpa..hahaha






Kami hanya ronda-ronda nak tengok apa perbezaan, persamaaan atau uniknya pasar malam Telok Intan ni dengan yang ada di Penang..Ada jugalah yang kami terrrrrbeli..hehehe..Tapi memang lenguh kaki berjalan sebab sangatlah panjang dan banyak sangat gerainya..Pheww berpeluh-peluh..Selepas tu kami ronda area Telok Intan dan balik ke hotel..Dah tak larat nak kemana dah..huhu



Tapi overall Telok Intan best! Makanan pun sangat best! (^^) 

Tuesday, December 24, 2013

3 Hari 2 Malam Di Radiant Hotel, Sitiawan, Perak

Assalamualaikum semua..



Percutian saya dan suami kali ni di Sitiawan, Perak..Ada apa di Sitiawan?..Kami pilih Radiant Hotel di Sitiawan sebab senang nak ke Lumut dan juga Telok Intan..Saja pilih Sitiawan sebab kami berdua tak pernah lagi stay di situ..



Ok, suami saya booking hotel ni menggunakan booking.com..Memang kami akan pilih booking.com setiap kali nak pergi bercuti..Mudah dan tak payah bayar apa-apa selagi anda tak cancel kalau tak silap saya, 3 hari sebelum tarikh yang di pilih..



Radiant Hotel ni senang saja nak cari..Tapi disebabkan kami berdua tak biasa jalan disitu, dan GPS pula buat hal tak boleh nak charge, tersesat seminit dua sebelum sampai..Tapi bagusnya, pihak hotel call dan confirm agak-agak kami sampai pukul berapa..Tapi waktu hotel call tu, kami baru saja berhenti depan hotel..



Terus dengan girangnya, saya cakap, "Check in sekarang, sebab baru sampai depan hotel"..Adehhh ada ke patut jawab macam tu..Tergelak receptionist tu..Bila dah ada depan kaunter baru nak termalu sendiri..Tapi cik receptionist tu pun ramah, buat saya rasa tak malu..hahaha..



Jom tengok gambar yang sempat saya ambil..(^^)






Sebelah hotel tu ada kedai jual senjata..Pheww sebelah bilik kami tu..Risau pula kot-kot ada yang rompak kedai tu..Choiii boleh pula fikir macam tu saat pertama kali tengok kedai senjata tu..Gulppp..






Hotel ni kecil, tak banyak bilik..
Tapi biliknya kemas dan selesa bagi kami yang nak rehat dan tidur saja..






Ruang tamu atau ruang menunggu..






Bilik yang menghadap jalanraya..






Kemudahan yang minimalis..






Tempat gantung baju, cukuplah nak gantung sehelai dua..






Toilet yang bersih..






Hotel ni cuma dua tingkat saja..Kena naik tangga nak ke bilik..Waktu malam, pintu utama nak naik ke atas akan di tutup dan di kunci..Untuk keselamatan, siapa yang ada kad akses bilik saja yang boleh akses pintu tu..Bagus juga buat sistem macam tu..



Sekiranya kita nak suruh room service kemas bilik, just tinggalkan kad akses di kaunter di dalam bekas yang disediakan..So senang, kalau tak nak, usung saja kad tu kemana pun anda nak pergi..



Overall, Radiant Hotel ni nampak macam kecil, tapi selesa..(^^)

Monday, December 23, 2013

Jom Shopping Di Padang Besar, Perlis

Assalamualaikum semua..



Teringin nak ke Padang Besar, Perlis?..Nasihat saya, silalah bawa duit banyak-banyak sebab anda akan rambang mata bila dah sampai sana..Wahaaa nasihat yang tak boleh pakai..Nanti botak kepala cik abang kalau cik kak cakap kena bawa duit banyak-banyak bila nak pergi Padang Besar..



Tapi, seriously, rasa macam semua benda nak kena beli pula..Dan-dan masa tu juga semua benda tak cukup..Semua barang tu dan-dan tak ada di rumah! Hewhewhew perempuan, ladies, cik kak, you olls memang tau kaki shopaholic tegar kalau tahap macam tu!!!



Saya pergi dengan suami bawa duit cukup-cukup saja..Suami saya cakap, nanti bawa lebih, over pula membeli..Dang! Kenalah pilih barang yang betul-betul ikut keperluan saja, bukan kehendak..huhuhu..









Asal ke Padang Besar mesti hujan..






Entrance..






Gigih tau hujan-hujan ambil gambar juga nak masukkan dalam blog..-.-'






Wahhhhh tengok tu, macam-macam adaaaaaaa..






Haa sekeliling hang ada saja benda yang boleh di beli tau dak cek oiiiii!!!



Nampak macam lengang saja kan?..Itulah untungnya kalau pergi waktu hari minggu, hari biasa..Barulah boleh  lenggang-kangkung pilih barang..Kalau hujung minggu, phewww mahunya bersesak-sesak nak pilih barang..Banyak lagi kedai saya tak ambil gambar pun..Bagusnya, saya perasan kesemua kedai yang kami berdua masuk, just nak tanya harga atau tengok-tengok saja, penjual tu sangat ramah melayan customer..



Waktu kami berdua pilih toto (comforter), ada seorang pekerja kedai tu, lari kelam-kabut cari customer yang tertinggal barang di kedai..Bertanggungjawab tau..Kakak kedai jual makanan ringan pula siap bagi sepeket asam free bila kami beli keropok di kedai dia..Well, saya suka kalau customer dilayan seadanya..



Saya paling pantang kalau pergi mana-mana kedai si penjual tu buat muka masam..Macam nak lempang! Saya sanggup tak beli di kedai tu dan cari kedai lain..Kita bawa rezeki untuk dia, bukan bawa bala..Bukan suruh senyum sampai terseliuh rahang, senyum di hujung bibir sikit saja sesaat dua dah cukup..Senyum itukan sedekah..(^^)

Sunday, December 22, 2013

Lemang Pak Teh Yang Famous Menjelang Raya

Assalamualaikum semua..



Mungkin ada yang cakap, eleh bukan musim raya pun nak cerita pasal lemang..Tapi, anda kena ingat, sekarang ni orang dah tak tunggu musim raya saja nak makan lemang..Ada peminat lemang, pagi-pagi cari lemang nak sarapan, pergi pasar malam pun ada orang jual lemang siap dengan serunding..Tu belum lagi kira ibu mengandung yang tiba-tiba mengidam nak makan lemang..Ha ramai tau yang nak cari lemang walau bukan musim raya..



So, kenalah ambil tahu juga, di mana tempatnya nak cari lemang sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar di luar musim raya..Ingat senang ke nak cari?..Mungkin akan jumpa, tapi confirm ke sedap?



Ok, ada satu tempat menjual lemang yang memang famous di sebelah Utara..Lemang Pak Teh nama diberi..Lemang Pak Teh terletak lebih kurang 6 kilometer dari bandar Sungai Petani..Kalau anda dari Pulau Pinang menghala ke Sungai Petani, Kedah, anda akan jumpa kedai Lemang Pak Teh di sebelah kanan anda..Kedai ni berdekatan Taman Sri Pinang dan Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah..*Google*



Waktu bukan musim raya, kedai ni di buka juga..Cuma jual lemang dan serunding sahaja, tapi tak banyak sangatlah..Kalau musim raya, ha tengok sendirilah gambar di bawah ni..Tak cerita pun anda akan faham kenapa saya kata anda patut cari kedai Lemang Pak Teh ni..(^^)






Dari jauh nampak berderet kereta singgah..
Kena beratur panjang tau nak beli..






Nampak tak betapa banyak lemang yang dibakar? Tu baru sikit..
Oh ya, harga berbeza ikut saiz lemang..






Di sini juga ada jual biskut, kerepek dan juga makanan ringan yang diletak oleh pembuat kuih tradisional untuk dijual..Waktu hari biasa, dah tak ada, cuma meriah waktu musim raya saja..



Memang berbaloi beli lemang di sini..Kualiti dan layanan pun ok..Walau pun orang ramai dan macam-macam karenah waktu saya dan suami sampai, saya tengok ok saja orang tu layan..Siap boleh tukar lagi kalau ada yang tak masak ke atau rosak..Kalau ada masa kot tersesat ke Tikam Batu, silalah singgah, beli dan rasa sendiri Lemang Pak Teh..Memang berbaloi..(^^)

Saturday, December 21, 2013

Jom Melawat War Museum Batu Maung, Pulau Pinang

Assalamualaikum semua..



Pernah tahu tak wujudnya sebuah War Museum di Pulau Pinang ni? Terletak di Batu Maung, Bayan Lepas, War Museum ini telah dibuka lebih dari 70 tahun lamanya..Sebuah kubu tentera British yang masih lagi dikekalkan untuk generasi akan datang..Kalau berkesempatan, silalah bawa anak-anak anda ke sini..



Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil..




Entrance..







Dijaga oleh pihak swasta..



Dengar taklimat dulu sebelum mulakan rondaan..




Check point..(^^)







Antara contoh rumah dulu-dulu..




Terowong ni gelap sangat, kena guna torchlight..




Antara senjata dan alatan yang pernah digunakan..


Err mineral water tu iklan ye..hehehe




But dan kasut yang digunakan tentera..




Senjata dan buaian yang ada..







Ada 'tentera' yang jaga..hehehe 



Dan baaaaaanyakkkk lagi yang menarik..Tapi anda kena tengok sendirilah..
Tak larat dah saya nak upload gambar..(^^)



Friday, December 20, 2013

Nasi Beryani Gam Special Batu Pahat Yang Sangat Sedap!

Assalamualaikum semua..


Phewww..saya tak tahulah kalau ada nasi beryani gam lain yang lagi sedap, tapi inilah kedai nasi beryani gam yang paling sedap saya pernah makan..Kedai ni terletak di astaka makan berhadapan dengan Hospital Putra, Batu Pahat..Err betul kot namanya, cuba tengok gambar..hehe








Inilah kedainya..





Inilah nasinya..Special ada acar..Sedapppppp sangat!!!



Syok dan teruja nak ambil gambar, tiba-tiba..



*

*

*

*





Papadom dalam pinggan saya terbang!!!



Hahaha mujur suami saya sempat tangkap..Kecoh betullah papadom ni tau..Memanglah berangin di situ, tapi tak sangka pula papadom tu nak buat aksi melampau..huhu..Kalau tak, tak dapatlah saya rasa papadom dari Batu Pahat..Kotlah rasanya lain..Tapi memang sedaplah nasi beryani gam ni..Memang terbaik!!! Tak sia-sia saya dan suami redah cari sendiri dan cuba kedai ni..Lain kali kalau ada rezeki pergi ke Batu Pahat lagi, insyaAllah dah tahu dah nak makan di mana..

Thursday, December 19, 2013

Yeaayy, Masuk Majalah Kuntum!

Assalamualaikum semua..



Yeayyy, sekolah saya masuk dalam Majalah Kuntum! Tapi..hehehe bulan Oktober 2013 nun dah masuk, bulan Disember baru sempat nak update..hewhewhew..Hari tu ada pihak Kuntum datang sekolah dan bagi susu percuma pada murid-murid sesi petang sahaja..Cikgu-cikgu pula dapat Majalah Kuntum secara percuma..Thank you Kuntum!



Ada dua maskot yang comel ikut serta dalam program ni..Murid-murid Tahap Satu di sekolah saya sangat teruja tengok maskot-maskot tu..Maklumlah, bukan selalu dapat pegang dan salam dengan maskot tu..Siap menari-nari lagi ramai-ramai..Cikgu-cikgu pun teruja juga..Hehehe cikgu Tahap Satu, sama naiklah dengan murid-murid Tahap Satu..hehehe






Saya pun tak perasan ada gambar sekolah saya dalam majalah Kuntum bulan Oktober ni..Seorang murid Darjah 3 yang inform dan cakap ada muka teacher dalam Kuntum..Eh?? Ditunjuknya gambar dibawah ni..Oh my, ingatkan tak masuk pun dalam majalah..Semua cikgu dan murid-murid teruja tengok gambar sendiri dalam majalah..Hahaha macam lawak pula..konon-konon glamour la sekejap..



Masing-masing berebut nak cari gambar sendiri..(^^)



Ada murid cakap pada saya, 

"Ala tak bestlah, awat muka ticer ada tapi muka saya tak dak pun!"



Hahaha saya cuma ketawa saja..Kanak-kanak ni kan..






Ada maklumat yang salah tentang GB, PK1 dan PK HEM..Mungkin Kuntum ambil maklumat lama kot..Tapi tak kisahlah, janji masuk majalah..hahahaha..By the way, bagus tau Majalah Kuntum ni, sangat padat dengan ilmu untuk murid-murid sekolah..Kalau berkesempatan, silalah beli dan buat koleksi ok..






THANK YOU KUNTUM! (^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...