Tuesday, May 12, 2015

Boyfriend Kecik Darjah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Tahu tak kecik tu apa? Maksudnya 'kecil' dalam loghat Utara.. Minggu lepas seminggu saya tak pergi sekolah sebab kena berkursus.. Hari Isnin tu cuti sempena Wesak, kursus tu start dari Selasa sampai Khamis.. Tapi Khamis cuti umum pula di Penang ni sebab mengundi, so kursus tu dibawa sampai hari Jumaat..



Sebulan sebelum tu, ada cikgu praktikal yang masuk mengajar kelas saya.. Jadinya lamalah saya tak mengajar kelas 2 Arif ni.. Tadi, saya masuk macam biasa sebab cikgu praktikal tu dah habis.. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ni datang depangkan tangan luas-luas dekat dengan saya..



"Teacher nak pelukkkkkk.."


"Eh!!?? Nak peluk?? Kenapa?"


"Rindulah lama tak jumpa teacher.."


"Teacher bolehlah..saya nak pelukkkkkk.."



Hahahahaha saya terkejut dan ketawa saja.. Saya cakap pada dia mana boleh peluk-peluk.. Tapi dia buat muka, still cakap nak peluk juga.. Hahaha budak ni memanglah.. Of course saya tak bagi dia peluk!!! Kalau dia salam dengan saya pun dia cium tangan saya kuat-kuat sampai bunyi 'mmmuah' baru dia lepas, inikan pula nak peluk!!??



Saya cuma salam dengan murid-murid tahap 1 saja, murid-murid tahap 2 saya dah tak nak salam.. Huhuhu ramai yang buat perangai yang bukan-bukan, tulis bukan-bukan dalam FB, so lebih baik saya tak salam.. 



Budak ni dulu masa darjah 1, pernah ajak saya balik dan tidur di rumah dia, sebab nak cuti sekolah, nanti lama tak dapat jumpa.. Lepas tu dia mengaku pada cikgu disiplin yang dia suka pada saya.. Hahahaha lawak tau budak ni.. Dewasa sebelum usia..



Saya ajar abang dan kakak dia juga, dua-dua ok.. 
Yang adik ni ha, bukan main lagi.. 



Tadi sambil buat kerja (of course la dia menempek di meja saya walaupun dah warning buat di tempat sendiri), dia cakap dia masuk suratkhabar baru-baru ni.. Saya tanya betul ke, dia cakap betul sebab atoknya dapat hadiah duit dari Sinar Harian.. Saya tanya berapa banyak duit yang atok dia dapat.. Dia jawab, "Banyakkkk, RM 50, RM 50, RM 50, RM 50.." hahahaha



So, balik rumah saya pun search tengok.. Rupanya betul!!!




*Baca cerita penuh DI SINI 



*Saya pernah buat entry tentang kakak anak murid saya ni, 
boleh baca DI SINI dan juga DI SINI



Hahahaha macam-macam.. (^^)

Sunday, May 10, 2015

Resepi : Ayam Masak Kicap Warna-Warni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..







Haaaaa tu diaaa tajuk entry, bukan main lagi.. Ayam masak kicap warna-warni tuh.. Mana nak cari resepi ni kalau bukan kat blog saya saja.. Nampak tak betapa meriahnya masakan saya kali ni..







Senang sangat nak masak haaa.. Goreng ayam yang diperap dengan garam dan kunyit.. Nak goreng garing boleh, nak goreng sekejap saja pun boleh.. Bila dah masak, asingkan ayam dan tuang minyak menggoreng tadi dalam bekas.. Tinggal sikit saja dalam kuali untuk menumis.. Lepas tu, tumis bawang besar dan bawang putih.. Saya suka guna satu kuali saja untuk memasak, senang, tak payah susah-susah nak basuh lepas guna..



Bila dah naik bau, masukkan ayam tadi, kemudian masukkan semua sayur yang berwarna-warni macam kobis ungu (warna ungu), kentang (warna kuning), saderi (warna hijau), capsicum (warna merah), carrot (warna oren) dan tomato (warna oren)..



Nak pedas, saya masukkan 5 biji cili padi yang diketuk-ketuk dan juga serbuk lada.. Kemudian masukkan kicap, sos tiram dan juga air.. Saya tak guna gula atau garam pun sebab rasanya dah cun-cun ikut citarasa saya.. Masak hingga mendidih dan angkat.. Saya masak sayur sekejap saja jangan sampai layu sebab suami saya tak suka.. Lagi pun bila masak lama-lama hilang pula khasiat sayur-sayur tu..






Senang masak ni, satu lauk dah lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.. 
Sekali-sekala masaklah warna-warni macam ni, baru selera nak makan..



Selamat mencuba.. (^^)





Friday, May 8, 2015

Guru Praktikal Dan Guru Pembimbing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



6 tahun dulu, terkial-kial juga saya waktu praktikal kat sekolah orang.. Takut-takut saja sebab tak berani nak buat silap.. Maklumlah, banyak mata-mata yang memerhati.. Waktu praktikal tu la, saya baru belajar cara nak ambil hati budak, cara nak handle kelas, nak control murid-murid, nak sediakan bahan mengajar, nak pastikan objektif pelajaran hari tu tercapai dan macam-macam lagilah.. 



Serba-serbi nak kena complete dan perfect.. Syukur saya dapat pensyarah dan guru pembimbing yang sangat baik.. Pernah sekali, waktu lecturer tengah pantau kelas saya, ada seorang budak dari kelas lain masuk dan ludah atas kepala anak murid saya.. Saya terkedu seminit.. Mangsa tu dengan sayu ja panggil saya.. "Cikguuuuuuu.." 



Mujur saya dah kenal murid tu (dia akan dipindahkan ke sekolah pendidikan khas sebab ada masalah), terus saya tarik tangan dia, cakap elok-elok, bagi kertas lukisan (memang dah ready bahan takut dia masuk, dan memang dia masuk kelas saya!), bawa dia duduk sebelah lecturer saya.. Hahahaha



Hari tu pula saya tak sihat, demam, so saya tak ada idea nak buat macam mana dengan budak tu.. Ok pula dia duduk sebelah lecturer saya dan siap boleh sembang-sembang dan warnakan lukisan yang saya bagi tu.. Habis kelas, lecturer tu puji saya sebab saya cool saja handle kelas dan murid tu.. Gila tak cool, lecturer observed kot.. Ikutkan hati nak je bagi 'lima kupanggggg', tapi tak boleh.. 



Waktu nak hujung-hujung praktikal tu, mak saya yang tercinta jatuh sakit, masuk hospital.. Tak lama, dalam 10 hari macam tu, mak saya meninggal.. Betapa terkesannya saya masa tu.. Dengan workload yang banyak, komitmen kena tip top dalam tempoh praktikal tu, saya tabahkan hati saja dan redha dengan apa yang jadi.. Plus, masa tu jugalah gatai nak kahwin.. Haruuuuu..



Hmm, saya buat entry ni sebab tadi di sekolah ada buat makan-makan, jamuan perpisahan macam tu, untuk 2 orang cikgu praktikal yang dah tamat sebulan praktikal di sekolah saya.. Saya jadi guru pembimbing pula.. Ini kali kedua saya jadi guru pembimbing untuk cikgu praktikal.. Jauh beza cikgu praktikal dulu dan sekarang..



Saya dapatlah cenderahati comel-comel dari cikgu-cikgu praktikal tu.. 
Haqap-haqap seketoi dua pesanan dan tunjuk ajaq yang cek bagitau tu hangpa ingatlah noooo..












Ni pula hadiah daripada cikgu-cikgu praktikal tahun lepas.. (^^)






Dulu saya dapat lecturer dan guru pembimbing yang baik masa saya praktikal, so saya pun buat benda yang sama juga.. Tak cengei aih dengan depa.. Tunjuk ajar mana yang patut.. Kalau buat salah, tegur tetap tegur.. Perbetulkan mana yang silap.. Dapatlah hadiah, yeayyyy... (^^) 

Sunday, May 3, 2015

Resepi : Sotong Asparagus Goreng Belacan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Asparagus ni memang sayur favourite saya dan suami.. Tapi tidaklah beli selalu, harganya mahai baq hang.. Bila ada kesempatan p Cameron Highlands barulah merasa dapat beli banyak.. Saya paling suka asparagus goreng belacan.. Perghhh ala-ala East meet West pula.. Tambah dengan sotong, wallaaaaa.. Boleh bertambah nasi tau..

 




  Senang ja resepinya.. 


 



Cari asparagus yang cun-cun dua tiga cekak baru puas makan.. 
Bawang putih dan bawang merah ikut suka banyak mana nak letak..
Serbuk cili atau cili padi, nak pedas letak banyak-banyak..

Sotong berapa banyak pun tak apa..
Belacan, secubit dua sudah..
Kicap secukup rasa..

Gula sikit-sikit sudah..
Garam, secubit dua cukup..

  

Tumis bawang sampai kuning sikit, masukkan semua bahan dan sotong.. Tunggu sotong dah jadi putih sikit baru masukkan asparagus.. Tunggu mendidih, angkat, siap, dah boleh makan.. Senangkan? (^^)






Try jangan tak try naaa..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...