Sunday, June 28, 2015

Resepi : Bubur Kacang Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sekarang musim durian kan? Selain makan macam tu saja, boleh juga dibuat bubur.. Sedap kalau makan dengan biskut kering, roti atau buat aiskrim Malaysia.. Senang saja nak masak bubur durian ni.. Saya campur dengan kacang hijau.. Tapi kacang kena rendam dulu sejam dua sebelum buat bubur..



Lepas kacang dah lembut sikit, basuh bersih dan rebus dalam periuk.. Rebus sampai kacang empuk dan pecah-pecah.. Kalau ada daun pandan boleh masukkan bagi wangi.. Kemudian masukkan isi durian saja dan gula Melaka seketul.. Kacau bagi sebati.. Bila dah mendidih, masukkan santan.. Tunggu sekejap, tutup api, dah siap..






Rebus kacang sampai empuk..



 



 Tak larat nak makan mentah dah..



 



Saya masukkan sedikit esen vanila ganti daun pandan






Stok gula Melaka memang selalu ada..



 



Makan panas-panas..



 



Sedapppppp..



 



Sedap juga campur dengan aiskrim..  



Rasa-rasa nak buat puding roti durian pula lepas ni.. 
Bahan semua dah ada.. 
Cuma rajin saja yang tak ada.. hahahaha 


Friday, June 26, 2015

Musim Durian Balik Pulau Mai Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Tudia tudia tudiaaaa musim durian mai dah.. Tahun lepas saya sempat jual durian Balik Pulau RM3 letak dalam bekas.. Tapi tahun ni tak menang kaki tangan nak jual dalam bekas dah.. Terus jual sebiji-sebiji.. Ramaiiiiiii sangat yang order dan nak.. Alhamdulillah rezeki.. 



Hujung minggu saya p la kutip durian dengan suami saya.. Kadang bawa mak mertua sekali.. Cuma suami sayalah yang kena p kutip 2 hari sekali atau hari-hari.. Memanglah penat masa kutip durian kat dusun tu.. Panjat nak lawan graviti bukit, letih kot, bulan puasa pula tu.. Dah kutip kena sapu-sapu dulu buang daun-daun atau kotoran yang lekat kat buah tu.. Keluar habis peluh jantan betina pondan semua.. Tapi bila orang beli dan puas hati, memang heaven rasanya..



Disebabkan durian ni bermusim, so saya nak senaraikan perkara-perkara menarik (bagi sayalah) yang jadi sepanjang berjawatan tokey durian 2015 setakat hari ni.. Bukan apa, nak buat kenang-kenangan, kot-kot pokok-pokok tu tiba-tiba 'menopause'.. hihihi



1. Ramai sangat-sangat yang order walau pun bulan puasa.. Saya ingatkan masa bulan puasa ni kuranglah orang nak beli durian.. Ya lah, durian kan panas, bulan puasa tahun ni pun cuaca panas.. Jarang kot orang nak makan durian.. Tapi cek silap! Laaaagi banyak yang dibeli adalah..



2. Mula-mula main ingat saja siapa yang order durian, sekali dah ramai sangat, kena tulis dalam buku kecik.. Takut lupa, haru.. Orang dah berharap, kita bagi harapan palsu pula.. Customer kena jaga oiii.. Baru orang nak beli lagi.. 


  
3. Ada buah yang dijual serendah RM1 sahaja sebiji.. Saiz comei-comei la, tapi isi sedap juga tau.. Kalau yang 'kaki' durian ni, confirm nak buah yang harga lebih sikit sebab rasanya pun lebihhhh..



4. First time parents anak murid saya beli durian dengan saya sebab dia ternampak durian penuh belakang Ford.. Waktu nak ambil anak dia balik sekolah, dia datang tanya.. Bila cakap ada buah yang RM1, terus nak beli 6 biji.. Sebab naik motor saja.. Dua, tiga hari lepas tu call saya (entah mana dia dapat nombor saya pun entahlah) nak order lagi durian.. Kali ni RM50 pula..



5. Sebab nak pastikan kawan-kawan dapat buah yang fresh hari yang sama dikutip, siap tolong hantarkan ke rumah lagi.. Haaa mana nak cari tokey durian buat delivery? Hang ada? Tapi hantar pun based on masa, jarak dan jumlah durian yang dibelilah juga.. 



6. Selama ni tak tahu pun dimana rumah kawan-kawan sekolah.. Tak pernah pergi pun.. Tapi disebabkan buat delivery durian, saya dah tahu rumah kawan-kawan dimana.. Ada jugalah yang saya cuma tahu area mana rumah kawan-kawan.. hihihi 



7. Pi Petronas Relau, malam, sebab nak hantar durian yang kawan order.. Sekali adalah orang yang lalu dan singgah Petronas tu pakat-pakat beli durian pula.. Aiyakkk, tak pernah buat lagi ni.. Lawak pun ada.. Tapi itulah, rezeki ada dimana-mana..  



8. Jual durian 2 biji dekat 2 orang Bangla construction flyover waktu stop di traffic light.. Mamat Bangla tu tunggu situ sebab nak tutup jalan, bila kami stop, dia bau dan tengok ada durian dalam Ford.. Terus nak beli RM2.. Sampai saya siap tanya, 'Serious u mau beli durian?' sebab tak percaya.. hahaha



9. Anak-anak murid saya nak beli durian, tapi saya tak jual pada budak-budak.. Jangannnn.. kot mak pak dia mai bawa tongkoi kot kata cikgu juai durian kat budak sekolah, haruuuuu..  



10. Pernah berbuka puasa di dusun durian sebab tak sempat balik buka puasa di rumah.. Minum air dan makan kismis saja.. Bawa siap-siap takut dalam perjalanan dah azan.. Sekali nun duduk dalam dusun nun dengar azan.. Kelam-kabut angkut durian dalam kereta sorong bawa ke kereta..



Haaaa, itulah antara perkara-perkara menarik yang jadi setakat ni.. 
Macam-macam.. (^^)


Thursday, June 18, 2015

1st Day Puasa : Teacher, Tak Payah Belajarlah Hari Ni.. Pleasee!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Macam mana first day puasa? Ok ke? Harap-harap semuanya berjaya puasa dengan jayanya.. Hari ini pergi sekolah, macam-macam gelagat budak-budak sekolah rendah berpuasa.. Suruh ambil air sembahyang nak baca al-Quran waktu rehat, tapi lari sana-sini.. Bila masuk kelas waktu last, barulah semua buat muka sedih..



Saya baru masuk kelas, dah ada dah budak cakap,

 
"Teacher, tak payah belajarlah hari ni, pleaseeeee"

"Teacher, kita tidoq (tidur) sajalah hari ni"

  "Tak laratlah, dahaga ni"



Amboiiii, tadi yang berlari tu ok pula, nak belajar terus semua bagi alasan.. Takkan sebulan tak nak belajar sebab berpuasa.. Saya bagi juga kerja, tapi memang dah set yang mudah dan senang saja.. Hari pertama puasa, memanglah letih.. Tengah buat kerja sekali dengar azan Asar.. Terus seorang budak lelaki ni dengan excited tanya saya,



"Yeay, teacher, dah azan, dah boleh buka puasa kan?"


"Haiiiii belum lagiiiii.."

"Tu baru azan Asar, buka puasa tunggu azan Maghrib!"


"Alaaaaaaaaaaa.."



Adoiiiiilaaaa budak-budak ini..



Waktu saya nak naik tingkat 3 tadi ada budak lelaki naik tangga tu juga.. Perlahan sangat dia angkat kaki pijak anak tangga tu sambil pegang pemegang tangga.. Saya cakap, naiklah cepat sikit, nanti lambat masuk kelas.. Ada dua orang budak perempuan ketawa-ketawa tengok gelagat budak lelaki tu..



"Cikguuu, tolong sayaaaa.. saya tak larat nak naik dahhhh.."

Sambil dia hembus nafas..

"Cikguuuu, tolongggg sayaaaaa.."



Hahahaha saya pun ketawa juga bila tengok muka budak tu.. Macam seksa sangat nak naik tangga.. Lepas tu dia pun ketawa bila tengok saya dan dua orang budak perempuan tu ketawakan dia.. Memanglah letih tapi drama saja lebih ni..



"Letihlahhh aiiii posa.."



Akhirnya dia selamat juga sampai ke kelas di tingkat 3 sambil potpet-potpet merungut apa entah.. Saya rasa, balik sekolah pukul 5.25 petang tu, sure ramai budak-budak yang merayu pada mak dan ayah nak berbuka puasa.. Tak apa, walau pun letih, kena ajar juga berpuasa dari kecil, semoga semuanya faham erti puasa..


Image result for gambar kartun berpuasa

Monday, June 15, 2015

Seaview Hotel Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kalau ke Pulau Langkawi, saya teringat masa stay di Seaview Hotel Langkawi beberapa bulan lepas.. Hotel ni memang cantik dari segi perabot dan hiasannya.. Lengkap semua kemudahan dalam bilik.. Bilik pun luas dan bersih.. Saya sukaaa sangat.. Kalau lapar malam-malam boleh singgah kedai burger sedap tepi hotel ni saja.. Tapiiiii.. err sebelum sambung tapiiii saya tu, apa kata tengok dulu gambar dalam bilik hotel ni dulu ye..






Apa kes tak tahu, selalu dapat dua katil.. 
Dah request satu katil dah masa booking..






Hairdryer pun ada..








Bilik airnya luas dan bersih..





Paling suka sebab ada cermin besar tu..





Simple saja hiasannya..





Pemandangan indah dari balkoni bilik..



Tapiiiii.. tiap-tiap malam selepas pukul 12 tengah malam, mesti dengar 'orang' ubah-ubah perabot di bilik atas.. Bilik yang saya dan suami dapat di tingkat 7.. Tiga hari dua malam kami stay di sini.. Dua malam berturut-turut dengar bunyi yang sama.. Nak kata tengah renovate, takkanlah nak renovate tengah malam membawa ke pagi pula kan..


Hairan juga saya, sebab bunyi tu sangat jelas dan akan dengar selepas 12 tengah malam sahaja.. Seram pun ada.. huhuhu.. Tapi mujurlah cuma dengar saja oiiii.. Biarlah 'orang' tu nak main ubah-ubah perabot ke, nak tukar-tukar perabot ke, saya tak kisah.. Jangan main ketuk-ketuk pintu ke, ketuk-ketuk tingkap sudah.. 


Ni pengalaman saya dan suami.. Kalau orang lain stay di sini dan tak ada apa-apa yang berlaku, ok lah.. Memang best hotel ni, cuma itulah, ada pula 'orang' rajin.. Confirm saya tak akan pilih dah hotel ni lepas ni.. huhuhu.. Minta maaf naaaaaa.. Cek seriau.. huhuhu

Sunday, June 14, 2015

Resepi - Siput Retak Seribu Masak Pedas

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Tuuu dia siput retak seribu masak pedas yang saya masak untuk lunch tadi.. Beli semalam di market, harga sekilo RM15.. Siput ni masih fresh dan hidup waktu saya beli.. Dah balik rumah, terus masukkan dalam bekas dan simpan dalam freezer.. Memang semua bahan basah saya akan asing siap-siap anggaran sekali masak dan simpan dalam bekas bertutup.. Baru freezer tak kotor dan busuk.. 

 

Jom tengok benda apa yang saya campak dalam resepi kali ni..



1/2 kilo siput retak seribu, direndam dalam air garam selama 30 minit..
*Untuk keluarkan selut dan kotoran..






 Bahan A

1/2 labu bawang besar
2 labu bawang putih
 7 tangkai cili padi
1 batang serai



Semua bahan di atas saya hancurkan guna chopper..





 Bahan B

 Semangkuk air
 1 biji tomato dibelah 6
2 helai daun limau purut
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
Sedikit daun sup dan juga daun bawang dipotong
Sos cili, sos tomato dan sos tiram ikut citarasa
Serbuk lada *optional

Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan.. Kemudian masukkan semua bahan B.. Untuk kuah, masukkan air ikut sukatan dan citarasa sendiri ye.. Tunggu mendidih masukkan siput retak seribu.. Gaul sebati sampai kulit siput jadi merah, tutup api, siap!









Ni ikut citarasa saya sendiri, ada yang masak macam lain,
terpulang pada selera masing-masing..

Kalau nak cuba, sila oii silalah cuba.. (^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...