Wednesday, August 27, 2014

Tepung Ayam Goreng Serbaguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kalau anda nak buat kentang goreng atau pun sotong celup tepung goreng yang macam kat kedai tu, tepung apa yang anda guna ya? Ok, kali ni saya nak perkenalkan tepung ayam goreng yang rasanya lagi sedap daripada KayEffSee tu.. Tapi tepung ni dibuat oleh orang kita, 100% halal.. Tidak syak lagi..



Nama saja tepung ayam goreng, tapi sangatlah sesuai dan sedap kalau nak buat goreng kentang atau pun sotong.. Bukan setakat tu saja, udang, ayam, ikan semualah yang boleh dicelup tepung, saya akan guna tepung ni sebelum menggoreng.. Wangi pun wangi, bau rempah.. Memang sedapppp...






Tepung keluaran Zeko..



Saya pernah goreng kentang, potong kentang macam wedges tu, toskan, gaul dengan tepung ayam serbaguna ni dan masukkan sikit herbs and spices.. Bagi nampak menarik.. Tak perlu dibancuh dengan air, gula atau garam ok.. Gaul macam tu saja.. Kentang yang lembap lagi dengan air basuhan tu akan buat tepung tu melekat.. 









Inilah hasilnya..






Ini pula sotong yang saya celup dalam telur dulu sebelum gaul dengan tepung serbaguna ni.. Haaa lagi sempoi  rupa dan rasanya.. Sotong pun tak meletup waktu menggoreng.. Tak makan nasi dah saya, meratah sotong ni saja, cicah dengan sos cili.. 









Bagus kalau kita support barangan anak tempatan.. 
Dah say goodbye pada KayEffSee dah.. (^^)


* Siapa yang berminat nak cuba, RM5 sepeket..
Tahan lama, disimpan dalam peti sejuk..  



Monday, August 25, 2014

Udang Masak Lemak Labu Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Pernah makan labu air tak? Sedap tau labu air ni kalau buat masak lemak.. Saya suka masak campur dengan ikan bilis.. Tapi kali ni nak share guna udang pula.. Sedap wehhhh.. Masak sendiri, makan sendiri, puji sendiri.. Boleh? hahaha







Ni haaa rupa labu ayaq ni.. Kot tak pernah makan atau tak pernah jumpa.. Macam betik pun ya, cuma tak boleh ngap macam tu saja.. Kena masak dulu tau.. Nak masak kena buang kulit tu dulu.. Pastu potonglah ikut suka bentuk macam mana pun.. Bila masak, ngap masuk mulut rasa sama ja.. hihihi






Bahan-bahan lain yang nak campak dalam kuali tu:

Udang
Kunyit
Asam keping
Bawang putih
Bawang merah
Cili padi
Garam 
Santan
Serai
Air

*daun bawang optional







Bersihkan semua bahan.. Potong labu, bawang putih dan bawang besar potong nipis.. Cili padi dan serai diketuk atau campak macam tu saja.. Masukkan dalam kuali semua bahan sekali kecuali santan.. Santan masukkan last sekali bila labu dah lembut.. Semua kuantiti bahan ikut citarasa sendiri ya.. 


 
 



Bila dah mendidih tutup api dan hidangkan.. Tak payah nak masak asing-asing lauk dan sayur dah.. Cukup lengkap dengan satu hidangan ni saja.. Jimat masa dan tenaga.. Boleh makan terus dengan nasi panas-panas.. Ada tak yang masak resepi lain guna labu air ni ya? Boleh tukar resepi.. (^^)





Sunday, August 3, 2014

Durian Balik Pulau RM3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Selamat Hari Raya..Kosongkosong.. ♥



Orang lain update cerita raya, tapi saya nak update cerita tentang durian, Raja Buah ni haa.. Alkisahnya, hihi saya dan suami jadi tokey durian sebelum puasa sebulan yang lepas.. Sebulan lepas?!!? Argghh tak kira nak cerita juga!!! Anda kena baca.. hihihi



Keluarga suami ada kebun durian di Balik Pulau nun.. Tempat 'tumpahnya' baka durian terbaik di Malaysia.. Ha sila jealous dengan I!!! Waktu musim durian sebelum puasa hari tu, almost tiap-tiap hari kot kami berdua pi mengutip durian..



Tapi terlalu banyak kalau nak makan.. Dah sedekah tapi still banyak lagi atas pokok.. Suatu hari suami saya dapat idea nak jual durian yang dah siap kopek letak dalam bekas dan display kat kedai makan kawan dia.. Saya ok ja.. 



Maka bermulalah tugas suami saya sebagai 'Ahpek' durian a.k.a runner, jurujual, jurutetak, juruwang dan yang seangkatan dengan kelulusan dan jawatan beliau.. Saya pula jadi supervisor dan unit quality control.. Ohh tak lupa juga sebagai promoter.. hihihi






Durian yang dah ready nak kena lelong..






RM3 sahaja weiiii.. 






Oh ni iklan jap..
Hadiah untuk kawan saya yang berpindah.. (^*)






Haaa comel tak 'poster' I? 
Nampak tak durian-durian tu happy je..
Simbolik kami happy nak jual murah dan hope yang beli pun happy.. 



Happyhappyhappy!!!






Oh lupa pula nak perkenalkan.. 
Inilah dia Autobot kami yang sangat berjasa.. 



Hmmm seronok juga sekali sekala 'tukar' kerjaya..
hihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...