Friday, January 31, 2014

Resepi : Kerabu Daun Selom Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum semua..



Lama dah terperap resepi ni dalam draft..Ceh resepi la sangat..Kali ni saya nak share cara buat kerabu daun selom..Daun yang selalu orang makan dengan laksa utara tu..Ramai juga yang suka buat ulam macam tu saja cicah dengan sambal belacan..Ok cuba tengok gambar daun selom di bawah ni..



*sumber Google



Bahan-bahan nak buat kerabu daun selom:


Bahan A:

Daun selom
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Bahan B:

Gula 
Garam
Belacan
Air asam jawa






Senang je nak buat..Potong halus semua bahan A dan dimasukkan dalam bekas..Gaulkan sebati dengan bahan B..Siap! Boleh dimakan begitu saja..Ehh sedap kalau makan dengan nasi panas dan ikan goreng atau ikan kering dan juga sambal belacan..Kalau ada kuah kari lagilah..Perghhh...





Selamat mencuba..(^^)




Monday, January 13, 2014

Tinggalkan 2013 Yang Macam-macam Itu

Assalamualaikum semua..



Well dah dekat setengah bulan Januari tahun 2014 dah waktu saya buat entry ni..Entry basi? No..Ni cuma catatan untuk saya tengok balik apa yang telah berlaku dalam hidup saya sepanjang 2013..



1. Sedih sangat bila kena ajar sesi petang sebab kena pergi kursus Pro-Elt Upskilling setiap Selasa selama setahun..Rasa stress sebab rasa macam dipaksa pergi kursus dan terpaksa menghadap jam yang bukan-bukan di waktu nak balik sekolah petang-petang..Mulalah rasa macam nak berhenti kerja..Ntahhapahapantah...aduiiii



2. Alhamdulillah..Setelah tunggu hampir setahun nak siapkan, bergolok-bergadai jual kereta nak kumpul duit, akhirnya dapat juga saya dan suami pindah ke rumah kami sendiri..Walaupun simple, tapi sangat bermakna buat kami berdua..Inilah syurga kami berdua di dunia ni..




3. Disebabkan 'cewi / ciwi' atau teruja dengan rumah sendiri, kami berdua sangat mementingkan kebersihan di dalam rumah..Saya dan suami rajin kemas rumah dan mop lantai..Pernah saya terlentang jatuh atas lantai sebab tak perasan suami baru saja mop..Tiles warna putih, jadi tak nampak kalau ada air..Benjol kepala dan sakit-sakit badan..huhu




4. Liatnya tiap-tiap pagi Selasa nak paksa diri pergi kursus..Bagus sebenarnya kalau pergi sendiri, kalau dipaksa, semangat pun jenuh nak kumpul..huhu




5. Rasa masa semakin singkat dan limited untuk keluar dengan suami..Sekolah petang tak banyak masa nak keluar kemana-mana waktu pagi..Habis macam tu saja di dapur atau buat kerja rumah..



6. Misi nak tambah ahli keluarga tak berjaya disebabkan tahun 2013, tahun yang sangat sibuk dan serabut..Stressed..


7. Baru dapat rasa bahagianya hidup berdua dengan suami di rumah sendiri selepas 4 tahun berkahwin..Walaupun tak besar sangat, tapi cukup buat saya rasa malas nak keluar rumah sebab rasa seronok dan tenang bila di rumah sendiri..


8. Berjiran dengan jiran bangsa Cina dan India.. Saya ditengah - tengah.. Perfect.. Selepas setahun duduk berjiran baru bertegur sapa.. Better late than never..


9. Kereta banyak kali kena langgar dan dilanggar lari..Suami nyaris-nyaris dipukul dengan hammer bila seorang driver yang macam tengah lalok, melanggar kereta kami, marah bila suami turun nak settle kes..Kecoh betul..dan takut sangat waktu tu..



10. Kesihatan tak menentu, asyik demam dan sakit saja..Tak cukup rehat fizikal dan mental..


11. Skill memasak semakin bertambah bagus..Hehe dah ada dapur sendiri, rajinlah saya 'bersilat' masak makanan kegemaran suami..Akibatnya, berat badan bertambah sekilo dua..hehehe 




Dan macam-macam lagi yang berlaku..
Tak cukup kalau nak simpan dalam entry ni..



Semoga tahun 2014 akan lebih cemerlang..InsyaAllah..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...