Friday, February 27, 2015

First Time Jual Cadar 3D Dan Cadar Cotton Dari China

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



First time saya jual cadar ni tau.. Terjebak, sebab suami saya dan kawan-kawan dia nak buat projek ni.. Kawan-kawan dia pergi China, beli cadar bawa balik untuk dijual.. Murah-murah maaaa.. RM100 sahaja saya jual.. Senang nak kira dan orang nak bayar pun tak susah-susah, bayar 2 kali settled.. 



Banyak yang dah terjual ni.. Saja saya nak 'simpan' dalam blog saya untuk rujukan, kot-kot nak beli lagi.. Tapi, memandangkan duit RM jatuh teruk sekarang, so ini sajalah yang ada.. Tak repeat stok dah kot buat masa terdekat.. huhuhu  



Cadar bawah ni cadar 3D.. Bunga nampak macam 'hidup'.. Ada 1 cadar queen size, 2 sarung bantal dan 1 selimut yang ada zip, untuk masukkan comforter bagi selimut jadi tebal kalau cuaca sejuk sangatlah.. Saya sendiri pun rambang mata nak pilih untuk guna sendiri..



*sila abaikan kod sebab memang tak ikut turutan pun  



 



 



 



 



Di bawah ni cadar cotton..
Sama juga, ada 1 cadar queen size, 2 sarung bantal dan 1 selimut berzip..






 



 



 



 



Ada kawan saya yang beli sampai 5, 4 dan 2 set.. Paling ramai beli 1 set saja.. Ada yang beli untuk guna sendiri, ada yang beli untuk bagi hadiah kawan kahwin dan ada yang beli untuk buat hadiah annual dinner.. 2, 3 hari juga saya dan suami usung cadar-cadar ni dalam kereta ke sana ke sini.. Sementara orang nak beli, baik usahakan juga untuk hantar.. 



Seronok juga berniaga ni sebenarnya kalau kena gaya.. Kena pandai pilih barang yang berpotensi untuk dijual, yang memang ada pembeli.. Nak selamat, pilih barang yang tak mudah rosak, yang orang memang pakai atau guna.. Baru senang laku dan cepat terjual.. Cari jalan biar banyak untung dan kurang ruginya..



Tapi, apa pun bergantung pada rezeki masing-masing juga..   


Thursday, February 26, 2015

Kenangan Bantuan Banjir Kelantan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Hmm waktu belek-belek handphone, terjumpa pula gambar-gambar barang bantuan banjir di Kelantan hari tu.. Teringat balik waktu rumah saya jadi port packing barang.. Pening juga tengok barang berselerak.. Sebab saya tak suka tengok rumah bersepah.. Tapi kali ni saya bagi green light nak sepahkan barang sebab nak buat kerja muliakan.. 






Semua ni atas idea kawan-kawan suami saya.. Buat sendiri-sendiri, bukan atas nama badan NGO mana-mana.. Transport pun sendiri punya.. Alhamdulillah, bantuan datang dalam macam-macam bentuk.. 






Ni pakaian yang saya asingkan ikut jenis dan keperluan.. Saya pilih yang betul-betul boleh pakai sahaja, yang koyak atau dah macam kain buruk, saya let go.. Tak baik kot nak bagi pakaian tak elok pada orang.. Walau pun pakaian tu dah lama tapi jangan sampai nampak buruk.. Ni tak, macam habit pula kebanyakan orang yang bagi pakaian terpakai pada orang lain, sure ada yang koyak rabak, kotor dan tak cukup sifat.. Please, ubah attitude, kita bagi pada orang baju yang elok lagi, bukan nak kosongkan almari..  






Susu dan kotak pensil ni ehsan seorang cikgu kat sekolah saya..






Hmm ada juga yang bagi bag dan topi.. Relevan tak eh?
Tak apa, bagi juga..






Atas ni alatan mandi..
Packing untuk 50 keluarga..






Ikan kering, mee segera, sardin dan macam-macam lagi..






Alat tulis untuk kanak-kanak..






Set pencil box untuk kanak-kanak..






Dua buah ni la yang berjasa sampaikan misi bantuan banjir kali kedua ni.. Kali pertama dah hantar dah macam-macam.. Misi kali ni sebenarnya lebih kepada barang makanan dan bantuan persekolahan.. Banyak lagi barang makanan lain yang dibawa, tapi tak ada pula gambar pada saya.. Tapi ubat nyamuk dan ubat pun ada juga.. Oh ya, saya tak ikut misi ni.. Suami saya dan kawan-kawan dia saja yang pergi.. 



Semoga bantuan ni telah meringankan beban 50 keluarga yang terpilih tu..

Wednesday, February 25, 2015

Hadiah Birthday - What You Give, You Will Get Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Baru-baru ni, saya sambut birthday saya yang ke 17!!! Eh, 17 darab 2!!! Aduhhh terus rasa macam dah makin tua dah haishh.. Alhamdulillah, Allah masih bagi saya peluang bernafas di Bumi yang fana ni lagi.. Macam biasa, tak ada sambutan special pun.. Cukuplah sekadar share rezeki dengan anak-anak murid dan kawan-kawan di sekolah.. Malam tu keluar makan-makan dengan suami, its more than enough.. 



Sebelum-sebelum ni, saya akan 'hadiahkan' epal pada semua warga sekolah saya.. Tapi memandangkan tahun ni ada kes epal tercemar dengan bakteria LISTERIOSIS, saya tak berani nak bagi epal.. Saya tukar dengan air kotak.. Kebetulan nak dekat Raya Cina, murahlah air kotak.. 



Tapi bukan saya beli sendiri air kotak tu semua.. Saya suruh AJK Badan Kebajikan Guru dan Warga sekolah yang belikan, sebab secara tak langsung dapat jana pendapatan Badan.. So pada hari kejadian, saya pun bagilah seorang sekotak pada murid sesi petang.. Sesi pagi, esoknya baru bagi.. 



Tak sangka, esoknya ada murid-murid yang bagi hadiah pada saya.. Terharu dan malu pula.. hahaha.. So, saya nak simpan memori ni dalam blog, nanti-nanti boleh tengok dan ingat balik murid mana yang bagi hadiah pada saya.. Errrr.. tapi ramai, jenuh nak ingat..huhuhu



Ni antara hadiah yang saya dapat..






Nampak tak ada keropok? huhu kanak-kanak..






Selendang ni mak anak murid saya yang buat.. Jual sendiri..
Cantik.. (^^)






Yang bawah ni hadiah dalam dua-dua kotak di atas tu..
Terharuuuuu..






Bawah ni ucapan dan hadiah yang paling 'win' sekali..






Bila masa pula cikgu berkilat? huhuhu






Limau ni Ketua Panitia BI yang bagi.. hihi CNY maaaa..






Kek ni semua Encik suami saya yang belanja.. Katanya kek birthday la.. Tapi, kami borong kat Mamak jual roti naik motor tu je.. Huhuhu jadilah, ada juga kek daripada tak ada.. Janji sedappppp.. (^^)



Bila fikir-fikir balik, tak rugi langsung saya 'hadiahkan' air kotak tu.. Saya happy, anak-anak murid saya happy, kawan-kawan sekolah dan pakcik guard sekolah pun happy.. Saya pula dapat hadiah dan ucapan serta doa yang tak putus-putus dari kawan-kawan.. Alhamdulillah.. Semoga ada rezeki lagi nanti, saya share lagi apa-apa yang patut.. (^^)



What you give, you'll get back..  




Monday, February 23, 2015

Turbo Chopper Tupperware Yang Comel Tapi 'Ganas'

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Inilah satu-satunya barang warna pink yang ada di rumah saya.. Hihi saya tak berapa nak berkenan sangat warna pink, tapi lately macam ok jugalah tengok benda warna pink ni.. Husband saya pernah cakap, "Macam tak berapa nak pompuan ja tak suka warna pink".. Nak buat macam mana, I suka biru.. Tenang saja..



Ok, turbo chopper yang comel ni jenama Tupperware.. Sebelum beli chopper ni, saya cuma akan lenyekkan bahan nak tumis guna belakang senduk or sudip kayu je.. Hahaha bukan tak ada blender, tapi blender saya is besar gajah.. So malas nak prepare and basuh semuanya selepas guna..  






Harga chopper saja RM139.. Worth la kalau beli sekarang, dapat free gift comel-comel yang berharga RM24.30.. Chopper ni boleh potong 288 kali dalam 15 saat tau!!! Haaa jangan main-main..









Nampak tak yang warna putih atas penutup chopper tu? Kita tarik dan blades dalam balang tu akan berpusing dan potong semua bahan-bahan tu.. Tariklah berapa kali yang kita nak, sampai rasa puas hati dengan saiz bahan-bahan yang nak potong tu..

  




Blades chopper ni sangat tajam ok.. 
Sebab tu ada protection cover tu..
Bila nak guna kita bukalah cover pada blades tu..






Ni saya try waktu nak potong bahan tumis nasi bukhari.. Puas hati guna tau.. Walaupun comel je, tapi ganas juga hasil potongan chopper ni.. Kot-kot ada duit lebih, bolehlah beli untuk guna di dapur.. Ada juga yang beli untuk bagi pada kawan, buat hadiah.. Sure orang yang terima pun suka, sebab warna pink dan cute saiznya.. Overall memang terbaiklahhhhhh..

Resepi : Jom Masak Nasi Bukhari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Bila dapat cuti lama ni, rajinlah saya try masak macam-macam.. Kali ni saya try masak nasi bukhari.. Selalu beli yang siap ja, macam perencah Iman tu, tapi kali ni nak buat sendiri.. Senang saja, jumpa resepi dalam google, tapi saya buat ikut cara saya.. Sebab ada bahan yang saya tak suka nak masukkan dalam nasi..






Ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:


*Beras 1 pot / cawan
*Air 2 pot / cawan
Daun pandan


*Saya basuh beras dalam periuk nasi, asingkan dalam bekas.. 
Air saya sukat dalam periuk juga.. 
Baru boleh agak banyak mana air yang diperlukan..






Untuk tumis:


Kulit kayu manis
Bawang besar
Bawang putih
Bunga lawang
Bunga cengkih
Jintan manis
Halia






Semua bahan saya haluskan guna chopper ni..






Sementara nak sediakan semua bahan untuk nasi ni, saya rebus dulu daging sampai empuk.. Air rebusan daging saya buat sup kosong.. Tapi tumis dulu macam biasa guna bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, halia dan kulit kayu manis.. Masukkan daging, serbuk sup dan garam.. Bila daging dah empuk, toskan dan asingkan untuk dimasukkan dalam nasi.. Dalam sup saya cuma masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris suka hati..hihihi



Bila dah siap, saya panaskan periuk nasi elektrik tu.. Masukkan marjerin Daisy, dan semua bahan tumis tadi.. Bila dah garing, masukkan campuran serbuk kari daging, sos tomato, dan susu (saya guna susu kambing sahaja sebab tak alergik) yang dibancuh dengan air yang disukat tadi.. Masukkan daging rebus, beras, daun pandan dan garam.. Semua ikut citarasa sendiri ok.. 






Biarkan hingga masak..






Tadaaaa dah siap masak nasi bukhari saya..






Saya buat air asam kerisik juga untuk tambah selera..
Cubalah, InsyaAllah sedap.. (^^) 

Thursday, February 19, 2015

Nak Cantik? Jom Cuba Ephyra

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Lamaaaaaaaa sangat saya tak update blog ni.. Sebab apa eh? Entahlah, lepas update last entry, saya rasa macam tak bersemangat nak update apa-apa cerita disini.. Padahal banyakkk sangat perkara menarik yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tempoh berhibernasi tu.. huhuhu 



But now I'm back!!!  



Ok saya nak cerita sikit tentang satu produk famous yang tengah hot di pasaran sekarang ni.. Ephyra, keluaran Oceanlife.. Semua orang dah tahu kot tentang Ephyra ni? Alaaaa yang Memey Suhaiza jadi duta tu.. 






Saya cuba pada bulan 9 tahun lepas.. Saya order online sahaja, bank in dan dah dapat barang keesokan harinya.. Teruja masa dapat, sebab saya memang suka barang yang dapat free gift especially tote bag ni.. 






Cepat-cepat buka bungkusan dan snap gambar... 
Haaa, excited tu.. Warna kotak dia pun cun sangat.. 






Setiap kali beli, kita akan dapat shaker sebab Ephyra ni serbuk.. 
Kena tuang dalam shaker and shake it off.. hihihihi 






Silalah baca kebaikan Ephyra ni ye..
Tak larat nak senaraikan dah, sebab banyak sangat..












Ni hasilnya bila kita bancuh 1 sachet Ephyra..
Rasanya sedap tau, ala-ala Oren Twister.. 






Antara kebaikan yang saya dapat bila amalkan Ephyra ni:


* Rasa bertenaga, minum pagi selepas bangun, steady ja sampai malam
* Parut jerawat dan sunburn cepat hilang
* Kulit jadi lebih cerah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...