Wednesday, March 21, 2012

Aduyaiiiii Letihnya....

Assalamualaikum semua..



Masih sihatkah hari ini? Harap-harap semuanya masih sihat dan bahagia....Kalau sihat saja tapi tak bahagia pun tak guna juga...Ya lah...Kebahagiaan dalam hidup ni sangat-sangatlah penting...Siapa-siapa yang rasa macam tak berapa nak bahagia meh sini meh buat luahan perasaan kat saya...hehehe kot-kotlah boleh tolong bagi motivasi sikit..chewahh ada hati la hang nak jadi pakar motivasi, jangan nanti jadi pakar rotibasi sudah....kuikuikui


Oh ya, ada tak siapa-siapa yang rasa hidup dia sangat sibuk lately ni? Ada tak? Ada tak?
Saya rasa hidup saya agak extra busy bulan Mac ni...Bermula awal bulan lagi dah macam-macam aktiviti yang kena, wajib, terpaksa, terpaksa rela, harus dilaksanakan...


Dalam sibuk-sibuk kena sediakan soalan Ujian Kemahiran pertama di sekolah, kena tanda kertas soalan, kena pula isi markah online, dalam masa yang sama terpaksa bahagi tugas dengan urusan kenduri kahwin adik ipar saya...Yang ada pun berapa orang saja 'kakitangan' yang nak bekerja selesaikan semuanya....Kalau dicampur dengan kaki dan tangan semuanya pun belum cukup nak membantu buat semua kerja kahwin tu...


Mujurlah buat di dewan dan masa cuti sekolah seminggu, adalah masa nak buat semuanya.....Tapi, sangat meletihkan kerja kahwin ni....Saya menantu sulung, jadi kenalah buat kerja extra dari yang lain-lain...errrr siapa yang cakap ek?? Ah tak kisahlah siapa yang cakap, tapi memang berbulu mata kalau tak selesaikan semuanya...Tambah-tambah bila tengok pinggan-mangkuk bertimbun dan rumah pula bersepah....Euwww nampak kotor dan malunya bila ada tetamu atau saudara yang datang bertandang....


Tapi akhirnya selesai juga...Walaupun kaki, tangan, badan, fizikal dan mental dah lunyai...lembik...terkulai....Yang best sebab dapat jumpa saudara-mara yang tak pernah kenal pun sebelum ni...Alhamdulillah, ikatan ukhuwah dapat disambung semula....Walaupun sebenarnya, rasa tak best sebab cuti sekolah kali ni tak dapat nak enjoy pergi bercuti...Tak apalah...demi tanggungjawab....


Dah buka sekolah ada lagi yang menanti....Isi markahlah, kursuslah, konvoi kenduri sebelah pihak lelaki pula di Negeri Sembilan, lawatan ke rumah Anak-Anak Yatimlah....macam-macam adaaaa....
Tapi itu pun dibuat juga diatas rasa tanggungjawab....


Badan pun dah rasa nak demam tak demam ja kebelakangan ni....Aduyaiii letihnya.....


Harap-harap kalau ada yang super-duper busy juga macam saya, jagalah kesihatan anda semua ya...
Kalau tak sihat, apa pun tak jadi....rosak program....










  

Friday, March 9, 2012

Saya Sukalah Kat .....


Budak A : Cikgu, nak tau tak, B kan dia suka kat budak C...
Budak B : Manaaaa adaaaa cikgu...(Sambil sengih-sengih malu-malu....)

Cikgu....pandang pada budak B dan C...

Budak C : Apa pulak saya? (Jeling-jeling sambil senyum-senyum....)




Cikgu : B tolong hantar sat kertas periksa C ni kat dia boleh?
Budak B : Eh boleh cikgu....(Dengan muka excited sungguh sambil senyum sampai ke telinga...)



Terus dia keluar dan hantar kertas exam yang dah siap ditanda tu pada budak C...Hmm selalunya nak kemana mesti dan wajib bawa kawan...ni sebab nak jumpa awek...terus keluar sorang-sorang ja....Hmmm nak tunjuk macho betullah....


5 minit kemudian....


Budak B sambil senyum-senyum masuk ke kelas....

Cikgu : Ha B, dah hantar kertas tu pada C?
Budak B : Dah cikgu...kawan-kawan dia cakap saya boyfriend C...
Sambil melebar lagi senyuman di ukir....

Hai la budak....baru 10 tahun dah gatal ye....




Peristiwa dua tahun lepas....


"Cikgu, S tanya mau tak cikgu jadi awek dia?"
"What? jadi awek dia? Ada ke patut....mana boleh jadi awek dia....Cikgu dah anggap dia macam anak cikgu...Kamu semua anak-anak cikgu.."

"Tapi cikgu, dia cakap dia suka kat cikgu..."
"Ya lah, kalau suka pun, mana boleh nak jadi awek...Lagi pun, cikgu kan dah kahwin...."

"Cikgu dia tanya kalau dia bagi kereta kat cikgu nak tak cikgu jadi awek dia?"

"Hahaha tak payahlah, cikgu dah ada kereta dah pun...Nanti dia dah besar dia akan jumpa awek dia.."



Selepas peristiwa tu, langsung budak S tu tak bertegur sapa dan tak nak jumpa saya....
Sampailah dia keluar sekolah....Baru darjah 6....huhuhu




"Cikgu....cikgu tak mau ka cari boyfriend lain?"
"Erk?? kenapa nak cari boyfriend lain? Kan ke cikgu dah kahwin?"

"Tak la...manalah tau cikgu nak cari boyfriend lain, kawan saya ada abang...Tak kahwin lagi.."
"Aduilaaa...Terima kasihlah....Cukuplah cikgu dah ada 'boyfriend' sorang tu ja...Suruhlah kawan kamu cari orang lain untuk abang dia ok?" 




Hmm budak-budak...imaginasinya kadang-kadang diluar fikiran kita yang dewasa...
Kadang-kadang melucukan....=) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...