Sunday, October 26, 2014

DIY : Hiasan Kepala & 'Magic Wand' Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Baru sempat nak update tentang hiasan kepala dan magic wand untuk maskot rama-rama Rumah Hijau hari tu.. Dah tahukan cara-cara nak buat sayap dan baju maskot? Kalau lupa boleh check entry sebelum ni DI SINI dan juga DI SINI.. 



Untuk hiasan kepala maskot pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 cekak rambut warna hitam, 6 batang metallic wire, 2 polisterin bulat, 2 keping wall art bentuk rama-rama, marker hitam sebab nak warnakan polisterin tu nanti, pensil dan gam UHU.. 






Ambil 3 batang metallic wire tu dan pintal-pintalkan jadi satu.. Buat dua set.. Satu untuk kiri satu untuk kanan.. Kemudian ikat kedua-duanya pada cekak rambut.. Pintalkan wire dengan pensil untuk jadikan wire tu macam spring.. Cucuk polisterin pada hujung wire dan warnakan dengan marker.. Kemudian lekatkan wall art bentuk rama-rama tadi.. Dah siap.. 



Bagi ahli perbarisan pula, hiasan kepala yang dibuat lebih simple.. Cuma perlukan wire berhias macam dalam gambar, wall art bentuk rama-rama dan penebuk lubang.. Kebetulan kedai yang saya beli semua barang ni tengah jual costumes dan aksesori untuk Halloween, so banyak jugalah barang yang pelik-pelik saya jumpa..





*Sangat teruja bila jumpa warna hijau..



Ok, mula-mula potong wire ikut anggaran yang sesuai.. Lipat rama-rama dan tebuk dengan penebuk lubang.. Masukkan wire pada kedua-dua lubang.. Pintal hujung wire.. Dah siap.. (^^)






Untuk 'magic wand' pula, saya gunakan batang bendera, sticker hijau, wire berhias, wall art rama-rama dan gam UHU.. Potong sticker ikut saiz yang bersesuaian dan balut batang bendera.. Lekatkan rama-rama pada bahagian atas batang bendera.. 






Lilitkan wire berhias sebagai finishing.. 
Dah siap.. 
Mudahkan?






So, selamat mencuba! (^^)

Monday, October 20, 2014

DIY : Baju Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Entry sebelum ini, DIY kostum maskot rama-rama Rumah Hijau.. Kali ni, jom kita tengok macam mana nak buat baju maskot pula.. Simple saja bajunya.. Bahan-bahan yang diperlukan, inner hitam nipis, ribbon hijau, gam UHU, wall art decoration bentuk rama-rama.. 






Inner hitam ni saya gunting bahagian bawah sampai ke bahagian dada.. Agak-agaklah ya berapa panjang ikut saiz maskot anda.. Saya gunting pun senget-senget sebab inner ni sangat lembut dan nipis.. Tak apa, senget itu seni..hahaha.. Potong ribbon sama panjang dengan inner yang digunting tadi..






Dah siap gunting, lekatkan ribbon dengan gam UHU pada pahagian depan inner.. Kena lekat selang-selikan pada bahagian inner yang digunting tu.. Err, faham tak eh?.. Saya letak ribbon pada bahagian depan dan tepi inner saja.. Belakang tiada ribbon.. Lekatkan satu ribbon melintang di atas semua ribbon tadi.. *rujuk gambar



Sebagai finishing, saya lekatkan seekor rama-rama pada bahagian dada baju.. 
Boleh juga nak hias dengan lain-lain decoration dan design yang sesuai.. 
Ikut kreativiti anda ok.. 






Dah siap dah baju atau badan rama-rama saya.. Oh ya, paling sesuai pakai seluar warna hitam juga.. Maskot saya ada seluar hitam sendiri, so saya tak buatlah apa-apa design.. Memandangkan maskot saya ni petite orangnya, jadi inner yang bersaiz S ni dah cukup labuh untuk jadi skirt..






Inilah hasilnya.. (^^)

Sunday, October 19, 2014

DIY : Kostum Maskot Rama-Rama Rumah Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pheww, akhirnya selesai sudah Hari Sukan Tahunan sekolah saya yang diadakan pada hari Sabtu 18 Oktober.. Awal-awal pagi tu cuaca sangat best, mendung dan redup saja.. Sekali dah nak dekat pukul 10, sang matahari tunjukkan muka dengan bersinar-sinar.. Habis semua yang ada di padang pun 'bersinar-sinar' juga, dah jadi Dayang Senandung..huhuhu



Tahun ni saya dimasukkan ke Rumah Hijau pula setelah lama di Rumah Jingga.. Tahun lepas saya buat maskot harimau Rumah Jingga, so tahun ni, saya ambil tugas buat maskot rama-rama untuk Rumah Hijau.. Ok, jom tengok macam mana caranya nak buat sendiri sayap rama-rama ni.. 



Bahan-bahan yang diperlukan ialah mounting board warna hitam, kertas minyak, kertas A4, tali atau ribbon hijau, tinsel, ala benda apa ek yang berkilat-kilat rambu-ramba tu, stapler, gam UHU dan kertas / sticker warna hijau dan silver (striking)..   






Mula-mula kena draf dulu bentuk sayap yang nak dibuat.. Saya lukis atas kertas A4 dulu.. Kemudian ambil kertas minyak dan lipat dua.. Lukis bentuk sayap pada sebelah bahagian kertas minyak.. Dah siap, gunting bentuk sayap tu.. Dapatlah dua bahagian sayap..






Buka lipatan sayap tadi dan letakkan atas board hitam.. Lekatkan dengan selotape sikit untuk elakkan kertas tu senget waktu nak lukis bentuk sayap dengan pensil.. Dah siap lukis, alihkan kertas minyak dan gunting board.. Berhati-hati ya waktu gunting tu.. Memang agak mencabar juga nak gunting board tu.. Saya cuba guna pisau tapi lagi susah dan bahaya pula.. Lagi mudah gunting saja..






Bila dah siap gunting, guna skru driver buat 6 lubang untuk masukkan tali atau ribbon.. 4 lubang untuk ribbon nak ikat pada bahu dan 2 lagi untuk ikat pada perut.. Kemudian ambil kertas warna hijau dan silver, lukis bentuk dan corak yang sesuai untuk lekat atas board.. Saya susun dulu atas board dan lekatkan dengan selotape sikit sebelum lekat dengan gam UHU.. Jangan terus guna gam UHU takut salah nanti susah pula nak adjust.. 






Bila dah siap, hias sekeliling sayap dengan tinsel.. Saya stapler saja.. Saya buat dua sayap yang berlainan design.. Untuk maskot saya buat sarat sikit, untuk pemegang sepanduk saya buat simple saja.. Saya just lekatkan wall art decoration bentuk rama-rama dan sticker hijau bulat-bulat.. 






Ha tengok, bahagia saja maskot saya menggayakan sayap rama-rama dia tu.. Saya juga buatkan baju untuk badan rama-rama dan hiasan kepala untuk maskot dan juga ahli-ahli perbarisan.. Oh ya, ada juga 'magic wand' untuk si rama-rama.. Kata si maskot sambil menggoyang-goyangkan 'magic wand', "Teacher, nak tak kita 'santau' rumah lain bagi kalah".. Danggg.. sekali rumah Hijau yang kalah selepas kira jumlah markah semua acara.. hahahaha.. Ala tak apa, just nak enjoy saja..hihihi



*Next entry cara-cara nak buat hiasan kepala dan 'magic wand' pula ok.. 
Dan juga cara nak buat baju maskot.. 
Check it out!!!



Monday, October 6, 2014

Resepi : Ikan Kembung Rebus Air Asam, Mudah Dan Sedap!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Sejak dua tiga menjak ni tekak saya tak berapa nak selesa, asyik batuk-batuk saja.. Jadi selera makan pun terganggu juga.. Nak beli makanan di kedai, semuanya berminyak dan bergoreng.. Nak tak nak saya masak juga sendiri, tapi pilih menu yang mudah dan ikut tekak saya..



Ikan kembung rebus air asam memang salah satu menu yang paling saya suka.. Dulu masa arwah mak masih ada, dia suka rebus ikan kembung dan cicah dengan sambal belacan.. Makan pula dengan sayur kucai campur taugeh, berkuahkan kicap.. Perghhh, walau pun simple tapi boleh tambah berkali-kali ok..



Kali ni jom tengok apa bahan yang nak kena ada kalau nak cuba buat ikan kembung rebus air asam ni ya.. Ni bukan cicah, tapi masukkan air asam buat kuah ikan rebus tu.. Senang sangat nak buat, sedap pula bila makan..


  
Yang kena ada, mestilah ikan kembung.. Yang bersaiz besar dan fresh lagi sedap.. Dah siap siang dan bersihkan ikan tu, rebus dengan 2 keping asam keping dan sedikit garam.. Nak bagi hilang hanyir ikan.. Oh ya, saya rebus guna air yang cun-cun sukatannya nak buat air asam tu nanti.. Agak-agaklah ya..






Ok, ni ikan yang dah siap rebus, tak perlu lama sangat, cukup sekadar isinya dah putih.. Asingkan ikan dan air rebusan.. Buang asam keping di dalam air rebusan tadi..






Ni bahan air asam, sukatan ikut selera masing-masing: 


Air rebusan ikan
Air asam jawa
Bawang besar
Cili padi
Tomato
Belacan
Sos cili
Garam
Gula






Nampak tak, tomato dan bawang dipotong dadu.. Cili padi dipotong serong.. Tapi tomato dan cili dah dibuang bijinya ya sekadar yang termampu..huhu.. Tak elok makan bijinya sekali.. Ok, campurkan kesemuanya di dalam air rebusan ikan tadi.. Kacau sebati.. Nak rasa lagi umphh, saya ramas-ramas guna tangan je.. Baru betul-betul sebati.. Tapiiiii, PASTIKAN air tu dah sejuk sikit ok, nanti jadi jari rebus pula!!!



*Kalau ada sos tomato, nak tambahkan sikit pun boleh saja.. 
Saya tambah sos cili sebab nak pekatkan kuah.. Sos tomato dah habis pula.. (^^)






Kemudian siramkan air asam ke atas ikan..



Taddaaaaaaa...



Ikan kembung rebus air asam..






Husband saya yang tak suka makan air asam pun boleh hirup kuah air asam ni tau.. Kata tak suka air asam, tapi bila saya masak, semuanya dia sapu..hihihi.. Lagi pun, rasa air asam tu lain sebab guna air rebusan ikan, bukan macam yang kat kedai.. Air asam memang betul-betul air asam jawa campur belacan.. Adoiii pening bila makan.. Masam berkerut muka.. 






Memang berselera saya makan nasi hari ni.. Walau mudah tapi kena dengan selera saya, macam tak puas pula bila buat 2 ekor saja.. Tak apa, ikan masih ada, lain kali boleh buat lagi.. (^^)



Cubalah ya.. (^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...