Wednesday, September 25, 2013

Moga-moga Dapat Anak!

Assalamualaikum semua..



Minggu lepas, tak ingat tarikh..Out of nowhere..suddenly..


"Ticer, ticer tau tak, maksu saya dah bersalin dah."

"Oh ya ka, baguslah"

"Ticer, ticer dah ada anak belum?"

"Belum lagi, ticer ada anak mata saja."

Sambil bulatkan mata..

Sambil ketawa..

"Ticer ni."



****


Selasa, 24 September 2013



Tiba-tiba stop buat kerja sekolah..

"Ticer, ticer, memang betui ka ticer tak dak anak lagi?"


Pun ter'stop' tanda buku latihan, sambil senyum..

"Ha'ah betuila..Kenapa kamu tanya?"


Dengan muka konpius dan tak puas hati..

"Ticer cepatlah ada anak, nanti kami tak sempat nak tengok anak ticer kami dah keluar sekolah"


Sambil ketawa..

"Kamu tolonglah doakan untuk ticer, moga-moga ticer cepat dapat anak."



****


Rabu, 25 September 2013



Sambil sengih-sengih..

"Ni saya ada surat rahsia ni untuk ticer..Sapa pun tak boleh tengok."


Buat-buat terkejut..

"Oh ya ka, ada surat rahsia apa pulak ni?"


Bagi sesuatu bawah meja..

"Adalah..Ni ticer ambik bawah meja cepat."


Senyum-senyum layankan aja..

"Ha surat apa pulak ni?"


Nak buka, tapi..

"Jangan buka lagi ticer!! Ticer buka kat rumah!"


"Ok, ok, ticer simpan dalam bag ok."

"Ok."


Sambil sengih-sengih..



****


Di bilik guru, saya pun buka surat tu..Ini yang saya dapat..






Comel saja brooch ni..


Dan ada surat..









Hahaha saya ketawa saja..Saya tak sangka sebenarnya, dia akan betul-betul doakan saya moga-moga dapat anak..Aminnnn insyaAllah, moga-moga doa anak murid saya ni dimakbulkan..(^^)..Saya tunjuk pada suami waktu suami saya pergi sekolah nak hantar barang, ketawa besar dia..(^^)..Sungguh, saya tak sangka anak murid saya ni akan ambil serius apa yang saya cakapkan..Siap bagi surat! (^^)



Terima kasih Nurirdina Sufilieya..



Doalah banyak-banyak dengan ikhlas untuk ticer ok! (^^)


p/s: Siap dah ada yang suruh letak nama dia kalau saya dah ada anak..huhu

Saturday, September 21, 2013

Resepi - Sambal Hitam Soto Dan Bihun Sup

 Assalamualaikum semua..



Nak belajar tak resepi mudah buat sambal hitam soto atau bihun sup ni?..Cakaplah nak ye, kalau tidak, malu saya sebab gigih buat entry ni tau..huhu..Ni sambal yang biasanya kita makan dengan soto ayam..Tapi kalau saya, saya suka makan dengan bihun sup, laksa penang dan juga buat masak sayur kailan..Pernah juga saya masukkan dalam sayur pucuk paku, nasi goreng, cicah dengan ulam dan macam-macam lagilah..Why? Of course la sebab sedapppp!



Saya buat sambal ni sebab nak makan dengan laksa di sekolah..Adalah buat makan-makan sikit..Tapi saja buat banyak, simpan dalam peti sejuk..Tahanla dalam seminggu dua..Minggu yang saya demam tiga serangkai tu, saya teringin sangat nak makan soto ayam..Ayam pun ada, nasi impit pun ada, sambal hitam pun dah ada, gagahkan juga diri buat sup ayam..Padahal hari tu saya MC tak larat nak ke sekolah..huhu



Tekak tak nak makan yang dibeli, nak sup ayam juga..So saya buat soto ayam simple saja dan makan dengan sambal hitam tu..Wallaaaa berasap bila makan panas-panas dan pedas-pedas..Huhu derhaka pada nasihat tuan doktor yang dah penat pesan kat saya jangan makan pedas nanti lagi sakit tekak..Tak tahan godaan tau tengok sup dan sambal tu..





Soto ayam simple, ayam pun seketoi-seketoi..(^^)



Teringin tak tengok sambal hitam tu? Meh kita tengok resepinya meh..


Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah segenggam cili padi, 5-6 ulas bawang merah dan bawang putih, kicap pekat, gula dan garam..Boleh juga nak letakkan secubit belacan kalau suka..Bersihkan semua bahan dan kisar..Ada yang suka kisar kasar-kasar, saya suka bagi hancur lumat..Kemudian masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih..Oh ya, sebelum tutup api tu rasalah sikit..Kalau terkurang gula atau garam bolehlah tambah ikut selera masing-masing ye..(^^)





Sambal saya baru dikeluarkan dari peti sejuk, so nampak agak pekat..



Selamat mencuba! (^^)



Thursday, September 19, 2013

Bila Demam Tiga Serangkai Menyerang..

Assalamualaikum semua..



Sihat ke? Hope anda semua sihat-sihat belaka..Saya baru saja diserang demam tiga serangkai..Hehe nama penyakit baru ni kot..Baru-baru ni saya rasa sakit tekak, adalah dalam dua hari..Saya mula sakit tekak bila kena hujan waktu balik sekolah..Maklumlah nak elak jammed punya pasal, tiap-tiap petang balik merempit dengan suami..Kebetulan beberapa minggu lepas asyik hujan, main redah saja..



Saya dah rasa yang saya akan demam bila sakit tekak..Tu memang tanda-tanda awal tu..Lepas dua hari hilang, tapi mai pula selsema..Azabnya bila kena selsema ni..Pakej dengan demam dan bersin-bersin..Seksa betul kalau selsema..Saya jarang kena flu, tapi bila kena sesekali memang teruk terus..Adalah dalam tiga hari juga kena demam selsema..Sampai sakit kepala dan terpaksa ambil MC sebab badan pun panas..Pergi klinik dapat macam-macam jenis ubat..huhu






Dapatlah rehat sehari..Bila esoknya rasa dah ok sikit, batuk pula datang mengorat cek..
Tapi gagahkan diri pergi sekolah juga..Bila bagi MC pada Guru Besar, selamba saja dia cakap,


"Ada duit banyak, simpan, tak mau beli vitamin."


Adehhh..kena selagu..


"Mana ada duit banyak cikgu."


Saya ambil MC yang GB dah tandatangan dan bagi pada kerani..Terus saya keluar dari pejabat..
Huhu tak nak kena bebel dan tambah tingtong kat kepala saya lagi.. 



Sampai ke hari ni saya masih batuk-batuk..Pagi-pagi batuk lagi..Mungkin sebab sejuk..Bila dalam aircond saya batuk..Gatal tekak ni macam nak garu-garu..Nanti nak cari ayaq nyioq..Selalunya bila batuk, rajin saya cari air kelapa fresh minum macam tu saja..Tapi kali ni tak sempat nak cari..Hope esok lusa dah ok..Seksa juga bila sesekali kena demam tiga serangkai ni..



Mungkin betul cakap GB saya tu..Saya memang nak kena beli vitamin kot..hehe



Tips kalau anda kena demam tiga serangkai ni, anda boleh amalkan petua dibawah..
  1. Buat air asam jawa dicampur madu dan rendam semalaman dalam mangkuk yang berisi air..Minum selepas bangun tidur..
  2. Kurangkan bercakap..Tapi jarang sangat-sangat nak boleh diam saja satu hari..huhu
  3. Banyakkan minum air kosong atau minum air limau suam..No more ice okay!!
  4. Minum air kelapa atau air kembang semangkuk untuk sejukkan badan..
  5. Elakkan makan makanan yang pedas dan berminyak..
  6. Jangan main hujan..huhu



 






Saturday, September 14, 2013

Resepi - Mee Kuah Utara Yang Mudah

Assalamualaikum semua..



Kali ni saya nak share resepi mee kuah utara yang simple sangat rupanya nak buat..Dah lama berangan nak buat tapi asyik tak sempat ja..So bila dah beli tulang lembu sikit hari tu, terus menjalankan misi nak masak mee kuah ni..Buat pun saja suka-suka sebab nak makan dan nak belajar cara masak mee kuah..Resepi ni saya minta daripada my sister yang memang kesemuanya terror masak mee kuah..Cek ja yang baru belajar nak buat..Huhu better late than never!!
  


Bahan-bahan untuk kuah:

Minyak masak
  Bawang merah  
Bawang putih
Tulang lembu
Daging lembu
Air
Sos cili
Sos tiram
Kiub pati ayam
Cili kering - dikisar
Ubi keledek oren
Ubi kentang
Garam
Gula


Cara memasaknya:
  1. Rebus ubi kentang dan ubi keledek oren sehingga empuk..Buang kulit dan kisar..Ni untuk pekatkan kuah..Saya rebus sampai lembik dan just lenyekkan saja..hehe..
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih dalam periuk hingga kekuningan..Masukkan tulang dan daging lembu bersama air..
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam periuk, kemudian masukkan juga sos cili dan sos tiram..Sos tiram ni saya saja tambah..hehe pandai-pandai derhaka dengan resepi asal..
  4. Masukkan juga ubi yang dikisar tadi, kiub pati ayam, garam dan juga gula..Semua ikut sukatan dan selera sendiri saja..Rebus hingga daging empuk..



Yang berenang-renang dalam kuah tu daun sup dan daun bawang..Saya masukkan sikit je..





Mee kuning dicelur..




Bahan-bahan tabur:

*Taukua / tauhu - digoreng
Taugeh - dicelur
Telur - direbus
Sawi - dicelur
Daun sup
Daun bawang



 *Taukua / tauhu tak sempat beli..huhu tak adalah dalam gambar..





 


Ni dia mee kuah yang dah siap..Uishh bila taip entry ni rasa macam teringin pula nak buat lagi!
Nak kena pi cari tulang ni..



*Oh ya, kalau anda nak bagi kuah tu jadi lagi sedap, bolehlah tambah udang..Nak dikisar pun boleh atau biarkan seekor-seekor macam tu saja..Boleh juga tambah sotong, fishball atau fishcake dan kacang tanah yang dikisar kasar..Saya tak suka kacang, so tak masukkan walaupun ada ja di dapur tu..Lagi meriah bahan-bahannya, lagi meriahlah rasanya..



Selamat mencuba! (^^) 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...