Thursday, December 13, 2018

Kerabu Taugeh Dan Tomato Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Lama saya tak share resepi dalam blog ni ye. Ok hari ni saya nak share resepi kerabu taugeh dan tomato hijau. Senang sangat nak buat, tapi sedap!


Jom tengok bahan-bahannya.

Segenggam taugeh
Sebiji tomato hijau
5 tangkai cili padi
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
Garam dan gula


Cara nak buat sangatlah senang. Mula-mula celurkan taugeh dan toskan. Potong nipis semua bahan kemudian gaulkan dalam bekas bersama belacan, garam dan gula. Ramas sikit ya bagi keluar jus tomato dan bahan potong tadi. Masukkan taugeh dan gaul sebati. Siap! 😁




Boleh tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa ya. Nak tambah kerisik pun boleh. Cubalah buat ya, makan dengan ikan goreng dan nasi panas-panas. 




Tadi saya gu kan dengan ikan goreng dan sayur bendi masak asam. Husband saya kata, 'I can do this all day!'. 😁  


Monday, June 4, 2018

Peria Goreng Belacan Yang Sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Siapa yang suka makan peria? Hihi peria ni memang terkenal dengan rasanya yang pahit, tapi banyak khasiat tau. Ada dua jenis yang biasa dijual di pasar, yang jenis besar, berwarna hijau muda, dan peria katak, saiz kecil berwarna hijau tua. 


Sayur untuk berbuka puasa tadi, saya masak peria goreng belacan, tapi berkuah sikit. Sedap sangat tau. 




Jom kita tengok bahan-bahan nak masak peria ni. Nanti bolehlah cuba ye.


Bahan-bahannya:

1 biji peria
1 labu bawang besar
5 labu bawang putih
6/7 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
1 inci belacan
Kicap
Garam dan gula

*Semua bahan boleh lebih atau kurang ikut selera ye.




Potong nipis peria dan rendam ke dalam air garam untuk kurangkan pahit. Terpulanglah nak lama mana ye. Tapi tadi saya masak peria besar, rendam 15 minit saja. 


Basuh bersih semua bahan lain, potong dan kisar hingga lumat. Saya guna capsule cutter je. Senang sangat. 




Ok sekarang dah boleh panaskan minyak di dalam kuali ye. Bila dah panas, masukkan semua bahan yang dikisar, masukkan garam, gula dan kicap. Kemudian masukkan peria. Gaul sebati dan tunggu hingga mendidih, dah siap. 


Kalau nak berkuah, masukkan sedikit air ye. Kalau nak goreng kering, biar kuah agak kering baru masukkan peria. 




Selamat mencuba. 


Sunday, June 3, 2018

Ikan Senangin Masak Sos

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pernah masak ikan senangin tak? Sedap tau ikan senangin ni. Jom tengok resepi ikan senangin masak sos yang sedap ni ye.


Bahan-bahannya:

Ikan senangin disiang bersih, dipotong
Serbuk kunyit
Garam

Dipotong:
Ubi kentang
Bawang besar
Bawang putih
Capsicum
Tomato
Halia

Serbuk cili
Sos tomato
Sos cili
Garam
Gula






Ikan senangin yang dibasuh bersih digaul dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 




Tinggalkan sedikit minyak menggoreng didalam kuali dan tumis semua bahan yang dipotong. Bila dah agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, serbuk cili dan perasakan ikut citarasa. Masukkan ikan dan gaul sebati.


Siap untuk dihidangkan!




Selamat mencuba!


Jom Cuba Daging Masak Kicap Sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Macam mana puasa kali ni, banyak ke menu baru yang dicuba? Ni haa saya nak ajak semua cuba lauk yang senang dan mudah dimasak, tapi sedap tau!


Daging masak kicap. 



Bahan-bahannya:

Daging dipotong nipis
 Serbuk kunyit 
Garam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Bawang besar dihiris nipis
Cili padi diketuk
Kacang panjang dipotong
Ubi kentang dipotong panjang
Serbuk sup
Kicap




Gaulkan daging yang dibasuh bersih dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak, gorengkan daging hingga lembut. Bila daging dah agak lembut, masukkan semua bahan. Kicap ikut citarasa ye.




Gaul sebati dan masak hingga ubi kentang lembut, bolehlah dihidangkan. Senangkan? 




Cubalah ye, kalau rajin buatlah air asam atau sambal kicap. Makan panas-panas masa buka puasa, perghhhh mahu bertambah nasi! 😁


Thursday, February 15, 2018

Sambut Hari Lahir 7 Hari 7 Malam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pheww tajuk, macam over kan kalau hari lahir pun nak sambut sampai 7 hari 7 malam. Dah la yang ke 37 tahun pula tu, bukan yang pertama. hihihihi


Kisahnya, 10 Februari lepas, hari lahir saya. Dah berumur ni, tak perlu kot nak celebrate beria. Saya cuma beli apom coklat dan makan dengan kawan-kawan cikgu di sekolah. Ada la saya bawa balik juga.




Keluarga saya memanglah kirimkan doa dan wish happy birthday, tapi, yang terharunya, raaaamai sangat yang wish di dalam facebook, termasuk kawan lama yang tak pernah like atau komen apa-apa selama setahun ni. 


Saya ada facebook khas untuk bekas anak-anak murid saya, ada juga murid terkini dan ibu bapa. Raaaamai juga yang wish. Ada ibu bapa yang wassap saya semata-mata untuk wish saja. Terharu sangat.


Dan yang paling terharu, ada parents yang bagi brownies cute untuk saya, 5 hari selepas birthday. Ada yang bagi gift comel pula, 4 hari selepas birthday.






Kawan sekerja saya juga buat surprise, belikan kek untuk saya. Terharunya, itupun selepas dah 3 hari lepas birthday. 




Saya rasa bersyukur sangat, tak sangka ramai yang menghargai dan sudi mendoakan saya. semoga semuanya dalam Rahmat Allah juga.


THANK YOU ALLAH, ALHAMDULILLAH.



Thursday, January 11, 2018

Hilang Di Tahun 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sunyi blog ni tahun lepaskan? Entah masih ada yang sudi baca atau dah tak ada pembaca dah blog saya ni. 

Sorry sangat sebab lama menyepi. Entah dimana silapnya percaturan hidup saya tahun 2017, tak sempat nak jenguk blog langsung.

Tahun 2017 ialah tahun yang sangat sibuk dan berlalu sekelip mata. Sangat pantasnya masa berlalu. Rasa macam baru plan itu ini di awal tahun, sekali dah cuti sekolah hujung tahun.

Tahun 2017 juga macam-macam yang berlaku. Saya kehilangan abang kandung saya yang sulung akibat kanser tiroid tahap 4. 

Allah, perasaan sepanjang tahun tu sangat sedih. Mungkin sebab tu saya sibukkan diri dengan tugas di sekolah. Oh ya kalau ada yang belum tahu, saya ialah seorang cikgu di sekolah rendah di Pulau Pinang. 

Tahun 2017 juga saya dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) dan dapat kenaikan pangkat DG 44. Alhamdulillah.

Banyak lagi yang berlaku sepanjang tahun 2017, sampai tak ada masa saya nak luangkan untuk minat dan hobi saya nan satu ini.

InsyaAllah, saya cuba cari juga masa untuk update blog ni ya.

Semoga kita jumpa lagi. 😊




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...