Friday, March 9, 2012

Saya Sukalah Kat .....


Budak A : Cikgu, nak tau tak, B kan dia suka kat budak C...
Budak B : Manaaaa adaaaa cikgu...(Sambil sengih-sengih malu-malu....)

Cikgu....pandang pada budak B dan C...

Budak C : Apa pulak saya? (Jeling-jeling sambil senyum-senyum....)




Cikgu : B tolong hantar sat kertas periksa C ni kat dia boleh?
Budak B : Eh boleh cikgu....(Dengan muka excited sungguh sambil senyum sampai ke telinga...)



Terus dia keluar dan hantar kertas exam yang dah siap ditanda tu pada budak C...Hmm selalunya nak kemana mesti dan wajib bawa kawan...ni sebab nak jumpa awek...terus keluar sorang-sorang ja....Hmmm nak tunjuk macho betullah....


5 minit kemudian....


Budak B sambil senyum-senyum masuk ke kelas....

Cikgu : Ha B, dah hantar kertas tu pada C?
Budak B : Dah cikgu...kawan-kawan dia cakap saya boyfriend C...
Sambil melebar lagi senyuman di ukir....

Hai la budak....baru 10 tahun dah gatal ye....




Peristiwa dua tahun lepas....


"Cikgu, S tanya mau tak cikgu jadi awek dia?"
"What? jadi awek dia? Ada ke patut....mana boleh jadi awek dia....Cikgu dah anggap dia macam anak cikgu...Kamu semua anak-anak cikgu.."

"Tapi cikgu, dia cakap dia suka kat cikgu..."
"Ya lah, kalau suka pun, mana boleh nak jadi awek...Lagi pun, cikgu kan dah kahwin...."

"Cikgu dia tanya kalau dia bagi kereta kat cikgu nak tak cikgu jadi awek dia?"

"Hahaha tak payahlah, cikgu dah ada kereta dah pun...Nanti dia dah besar dia akan jumpa awek dia.."



Selepas peristiwa tu, langsung budak S tu tak bertegur sapa dan tak nak jumpa saya....
Sampailah dia keluar sekolah....Baru darjah 6....huhuhu




"Cikgu....cikgu tak mau ka cari boyfriend lain?"
"Erk?? kenapa nak cari boyfriend lain? Kan ke cikgu dah kahwin?"

"Tak la...manalah tau cikgu nak cari boyfriend lain, kawan saya ada abang...Tak kahwin lagi.."
"Aduilaaa...Terima kasihlah....Cukuplah cikgu dah ada 'boyfriend' sorang tu ja...Suruhlah kawan kamu cari orang lain untuk abang dia ok?" 




Hmm budak-budak...imaginasinya kadang-kadang diluar fikiran kita yang dewasa...
Kadang-kadang melucukan....=) 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...