Saturday, December 22, 2012

Tunjuk Dengan Kaki vs Bersila Atas Lantai

Assalamualaikum semua..


Beberapa hari lepas bermula misi mencari barang elektrik..Nak cari vacuum cleaner dan barang-barang lain..Perabot dah settle, so nak cari barang elektrik pula..So, saya dan suami serta mil pergi ke sebuah kedai elektrik yang agak banyak juga cawangannya di Pulau Pinang ni..Kami plan nak cari di kedai elektrik dekat Sunway Tunas..



Dalam pukul 8.30 malam kami sampai..Hmm ramai pekerja kedai tu..Dua tingkat kedainya..Kami ronda tengok-tengok barang yang ada..Ada seorang pekerja lelaki Chinese datang dekat kami..Tapi dia tak cakap apa pun..Muka masam saja..Senyum pun tak, apa pun tak..Kot lah nak tanya nak cari barang apa ke atau pun just say 'hello'..Kami belek barang-barang yang ada..Dia sibuk dengan handphone saja..



Naik ke tingkat atas, kami jumpa satu vacuum yang sangat menarik, jenama Electrolux..Bila ditanya pada pekerja lelaki tadi tu, berapa panjang wayar vacuum tu, dengan buat muka malas nak jawab terus dia kata 'Tak tau, standard punya panjang'..Bila ditanya ada lagi tak vacuum jenama lain, baru ditunjukkan di rak barang Panasonic pula..Ada 5 jenis vacuum tapi ada 6 harga yang berlainan..Rak paling bawah, so suami saya mencangkung nak tengok harga..Saya berdiri saja..



Bila suami saya tanya kenapa ada 6 harga yang berbeza, sebab nampak macam tak ada beza pun 3 jenis vacuum tu..Lelaki tadi tunjuk dengan kaki saja, 'Yang ini dah habis stok'..How rude?!!!Saya rasa macam nak lempang saja sebab suami saya masih mencangkung di situ masa dia tunjuk dengan kaki..Terus saya dah tawar hati nak beli apa-apa barang di kedai tu..



Kemudian kami turun bawah, tengok pekerja lain layan cerita di tv saja..Bila kami nak keluar, ada pasangan Cina masuk..Elok pula pekerja lain layan, ramah!!!Hello semua pelanggan sama ok, jangan nak tengok pada pakaian atau bangsa, kami nak beli cash bukan nak hutang tau!! Terus keluar kami ke kedai CSH di D' Piazza pula..Kami pernah ke sana, memang ramah pekerjanya layan dan terangkan apa kelebihan barang yang kami nak pilih..Chinese juga..



Lagi 15 minit sebelum tutup kedai kami sampai..Terus pekerjanya dengan ramah tanya 'Yes bos, nak cari apa?' Bila dah cakap nak cari vacuum, terus dibawanya ke tempat vacuum dan siap terangkan lagi apa kelebihan vacuum tu..Kami berdiri, dia dah duduk bersila atas lantai dekat sebelah vacuum tu..



Saja saya suruh suami tanya pekerja tu, nak uji, berapa panjang wayar vacuum tu..Terus dia kata, 'Aiya, saya tak tahu berapa panjang oo,  sebab dia tak tulis maa..Tapi saya agak arr dalam 5 meter la'..Good, kami senyum sebab dia berusaha juga nak memenuhi permintaan customer..Terus kami setuju nak beli dan dia siap bagi diskaun lagi..Beza harga dengan kedai tadi walau pun vacuum tu jenama dan model yang sama..CSH lagi murah!!






Belek punya belek, kami terbeli rice cooker dan termos elektrik..Hehe sebab puas hati dengan layanan dan harga yang lebih murah..Harga tak penting, tapi layanan yang buat customer rasa dihargai tu yang lebih penting..Bukan semua barang tu kami dah tahu kelebihan dan kekurangannya, so kami perlukan assistant kedai untuk buat pilihan yang terbaik..Bukan nak kata bangsa tu bagus bangsa ni tak bagus, tapi attitude diri sendiri tu yang membezakan seseorang..



Senyum-senyum kami keluar dari kedai tu, cun-cun kedai nak tutup..Plan nak ke situ lagi nak beli barang lain pula..

5 comments:

  1. Kalau nak cari barang elektrik murah bleh cuba kat sini
    https://www.facebook.com/electrical881015
    Free delivery in penang dan good services

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk maklumat ni..(^^)

      Delete
  2. Assalamualaikum..

    Saya akan berpindah ke bayan lepas, Penang hujung minggu ni. Nak cari barangan elektrik, terjumpa blog ni :)

    Plan nak cari barang2 elektrik juga nanti..

    Kedai CSH ni memang recommended ka?
    Ada kedai lain yang boleh puan recommend?

    ReplyDelete
  3. Puan, tolong reply ke komen ni. Follow up comment akan notified ke emep saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Hmm setakat yang saya dah p kedai CSH ni lah yang best. Ada lagi satu tapi dah tutup. Banyak kedai elektrik di Bayan Lepas. Boleh survey compare harga kalau ada masa. 😊

      *kedai yang staff dia tunjuk dengan kaki tu pun dah tutup atau pindah entahlah. 😁

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...