Sunday, June 30, 2013

DIY : Kostum Maskot Harimau Rumah Jingga

Assalamualaikum semua..



Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua macam mana nak buat kostum untuk maskot harimau..Maklumlah sekolah saya baru saja buat sukan tahunan kelmarin..So saya ditugaskan untuk buat perhiasan perbarisan rumah Jingga..Beberapa hari saya dok fikir nak buat maskot apa..Akhirnya dapat idea nak buat maskot harimau..



Mula-mula haruslah search internet dulu cari gambar harimau yang nampak garang macam di bawah ni..Saya print atas sticker..Sebabnya nak lekatkan pada topeng putih readymade yang saya beli..



Potong gambar di atas dan pandai-pandailah adjust bila nak lekatkan di atas topeng putih tu macam di bawah..Memang bila dah lekatkan nampak ada juga bahagian yang berkedut-kedut..Tapi kalau tengok dari jauh nampak elok saja..So, don't worry kalau harimau anda nampak macam dah tua sikit..hehehe..Ni baru 90% siap..Kena cover bahagian yang putih tu dengan sticker..




Untuk badan harimau, kena sediakan seluar panjang hitam dan baju lengan panjang hitam..Saya beli tracksuit dan inner saja..Sebabnya, cuaca panas tengah padang, kalau beli baju tebal-tebal, pengsan pula harimau saya nanti..huhuhu..Boleh juga beli baju dan seluar warna oren dan lekatkan dengan sticker hitam..



Potong sticker oren lebih kurang macam bentuk di atas untuk buat belang-belang..Dan lekatkan pada baju dan juga seluar macam di bawah..Untuk elakkan sticker tertanggal, lekatkan guna gam UHU pada setiap hujung sticker tu..Oh untuk perut buat corak macam dalam gambar pun boleh..






Ok, untuk ekor, kena ada dawai yang keras dan boleh lentur, mafla warna oren dan span nipis..Balut dawai dengan span, (seorang kakak ni rajin pula jahit jelujur span tu pada dawai..THANK U kak Nor!!) kemudian balut dengan mafla dan ikat dengan getah warna oren..Agak-agaklah panjang dawai tu cukup-cukup untuk lilit pada pinggang maskot dan yang selebihnya bentukkan jadi ekor..






Sebelum..






Selepas..



Ekornya nampak gebu saja macam gambar di atas..Untuk buat paws harimau tu, saya guna sarung tangan..Sarung tangan saya beli sarung tangan tukang kebun tu dan kak Nor Hasiah tolong spray warna oren dan hitam..Thank u!!!






Tu dia harimau saya bila dah siap pakai kostum..Oh ya, maskot saya saja perempuan, yang lain-lain semuanya lelaki..Rumah merah Ladybird, rumah hijau Ninja Turtle dan rumah kuning Lebah..Kreatif pula cikgu-cikgu rumah sukan tahun ni, siap semuanya ada maskot..Cayalah..
p/s: Tahniah pada semua cikgu yang gigih siapkan maskot..
Yang tukang tengok dan buat-buat tak nampak tu harap-harap ringankan tulang tahun depan ok!!!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...