Saturday, October 26, 2013

YAYYYY..HAPPY 5TH ANNIVERSARY! (^^)

Assalamualaikum semua..



Alhamdulillah, pada tarikh 26 Oktober 2013, genaplah 5 tahun saya menjadi Puan.. Tapi tak aci kan, perempuan bila dah kahwin, tukar dari Cik ke Puan..Lelaki tetap Encik sebelum kahwin sampailah dah beranak cucu cicit piut miut.. Ini tidak adillllllll... Tetiba saja nak emo kan, apa kes?



Sempena hari ulangtahun perkahwinan kami berdua, saya tak sempat nak beli hadiah apa-apa..Lagipun, nak kemana tetap berdua dengan suami, bila masanya nak beli hadiah.. Tapi saya dapat idea nak beli cupcakes comel ni bila ada seorang anak murid saya jual di sekolah.. Huhuhu sebelum dia tunjuk kat saya, ada kawan dia yang tanya,



'Ticer, budak-budak boleh tak, nak jual makanan kat sekolah?'



Saya pun confiused sebenarnya nak jawab macam mana..haha..
So, saya tanya balik,



'Kenapa kamu tanya, ada kawan yang jual makanan ke?'



'Ada! Idzihar jual kek, ticer..Ada gambar kartun!'



Saya pun panggillah budak Idzihar ni..



'Idzihar, mai kejap..Kamu ada jual kek ya?'



Terkelip-kelip si Idzihar ni datang sambil bawa bekas yang ada cupcakes tu.. Takut-takut dia, takut saya marah.. Cupcakes tu sangat comel ok.. Tapi saya tak gamak nak makan kek yang ada gambar kartun ni.. Harganya RM1.50 sebiji.. Katanya emak dia yang buat.. Pandai nau emak dia suruh anak dia meniaga ye.. Masa ni lah, idea nak order cupcakes pun datang.. Konon-konon nak buat surprise la kat husband.. hehe.. Saya pun order 18 biji pada hari Khamis dan ambil pada hari Jumaat.. Adalah juga cupcakes untuk anniversary kami kali ni.. (^^) 



Tapiiiiiiii........................






Anda perasan tak, ada huruf yang tertinggal? Huhu..'N' hilang..jadi 'ANIVERSARY' saja.. Saya dah tulis siap dah atas kertas bagi pada anak murid saya tu suruh tunjuk pada emak dia.. Mungkin emak dia tak perasanlah tu.. Lagipun, cukup 18 biji cupcakes tu.. Tapi tak apalah, just nak makan sendiri saja, tak kisah sangatlah.. Just nak seronok-seronok saja..



Janjiiiiiii........................... 




HAPPY! (^^)



Saya berdoa semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki untuk memiliki zuriat, bahagia, saling sayang-menyayangi antara satu sama lain dan hati kami tetap ada perasaan yang sama macam hari kami diijabkabulkan..InsyaAllah..aminnn..(^^)



LOVE YOU MR ARROGANT!..eh silap!!!!



LOVE YOU MR 137! (^^)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...