Wednesday, February 26, 2014

Pakcik Jual Suci Dalam Debu

Assalamualaikum semua..



Pernah makan biskut 'suci dalam debu' tak? Dibuat daripada kulit popia..Saya tak tahu bahan-bahan nak buat biskut ni, tapi yang pasti ada susu..Maklumlah, dah lactose intolerance, so tak berapa nak ambil tau sangatlah tentang biskut yang ada susu ni..hihihi..Tapi yang pernah makan cakap memang sedap..






Gambar atas ialah sebekas biskut suci dalam debu yang saya dan suami beli waktu kami berdua makan di Astaka Jam Besar, Sungai Petani..Ada seorang pakcik ni yang jual..Dia akan berjalan dari satu meja ke meja sambil jinjing bag yang berisi biskut ni..Adalah lebih kurang dalam 20-30 bekas kot..



First time jumpa pakcik ni dulu, dia bagi rasa dan suami saya berkenan nak beli..Lagi pun kesian dengan pakcik tu yang jalan ke sana-sini sambil promote kat orang yang makan di astaka tu..Pakcik tu tanya lembut ja 'Adik nak beli kuih?'..Bukan paksa orang beli macam sesetengah penjual tu..



Pakcik tu siap berdoa pada kami selepas kami sedekah saja duit baki beli biskut tu..Automatik kami berdua stop makan dan tadah tangan..Biarlah orang sekeliling tengok pun..At least kami dah tolong pakcik tu cari rezeki halal..Walaupun dah berusia, pakcik tu masih gagah lagi cari duit..Bukan macam sesetengah orang yang malas nak kerja tapi 'cari rezeki' cara yang salah dan menyusahkan orang lain..



Saya lebih rela tolong pakcik ni daripada 'sedekah' pada orang yang 
bawa resit yang meragukan..





Nampak tak ada orang tak sabar nak makan biskut tu? (^^)






Penat berjalan, pakcik tu duduk minum dulu..Nanti dia akan ulang balik dari meja ke meja lain pula..Entahlah, selalu habis atau pun tak habis pakcik tu jual..Biasanya setiap kali kami makan di sini, confirm kami akan beli 4 bekas..2 bekas bawa ke sekolah untuk kawan-kawan..2 bekas lagi, hmm faham-fahamlah 'simpan' kat mana..Suami dah addicted dengan biskut ni..(^^)





Nampak tak pakcik yang pakai ketayap putih tu..



Saya rasa macam sedih tengok muka pakcik ni, sayu..Sebab bagi saya, muka pakcik ni sangat bersih dan jernih..Tak kiralah apa sebab pun dia kena jual biskut ni, saya doakan semoga rezeki pakcik ni sentiasa ada..Hari tu pakcik ni doakan kami berdua semoga murah rezeki, dalam diam saya pun doakan yang sama juga..Aminnnnn..



2 comments:

  1. Salam Teacher Haida... ^_^
    Senang je nak buat ni.

    http://ticerscribbles.blogspot.com/2012/08/dah-pandai-buat-popia-nestum.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ms J..ok senang je nak buat suci dalam debu ni rupanya..hehe thank you for sharing.. (^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...