Monday, March 24, 2014

TTC : Jamu Kunyit Asam Jawa Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar tak jamu kunyit asam jawa? Jamu ni asalnya dari Tanah Jawa..Wanita-wanita Jawa buat jamu ni untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga untuk merampingkan badan..Haaa tak payah susah-susah nak pergi gym la, slimming centre la..Senang je, amalkan jamu ni, insyaAllah, maintain je saiz hang cek oiiii..



Selain daripada tu, jamu ni juga boleh melancarkan darah datang bulan, buang angin dalam badan dan juga menyuburkan sistem peranakan serta banyak lagilah..Haa banyak tau khasiatnya jamu simple ni..Mungkin salah satu cara nak TTC? Nak buat juga? Jom intai apa bahan-bahan yang diperlukan..



Kunyit hidup
Asam Jawa
Gula merah
Halia
Air



Semua bahan ikut citarasa sendiri ok..Halia tu saya tambah sendiri sebab nak buang angin dalam badan..Saya potong halus kunyit hidup dan halia..Boleh juga nak blend..(Tapi cek malas nak basuh blender lepas blend bahan setoet ni saja..Potong lagi cepat!) Kemudian campurkan semua bahan tadi dalam periuk dan masak hingga mendidih..






Bila dah mendidih, tutup api dan tapis sewaktu tuang dalam cawan atau mug..Saya suka minum suam-suam waktu hari pertama dan kedua datang bulan..Habis semuanya di 'flush'..Kalau berkesempatan memang saya amalkan jamu ni..Rasa jamu ni agak masam-masam manis..Tapi sedap tau!!! Jamu yang paling sedap sekali jamu kunyit asam jawa ni la..Kalau simpan dalam peti sejuk, lagilah best bila minum..






Cubalah ye..
Boleh juga kita share pengalaman masing-masing..
Tambah ilmu sama-sama..(^^)

56 comments:

  1. Norhaida, thanks for sharing this. masa pi berurut dulu, mak bidan tu memang bagi i air kunyit untuk minum. Mana u dapat resepi ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan yang share petua ni sebab mak dia bidan, katanya bagus untuk kesihatan..Lagi pun sedap!! (^^)

      Delete
    2. Hihi sedapkan? Jamu yang sedap untuk dicuba...

      Delete
  2. Air kunyit ni boleh utk kempiskan perut jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah apa yang saya tahu salah satu jamu untuk langsingkan badan dan kempiskan perut yang diamalkan oleh kaum ibu di Indonesia ialah jamu kunyit asam ni la..

      Delete
  3. Untuk dalaman dan keputihan.sesuai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sangat sesuai..banyak sebenarnya khasiat jamu kunyit asam ni..tapi bukan untuk diamalkan setiap hari..elok seminggu sekali atau macam saya just amalkan masa datang bulan sahaja..

      Delete
  4. Terima kasih atas info. Masa saya berpantang anak pertama pun kena minum air kunyit 3 hari pertama. Jemput ke blog saya untuk kita bertukar-tukar info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Memang dapat petua pun dari anak bidan..ok tq sebab sudi singgah blog saya untuk komen.. (^^)

      Delete
    2. Jamu ni best my perut buncit pun hilang ;)

      Delete
    3. Oh bagus tu.. ada kesan positif.. hehe

      Delete
  5. Sis, untuk sekali minum brp byk kuantiti bahan di perlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm bahan tu ikut citarasa..tapi selalunya saya akan guna 2 kunyit hidup, 2 inci halia, 2 sudu makan gula merah / 1 ketul gula melaka, 1 sudu makan asam jawa dan air 2 cawan..tapi kadang2 main masukkan je ikut selera.. ;-)

      Delete
    2. Selalu saya buat 2 cawan terus untuk 2 hari minum..

      Delete
  6. Alhamdulillah.. saya pun dah mencubanya.. Kalau dulu selalu mengantuk/lesu masa drive nk dtg ofis pagi.. Tapi sejak saya amalkan minum air asam kunyit ni dah tak ngantuk lagi masa drive.. Saya amalkan minum satu cawan waktu malam n satu cawan waktu pagi. Jus tu saya buat sndiri kt rumah. Saya blend n simpan dlm peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada kesan baik.. Memang senangkan nak buat sendiri.. =)

      Delete
  7. Assalam sis,nak tny kenapa tak boleh minum selalu@hari2 ye?apa kesannye kalu minum hari2?sis minum ada nmpak kesan pd berat badan tak?tq sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..saya tak ada masalah berat badan, jadi tak boleh nak komen..hihihi.. Saya pernah terbaca (google) yang jamu ni boleh buatkan perut meragam kalau minum hari2.. Sebab masam kot.. Tapi selagi badan boleh terima saya rasa ok ja nak amalkan ikut kesesuaian badan masing2.. =)

      Delete
    2. Dan ada yang jadi kekeringan pula kalau amalkan hari2.. Tapi apa pun jangan terlebih2 kalau nak amalkan petua apa2 ye.. Just ambil ikut kesesuaian badan sendiri.. wallahualam.. =)

      Delete
  8. saya duk beli ja sebelum nie.i. tapi sekarang payah pulak nak ada stok so balik nanti buat sendiri, rasanya lagi puasa hati. thks 4 sharing this

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi lepas ni tak payah beli dah..buat sendiri lagi puas hati, nak letak banyak ke nak letak sikit ke ikut selera sendiri..selamat berjamu..hihi

      Delete
    2. saya ada stok jamu asam kunyit, jika berminat whatsapp saya 017-2017078 untuk penghantaran..homemade

      Delete
  9. Salam.. tertanya.. boleh x guna madu untuk gantikan gula? Bubuh masa nak minum. ok x? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..ok juga guna madu..madu pun bagus juga untuk kesihatan.. (^^)

      Delete
  10. Sy penah dengar kalau minum setiap hari blh cepat menapous sebab kunyit ni kecutkan Rahim..kalau period blhla minum hari2..kalau x seminggu 3x je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm jangan minum hari-hari kalau period..cukup 2 hari atau 2 kali minum..kemudian selang 2 minggu pula baru boleh minum lagi..cuba search dalam fb ni..Atopic Mommy..

      Delete
  11. Replies
    1. Saya minum malam sebelum tidur..biar diproses apa yang patut keluar tu waktu tidur..kalau siang takut ganggu perut atau heavy flow..

      Delete
  12. Assalam. Sis kalau breastfeed baby boleh amalkan tak? Sebaikknya minum sewaktu datang bulan atau selepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. saya tak ada pengalaman minum jamu ni waktu bf..huhu.. saya rasa sis boleh cuba minum sikit dulu.. tengok ada tak kesan pada baby.. kalau banyak takut bagi kesan kembung perut atau cirit-birit pada baby pula sebab ada kunyit dan asam jawa..

      Saya hanya amalkan pada hari pertama atau kedua datang bulan saja.. nak minum sebelum tu takut ada isi..huhu

      Delete
  13. Ass,kum..klu sy tambahkan manjakani blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..saya pernah terbaca ada yang buat jamu asam kunyit ni ditambah dengan manjakani juga..cuba check link blog ni:

      http://mnormila.blogspot.my/2014/10/jamu-asam.html

      Delete
  14. Thanks resepi ni..sya mohon share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..ya sila share, sama-sama kongsi ilmu.. (^^)

      Delete
  15. Untuk anak dara kena amalkan berapa kali ye dalam sebulan tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dear baru dapat reply setelah lama berdiam diri dari blog..sibuk dengan kenduri kahwin anak saudara dan bz dengan kerja..

      Ok kalau ikutkan x boleh minum hari2.. elok kalaau minum seminggu 1 / 2 kali sahaja.. ikut kesesuaian dan penerimaan badanlah.. kalau saya, hanya minum 2 kali.. pada hari pertama dan kedua period sahaja..

      Delete
    2. 1 atau 2 kali ye.. bukan 1/2 (setengah) kali

      Delete
  16. Kak bidan saya pun bagi resepi ni. Kebaikan jamu ini ialah utk wanita berpantang bersalin, utk kempiskan perut, utk tegangkan kulit. Kunyit boleh buabgvbyk air dlm badan, sesuai utj yg gemuk air. Nak lagi bagus tambah manjakani. Kata dia,,, amalkan jamu sgt baik, org Indonesia amalkan jamu sejak anak dara. Mereka lambat menapous berbanding org malaysia, umur 40 dah start menopaus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. Boleh amalkan kalau ada kebaikan kan?..hehe

      Delete
    2. Tapi Ade orang Kate orang Indonesia yg ramai monopoles umur 40...sebabnye amik jamu kunyit.sejauh mane kebenarannya tak tahu pule.sy pun suka sangat minum jamu nih

      Delete
    3. Hihi..x pastilah sebab jamu ni ke yang buat cepat atau lambat nak menopause..rasanya itu semua ikut badan masing2 kan..😊

      Delete
  17. hi.. nk tanye.. lelaki boleh amalkan x? atau ade effect?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..saya ada baca dalam blog Indonesia, lelaki pun boleh minum jamu ni..untuk kempiskan perut..tapi, saya rasa lebih baik u cari lagi maklumat sebelum amalkan..mungkin ada bahan yang ditambah atau dikurangkan..

      Delete
    2. Rasanya laki pun boleh sebab skrg kan viral jamu puteri, ni antara bahannya n ade lg tmbhn lain nk bg lg sedap 😊

      Delete
    3. Thank u bella ash burn atas info tu..😊

      Delete
  18. Kalau ade cyst blh ke minum jus asam kunyit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada terbaca dalam blog http://daphneiking.blogspot.my/2014/02/dinas-air-kunyit-jamu.html?m=1 yg jamu ni boleh hilangkan cyst..tapi ada bahan tambahan lain..nak kepastian boleh check..

      Delete
  19. nak tanya boleh melicinkan kulit x kalau selalu diamalkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga..sebab jamu ni guna bahan asli..bukan campur yg bukan2 mcm produk kita guna sekarang kan..kena banyak search maklumat lagi ni..hihi

      Delete
  20. As salam..nak tanya wanita yang sudah menopouse atau dalam proses kearah itu.boleh minum jugak ke.Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..sy x pastilah kak..tapi mungkin baik juga untuk kesihatan secara menyeluruh kalau minum jamu ni..

      Delete
  21. Waktu period tak bole minum kan? Saya dapat tahu yang jamu ni kena minum selepas period abis. Da kering period bru bole minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minum 1st atau 2nd day period saja..untuk hilangkan senggugut dan lancarkan period..bukan setiap hari datang bulan tu ye..hihi..kalau sebelum period tu takut juga nak minum..takut ada isi..

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...