Thursday, August 6, 2015

Koleksi Selendang Online Terbaru ZALORA Yang Cunnnnn..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Siapa yang tengah baca entry ni suka pakai selendang, senyum sikit? Haaa saya pun suka pakai selendang atau omputih panggil shawl ni.. Kalau bercuti ke mana-mana memang saya tak bawa tudung lain dah.. Memang bawa shawl saja.. Senang, gulung-gulung masuk dalam bag.. Bila dah sampai kat hotel, gantung dalam almari, nak pakai lilit-lilit saja..



Pakai shawl ni mudah.. Tak payah nak risau tudung tak muncunglah, tak payah nak tiup puih-puih bagi tudung tak kemek.. Just pakai anak tudung dan hang lilitlah selendang tu style lagu mana pun tak apa, ikut suka hati hang la nooo.. Janji tutup aurat.. Lagu mana pun untuk hampa.. Jangan sampai terjerut sudah.. hihihi



Tapi zaman sekarang ni lagi mudah.. Designer semua cerdik-cerdik, buat instant shawl terus.. Anak tudung pun siap dijahit dengan selendang sekali.. Ada style yang kena pakai brooch dan ada banyak yang tak gaduh nak cari brooch dah.. Sarung, lilit-lilit dah siap.. Silap haribulan, orang perempuan bersiap lagi cepat kot dari lelaki..



Saya pernah beli instant shawl online juga, tapi bila dapat tak sama macam yang saya harapkan.. Ingat nak promo dalam blog, terus tak jadi.. Pakai sekali, rasa tak selesa, terus simpan dalam almari.. Tapi pilih yang budget ciput saja, sebab first time try beli online..



Baru-baru ni saya terjumpa web ZALORA yang promo instant shawl terkini.. Perghhhh, banyak juga yang berkenan di hati.. Saya ingat harga mesti RM50 ke atas, rupanya ada juga yang harganya RM15 sahaja! Kalau anda nak tengok sila buka link ni koleksi selendang online terbaru.. Confirm teringin nak order tau.. Saya pun tengah berkira-kira nak order jugalah.. hihihi



Macam dalam gambar di bawah ni, inner dah siap jahit sekali dengan shawl.. Sarung terus tak payah nak cari brooch.. Cepatkan? Cantik pun cantik.. Kalau emergency nak bersiap cepat, memang sesuai sangatlah instant shawl ni..












Nak lagi mudah beli yang tak ada inner.. Banyak pilihan yang ada di ZALORA ni, daripada cotton, lycra, satin dan banyak lagilah.. Memang berbaloi kot beli, cantik pun cantik, senang dan mudah nak pakai pula tu.. Bak kata jiran saya yang selalu jerit pada anak dia, "Apa lagi yang kamu mahuuu?"



So, jom kita ushar-ushar dulu mana yang berkenan di hati.. 
Dah berkenan tak payah merisik, terus 'akad' ja.. hihihi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...