Monday, August 1, 2016

TTC : Sedapnya LAZZ Susu Kambing Pracampuran Kurma

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


Phewwww lamanya tak sempat nak buat entry baru dalam blog ni.. Sibuk macam apa ja.. Kalau tak sibuk malas macam apa ja.. hahaha.. Ok fine, nak mula aktif balik buat entry.. Rindu nak 'menulis' dalam blog.. Lama tak 'menulis' otak rasa tepu wehhhhh.. Banyak sangat yang nak share dalam blog, gambar dan cerita, tapi semuanya simpan dalam handphone saja.. I was so busy..



So, kali ni saya nak share tentang salah satu usaha saya nak TTC.. Yeahhhhhhh sentiasa usaha tanpa putus asa.. Chaiyok.. chaiyokkk.. Saya dah lama survey susu kambing yang sesuai diminum.. Sebabnya saya lactose intolerance, so susu lembu is a very BIG NO.. Ada juga saya try susu kambing lain yang kononnya tak mendatangkan rasa tak selesa pada perut, tapi, perut saya reject juga.. Walaupun tak teruk sangat tapi tetaplah melawat toilet 3, 4 kali juga lepas minum..






Saya dah baca testimoni dan juga info tentang susu Lazz ni sebelum beli.. Saya beli di Lunatots Sungai Dua, Pulau Pinang.. Seminggu sebelum kedai ni pindah ke Bangi.. Lepas ni kena cari ejen yang dekat dengan rumahlah.. Sebab saya sangat suka susu Lazz ni tau..




Saya beli yang ada campuran kurma.. Sebab malaslah nak blend susu dengan kurma.. Beli siap-siap senang.. Harganya RM45.00 untuk kandungan 500 gram sekotak.. Saya nak cuba dulu, takut minum sakit perut.. Rugilah kalau beli banyak tapi tak boleh minum.. Husband saya pula bukan suka sangat pun minum susu kambing.. Kalau saya paksa minum, sambil buat muka merajuk kecik hati retak seribu barulah dia minum.. hahaha..


   


First time saya bancuh saya tak campur dengan apa-apa pun.. Saya bancuh 3 sudu (disediakan dalam kotak) dalam mug.. Bila tengok putih saja susu tu mulalah rasa loya kat tekak ni.. hahaha.. Tapi gagah minum juga.. Seteguk, dua teguk, tiga teguk.. Ehhhhh sedap pula.. Terus saya minum bagi habis.. Tapi saya tunggu juga takut-takut sakit perut..


5 minit tak sakit perut, 10 minit pun ok lagi, 15 minit, 30 minit sampailah saya tidur, tak rasa apa-apa pun dalam perut.. Memang saya syukur sangat sebab first time minum susu kambing tak sakit perut.. Dahlah sedap, tak buat perut meragam pula tu.. Memang terbaiklah.. 30 minit lepas minum tu rasa macam laluan udara kat hidung ni macam fresh.. Macam senang nak bernafas.. Ehh macam mana nak explain entah.. hahaha..


*See.. tiba-tiba buih tu jadi bentuk ♡


Pagi esoknya senang saja nak membuang.. Susu ni tak ada bau hamis tau.. Bau sedap saja.. Nak bancuh minum macam tu saja pun tak ada masalah.. Saya ada juga campur dengan Milo, Indocafe dan oat.. Harap-harap adalah kebaikan saya minum susu kambing Lazz ni.. Cubalah ya, sebab susu ni sesuai untuk semua peringkat umur.. Kalau benda baik, saya suka share, mana tahu ada yang dapat kebaikan susu Lazz ni.. (^^)





5 comments:

  1. Berapa skotak ni... Saya ttc jugak

    ReplyDelete
  2. Saya juga pengguna susu kambing lazz.1 family minum.start dr anak baby 3 bulan,2 tahun,suami patah,mak sakit jantung,ayah kwncing manis amik lazzcafe.tok nenek amik lazzkurma atau lazzcafe.habis semua terjebak n merasai kebaikan lazz..sy plak peminat lazzcafe...sedap n anak susah sakit.paling penting x hamis.guna dalam masakan pun boleh....rugi x cuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan susu Lazz ni? Saya nak cuba yang Lazzcafe pula lepas ni, sebab suami saya tak suka sangat yang kurma ni..hehe

      Delete
  3. Hi, salam perkenalan. saya juga TTC dah 4 years. since 2015 memang minum Lazz. sedap. Boleh singgah blog saya :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...