Wednesday, December 14, 2016

Bantulah Adik Annur Qisya Umaira, Penghidap Kanser Neuroblastoma Stage 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Hmmm speechless saya waktu dapat berita ni. Ni adik Annur, anak kawan saya waktu sama-sama sekolah menengah dulu. Anak beliau disahkan dapat kanser neuroblastoma stage 4. Sekarang berada di wad C3 Hospital Pulau Pinang sejak bulan Jun 2016. Marilah kita sama-sama tolong doakan kesembuhan adik Annur dan semua urusan keluarganya dipermudahkan. 


Saya kongsikan kisah adik Annur yang diambil dari facebook Penangkini


Image may contain: one or more people and text


Annur Qisya Umaira binti Luqman.Dilanda ujian hebat seawal usia 3 tahun. Qisya, berasal dari Tasek Gelugor mula menghuni wad C3 hospital Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016. Qisya sebelum itu mengalami simptom demam yang tidak menentu. Ada ketika suhu badannya melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.


Qisya juga mengalami muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut. Simptom ini berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian perutnya. Perut Qisya membesar seperti ibu yang sedang hamil. Lalu Qisya di bawa ke hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima sangat menghampakan. Hospital berkenaan tidak mahu menerima Qisya kerana dikatakan keadaan Qisya sudah kritikal. 


Dari hospital swasta Qisya dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4 (Kanser Saraf). Qisya, pertama kali saya bertemu dia di wad c3 telah meruntun hati dengan tubuhnya yang kurus melidi hanya memaparkan tulang-temulang dibaluti kulit tiada berisi. Disisinya pula, berdirinya seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani kerenah si anak yang memprotes.


Image may contain: one or more people and text


Hebat sungguh ujian buat mereka. Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Sewaktu menerima rawatan, Qisya pernah beberapa kali menghuni PICU. Qisya sedang menunggu ujian scan untuk melihat sama ada ketumbuhan di perutnya boleh dibedah buang atau sebaliknya. Pada 23 Jan 2017 akan datang, Qisya perlu menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG Scan.


Qisya mempunyai 4 orang adik-beradik tinggal di Taman Koskam (Kepala Batas, Pulau Pinang). Ayah Qisya, seorang pekerja kilang sudah 6 bulan bercuti tanpa gaji kerana perlu menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di wad manakala ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu menguruskan anak-anak di rumah.


Hari ini,mereka dihimpit kebuntuan akibat kekangan kewangan. Mereka antara yang saya kenal, yang tidak mahu menyusahkan pihak lain. Mereka tidak sekali mengeluh akan kepayahan. Namun sampai bila hati mampu bertahan? Sampai bila harus ditelan? Empangan yang menakung air, lama-kelamaan pasti akan pecah juga.


Bantulah keluarga ini seadanya. Hari ini,hari mereka. Hari kita entah bila. Jika anda mahu berhubung terus dengan keluarga adik Qisya, boleh langsung hubungi nombor:


─░bu: 0125658572
Ayah: 01112568186

No Acc Maybank ibu 157091391639 Siti Solehah Mohd Said
No Acc Maybank ayah 157091087605 Luqman bin Ishak


Image may contain: 1 person

SHARE tanda Keprihatinan..
Zakat Pulau Pinang


Shabudin Yahaya FC


Kalau tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, kita tolonglah doakan ye. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...