Friday, March 22, 2013

Laksa Penang Ekspres Guna Sardin Tin

Assalamualaikum semua..


Weehuu lama betul nak update resepi laksa Penang ekspres ni..Resepi ni saya modified demi menjimatkan masa..hehe..Padahal malas nak 'bermain' dengan ikan, nak kena siang, nak kena rebus, asingkan tulang, blend pula lepas tu..Ohhh sangat lama dan leceh..Bau ikan dari rambut sampai ke kaki..So, saya modified sikit supaya jadi mudah nak buat laksa kegemaran saya ni..Tak kotor pun dapur..Tu yang paling penting! Jom kita tengok caranya..



Bahan-bahan untuk kuah laksa:


1. Ikan sardin dalam tin..4 ekor ikan cukup..




*Saya guna jenama Adabi sebab kurang berminyak..


2. Ikan bilis segenggam
3. Bawang merah 
4. Bunga kantan  
5. Asam keping
6. Daun kesum
7. Cili padi
8. Belacan
9. Garam



Cara masak:


1. Basuh bersih ikan bilis dan kisar bersama ikan sardin dalam tin, bawang merah dan cili padi.
2. Masukkan kesemua bahan tadi di dalam periuk bersama kuah sardin..Masukkan air mengikut sukatan yang anda suka..Nak kuah cair letak banyak air, nak kuah pekat kurangkan air..
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan yang dipotong dua atau empat, belacan, asam keping dan juga garam..Masak kesemua bahan tadi hingga mendidih..


*Semua bahan ikut sukatan sendiri, terpulang pada selera masing-masing..





Ni kuah laksa saya..Kuah tak merah sangat sebab guna cili padi..



Dalam masa yang sama rebus laksa dan potong bahan-bahan yang nak ditabur di atas laksa..Saya buat simple, so ada bawang dan daun selom saja..Boleh tambah timun, nanas, daun pudina dan bunga kantan kalau nak..Saya kalau tak ada bahan tabur tu pun dah boleh 'belasah' dua tiga pinggan dah..^ ^ 





Cubalah dan kongsi dengan saya apa hasilnya ya..^ ^

4 comments:

  1. Replies
    1. Errrr laksa dalam penapis warna putih tu...(^^)

      Delete
  2. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi memang sedap...thank you singgah blog dan komen..

      dah singgah blog sis.. (^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...