Sunday, March 31, 2013

Rumpai Laut / Pure Marine Collagen Yang Best!!!

Assalamualaikum semua..



Sekarang ni semua orang sibuk bercakap tentang rumpai laut atau pun seaweed sebagai salah satu cara nak dapatkan pure collagen..Ramai yang mengaku kebaikan makan rumpai laut ni..Sama ada mentah atau pun dah dimasak jadi macam agar-agar, khasiatnya masih boleh nampak..Erkk macam mana nak nampak? Saya pun ada amalkan makan dan buat masker seaweed yang dah dibuat jelly ni..Kiranya, ni testimoni sayalah ni..hehe



Waktu mula-mula suami saya bawa balik jelly ni, saya macam tak berapa ambil port sangat nak try..Sebabnya, saya sedang amalkan satu produk yang boleh juga mencantik dan menggebukan, bukan setakat muka, tapi seluruh badan..Boleh juga buat masker dan hilangkan parut dan jerawat..Muka nampak awet muda sebab ada kolagen..Opppsss..tak boleh cerita lebih-lebih, lain kali saya buat entry khas tentang produk ni pula..hehe



Ok tengok gambar di bawah tu, yang warna agak cerah tu atau seaweed kuning, harganya RM5, gred AA..Yang warna coklat sikit tu atau seaweed ungu, harganya RM6, gred AAA..Boleh tahan sebulan dalam peti sejuk..Kami berdua makan yang cerah sikit dan buat masker yang coklat tu..Apa rasanya selepas makan?



Mula-mula makan, saya rasa macam ada sesuatu yang sedang picit-picit urat badan dan betulkan urat-urat semua..Nak kata sakit tak juga, nak kata geli tak juga, nak kata ngilu tak juga..Entah macam mana nak explain entah..hehe..Saya makan satu sudu sebelum tidur..Tapi hari pertama makan saja rasa macam tu, esoknya dah ok..Pastikan anda minum banyak air..
Yang coklat tu pula, saya sapu dimuka buat masker..Nak makan baunya agak kuat..Tak tergamak nak makan..hehe..Tapi memang best bila pakai..Saya pakai sebelum tidur, dan bila cuci pagi esoknya, muka rasa licin, gebu dan cerah..Parut jerawat pun akan pudar..Memang best tau!!!
Antara produk yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan..Kalau ada peluang, anda patut cuba..Confirm jatuh cinta punya!!! Tapi, kalau anda nak beli yang dah dimasak, pastikan anda beli yang ORIGINAL, bukan seaweed yang dah dicampur dengan agar-agar..Macam mana nak bezakan?
Seaweed yang asli akan cair bila diletakkan di suhu bilik, dan akan beku kalau disimpan di dalam peti sejuk..Yang dah dicampur dengan agar-agar, akan beku kalau diletakkan di dalam suhu bilik dan juga peti sejuk..Sesetengah peniaga nak ambil untung dengan menipu pembeli, jadi berhati-hati ok..
Jangan disebabkan nak cantik punya pasal, duit melayang, makan agar-agar saja..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...