Saturday, September 14, 2013

Resepi - Mee Kuah Utara Yang Mudah

Assalamualaikum semua..



Kali ni saya nak share resepi mee kuah utara yang simple sangat rupanya nak buat..Dah lama berangan nak buat tapi asyik tak sempat ja..So bila dah beli tulang lembu sikit hari tu, terus menjalankan misi nak masak mee kuah ni..Buat pun saja suka-suka sebab nak makan dan nak belajar cara masak mee kuah..Resepi ni saya minta daripada my sister yang memang kesemuanya terror masak mee kuah..Cek ja yang baru belajar nak buat..Huhu better late than never!!
  


Bahan-bahan untuk kuah:

Minyak masak
  Bawang merah  
Bawang putih
Tulang lembu
Daging lembu
Air
Sos cili
Sos tiram
Kiub pati ayam
Cili kering - dikisar
Ubi keledek oren
Ubi kentang
Garam
Gula


Cara memasaknya:
  1. Rebus ubi kentang dan ubi keledek oren sehingga empuk..Buang kulit dan kisar..Ni untuk pekatkan kuah..Saya rebus sampai lembik dan just lenyekkan saja..hehe..
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih dalam periuk hingga kekuningan..Masukkan tulang dan daging lembu bersama air..
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam periuk, kemudian masukkan juga sos cili dan sos tiram..Sos tiram ni saya saja tambah..hehe pandai-pandai derhaka dengan resepi asal..
  4. Masukkan juga ubi yang dikisar tadi, kiub pati ayam, garam dan juga gula..Semua ikut sukatan dan selera sendiri saja..Rebus hingga daging empuk..



Yang berenang-renang dalam kuah tu daun sup dan daun bawang..Saya masukkan sikit je..





Mee kuning dicelur..




Bahan-bahan tabur:

*Taukua / tauhu - digoreng
Taugeh - dicelur
Telur - direbus
Sawi - dicelur
Daun sup
Daun bawang



 *Taukua / tauhu tak sempat beli..huhu tak adalah dalam gambar..





 


Ni dia mee kuah yang dah siap..Uishh bila taip entry ni rasa macam teringin pula nak buat lagi!
Nak kena pi cari tulang ni..



*Oh ya, kalau anda nak bagi kuah tu jadi lagi sedap, bolehlah tambah udang..Nak dikisar pun boleh atau biarkan seekor-seekor macam tu saja..Boleh juga tambah sotong, fishball atau fishcake dan kacang tanah yang dikisar kasar..Saya tak suka kacang, so tak masukkan walaupun ada ja di dapur tu..Lagi meriah bahan-bahannya, lagi meriahlah rasanya..



Selamat mencuba! (^^) 


4 comments:

  1. sedaaappppnya mee kuah. my favourite :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang sedap mee kuah ni..tu yang try juga buat sendiri..baru puas nak makan banyak2..(^^)

      Delete
  2. Ni kiranya healthy food. Sayuq bnyk
    Rebuih pulak tu, teloq pun rebuih bukn goreng, daging pun fresh bukn kisaq beli d supermarket, paih tu tasty. Memang keleaih! Saya suka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha jenuh nak paham loghat utara dalam bentuk tulisan..hihi memang kategori makanan yang healthy kot..banyak yang direbus..cubalah!! :-)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...