Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau anda nak buat kentang goreng atau pun sotong celup tepung goreng yang macam kat kedai tu, tepung apa yang anda guna ya? Ok, kali ni saya nak perkenalkan tepung ayam goreng yang rasanya lagi sedap daripada KayEffSee tu.. Tapi tepung ni dibuat oleh orang kita, 100% halal.. Tidak syak lagi..
Nama saja tepung ayam goreng, tapi sangatlah sesuai dan sedap kalau nak buat goreng kentang atau pun sotong.. Bukan setakat tu saja, udang, ayam, ikan semualah yang boleh dicelup tepung, saya akan guna tepung ni sebelum menggoreng.. Wangi pun wangi, bau rempah.. Memang sedapppp...
Tepung keluaran Zeko..
Saya pernah goreng kentang, potong kentang macam wedges tu, toskan, gaul dengan tepung ayam serbaguna ni dan masukkan sikit herbs and spices.. Bagi nampak menarik.. Tak perlu dibancuh dengan air, gula atau garam ok.. Gaul macam tu saja.. Kentang yang lembap lagi dengan air basuhan tu akan buat tepung tu melekat..
Inilah hasilnya..
Ini pula sotong yang saya celup dalam telur dulu sebelum gaul dengan tepung serbaguna ni.. Haaa lagi sempoi rupa dan rasanya.. Sotong pun tak meletup waktu menggoreng.. Tak makan nasi dah saya, meratah sotong ni saja, cicah dengan sos cili..
Bagus kalau kita support barangan anak tempatan..
Dah say goodbye pada KayEffSee dah.. (^^)
* Siapa yang berminat nak cuba, RM5 sepeket..
Tahan lama, disimpan dalam peti sejuk..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAduhhhh sorry ter delete pula komen huhuhu.. tepung ni dijual di Balik Pulau..
Delete