Tuesday, September 11, 2012

Otak Seminit --> Langkawi ( Last Day )

Assalamualaikum semua..



Hmm dah lama ni baru nak update pasal trip ke Langkawi hari tu..Entah kenapa sejak 2, 3 hari ni kesihatan saya ting tong sikit..Mula kena ulser, lepas tu demam, lepas tu sakit gigi, lepas tu sakit perut, badan pun panas saja..Pasaipa pun cek tak taulah..
So, hari last kami di Langkawi dimulakan dengan mengambil gambar sekitar The Lanai..Selepas check out, kami bergambar di sekitar pantai, just belakang hotel saja..Ada 2, 3 orang Mat Salleh yang tengah berjemur..Kita ni punyalah cari tempat teduh, sebab tak tahan panas..Cun-cun 1.00 petang, bukan saja kulit jadi tanned, tapi nampak macam dah rupa minyak TANnah dah pun..













Then kami terus ke Nusantara Maju Enterprise, nak cari minyak gamat dan yang sewaktu dengannya..Semalam kami cari, dekat setengah jam juga nak sampai, tapi hari ni rupanya, 10 minit saja dari hotel..Chehh..












Kemudian kami ke Perniagaan Haji Ismail Group, borong coklat dan buah tangan..Tapi disebabkan nak kejar masa, tak sempat pula nak ambil gambar..Limit masa setiap kedai 15 minit..Hehe bayangkan kartun tak kartun masa pilih barang..Mujur dah survey semalam, so memang cepat dan pantaslah kami berdua cari barang..



Selepas tu baru cari kedai makan..Lalu di kawasan food court di kawasan Pandak Mayah, kami terjumpa deretan kedai yang bertentangan dengan sungai..Kami tertarik dengan kedai ni, nampak banyak lauk, tapi cuma ada 2 orang saja yang makan di situ..Tak sedap ke? Tak apalah, cuba saja makan..






Bila kami ambil nasi dan pilih lauk, tiba-tiba ada 2 buah kereta yang berhenti di situ..Kemudian ada lagi dan lagi sampai jadi dalam 6, 7 buah kereta juga..Kedai yang tadinya lengang dan sunyi, terus jadi ramai dan penuh..Meriah dengan pelanggan..Saya bisik pada suami;



"Tadi kosong saja, bila kita sampai (di kedai ni) ramai pula (yang datang)..Kita ni bawa rezeki pada kedai ni kot..Akak ni patut bagi diskaunlah kat kita..hehe"



"Hmm memang selalu macam tu pun..Murah rezeki dia..(^^)"



Pernah tak anda alami macam ni? Syukur, memang makanan kedai ni sedap-sedap, sampai kami rasa macam nak makan semua lauk! hehe..Tapi mujur masih waras..Tak buruk lantak (^^)..Murah pun murah harganya..Kami ambil nasi putih dua pinggan, masing-masing ada ikan, sayur dua jenis, ada ikan kering, sambal petai udang dan air, semuanya RM12.00 sahaja..Moga murah rezeki kedai ni..



Lepas tu, kami terus hantar kereta dan tunggu di jeti untuk bertolak balik..Ingatkan ada tiket pukul 3.30 petang atau 4.00 petang..Sekali pukul 5.00 petang baru ada..Shopping pula di jeti..Bila feri dah sampai, memang penuh dan padat dengan penumpang..Ada juga yang tersesat nak ke Kuala Kedah naik feri ni..Memang kecoh seminit bila dua orang berebut satu seat..Bila tengok tiket, sekali silap..Entah sempat entah tidak dia naik feri lagi satu..



Tapi perjalanan kali ni smooth sebab air laut surut dan slow saja sebab feri berat..Dah nampak jeti Kuala Perlis, tak sabar nak balik rumah..Lega sangat, sebab percutian otak seminit kami berdua kali ni berjalan lancar..Yeayyy!!!



So, next destination dear? (^^)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...