Thursday, October 24, 2013

TTC - Silalah Join TTCGM (Trying To Conceive Group Malaysia)

Assalamualaikum semua..



Ada tak antara pembaca blog saya ni yang masih lagi berusaha nak dapatkan anak? Saya nak ajak kawan-kawan semua, tetiba ja jadi kawan kan, untuk join group TTCGM - Trying To Conceive Group Malaysia..Dah banyak dah blog yang war-warkan tentang group ni..Tapi memandangkan saya baru saja join, so saya pun nak juga tolong promo..(^^)








Group ni ialah group Facebook yang akan membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengalaman, rawatan dan isu-isu berkenaan dengan usaha nak dapatkan zuriat..



Kadang-kadang kita tak tahu nak mengadu masalah dengan siapa..Silap pilih orang nanti, kita pula yang dikatakan tak nak berusaha dan saja menolak rezeki anak..Padahal, kita dah tungging terbalik usaha macam-macam cara..Sedih tau iolls bila orang tuduh macam tu..Sob..sob..sob..



So, dengan adanya group ni, dapatlah kita semua para TTCians bertukar pendapat di dalam group sahaja..Opss, group ni adalah group tertutup ok! Jadi segala perbincangan kita hanyalah dengan mereka-mereka yang sama-sama sedang berusaha nak dapatkan zuriat..



Kadang-kadang ada yang rasa down, kecewa atau sedih dengan masalah yang dialami, dikutuk, diperli atau dianggap mandul oleh insan-insan yang tak memahami..Saya sendiri pun pernah diperli, dikutuk dan di'double standard' oleh 'mereka-mereka' itu hanya kerana belum mempunyai anak..



Pernah ada seorang makcik ni pegang perut saya sambil kata, 'La hang ni perut dok kepek (kempis) lagi..Bilanya nak mengandung?'..Terus hilang excited nak makan kenduri..



Masa tu saya masih belum ada kekuatan nak balas balik apa saja yang 'mereka-mereka' itu cakap..Saya cuma mampu bersabar dan mengadu dengan suami..Akhirnya menangis sendiri..huhu..Sangat fragile dan sensitip jiwa I tau..Tapi, kalau sekarang ada yang nak buat main-main atau nak perli ikut sedap mulut, hehe silalah bersiap sedia dengan apa yang bakal keluar daripada mulut saya..hehehe..Hati dah jadi kental..



InsyaAllah, Allah dah bagi saya fikir untuk ambil semua kata-kata orang tu sebagai sesuatu yang positif..Dah belajar untuk tukar semua benda yang negatif tu jadi positif..Hope aura positif ni berkekalan..



Ok, semua kawan-kawan di dalam group TTCGM ni sangat supportive tau! Bila baca kisah kawan-kawan TTCians yang diduga dengan pelbagai cabaran, kita akan rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang dihadapi..Walaupun masih belum dikurniakan anak, sekurang-kurangnya kita dah berkahwin, dah ada suami..Ingat, di luar sana masih ramai lagi wanita yang masih tercari-cari dan menantikan jodoh mereka..So chill out ladies!


Jadi, yang sedang ber'TTC' bolehlah check laju-laju DI SINI..



Harap akan ada ramai lagi yang akan join..Cuma yang mengalaminya sahaja akan faham perasaan orang-orang yang TTC ni..
Ok jumpa lagi..(^^)



  

2 comments:

  1. as-salam
    salam kenal.
    boleh panggil saya su.
    sy pon masih ttc juga. dh 6 tahun
    saya nak join jugak la. boleh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam su..silalah join..banyak dapat info n support tau..klik DISINI tu ye..saya tukang promo je..hehe (^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...