Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pheww, akhirnya selesai sudah Hari Sukan Tahunan sekolah saya yang diadakan pada hari Sabtu 18 Oktober.. Awal-awal pagi tu cuaca sangat best, mendung dan redup saja.. Sekali dah nak dekat pukul 10, sang matahari tunjukkan muka dengan bersinar-sinar.. Habis semua yang ada di padang pun 'bersinar-sinar' juga, dah jadi Dayang Senandung..huhuhu
Tahun ni saya dimasukkan ke Rumah Hijau pula setelah lama di Rumah Jingga.. Tahun lepas saya buat maskot harimau Rumah Jingga, so tahun ni, saya ambil tugas buat maskot rama-rama untuk Rumah Hijau.. Ok, jom tengok macam mana caranya nak buat sendiri sayap rama-rama ni..
Bahan-bahan yang diperlukan ialah mounting board warna hitam, kertas minyak, kertas A4, tali atau ribbon hijau, tinsel, ala benda apa ek yang berkilat-kilat rambu-ramba tu, stapler, gam UHU dan kertas / sticker warna hijau dan silver (striking)..
Mula-mula kena draf dulu bentuk sayap yang nak dibuat.. Saya lukis atas kertas A4 dulu.. Kemudian ambil kertas minyak dan lipat dua.. Lukis bentuk sayap pada sebelah bahagian kertas minyak.. Dah siap, gunting bentuk sayap tu.. Dapatlah dua bahagian sayap..
Buka lipatan sayap tadi dan letakkan atas board hitam.. Lekatkan dengan selotape sikit untuk elakkan kertas tu senget waktu nak lukis bentuk sayap dengan pensil.. Dah siap lukis, alihkan kertas minyak dan gunting board.. Berhati-hati ya waktu gunting tu.. Memang agak mencabar juga nak gunting board tu.. Saya cuba guna pisau tapi lagi susah dan bahaya pula.. Lagi mudah gunting saja..
Bila dah siap gunting, guna skru driver buat 6 lubang untuk masukkan tali atau ribbon.. 4 lubang untuk ribbon nak ikat pada bahu dan 2 lagi untuk ikat pada perut.. Kemudian ambil kertas warna hijau dan silver, lukis bentuk dan corak yang sesuai untuk lekat atas board.. Saya susun dulu atas board dan lekatkan dengan selotape sikit sebelum lekat dengan gam UHU.. Jangan terus guna gam UHU takut salah nanti susah pula nak adjust..
Bila dah siap, hias sekeliling sayap dengan tinsel.. Saya stapler saja.. Saya buat dua sayap yang berlainan design.. Untuk maskot saya buat sarat sikit, untuk pemegang sepanduk saya buat simple saja.. Saya just lekatkan wall art decoration bentuk rama-rama dan sticker hijau bulat-bulat..
Ha tengok, bahagia saja maskot saya menggayakan sayap rama-rama dia tu.. Saya juga buatkan baju untuk badan rama-rama dan hiasan kepala untuk maskot dan juga ahli-ahli perbarisan.. Oh ya, ada juga 'magic wand' untuk si rama-rama.. Kata si maskot sambil menggoyang-goyangkan 'magic wand', "Teacher, nak tak kita 'santau' rumah lain bagi kalah".. Danggg.. sekali rumah Hijau yang kalah selepas kira jumlah markah semua acara.. hahahaha.. Ala tak apa, just nak enjoy saja..hihihi
*Next entry cara-cara nak buat hiasan kepala dan 'magic wand' pula ok..
Dan juga cara nak buat baju maskot..
Check it out!!!
tq sis...banyak membantu. saya pun sedang cari cara nak buat kostum rama-rama. tq, muahsss
ReplyDeleteHihi nak buat untuk rumah sukan juga ke? Makan masa sikitlah kalau first time nak buat.. Tapi bila dah siap, puas hati.. Good luck!! (^^)
Deleteassalam aunty, tu guna mounting board ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. yup itu mounting board.. nak cuba buat ke? hehehe
DeleteAssalamualaikum :) , boleh ke sy share cara buat butterfly ni dgn ibu2 lain. Kmi ada hari sukaneka dgn anak2 24 /4/16 ni ?
ReplyDeleteAssalamualaikum :) mohon share info cara membuat butterfly DIY ni, kmi akan ada sukaneka dgn anak2 pd 24/4/16 ni. terima kasih bebanyak. Semoga awak di berkati atas perkongsian ini. amin.. :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam..boleh share sila-sila..kalau jadi nanti boleh share ye..hihi
Deletesalam.sy share di fb yea..tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam, boleh, sila share. 😊
Delete